Sdr Rabidin Kasmawi, Timbalan Pengerusi (Zon Timur) didalam ucapannya menyentuh mengenai Surat Perjanjian diantara Felda dan Peneroka. Beliau menyatakan bahawa peneroka-peneroka tidak mengetahui isi kandungan surat perjanjian itu kerana mereka tidak diterangkan isi kandungannya, dan peneroka-peneroka yang menjangkakan mereka akan memperolehi tanah menandatangani perjanjian itu tanpa membaca atau diterangkan dan mereka tidak diwakili oleh peguam semasa menandatangani perjanjian itu. Beliau juga menceritakan tentang peristiwa yang menimpa anak-anak peneroka apabila ibu-bapa mereka sudah meninggal dunia. Ada yang berlaku bahawa abang tua mengambil barang-barang keperluan dari kantin, tetapi anak-anak yang lain sudah kehilangan hak itu, akhir anak-anak peneroka itu bergaduh sesama sendiri dan tanah mereka diserahkan kepada Felda. Didalam kisah kedua, telah berlaku kematian ibu-bapa peneroka mereka, anak-anak mereka tidak dapat bersetuju bagaimana untuk membahagi-bahagikan pendapatan dari ladang ibu-bapa mereka yang kini sudah terkumpul hingga Ratusan Ribu Ringgit dan dipegang oleh Felda dan tanah ladang ibu-bapa mereka kini dikendalikan oleh Felda. Inilah yang dikehendakki oleh Felda bahawa setiap tanah didalam Rancangan Felda akhirnya dikendalikan oleh Felda untuk keuntungan Felda dan akhirnya anak-anak peneroka tidak berhak keatas tanah ladang ibu-bapa mereka. Sdr Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda KEADILAN Pusat menerangkan bahawa Biro Felda PKR Pahang telah berjalan dengan baik, begitu banyak aktiviti telah dijalankan di rancangan-rancangan Felda di Negeri Pahang dibawa tajaan Biro ini, dan beliau berbesar hati apabila KEADILAN Pusat menerima model Biro PKR Pahang dan menubuhkan Biro Felda PKR peringkat Kebangsaan.
Beliau menyatakan bahawa Biro Felda PKR Pahang telah menyusun untuk mengadakan Konvensyen Peneroka-Peneroka Felda peringkat Negeri Pahang, tetapi apabila tertubuhnya Biro Felda KEADILAN Pusat, Biro peringkat Pusat meminta supaya Konvensyen peringkat Negeri Pahang ditukar kepada Konvensyen peringkat Pusat.
Konvensyen Peneroka-Peneroka Felda Kebangsaan akan diadakan pada 20hb Februari 2009 di Markaz PAS Jerantut dan akan dirasmikan oleh Datuk Seri Wan Azizah Ismail, Presiden KEADILAN. 3 buah kertas kerja akan dibentangkan iaitu oleh Dr Syed Husin Ali, Timbalan Presiden, Sdr Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat yang juga Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) dan usaha sedang dibuat untuk mendapatkan Peguam Wan Rohimi untuk membentang "case study" mengenai isu perahan Felda Kemahang Kelantan.
Pada sebelah malamnya akan berlangsung ceramah umum oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Zaid Ibrahim, Datuk Chua Jui Meng, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dan YB Gobalankrishnan.
Konvensyen ini akan dihadiri oleh seramai 2000 orang peneroka-peneroka Felda seluruh negara.
Dari kanan: Rabidin Kasmawi (Timbalan Pengerusi zon Timur) Bostamin Bakar (Timbalan Pengerusi Zon Tengah), Razali Isnin (Setiauasah Konvensyen), Haji Razali Mamat (Pengerusi Konvensyen), Pn Hendon Jaafar (AJK Biro).
Sdr Mohd Nor Jaafar mewakili Datuk Fauzi Abdul Rahman merasmikan pelancaran Biro Felda KEADILAN Pahang Zon Pahang Barat. Sdr Ali Wahid, Timbalan Pengerusi Biro Zon Pahang Barat.
Sebahagian daripada wakil-wakil dari PKR Cabang-Cabang Bentong, Raub, .Cameron Highlands dan Lipis
======
Dengan kehadiran daripada wakil-wakil KEADILAN Bentong, Raub, Cameron Highlands, dan Kuala Lipis, Biro Felda KEADILAN Zon Pahang Barat telah dilancarkan dengan penuh bergaya.
Sdr Mohd Nor Jaafar, Timbalan Pengerusi KEADILAN Pahang telah merasmikan pelancaran Biro Felda KEADILAN Pahang Barat mewakili Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri.
Didalam Majlis itu, Sdr Ali Abdul Wahid, Pengerusi KEADILAN Cabang Raub telah dipilih sebagai Pengerusi dengan 4 orang Naib-Naib Pengerusi, Seorang Setiausaha, Seorang Bendahari, seorang Pengerusi Penerangan dan seorang Pengerusi Guaman.
Naib-Naib Pengerusi yang terpilihan adalah Sdr Mohd Ibrahim Derani mewakili Cabang Raub, Sdr Abd. Rahman Yaacob mewakili Cabang Bentong, Sdr Md Alwi Husin mewakili Lipis dan Sdr Haji Abd Latiff bin Haji Endot mewakili Cameron Highlands.
Sdr Abd Wahab Md Piah dipilih sebagai Bendahari, Sdr Abd Rahman Abdullah sebagai Setiausaha, dan Sdr Mohd Sabri Ismail sebagai Pengerusi Penerangan, dan Sdr Harris Abdullah (seorang peguam) Pengerusi Guaman.
Mesyuarat juga melantik seorang Naib Pengerusi khas daripada seorang Wanita iaitu Pn Norzaili bt Khalil untuk memacu gerakan wanita yang terdiri daripada penerokawati-penerokawati dan generasi kedua wanita untuk Zon Pahang Barat dan menubuhkan pasukan wanita disetiap rancangan Felda di Zon Pahang Barat.
Sementara itu Pengerusi Biro Felda KEADILAN Pahang telah bersetuju melantik seorang Timbalan Pengerusi sejajar dengan Timbalan-Timbalan Pengerusi dari ketiga-tiga Zon Negeri Pahang iaitu zon Pahang Barat, Zon Pahang Timur dan Zon Pahang Tengah.
Puan Siti Zainab binti Zainudin telah dilantik memegang jawatan tersebut dan diberikan tugas untuk melantik 3 orang Naib Pengerusi dari kalangan penerokawati-penerokawati/generasi kedua mewakili Zon Pahang Barat, Zon Pahang Timur dan Zon Pahang Tengah.
Setiap Jawatankuasa Zon yang dipimpin oleh Timbalan Pengerusi mempunyai otonomi untuk menjalankan gerak kerja dan kegiatan tersendiri dengan syarat hanya memaklumkan aktiviti masing-masing kepada Jawatankuasa Biro di peringkat Negeri, dan bagi Timbalan Pengerusi Biro Felda Wanita pula beliau diberikan mandat untuk menggerakkan kegiatan wanita didalam Rancangan Felda disemua zon dan menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa zon yang diketuai oleh seorang naib pengerusi.
Mesyuarat ini mengambil keputusan untuk menjayakan Konvensyen Peneroka-Peneroka Felda Kebangsaan yang akan diadakan di Jerantut pada 20hb Februari 2010, dan peserta-peserta Konvensyen adalah seramai 2000 orang dari seluruh pelusuk tanah air.
Konvensyen tersebut akan dirasmikan oleh Datuk Seri Wan Azizah, Presiden KEADILAN dan pembentang-pembentang kertas kerjanya adalah Dr Syed Husin Ali, Timbalan Presiden, Sdr Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat merangkap Presiden Persatuan Kebangsaan Anak-Anak Peneroka (ANAK). Jawatankuasa pengurusan Konvensyen telah dipilih dipengerusikan oleh Sdr Haji Zahari Mamat sebagai Pengerusi dan Sdr Razali Isnin selaku Setiausaha.
Hadir didalam mesyuarat pelancaran Biro Felda KEADILAN Pahang Barat adalah Pengerusi Biro Felda KEADILAN Pusat, Sdr Haji Suhaimi Said, Ketiga-tiga Timbalan Pengerusi Biro Felda KEADILAN Pahang, Sdr Rabidin Kasmawi (Zon Timur), Sdr Bostamin Bakar (Zon Tengah), Sdr Ali Wahid (Zon Barat), Sdr Md Nor Hassan, Pengarah Pilihanraya KEADILAN Pahang dan Haji Zahari Mamat (Pengerusi Konvensyen) dan Sdr Razali Isnin (Setiausaha Konvensyen).
Biro Felda Zon Tengah yang mewakili KEADILAN Jerantut, Maran, Temerloh, Bera dan Temerloh akan dilancarkan pada 7hb November 2009 di Felda Kota Gelanggi 2 jam 3.00 petang.
Seramai 30 orang ahli UMNO akan mengisytiharkan keluar dari parti itu dan akan menyerahkan borang permohonan anggota kepada Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang sempena dengan lawatan Datuk Fauzi ke Temerloh dan Kuala Krau pada 8hb November 2009.
Bilangan mereka ini tidaklah besar tetapi sudah cukup untuk menggugat kekuatan UMNO di kampong berkenaan kerana keahlian UMNO di kampong yang kecil itu hanyalah sekadar cukup untuk menghantar Ketua Cawangan dan seorang wakil sahaja ke mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian.
Urusan sedang dibuat untuk menetapkan tarikh kehadiran Datuk Fauzi ke Temerloh untuk menerima serahan borang permohonan anggota PKR daripada ahli-ahli UMNO tersebut, dan pada tarikh yang sama nanti Datuk Fauzi akan merasmikan penubuhan KEADILAN Ranting Kg Dato Shariff Ahmad di Cabang Kuala Krau.
Kg Dato Shariff Ahmad adalah kubu UMNO yang begitu kebal yang selama ini tidak dapat ditembusi oleh mana-mana parti pembangkang. Keujudan KEADILAN di Kampong tersebut adalah suatu tanda nyata bahawa UMNO menjadi semakin lemah di Kuala Krau.
Datuk Fauzi menerangkan perkembangan KEADILAN Pahang, disebelahnya adalah Datuk Alimudin Sawal dari Temerloh dan Sdr Fairuz Zainudin dari Pekan Kawan-kawan lain dari Kuala Krau, Temerloh dan Jerantut turut hadir
Sdr Rusli Ahmad dari Felda Kota Gelanggi 2 disebelah kanan Datuk Fauzi. Rusli menjemput Datuk Fauzi menghadiri Perjumpaan Biro Felda KEADILAN Jerantut dan wakil-wakil PKPKM cawangan-cawangan di semua Rancangan Felda kawasan Jerantut di Pejabat Gelanggi 2, Jerantut pada 7hb Oktober 2009 jam 2.30 petang. Sdr Rusli juga menjemput semua Pengerusi-Pengerusi Cabang KEADILAN Pahang dan mempelawa AJK Biro Felda KEADILAN disetiap Cabang KEADILAN Pahang ke Majlis tersebut.
----
Didalam perjalanan Datuk Fauzi Abd Rahman, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Pahang dari Kuala Lumpur untuk pulang ke Kuantan pada 20hb Oktober 2009, beliau dan keluarganya singgah di Rest House Temerloh untuk menemui rakan-rakannya dari Pekan, Temerloh Kuala Krau dan Jerantut.
Didalam perjumpaan yang ringkas itu Datuk Fauzi mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang menyatakan kesanggupan untuk membantu KEADILAN Negeri Pahang.
Hanya Dalam Masa Satu Minit, Kenderaan Kerajaan Dilaporkan Mengisi Minyak Dua Kali
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Dalam perbezaan satu minit saja, sebuah kereta milik kerajaan negeri Pahang direkodkan mengisi minyak bernilai lebih RM100 sebanyak dua kali di sebuah stesen minyak yang sama di negeri itu.
Ini adalah penyalahgunaan kad inden bagi perolehan bahan api untuk kenderaan kerajaan yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang diedarkan di sini hari ini mengenai aktiviti jabatan, agensi dan pengurusan syarikat kerajaan negeri Pahang 2008.
Laporan itu berkata semakan audit terhadap Laporan Butiran Belian Bahan Api yang dikeluarkan oleh pihak pembekal pada tahun lepas mendapati sebanyak 24 kes pengisian bahan api dalam tempoh kurang dari lima minit melibatkan lima buah kenderaan pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang.
Kereta-kereta terbabit dikenalpasti sebagai Proton Perdana bernombor pendaftaran CBD88 yang telah membuat sebanyak 18 kes pengisian bahan api dalam tempoh masa yang singkat dengan jumlah kos sebanyak RM4,177, katanya.
Contohnya pada 14 Dis lepas, kereta tersebut telah mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Raub, Pahang pada pukul 12.14 tengah hari sebanyak 59.47 liter yang bernilai RM113 dan seminit kemudian pada 12.15 tengah hari kereta yang sama mengisi sebanyak 58.95 liter minyak yang bernilai RM112 di stesen yang sama.
Pada 19 Dis perkara yang sama berlaku di stesen minyak yang sama pada pukul 6.35 petang dan 6.36 petang dengan jumlah pengisian sebanyak 125 liter bernilai RM225, dan perkara yang sama dilakukan pada 23 Dis, 24 Dis, 26 Dis dan 31 Dis, dan pada 24 Dis pengisian minyak dilakukan di sebuah stesen minyak di Kuantan, katanya dan menambah jumlah keseluruhan kos adalah RM1,349.95.
Laporan audit itu berkata perkara yang sama juga dilakukan terhadap Proton Perdana CBB37 dan Proton Perdana CBR1993, iaitu sebanyak dua kali yang memakan belanja lebih RM300 setiap buah, dan sekali bagi Proton Perdana CBD1003 dan Proton Perdana CBD23 yang melibatkan kos antara RM200 dan RM100.
Selain itu terdapat juga perolehan bahan api yang meragukan oleh kenderaan Proton Perdana bernombor pendaftaran CBD88 yang telah mengisi minyak pada 14 Ogos 2008 di sebuah stesen minyak di Bentong, dengan kuantiti pengisian sebanyak 1 liter dengan kos RM117, dan kes dan tempat yang sama pada 26 Ogos dengan kos RM128.30, pada 7 Sept dengan kos RM119, pada 14 Nov dengan kos RM90 dan pada 27 Nov dengan kos RM120, katanya.
Kesemua lima pengisian itu merekodkan pengisian sebanyak 5 liter dengan jumlah kos bahan api sejumlah RM574.53 dan ini menunjukkan terdapat pembelian yang meragukan dan tiada penyemakan dilakukan sebelum pembayaran dibuat, katanya.
Selain itu, tindakan susulan terhadap perkara ini masih belum diambil oleh pihak yang bertanggungjawab, dan akibatnya Pejabat SUK telah menanggung kos penggunaan bahan api yang tinggi, katanya.
Laporan itu berkata pihak pejabat SUK memaklumkan bahawa perkara yang dibangkitkan akan diselesaikan melalui kerjasama dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna cawangan negeri Pahang iaitu memeriksa sistem perolehan bahan api yang digunakan oleh setiap pembekal bahan api yang terlibat.
Jabatan Audit Negara turut mendapati perolehan bahan api yang melebihi tangki kenderaan, selain penggunaan kad inden terhadap kereta yang telah lama dilupuskan.
Selain itu, kos penyenggaraan kenderaan yang tinggi contohnya penyenggaraan empat buah Proton Perdana V6 Executive di pejabat SUK antara 2004 dan 2008 adalah tinggi berbanding dengan kos perolehan kenderaan tersebut.
Contohnya, kos penyelenggaran Perdana V6 yang bernombor pendaftaran CBL100 yang dibeli dengan kos RM117,062 untuk dari 2005 hingga 2008 berjumlah RM171,888, dan bagi kereta bernombor pendaftaran CBN31 pula adalah RM192,743 dari tahun 2004 hingga 2008, katanya.
Laporan itu berkata maklum balas dari pejabat SUK, kereta-kereta itu digunakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri dan kos penyenggaraan yang tinggi adalah disebabkan kerosakan kotak gear (gear box) dan juga kemalangan.
Penyelewengan melibatkan pelbagai masalah termasuk penggunaan bahan api berlebihan, penyenggaraan kenderaan di bengkel yang tidak dikhususkan dan kekerapan penggantian tayar yang tidak munasabah turut berlaku di Perak dan Pulau Pinang pada tahun lepas.
Di negeri Perak, didapati kos penyenggaraan kenderaan kerajaan negeri adalah tinggi akibat tidak dihantar ke pusat servis yang dikhususkan.
Ini kerana kerajaan negeri tidak menetapkan bengkel khusus untuk menyenggara kenderaan sebaliknya ia dilakukan berdasarkan permohonan yang diterima daripada syarikat yang berkaitan.
"Menerusi semakan audit terdapat sampel baucar bayaran yang dipilih mendapati kos penyenggaraan berjumlah RM262,256 atau 69.4 peratus untuk kereta Proton Perdana di sebuah syarikat tayar. Berbanding di Syarikat EON Service Sdn Bhd iaitu hanya RM15,197 atau 4 peratus untuk tempoh 2004 hingga 2008," katanya.
Laporan itu juga mendapati syarikat tersebut dimiliki oleh bukan bumiputera dan kebanyakan alat ganti yang digunakan adalah diimport dari luar negara berbanding Syarikat EON Sdn Bhd daripada keluaran tempatan.
Alasan pejabat SUK mengapa kereta tersebut dihantar ke syarikat itu adalah kerana kenderaan EXCO yang memerlukan penyenggaraan segera sedangkan Syarikat EON Services Sdn Bhd tidak dapat memberikan servis dengan segera.
Masalah pembelian minyak bagi tempoh yang singkat juga serta kekerapan penggantian tayar dikenalpasti berlaku di Pulau Pinang, menurut laporan itu.
Tiga kenderaan, iaitu dua bas yang bernombor pendaftaran PGW7744 dan PCT7777 serta Proton Perdana PHK42 dilaporkan telah membuat pembelian minyak dalam tempoh yang singkat antara tiga hingga lapan minit pada tarikh yang sama di stesen minyak yang sama.
Selain itu tiga kenderaan yang bernombor pendaftaran PED21, PBF1 dan PAF1 dilaporkan membuat penggantian tayar begitu kerap, dan siasatan audit itu juga melaporkan kesemua penggantian tayar adalah disebabkan keadaan bunga tayar yang telah haus atau tayar pecah, tayar haus sebelah, tayar tidak mencengkam dan tayar keras.
Katanya penggantian tayar yang terlalu kerap bagi tempoh tiga hingga 34 bulan dan penggunaan pada jarak perbatuan antara 1,700 kilometer hingga 21,900 kilometer untuk tiga kenderaan itu juga meragukan.
Sehubungan dengan itu, Pejabat SUK telah menetapkan setiap penggantian tayar perlu mendapat kelulusan Ketua Penolong Setiausaha (Kewangan) dan tayar yang telah digantikan akan disimpan bagi tempoh tertentu mulai 20 Mei 2009.
Secara keseluruhan didapati kebanyakan proses penyenggaraan kenderaan milik kerajaan negeri adalah tidak memuaskan dan tidak mengikut peraturan dan prosedur pejabat SUK.
"Pejabat SUK perlu mengawal perbelanjaan penyenggaraan kenderaan dengan meneliti kos pembaikan yang terlibat dan memilih pusat servis yang menawarkan harga yang munasabah supaya tujuan penjimatan dapat dicapai di samping memastikan hanya penyenggaraan yang perlu sahaja dilakukan," syor laporan itu.
Sedang berucap adalah Sdr Zabidi Abas, Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR Johor Sedang berucap, Datuk Fauzi Abdul Rahman. Sdr Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda PKR Pusat mencatat ucapan Datuk Fauzi dan disebelahnya Sdr Mohd Razali, AJK Biro Felda PKR Pusat
Ucapan perasmian Biro Felda dan Orang Asal PKR Negeri Johor oleh Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi MPN PKR Pahang
Sdr Mazlan Aliman, Presiden ANAK, menerangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh Peneroka-Peneroka Felda
Kehadiran di perasmian Biro Felda PKR Johor
Sdr Mazlan Aliman
Kehadiran di perjumpaan Biro Felda PKR Johor
Sdr Haji Simpol Hj Yahya, Penaung PKPKM Felda Bukit Besar memberikan ucapan aluan
Inilah sikap pemimpin yang perihatin, kereta sendiri rosak, namun demi perjuangan, beliau menyewa teksi dari Kuantan untuk menghadiri dan merasmikan penubuhan Biro Felda dan Orang Asal PKR Negeri Johor pada 17.10.09 di Felda Bukit Besar, Kulai, Johor.
=====
Kulai, Johor, 17.10.09: Dengan lafaz Bismillahirrohmanirrohim, Datuk Fauzi Abd Rahman, Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang merasmikan penubuhan Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor.
Didalam ucapan perasmian tersebut Datuk Fauzi mengingatkan bahawa diantara tujuan asal Felda dilahirkan adalah untuk membasmi kemiskinan. Itulah yang dihasratkan oleh Tun Haji Abdul Razak Hussain semasa Felda ditubuhkan lebih 50 tahun yang lampau.
Tetapi oleh kerana Felda telah menukarkan arah tujuannya maka pada hari ini peneroka-peneroka felda menghadapi pelbagai masalah yang didatangkan oleh Felda dan Barisan Nasional.
Kerajaan Barisan Nasional ini telah memerintah terlalu lama dan mereka menjadi angkuh. Yang didahulukan ialah kepentingan Felda kearah menjadikan badan itu sebuah konglomerat dan kepentingan peneroka Felda diabaikan.
Negara kita ini telah terkebelakang jika dibandingkan dengan negara-negara lain yang satu ketika dahulu lebih mundur dari negara kita. Semasa kita Merdeka dulu, pendapatan per kapita penduduk Korea Selatan adalah rendah dari penduduk Negara ini, tetapi sekarang ini, penduduk mereka sudah berpendapatan 3 kali ganda berbanding Malaysia, begitu juga dengan Taiwan dan Singapura, kita sudah jauh tinggal ke belakang.
Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat akan mempastikan bahawa hak peneroka dikembalikan semula kepada peneroka-peneroka Felda agar peneroka-peneroka dan generasi kedua mereka akan dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa seperti tujuan asal penubuhan Felda, dan kekayaan felda tidak "tiris" kepada pihak yang tidak berhak.
Sdr Mazlan Aliman, Presiden Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (ANAK) yang berucap sebelum perasmian tersebut menyebutkan bahawa pendapatan peneroka-peneroka Felda yang menanam sendiri melalui Felda adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan harga sawit semasa dan dengan pegangan keluasan tanah 10 ekar. Penanam-penanam sawit di luar Felda boleh mendapat hampir 10 kali ganda jika dibandingkan dengan mereka.
Beliau juga menerangkan berbagai masalah yang dihadapi oleh peneroka-peneroka Felda berhubung dengan isu tanaman bersendirian, perahan minyak sawit dan perbuatan-perbuatan Pengurus Felda yang menzalimi peneroka seperti berlaku di Felda Selancar 2 dimana Pengurus mengarahkan peneroka yang telah menanam sendiri sawit supaya mencabut tanaman sawit itu dalam tempoh 7 hari dan jika gagal akan berhadapan dengan risiko ditarik balik hak-hak sebagai peneroka Felda.
Sdr Mazlan menganjurkan tindakan undang-undang terhadap Felda mengenai perahan minyak dan pihak beliau telah mengumpulkan segala maklumat untuk tindakan undang untuk peneroka-peneroka Felda Maokil dan Felda Bukit Besar yang mempunyai kesamaan dengan apa yang berlaku di Felda Kemahang, Kelantan.
Beliau menyatakan bahawa jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pentadbiran Negara, Felda Plantation akan dihapuskan dan ladang-ladang itu itu dibahagi-bahagikan kepada anak-anak peneroka, dengan keluasan yang ada lebih 79,000 anak-anak peneroka akan mendapat lot masing-masing.
Begitu juga, tegas Sdr Mazlan, bahawa anak syarikat Felda, iaiatu Felda Technoplant yang mengambil untung "atas angin" hasil penanaman semula dirancangan -rancangan Felda, akan dimansuhkan apabila Kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Negara.
Majlis diteruskan dengan dialog yang dikendalikan oleh Sdr Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda PKR Pusat.
17hb Oktober 2009- Pakatan Rakyat(PR) Parlimen Lipis telah mengadakan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri & Deepavali di Dewan serbaguna Benta.
Majlis telah dirasmikan oleh En Zakaria Abdul Hamid, ahli Majis Pimpinan Pusat PKR, yang juga ketua PKR Lipis.
Seramai kira-kira 1 ribu jemputan telah menghadiri majlis tersebut.Turut hadir sama adalah pimpinan Pakatan Rakyat negeri dan setempat iaitu: En Lip Tuck Chee, pengerusi DAP Pahang; En Md Noor Jaafar, timbalan pengerusi PKR Pahang dan ustaz Ishak, yang dipertua PAS Lipis dan Ketua AMK Pahang Sdr. Rizal Jamin.
Turut hadir Dato Soffi Razak, Exco Pahang yang juga adun Benta.
MASIH ingatkah tuan-tuan dan puan-puan dengan orang bernama Mohd Radzi Salleh? Dia ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Kedah. Radzi menang kerusi berkenaan dalam pilihan raya umum lalu atas tikit PKR. Dia juga dikira beruntung kerana dilantik menjadi Exco Kedah walaupun pengalaman beliau dalam politik dan pentadbiran tidak banyak.
Kedudukan itu adalah tertinggi bagi seseorang Adun selepas Menteri Besar. Tetapi kedudukan Radzi itu tidak kekal lama. Sebulan atau dua bulan selepas beliau dilucutkan jawatan Exco. Tempat beliau diganti dengan Adun Kulim, Lim Soo Nee dari PKR.
Adapun kenapa Radzi dilucutkan sebagai anggota Exco kerana beliau telah mengistyharkan diri keluar dari PKR dan menjadi Adun bebas di DUN Kedah. Menjelang pilihan raya Permatang Pasir, Pulau Pinang beliau telah istyharkan diri menyertai Umno semula, parti lamanya. Alasannya 'semesek' perjuangan PKR di bawah nasihat eksklusif Anwar Ibrahim sudah menyimpang jauh.
Itu hanya alasan saja. Sebenarnya Radzi ada menghadapi masalah lain yang menekan jiwa dan perasaannya. Beliau dikaitan dengan rasuah. Aduan rasuah ke atasnya dibuat oleh pihak tertentu kononya beliau telah membuat tuntutan palsu dan tidak munasabah dengan kedudukannya sebagai Exco. Berikutan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah menjalanakan siasatan ke atasnya. Sejak itu hidup dan tumpuan politiknya berbalau-balau.
Semasa siasatan ini berjalanlah beliau telah meralat semula perjuangannya. Merasa perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat merugikan rakyat. Maka beliau kembali semula berjuang dalam Umno. Sehubungan itu beliau hilang kedudukan sebagai Exco yang berprestej itu.Orang akan menghormat dan menyanjungi Radzi kalau beliau mengambil keputusan kembali kepada Umno itu atas prinsip perjuangan. Sesiapa pun tidak akan harus bersekongkol dengan perjuangan batil. Adalah wajar dan bijak jika kita mufarakah dari kejahatan dan kebatilan. Kerana berada dalam kebatilan samalah mendiangkan diri pada bahan neraka.
Tetapi apa yang berkudis dalam kepada umum sejauh manakah tindakan Radzi itu berdasarkan prinsip perjuangan? Ada yang meragui tindakan beliau itu. Bahawa beliau bertindak bukan kerana prinsip perjuangan tetapi kerana 'prinsip' ugutan dan tekanan oleh pihak tertentu. SPRM telah digunakan dalam hal ini untuk menekan perasaan Radzi sehingga beliau meninggalkan perjuangan PKR?
Mungkin disebabkan tekanan, ugutan itulah menjadikan beliau selalu berpeluh di dahi, tidak nyenyak tidur dan akhirnya membuat ralat atas atas perbuatan beliau yang tidak salah itu. Bagaimana pun cerita sudah tamat, pihak yang mahu melihat Radzi memberi imej buruk kepada PKR dan kerajaan Kedah sudah pun berlalu. Radzi telah keluar parti dan menentang kerajaan Kedah.
Inilah yang dihajati oleh pihak tertentu dan ia berjaya. Hasilnya Radzi kehilangan jawatan, kehilangan rakan dan dituduh sebagai pengkhianat. Maruahnya sebagai ahli politik juga sudah tercemar.
Dan selepas segala-gala itu khalas, semalam SPRM telah mengumumkan penutupan siasatan ke atasnya berhubungan aduah rasuah kerana membuat tuntutan palsu. Beliau didapati tidak mempunyai kesalahan seperti mana yang diadukan itu. "DPP memutuskan tiada kesalahan dilakukan oleh bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat, dan sumber tenaga negeri itu (Kedah). DPP dapati tuntutan Radzi itu adalah berasas dan tiada maklumat mengaitkannya," begitulah jelas Pesuruhjaya SPRM kedah, Idrus Jaafar.
Di sini apa yang boleh disimpulkan atas apa yang berlaku itu; pertama, bahawa Radzi tidak melakukan rasuah seperti mana yang dituduh itu, kedua, SPRM jelas diperalatkan oleh pihak tertentu untuk menekan dan menganggu Radzi dengan tujuan memburukkan PKR dan kerajaan Kedah, dan ketiga kerajaan Kedah bersih dan terhindar dari rasuah.
Iktibar yang boleh diambil disini ialah, mana-mana wakil rakyat Pakatan Rakyat jangan sesekali melakukan rasuah kecil atau besar, atau cuba berkawan dengan 'rasuah' kerana kedudukan mereka sangat rapuh untuk diratah oleh SPRM. Jangan juga berfikir apabila anda melakukan rasuah tetapi ianya tidak terkesan oleh pihak berkuasa anda beranggapan anda bijak dan tidak khianat.
Dalam hubungan ini wakil rakyat Pakatan juga harus mempunyai semangat yang kuat, keberanian dan tidak mudah goncang bila menerima ugutan dan desakan. Mereka harus yakin kerana kebenaran dan harus berani kerana kebenaran. Dan jika ada penyiasatan dan pendakwaan kilat ke atas mereka hendaklah hadapi dengan tenang dan jangan takut. Rujukan kepada parti. Percayalah dan yakinlah kepada diri sendiri dan yakinlah kebenaran tetap akan menang.
Kesemua senario yang berlaku seperti di atas itu, baik di pihak SPRM, pihak yang kena siasat dan pihak yang memperalatkan SPRM untuk tujuan politik, sebenarnya sangat mudah dicami kerana permainan dan senario itu sudah wujud sejak berzaman.
Hanya mereka yang jahil, penakut serta tidak yakin kepada diri sendiri saja akan tewas dan mudah mengangkat bendera putih!
[wm.kl. 10:30 am 16/10/09]
Thursday, October 15, 2009
KENYATAAN MEDIA
Tarikh: 14 October 2009
MANA JANJI PARTISIPASI AKTIF 30 PERATUS PENGIKTIRAFAN WANITA MALAYSIA? APALAH NASIB WANITA UMNO NI.... DIPERKUDAKAN AJE LAH......AMK PAHANG
Polisi penyertaan wanita sebanyak 30% dalam badan pembuat keputusan di Malaysia telah dipublisitikan semenjak tahun 2004 dan diputarkan semula menjelang Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK9) bagi tempoh 2006 hingga 2010 seperti yang diumumkan Perdana Menteri ketika itu. Selaku sayap kerajaan yang bertanggungjawab, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilihat masih terkapai-kapai dan seolah-olah hilang tumpuan dan buah fikiran untuk bertindak sebagai tangan yang efektif bagi menggerakkan misi ini.
Pelbagai aktiviti yang menjurus kepada pembentukan Pelan Tindakan seperti yang dilakukan sebelum ini masih belum nampak hasilnya. Buah fikiran yang disampaikan oleh parti-parti politik, badan-badan bukan kerajaan, wakil badan perundangan sivil dan syariah serta wakil pusat-pusat pengajian tinggi telah tidak digarap dengan optimum. Begitu juga dengan sekian banyak bengkel, forum dan seminar yang dianjurkan bagi memberi kefahaman serta mengupas isu-isu penghalang yang selama ini menjadi tembok kepada partisipasi aktif golongan wanita Malaysia masih hanya tinggal di atas kertas.
Melihat dari sudut wanita dalam hirarki pentadbiran Negara, tahap kepercayaan yang diberikan kepada golongan wanita dalam memainkan peranan penting melalui jawatan Menteri dan Timbalan Menteri adalah amat-amat menyedihkan. Kerajaan Barisan Nasional telah gagal dalam memberikan pengiktirafan setimpal dan menghargai tugas serta peranan golongan wanita di Malaysia berdasarkan fakta bahawa hanya 2 orang Menteri dari kalangan wanita yang dilantik daripada jumlah 27 orang Menteri Kabinet. Ini hanya sekitar 7.4% sahaja berbanding sasaran 30%. Manakala bagi jawatan Timbalan Menteri, hanya 7 orang sahaja dilantik daripada jumlah 40 orang Timbalan Menteri. Dan jawatan tersebut hanyalah jawatan yang dilihat sebagi klise kepada peranan wanita iaitu Kementerian Pembangunan Wanita, Kelaurga dan Masyarakat serta Kementerian Pelancongan. Apakah tiada wanita yang layak dan dipercayai untuk memimpin kementerian yang lebih signifikan peranannya seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan hal Ehwal Pengguna ataupun Kementerian Perdagangan Antrabangsa dan Industri.
Dalam konteks pemerintahan Pakatan Rakyat, Negeri Selangor sebagai contoh telah menunjukkan tauladan serta kepercayaan kepada kebolehan golongan wanita dalam menggalas tanggungjawab. Daripada 11 orang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, empat daripadanya adalah wanita dan ini merupakan bukti kepada kesungguhan politik (political will) dan bukan hanya cakap kosong sahaja.
Wanita Keadilan menggesa dan sangat berharap agar Y.B Senator Datuk Shahrizat Jalil menunaikan janjinya kepada wanita di seluruh Malaysia dengan memastikan sekurang-kurangnya 8 orang Menteri Kabinet dan 12 Timbalan Menteri adalah dari golongan wanita. Seterusnya kelak dituruti ke peringkat pegawai-pegawai kerajaan dan kakitangan pentadbiran lainnya. Sekiranya Barisan Nasional kekurangan calon yang bersih dari rasuah dan salah guna kuasa, berkaliber serta professional maka beliau wajarlah menunjukkan kematangan politik demi mencapai matlamat pembangunan dan pengupayaan wanita dengan melibatkan sejumlah 11 orang wakil rakyat wanita dari gagasan Pakatan Rakyat di Parlimen untuk berkerjasama dalam hal ini. Wanita Keadilan khususnya sentiasa komited dan akan sentiasa bangkit menjadi pembela kepada Wanita di Malaysia.
Bagi Pihak AMK Pahang, saya ingin mengucapkan terima kasih dan Tahniah kepada semua petugas terutamanya kepada ahli AMK pahang yang bertungkus lumus membantu jentera Pakatan Rakyat (PR) di Bagan Pinang.Semoga semua petugas telah dapat menimba sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman untuk kita gunakan sekiranya kita pula terpaksa menempuhi Pilihanraya kecil/Pilihanraya Umum.
Saya juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dari segi penempatan dan juga penyediaan makanan
Hampir seribu orang hadir ke Jamuan Rumah Terbuka Hari Raya Idul fitri 1430H / 2009 anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bera. Kemeriahan tahun ini lebih terasa kerana pada tahun ini semakin ramai penduduk di Bera ini khususnya semakin berani untuk hadir ke jamuan raya yang dianjurkan oleh PKR Bera ini.
Jamuan Raya ini bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 02.00 petang turut dikunjungi oleh rombongan DAP Pahang yang diketuai oleh Pengerusi DAP Pahang iaitu YB Leong Ngah Ngah yang juga ADUN Triang serta Sdr Abu Bakar Lebai Sudin (Timbalan Pengerusi DAP Pahang) yang juga calon DAP Parlimen Raub 2008. Manakala PAS pula diwakili oleh Ustaz Sulaiman Mohamad yang juga AJK PAS Pahang merangkap YDP Pas Kawasan Bera serta Sdr Shahrul Ketua Pemuda Pas Bera pula mengetuai rombongan Pas Kawasan Bera.
Antara pimpinan PKR Bera yang turut bersama meraikan tetamu serta pengunjung ialah Tn Hj Abas Awang (Ketua Cabang Bera), Sdr Hamzah Bawa (Timbalan), Sdr Amir Aziz, Sdr Muthusamy dan Sdr Malik Saleh (Naib-Naib Ketua), Sdr Rizan (Setiausaha Cabang), Tn Hj Hamzah Ibrahim (Ketua Penerangan), Sdr Bob Manolan (Ketua AMK Bera), Sdr Sarawanan (Exco AMK Pusat), serta AJK-AJK yang lain seperti Sdr Amin, Sdr Zarizan, Sdr Jemadi, Pn Gomathy, Pn Paridatul dan pn Sabarina.
Turut menghadiri rumah terbuka PKR Bera ini juga ialah Sdr Yusairi (AJK PKR Cabang Temerloh) serta rombongan sekeluarga Ketua PKR Cabang Raub (Sdr Mohd Ali Wahid). Pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum serta latar belakang politik turut menghadiri jamuan raya ini. Turut kelihatan juga pada tahun apabila semakin ramai kakitangan kerajaan dan swasta utama di Bera ini hadir bersama bagi memeriahkan suasana jamuan raya tersebut.
Mungkin dengan langkah PKR Cabang Bera yang mengutuskan jemputan secara rasmi kepada semua jabatan-jabatan kerajaan di daerah Bera ini seperti Ibu Pejabat Polis Daerah Bera, Pejabat Daerah & Tanah Bera, Pejabat Pelajaran Daerah Bera, Pejabat Kesihatan Bera, TNB, JBA Bera serta yang lain lagi telah menunjukkan kepada semua tentang keterbukaan parti kita pada semua penjawat awam. Keadaan ini juga menunjukkan kepada semua bahawa PKR kini telah mula diterima oleh rakyat pelbagai lapisan dan ini merupakan petanda yang cukup baik kepada PKR khususnya di Bera di PRU ke 13 nanti.
Perkara: Manifesto Calun PAS/PR : N31 Bagan Pinang Tuesday, October 6, 2009 Manifesto Calun PAS/PR : N31 Bagan Pinang BERSAMA KEHENDAK RAKYAT 1. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pihak media kerana melaporkan dengan adil aktiviti saya, PAS dan Pakatan Rakyat sehingga petang ini.
2. Kesempatan ini, ingin saya sebutkan beberapa fokus kempen saya serta agenda kesejahteraan yang ingin saya tawarkan kepada pengundi N31 Bagan Pinang.
3. Ikhlas saya katakan bahawa di Port Dickson, khususnya di Dun Bagan Pinang ini terdapat banyak isu malar segar yang perlu ditangani bersama. Daripada 13 permasalahan yang dekat dengan rakyat, umumnya rakyat mahu isu penaiktarafan jalan utama dari Telok Kemang ke Pasir Panjang segera diselesaikan. Kedua, rakyat mahu masalah perparitan yang menjadi punca utama banjir kilat, pembiakan lalat serta nyamuk segera diselesaikan. Ketiga dan terakhir, rakyat mahu isu alam sekitar yang melibatkan Pantai Port Dickson kerana dengan berbuat demikian, bukan sahaja menggamit semula kehadiran pelancong malah menjana ekonomi setempat.
4. Ikhlas saya katakan, kemenangan saya tidak akan mengubah lanskap kuasa kerajaan negeri. Tetapi, kemenangan ini akan membawa satu lagi ‘kehendak rakyat’ ke Dewan Undangan Negeri. Pakatan tambah satu kerusi Adun lagi, menjadikan 16 keseluruhannya. Umno tinggal 18 kerusi sahaja. Beza kerusi kita (Pakatan) dan BN hanya 2 kerusi sahaja. Semoga inilah yang dikatakan bersama kehendak rakyat.
5. Tahun lepas, Datuk Shaziman Abu Mansor kata di Parlimen, tiada peruntukan untuk membaiki jalan di sini. Sedangkan tanggungjawab membina jalan sebenarnya di dalam Senarai Persekutuan (Federal List). Jadi, Umno tidak perlulah memperbodohkan rakyat dengan kempen adakah saya mampu memperbaiki jalan jika saya menang. Sedangkan jika Tan Sri Mohd Isa Samad menang sekalipun, itu bukan tanggungjawabnya untuk membina jalan. Maka, saya akan senantiasa membawa isu penaiktarafan jalan ini di Dun kelak, di samping membantu Ahli Parlimen Telok Kemang membawa isu ini di Parlimen. Sama ada jalan siap dulu, atau Umno tumbang di Negeri Sembilan, biarlah rakyat terus membuat perhitungan.
6. Begitu juga dalam isu perparitan, Port Dickson dikenali khalayak tempatan sebagai Bandar Pembiakan Lalat, Banjir Kilat dan beberapa lagi. Akar masalah pada segala permasalahan kedua ini adalah sistem perparitan yang tidak efisyensi. Pembiakan lalat adalah natijah pada masalah perparitan. Bau busuk juga adalah natijah pada masalah perparitan. Banjir kilat yang berlaku setiap kali musim hujan juga adalah natijah pada masalah perparitan. Selesaikan akan masalah, bermakna selesailah segala natijah/masalah berantai tersebut. Selesaikan masalah perparitan, insyaAllah selesailah segala yang membelenggu rakyat hampir sedekad ini.
7. Saya yakin rakyat tempatan tahu tentang privasi pantai awam oleh segelintir pemimpin Umno bersama-sama pihak tertentu. Saya yakin, rakyat tempatan semuanya tahu isu masalah sampah-sarap ini berpunca oleh sistem pengangkutan sampah oleh syarikat SWM. InsyaAllah, pengalaman menjadi sukarelawan dan aktivis alam sekitar dan kemasyarakatan, menjadi pengerusi ‘No Incinerator Broga’; saya sedia mengetengahkan idea-idea yang lebih progresif demi kepentingan rakyat.
8. Dalam maksud yang lebih mudah, manifesto saya untuk rakyat adalah memperjuangkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat khususnya di Telok Kemang. Jadikan Adun Bagan Pinang sebagai satu lagi suara pendesak di Dewan Undangan Negeri (DUN), agent semak dan imbang terhadap projek-projek terbekangkalai serta urus tadbir kerajaan negeri yang dilihat pincang dan pembaziran oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional.
BERSAMA KEHENDAK RAKYAT Zulkefly Mohamad Omar Calon Pakatan Rakyat
Kelihatan disini ialah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Pesuruhjaya PAS Pahang turut serta memberikan sokongan.
Turut serta memberi sokongan Ahli Parlimen Kuantan semasa penamaan calon
Sebahagian penyokong Paktan Rakyat semasa berkumpul di hari penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson
Banner Calon PRK N31 Bagan Pinang Sdr Zulkifly Mohammed Calon Pakatan Rakyat
Jika dilihat dari segi sokongan semasa penamaan calon kemenangan sudah berpihak kepada Pakatan Rakyat dan disokong pula isu-isu tempatan dan Nasional.Sekarang terpulang kepada pengundi di Bagan Pinang untuk menentukan siapa yang bakal dipilih sebagai wakil mereka.Calon yang terpalit isu rasuah atau calon yang bersih,berpendidikan dan berwibawa.Kami percaya pengundi di Bagan Pinang akan bijak memilih mana intan mana kaca untuk mebela nasib rakyat di Bagan Pinang.
Berita ini dipetik dari blog rasmi PRK N31 Bagan Pinang mengenai betapa jahatnya UMNOBN yang terdesak untuk menang sehingga sanggup menaja keganasan bagi menakutkan pengudi dan penyokong Pakatan Rakyat,tetapi barisan Pakatan Rakyat tidak menjadikan peristiwa ini sebagai penghalang meneruskan perjuangan rakyat untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan UMNOBN bagi menegakan keadilan di Malaysia....LAWAN TETAP LAWAN,TIME 4 CHANGE,KERAJAAN RAKYAT UNTUK SEMUA,teruskan perjuangan sehingga berjaya.
Gambar banner dan Restoran Kamunlau tempat berlansungnya program
Kelihatan Yb Fuziah sedang bersedia untuk majlis perasmian senaman beramai-ramai
Kelihatan Mr Siew Fok Chan AJK Cabang Kuantan sedang menerangkan sesuatu pada YB Fuziah mengenai program pada Majlis makan malam.
Ahli Qikong sedang bersedia untuk memulakan senamanan selepas perasmian.
YB Fuziah bersama AJK Qikong sebelum perasmian.
Ahli Qikong sedang khusyuk mendengar ucapan aluan dari YB Fuziah pada majlis makan malam.
Pada 15 & 16 Ogos 2009 yang lalu Ahli Parlimen Kuantan telah dijemput menghadiri satu perkumpulan ahli Persatuan Qikong Se Malaysia yang diadakan di Restoran Kamunlau Tanjung Lumpur.Terdapat kira 2000 ahli persatuan hadir di perjumpaan tersebut dan pada hari kedua iaitu hari Ahad perserta bersam Ahli Parlimen telah berkumpul di halaman Restoran untuk sama-sama untuk bersenam (tai chi).Pada setiap pertemuaan Persatuan Cina disekitar Parlimen Kuantan yang dihadiri oleh YB Fuziah,mereka menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat.
Kepada seluruh jentera sukarelawan seluruh Pahang,AMK Pahang ingin mengucapkan syabas kepada perjuang dari seluruh Parti Keadilan Rakyat yang akan bertolak ke PRK Bagan Pinang untuk berkempen bagi calon Pakatan Rakyat,yang di wakili oleh calon dari Parti Islam SeMalaysia(PAS).
Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang diletakkan bersama-sama dengan PAS Pahang dan PKR Tampin untuk bertugas di kawasan majoriti pengundi kaum India di JDM Sua Betong, Bagan Pinang.
Didalam JDM tersebut terdapat seramai 862 orang pengundi terdiri daripada 75 orang pengundi Melayu, 210 pengundi Cina dan 577 orang pengundi India.
JDM ini terbahagi kepada 11 lokaliti iaitu Kg Kanapathy seramai 7 orang pengundi, Ladang Arunasalam 1 orang pengundi, Ladang Bahru 21 orang pengundi, Ladang Dundee 36 orang pengundi, Ladang Hiap Choon 7 orang pengundi, Ladang Eng Boh Tai 9 orang pengundi, Ladang Sua Betong 455 orang pengundi, Ladang Sua Betong Dumun 53 orang pengundi, Ladang Sua Betong Kawasan 87 orang pengundi, Ladang Sg Ujong 165 orang pengundi, dab Taman Sg Ujong 25 orang pengundi.
JDM ini diketuai Tuan Haji Abd. Razakek daripada PAS yang dibantu oleh Timbalannya Sdr Mansur Yusof (h.p: 0196806999) dari PKR dan Pn Fathihah selaku Setiausaha (h.p:0123111370) dari PKR.
Selamat bertugas kepada petugas-petugas PKR dari Pahang, dan bertugaslah dengan bersungguh-sungguh serta dengan penuh hemah.