Angkatan Muda Keadilan(AMK) Negeri Pahang melihat harapan rakyat yang semakin membuak khususnya sokongan dan sentimen rakyat terhadap kerajaan yang ada sekarang,pembaharuan menyeluruh harus bermula sekarang demi menterjemahkan harapan rakyat kepada kemenangan rakyat khususnya bagi menghadapi Pilihanraya yang ke 13 akan datang.Perubahan harus bermula dengan merombak sistem Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR).
AMK bertegas,perlantikan Ahli Suruhanjaya termasuk Pengerusi dan Setiausaha mestilah di buat dengan telus dan bertanggungjawap,dipilih daripada kalangan individu yang mandapat kepercayaan orang ramai.Ahli SPR seharusnya bebas dan manpu beertindak dengan adil tanpa tekanan daripada mana-mana pihak.SPR mestilah menjadi badan bebas yang bertanggungjawab untuk mengendalikan pilihan raya yang bebas dan adil tanpa dicemari dengan penyelewengan dan penipuan dalam proses dan perjalanan pilihan raya.
AMK berpendapat kehadiran pemerhati antarabangsa amat penting untuk memantau pilihanraya dinegara kita memandangkan terdapat banyak bukti-bukti kukuh penyelewengan,penipuan dan kelemahan dalam pilihanraya umun dan kecil di negara kita selama ini.AMK akan terus mendesak kerajaan untuk membenarkan pemerhati antarabangsa meneliti dan mengikuti proses pilihan raya di
Amalan ini bukanlah asing bagi negara-negara yang berpegang teguh kepada perinsip demokrasi seperti Turki,India,Indonesia,Thailand dan Afrika Selatan.Kehadiran pemerhati antarabangsa sememangnya akan menjamin kesihatan budaya dan amalan demokrasi yang diingini oleh rakyat di Malaysia.Keadilan juga mengesa supaya kerajaan dan SPR mempertahankan hak rakyat Malaysia yang menetap di luar negara untuk mengundi.Diplomat,Ahli-ahli perniagaan,pelajar-pelajar dan rakyat yang berkerja di luar negara mestilah mempunyai peluang untuk mengundi dengan mekanisma yang telus.
AMK mengesa supaya undi pos kepada tentera dan polis di hapuskan dan mereka dibenarkan mengundi di tempat-tempat pengundian awam memandangkan negara kita berada dalam keadaan yang aman dan tenteram.Sekiranya kerajaan berasa sukar dalam melaksanakan ini,AMK mencadangkan agar kem-kem tentera di gazetkan sebagai pusat pengundian dan proses mengundi dijalankan secara telus dengan dipantau oleh wakil perti-parti yang bertanding dalam pilihan raya.AMK masih ingat yang Parti Keadilan Rakyat(PKR),ada mencadangkan supaya SPR memperkenalkan'indelible ink' untuk pengundi.Di India kita lihat negara yang mempunyai kepadatan penduduk melebihi seramai 1 bilion orang dan mempunyai rekod pengurusan pilihan raya yang kemas dan baik telahpun menggunakan sistem ini secara menyeluruh.Kenapa negara kita yang jauh lebih rendah kepadatan penduduk, amat sukar hendak menggunakan sistem yang amat baik ini,dan janganlah sekadar membuat pengumuman mengenai rancangan untuk menggunakannya,sampai waktunya,pelbagai alasan dicipta,untuk tidak dipraktikan,seperti kita lihat sebelum ini.
AMK menyeru pada pengundi-pengundi di Pilihan Raya Kecil(PRK) Dun Bagan Pinang ini,terutama kepada pengundi Pos agar mamberi sokongan penuh kepada Calon dari Pakatan Rakyat(PR) yang di wakili olih calon Parti Pas SeMalaysia(PAS).AMK Pahang akan menghantar sukarelawan bersama-sama dengan Unit Amal dari PAS Pahang,akan bertolak sehari sebelum penamaan calon iaitu pada 2hb,September 2009,akan ditugaskan di Daerah Mengundi Sua Betong.Sukarelawan-sukarelawan dari AMK Pahang ini terus berkampung
PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM
Tuesday, September 29, 2009
SURUHANJAYA PILIHANRAYA(SPR) JANGAN JADI KUDA TUNGGANGAN UMNO/BN...AMK PAHANG DM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment