PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM
Wednesday, September 30, 2009
RUMAH TERBUKA PKR BERA PADA 04 OKTOBER 2009 / AHAD
Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Bera dengan segala hormatnya menjemput Tuan/Puan, Sdra/Sdri semua untuk hadir ke Majlis Rumah Terbuka Anjuran PKR Cabang Bera yang bakal diadakan sebagaimana maklumat berikut:
TARIKH : 04 OKTOBER 2009 / AHAD
MASA: MULAI JAM 10.00 PAGI - 01.00 TENGAHARI
TEMPAT: LAMAN KEADILAN (BERHADAPAN DENGAN PADANG SJK(C) KERAYONG & KLINIK DESA KERAYONG)
ANTARA TETAMU KEHORMAT IALAH PIMPINAN PKR PUSAT & NEGERI PAHANG.
Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan, Sdra/Sdri nanti sudah pasti akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara kita nanti, Insya Allah.
Sekian, terima kasih & Salam Reformasi!
DARIPADA: KETUA CABANG & PIMPINAN PKR CABANG BERA
Tuesday, September 29, 2009
PROGRAM JEJAK FAKIR OLEH PEJABAT AHLI PARLIMEN KUANTAN.
Salah seorang Ahli Jawatan Kuasa Cabang Kuantan sedang bersiap sedia dengan van untuk menjejak fakir dalam Parlimen Kuantan.
Ahli Parlimen Kuantan YB Hajjah Fuziah Salleh,berada di rumah pertama dalam program jejak fakir ini.
Sumbangan jejak fakir ini tidak tertumpu kepada kaum Melayu sahaja,tetapi kepada kaum Cina mahupun India,inilah yang di namakan satu Malaysia yang sudah lama di praktikkan oleh Pakatan Rakyat selama ini,yang sekarang jelas ditiru oleh PM 1 Malaysia.Turut kelihatan AJK Cabang dan AJK Ranting,sedang mengagihkan sumbangan kepada yang berhak menerimanya..
Tahniah kepada seluruh AJK Cabang Kuantan,Angkatan Muda Keadilan,Wanita Keadilan kepada Pejabat Ahli Parlimen Kuantan,yang menjayakan program ini dengan berjaya sekali,semoga segala sumbangan ikhlas ini di berkati oleh ALLAH.
SURUHANJAYA PILIHANRAYA(SPR) JANGAN JADI KUDA TUNGGANGAN UMNO/BN...AMK PAHANG DM.
Angkatan Muda Keadilan(AMK) Negeri Pahang melihat harapan rakyat yang semakin membuak khususnya sokongan dan sentimen rakyat terhadap kerajaan yang ada sekarang,pembaharuan menyeluruh harus bermula sekarang demi menterjemahkan harapan rakyat kepada kemenangan rakyat khususnya bagi menghadapi Pilihanraya yang ke 13 akan datang.Perubahan harus bermula dengan merombak sistem Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR).
AMK bertegas,perlantikan Ahli Suruhanjaya termasuk Pengerusi dan Setiausaha mestilah di buat dengan telus dan bertanggungjawap,dipilih daripada kalangan individu yang mandapat kepercayaan orang ramai.Ahli SPR seharusnya bebas dan manpu beertindak dengan adil tanpa tekanan daripada mana-mana pihak.SPR mestilah menjadi badan bebas yang bertanggungjawab untuk mengendalikan pilihan raya yang bebas dan adil tanpa dicemari dengan penyelewengan dan penipuan dalam proses dan perjalanan pilihan raya.
AMK berpendapat kehadiran pemerhati antarabangsa amat penting untuk memantau pilihanraya dinegara kita memandangkan terdapat banyak bukti-bukti kukuh penyelewengan,penipuan dan kelemahan dalam pilihanraya umun dan kecil di negara kita selama ini.AMK akan terus mendesak kerajaan untuk membenarkan pemerhati antarabangsa meneliti dan mengikuti proses pilihan raya di
Amalan ini bukanlah asing bagi negara-negara yang berpegang teguh kepada perinsip demokrasi seperti Turki,India,Indonesia,Thailand dan Afrika Selatan.Kehadiran pemerhati antarabangsa sememangnya akan menjamin kesihatan budaya dan amalan demokrasi yang diingini oleh rakyat di Malaysia.Keadilan juga mengesa supaya kerajaan dan SPR mempertahankan hak rakyat Malaysia yang menetap di luar negara untuk mengundi.Diplomat,Ahli-ahli perniagaan,pelajar-pelajar dan rakyat yang berkerja di luar negara mestilah mempunyai peluang untuk mengundi dengan mekanisma yang telus.
AMK mengesa supaya undi pos kepada tentera dan polis di hapuskan dan mereka dibenarkan mengundi di tempat-tempat pengundian awam memandangkan negara kita berada dalam keadaan yang aman dan tenteram.Sekiranya kerajaan berasa sukar dalam melaksanakan ini,AMK mencadangkan agar kem-kem tentera di gazetkan sebagai pusat pengundian dan proses mengundi dijalankan secara telus dengan dipantau oleh wakil perti-parti yang bertanding dalam pilihan raya.AMK masih ingat yang Parti Keadilan Rakyat(PKR),ada mencadangkan supaya SPR memperkenalkan'indelible ink' untuk pengundi.Di India kita lihat negara yang mempunyai kepadatan penduduk melebihi seramai 1 bilion orang dan mempunyai rekod pengurusan pilihan raya yang kemas dan baik telahpun menggunakan sistem ini secara menyeluruh.Kenapa negara kita yang jauh lebih rendah kepadatan penduduk, amat sukar hendak menggunakan sistem yang amat baik ini,dan janganlah sekadar membuat pengumuman mengenai rancangan untuk menggunakannya,sampai waktunya,pelbagai alasan dicipta,untuk tidak dipraktikan,seperti kita lihat sebelum ini.
AMK menyeru pada pengundi-pengundi di Pilihan Raya Kecil(PRK) Dun Bagan Pinang ini,terutama kepada pengundi Pos agar mamberi sokongan penuh kepada Calon dari Pakatan Rakyat(PR) yang di wakili olih calon Parti Pas SeMalaysia(PAS).AMK Pahang akan menghantar sukarelawan bersama-sama dengan Unit Amal dari PAS Pahang,akan bertolak sehari sebelum penamaan calon iaitu pada 2hb,September 2009,akan ditugaskan di Daerah Mengundi Sua Betong.Sukarelawan-sukarelawan dari AMK Pahang ini terus berkampung
PKR Pahang Disana Sini
Monday, September 28, 2009
SHAHRIZAT BERDOLAK DALIK MALAPETAKA KAUM PENAN -malaysiakini
Wanita KEADILAN berasa amat hairan bagaimana seorang Menteri Wanita, Shahrizat Abdul Jalil yang diamanahkan untuk memelihara kesejahteraan wanita telah membisu dan beraksi tidak tegas serta berdolak dalik mengenai permasalahan wanita kaum Penan yang sentiasa menghadapi risiko dicabuli kehormatan mereka oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan; yang sanggup merogol anak-anak semuda 10 tahun, dan ada yang dirogol berulangkali.
Sebaliknya beliau telah bersungguh-sungguh mempertahankan kelekehan polis dan kepolisian PDRM Sarawak dalam memastikan perogolan wanita kaum Penan tidak berulang lagi sewenang-wenangnya dan dengan begitu mudah sekali.
Yang lebih menghairankan ialah kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Alfred Jabu, yang mendakwa bahawa beliau ragu kes rogol ke atas wanita Penan benar-benar berlaku dan kumpulan NGO telah mempengaruhi wanita-wanita Penan untuk mereka-reka cerita rogol berkenaan.
Kes rogol yang dirujuk oleh Alfred Jabu adalah yang telah disahkan berlaku oleh Jawatankuasa Khas, yang diketuai oleh Shahrizat Abd Jalil, yang menyiasat kes rogol tersebut.
Laporannya telah dihebahkan kepada dunia oleh Wanita KEADILAN sejurus setelah mendapatinya.
Kerajaan BN di Sarawak tidak langsung mewujudkan rasa selamat dan aman di hati rakyat Sarawak, khususnya kaum Penan.
Kerajaan BN Sarawak tidak dapat menjamin dan memelihara keselamatan fizikal, mental, emosi dan jiwa rakyat Sarawak. Kerajaan BN Sarawak dilihat sentiasa menjamin keselamatan dan kesejahteraan taukeh-taukeh kaya seperti syarikat pembalakan yang mempunyai pekerja yang merogol anak gadis dan wanita Penan sesuka hati mereka.
Syarikat-syarikat balak ini dengan mudah menepis isu rogol terhadap wanita Penan sebagai bukan permasalahan mereka dan mereka tidak patut dipersalahkan.
Ketandusan sifat kemanusiaan, apalagi untuk menganggap anak-anak gadis kaum Penan sebagai insan seperti juga anak-anak kandung taukeh balak itu sendiri, yang perlu dilindungi sebaik mungkin, tidak menapak di hati dan sanubari mereka yang hanya rakus mengaut keuntungan hasil pembalakan.
Kerajaan Sarawak pimpinan BN telah melahirkan para ahli perniagaan besar, dan Timbalan Menteri yang kekontangan nilai dan rasa tanggungjawab sosial terhadap rakyat yang ditindas dan di cabuli kehormatan mereka.
Persekongkolan Sharizat Abdul Jalil dengan kedua mereka itu merupakan suatu malapetaka bagi rakyat jelata, khususnya kaum Penan di Sarawak.
HJH. ZURAIDA KAMARUDDIN
Ketua Wanita KEADILAN
Friday, September 25, 2009
ALFATIHAH..MANTAN MENTERI BESAR PAHANG ALLAHYARHAM DATUK ABDUL RAHIM BAKAR.
Kami merasakan kehilangan beliau adalah perginya seorang permata atau wira kepada rakyat Pahang khususnya,dan amnya seluruh rakyat Malaysia kerana semasa beliau memegang tampuk kepimpinan Negeri Pahang,beliaulah satu-satunya Menterti Besar Pahang yang betul-betul perihatin terhadap rakyat Pahang,dan beliau sanggup melepaskan jawatan yang di anggap selesa itu demi rakyat,seperti umum ketahui krisis atau isu balak dengan pihak istana,semasa beliau memegang jawatan Menteri Besar dahulu,ini lah satu-satunya contoh''RAKYAT DI DAHULUKAN'',tidak seperti sekarang pokek kembong di dahulukan,rakyat biar lantak.
Parti Keadilan Rakyat(PKR) Pahang,menganggap Allahyarham adalah seorang pemimpin atau Menteri Besar yang paling bermaruah,jika di banding dengan Menteri Besar yang ada selepas beliau di Negeri Pahang ini.
Semoga jasad dan roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang mukmin.. AMIIN!!!
Wednesday, September 23, 2009
UCAPAN HARI LEBARAN KETUA PENERANGAN PKR PAHANG
"Saya ucapkan Selamat Hari Raya pada semua ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat khususnya dan kepada semua penyokong -penyokong Pakatan Rakyat di Pahang khasnya dan Malaysia amnya yang bersama-sama berjuang menegakkan kebenaran.
Tidak lupa juga pada seluruh ummat Islam di Bera, di Negeri Pahang dan di Seluruh Negara kita Malaysia, Sesungguhnya perjuangan menegakkan KEADILAN adalah tanggungjawab semua yang mahu hidup bahagia di dunia dan di akhirat. Terima kasih dan Selamat Hari Raya daripada saya dan semua pimpinan PKR Pahang amnya serta disamping keluarga tercinta khususnya"
Juga saya sebagai Ketua PKR Cabang Bera ingin menjemput semua kepimpinan PKR Negeri & Cabang Pahang untuk hadir ke rumah terbuka aidilfitri PKR Cabang Bera yang akan diadakan pada 4 hb Oktober 2009 mulai 2.30 ptg - 6.00 ptg.
(Keterangan lanjut akan dimaklumkan kemudian)
UCAPAN KHAS SEMPENA HARI RAYA IDUL FITRI 1430H OLEH :
YBHG TN HJ ABAS BIN AWANG
KETUA PKR CABANG BERA merangkap
KETUA PENERANGAN PKR NEGERI PAHANG
Friday, September 18, 2009
SELAMAT HARI RAYA DARI ANGKATAN MUDA KEADILAN(AMK) CABANG KUANTAN.
SELAMAT HARI RAYA DARIPADA PENGERUSI MAJLIS PIMPINAN PARTI KEADILAN RAKYAT(PKR) NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR.
Assalamualaikum rakyat Negeri Pahang semua, di kesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin, kepada seluruh Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Majlis Pimpinan Negeri, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita, Cabang dan Ranting. Semoga bergembira di hari raya nanti, dengan pesanan berhati-hati di jalan raya kerana malang tak berbau. Tapi harus ingat perjuangan kita yang cintakan keadilan selama ini belum berakhir di bumi Pahang ini. Dengan tekad bersama, Ayuh!!! kita sama-sama terjemahkan pada PRU yang ke 13 nanti, Insya ALLAH
Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Pahang.
SELAMAT HARI RAYA DARIPADA PKR CABANG JERANTUT.
SELAMAT HARI RAYA DARI PKR CABANG LIPIS
Saudara Zakaria Abdul Hamid-Ketua PKR Cabang Lipis.
Assalamualaikum,saya mewakili seluruh AJK PKR Cabang Lipis,AMK dan Wanita,ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidul Fitri Maaf Dzahir dan Batin kepada seluruh rakyat Pahang Darul Makmur,terutama yang tinggal di dalam Parlimen Lipis khususnya,dengan harapan keadilan perlu di tegakkan di bumi yang tercinta ini.''TIME FOR CHANGE''..''DARIPADA RAKYAT UNTUK RAKYAT''..Salam ingatan,salam REFORMASI..Ketua Cabang PKR Lipis.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DARI CABANG PKR CABANG ROMPIN.
Saudara Muhammad Helmi Lahuri-Ketua AMK Cabang Rompin.
Assalamualaikum,di kesempatan ini saya mewakili seluruh AJK PKR Cabang Rompin,terdiri daripada Angkatan Muda(AMK) dan Wanita,ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri,Maaf Dzahir dan Batin,kepada semua rakyat Pahang dan Malaysia amnya.Dengan harapan''DARIPADA HARAPAN KEPADA KEMENANGAN''..Saudara Rabidin kasmawi..Ketua Cabang PKR Rompin.. Terima Kasih.
Selamat Hari Raya Dari AMK Pahang
Wednesday, September 16, 2009
TAHNIAH!!!MESYUARAT CABANG PKR PAYA BESAR BERJALAN DENGAN LANCAR.
Cabang PKR Paya Besar telah mengadakan mesyuarat bulanan di Pejabat Majlis Pimpinan PKR
Negeri,baru-baru ini,mesyuarat ini telah berjalan dengan lancar, hampir keseluruhan AJK
yang hadir.Tahniah kepada semua AJK Cabang PKR Paya Besar,dengan kelancaran mesyuarat ini,yang di pengerusikan oleh Ketua Cabang PKR Paya Besar,Tuan Haji Zahari Mamat,yang cukup komited sekali dalam perjuangan menegakkan keadilan.
SEKALUNG SETINGGI TAHNIAH KEPADA KEDUA-DUA HAJI PKR PAHANG.
GAYA SEORANG PENGERUSI BIRO FELDA PKR MALAYSIA..TAHNIAH!!
TUAN HAJI SUHAIMI SAID.
-Ketua Cabang PKR Kuala Krau.
-Pengerusi Biro Felda Dan Hal Ehwal Orang Asal PKR Pahang.
-Perlantikan baru-Pengerusi Biro Felda Pusat.
TUAN HAJI ZAHARI MAMAT.
-Ketua Cabang PKR Paya Besar.
-AJK Biro Felda dan Hal Ehwal Orang Asal PKR Pahang.
-Perlantikan Baru -Naib Presiden Biro Felda PKR Pusat.
WARGA PARTI KEADILAN PAHANG(PKR),INGIN MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA KEDUA-DUA KETUA CABANG INI,KERANA DI LANTIK KEJAWATAN YANG TERTINGGI DI DALAM BIRO FELDA PUSAT,PADA MESYUARAT BIRO FELDA DI NEGERI SEMBILAN,SEREMBAN,BARU-BARU INI.
DI HARAP DENGAN PERLANTIKAN INI,MEMBERI LEBIH SEMANGAT KEPADA KITA SEMUA YANG INGIN MENEGAKKAN KEADILAN DI BUMI PAHANG MAHUPUN MALAYSIA,KEPADA SEMUA AJK,AMK MAHUPUN WANITA PKR PAHANG,PERHUBUNGAN NEGERI,CABANG DAN RANTING AGAR DAPAT MEMBERI KERJASAMA YANG TINGGI DALAM SOAL BERKAITAN DENGAN FELDA INI.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Maaf Zahir Batin dari Ketua Penerangan PKR Pahang & AJK PKR Cabang Bera
BANNER IDUL FITRI OLEH PKR CABANG BERA
Kelihatan 'banner-banner' Selamat Hari Raya Idul Fitri yang telah dipasang disetiap laluan utama Temerloh-Bera-Bahau (Laluan 10) serta di persimpangan utama Bandar Bera dan juga di simpang tiga Paloh Hinai-Guai serta di laluan utama ke tanah rancangan felda-felda sekitar Bera.
Kebanyakan banner-banner ucapan raya ini telah dinaikkan sejak seminggu lalu untuk mengucapkan selamat hari raya kepada semua penduduk terutama di Bera ini.
KEADAAN 'BERA WATER FRONT' KINI AMAT MENYEDIHKAN....
Gambar 2) Permukaan jalan di Bera Water front ini telah mula rosak tanpa diselenggarakan dengan baik.
Gambar 3) Kelihatan lampu-lampu yang telah pecah dan rosak dan sejak dari awal lagi ianya gagal menyala dan berfungsi akibat ketiadaan sambungan bekalan elektrik.
Gambar 4) Semak-samun yang 'bermaharajalela' akibat ketiadaan penyelenggaraan untuk menebas dan memotong rumput di sini.
Gambar 5) Semak-samun jelas kelihatan ditangga jeti dan turut kelihatan sebatang 'Concrete Pile' yang masih tertanam didasar sungai dan ini secara tidak langsungnya mencacatkan pemandangan kita.
Apa sudah jadi dengan keadaan 'Bera Water Front' kini? setelah setahun lebih ianya disiapkan dan boleh digunakan, keadaannya sungguh menyedihkan sekali apatah lagi kos perbelanjaannya menelan hampir RM 2 Juta.
Keadaan Bera Water Front ini amat menyedihkan kerana ianya tidak diuruskan dengan baik serta tidak dijaga sebagaimana sepatutnya. Kelihatan lampu-lampu yang pecah dan sejak dari awal lagi tidak bernyala dan berfungsi serta keadaan semak-samun yang jelas kelihatan disamping keadaan permukaan jalan (premix) yang telah mulai rosak sejak akhir-akhir ini.
Manakala di Jeti pula masih kelihatan sebatang 'Concrete Pile' yang masih tertanam didasar sungai yang masih belum dikeluarkan. Keadaan ini amat mencacatkan pemandangan kita sama sekali. Turut menjadi kehairanan kita semua ialah ketiadaan papan tanda (Sign Board) Bera Water Front ini sejak awal lagi.
Keadaan ini boleh dielakkan seandainya pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Daerah Bera (MDB) mengambil langkah-langkah segera bagi menyelenggara keadaan sedemikian. Bera Water Front ini yang terletak dilaluan utama Temerloh-Bera-Bahau di Mengkarak sentiasa disinggahi pemandu untuk berhenti rehat terutamanya di bulan ramadhan ini untuk berbuka puasa.
Diharapkan pihak-pihak yang berwajib dapat mengambil tindakan dengan segera. Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bera pernah menyiarkan laporan tentang Bera Water Front ini sekitar 4 November 2008 untuk pengetahuan umum di blog PKR Bera ini sebagaimana yang dipaparkan dibawah.
[ARTIKEL ASAL INI BOLEH DILAWATI DI BLOG http://pkrbera.blogspot.com ]
Projek 'Bera Water Front' ini merupakan satu projek dibawah seliaan Majlis Daerah Bera (MDB) ini merupakan projek yang dilaksanakan untuk tujuan pengindahan di tepi sungai Pahang. Projek yang kelihatan sakit ini terpaksa mengambil masa hampir kira-kira 5 tahun untuk disiapkan sepenuhnya tetapi apa yang dikesali ialah, proses untuk menyiapkan projek ini amat menyedihkan dengan kerja-kerja yang tidak kemas, keadaan yang gelap pada waktu malam di kawasan tersebut serta juga didapati terdapat kesan rekahan pada lantai.
Disamping itu sebatang 'Bore Pile' (telah ditanam didalam sungai) yang terdapat di depan pondok jeti di Water Front ini juga menunjukkan betapa kerja-kerja penyiapan ini dilakukan secara tergesa-gesa.
Menurut penduduk berdekatan yang ditemui melahirkan rasa yang cukup kecewa dengan sikap pihak-pihak yang terlibat kerana tidak memantau projek ini secara dekat dan melahirkan kehairanan kenapa tapak disini yang dipilih untuk dijadikan Water Front di daerah Bera ini. Ini kerana menurutnya lagi, tapak yang disediakan ini tidak sesuai kerana terlalu hampir dengan jalan utama Bera-Temerloh dan berdekatan dengan selekoh yang sudah tentu membahayakan pengguna jalanraya sekiranya banyak kenderaan yang berhenti di tepi Water Front ini.
Seorang penduduk lagi berpendapat, sepatutnya projek ini boleh di buat di tepi sungai Triang yang berdekatan dengan pusat Bandar Bera serta sudah pasti amat sesuai dengan mercu tanda baru daerah Bera.
Tuesday, September 15, 2009
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DARI WANITA PARTI KEADILAN RAKYAT(PKR) NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR.
KENANGAN DELIGASI ANGKATAN MUDA KEADILAN(AMK) CABANG KUANTAN DI BANGUNAN PARLIMEN MALAYSIA.
Gambar sekitar kenangan kunjungan sebahagian Angkatan Muda Keadilan(AMK) Cabang Kuantan kebangunan Parliman Malaysia,sedikit masa dahulu dan sempat melihat depan mata perbahasan yang di adakan di dewan ratyat..Syabas kepada Ahli Parlimen dari keseluruhan Pakatan Rakyat,dengan perbahasan yang di tunjukkan amat menggalakan,jika di bandingkan Ahli Parlimen dari Kerajaan UMNO/BN,yang rata-rata Menteri mahupun Timbalan,jelas sekali Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat jauh kedepan cara pemikirannya,ini menunjukkan dah semacam Pakatan Rakyat menerajui Kerajaan Malaysia Baru ini.
UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DARI ANGKATAN MUDA KEADILAN(AMK) PAHANG DARUL MAKMUR.
Assalamualaikum kepada semua rakyat Pahang khususnya,dan kepada rakyat Malaysia amnya,kami seluruh ahli jawatan kuasa Angkatan Muda Keadilan(AMK) Negeri Pahang Darul Makmur,ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri,maaf Dzahir dan Batin,kepada keseluruhan rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan keadilan yang sejati dibumi Malaysia ini..Terima Kasih.