KUANTAN :Allahyarham Yusof bin Muda atau lebih dikenali sebagai Pok Soh Janggut telah kembali ke rahmatullah pada 2.30 petang di Hospital Besar Kuantan pada hari ini 6.6.2009. Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Peramu selepas Asar tadi. Menurut anak keempat Allahyarham Pok Soh, saudara Razali Yusof(47 thn), Arwah meninggal dunia kerana sakit jantung. Arwah semasa hidupnya sangat aktif dalam politik dan tidak pernah luntur dalam perjuangan untuk menyaksikan Dacing tumbang di bumi Pahang ini. Arwah semasa hayatnya pernah berjuang atas platform PSRM dan kemudiannya menyertai Semangat 46 dan Pas sebelum menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat. Semangat kental Allahyarham patut dicontohi dan diteruskan oleh rakan-rakan seperjuangan.
Saudara Kamarul Hatta(Ketua AMK PKR Kuantan) yang turut hadir menziarahi keluarga Allahyarham merasa sedih dengan pemergian Pok Soh kerana masih lagi diingatan bersama-sama berkempen disekitar Tanjung Lumpur dan Peramu diPRU 12 baru-baru. Allahyarham amat dikenali dan disenangi dengan sikap ramah tamahnya oleh rakan seperjuangan dan penduduk sekitarnya. Allahyarham disemasa hayatnya selalu berada di Wakaf Pok Soh ditemani beca setianya berkumpul bersama-sama rakan kampung.
Marilah kita bersama-sama bersedekah AL-FATEHAH kepada Allahyarham Yusof Bin Muda.
Anak Allahyarham Pok Soh Janggut, saudara Razali Bin Yusof bergambar kenangan bersama beca setia arwah.
Saudara Hatta, bergambar kenangan bersama beca kesayangan yang pernah dibonceng bersama dengan Arwah sewaktu berkempen dahulu.
PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM
Saturday, June 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment