PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Friday, May 15, 2009

SIRI 2- Pembangunan MINDA (KEBEBASAN BERFIKIR)

1. MALIK BENNABI

“Perjuangan membebaskan tanah air harus segera di susuli dengan pejuangan memerdekakan MINDA” Kita sudah 50 tahun Merdeka tetapi setengah daripada kita masih terjajah MINDA.

Tuhan telah memberi akal kepada manusia. Manusia diberi kebebasan berfikir untuk menjadi manusia yang baik dan memnuat pilihan yang betul dalam hidup. Apabila manusia tidak diberi kebebasan berfikir, bererti mereka telah dihaiwankan. Al-Quran menjelaskan manusia tidak berfikir tarafnya seperti Al-An’am atau binatang ternak.

Rendera dalam puisinya DOA DI JAKARTA:

Tuhan yang Maha Esa,

Alangkah tegangnya,

Melihat hidup yang tegadai,

Fikiran yang dipabrikkan

Dan masyarakat yang diternakkan

Apabila rakyat tidak berfikir, rakyat lemah

Rakyat lemah adalah LIABILITY yang membebankan Negara.

Rakyat kuat adalah ASET yang berguna membangunkan NEGARA;


2. “Dan Allah memberi misal perbandingan dua orang lelaki, salah seorangnya bisu-pekak tidak mampu melakukan suatu apa pun, di samping menjadi beban kepada penjaganya. Ke mana sahaja dia diarahkan oleh penjaganya tidak menghasilkan sebarang faedah : Adakah dia (yang si lemah sifatnya itu) sama dengan orang yang (boleh berbicara) boleh menyuruh orang melakukan Keadilan dan dia sendiri di atas jalan yang lurus (dan benar)
Al-Nahl : 76

Apa yang boleh diharapkan daripada orang yang lemah, pekak dan bisu. Amalan politik sekarang hendak melahirkan orang yang pekak, tidak mendapat maklumat-maklumat yang benar. Perjumpaan, pertemuan ilmu tidak dibenarkan. Penceramah-penceramah ilmu tidak dibenarkan. Penceramah-penceramah yang jujur, ikhlas disekat daripada memberi maklumat dan ilmu yang benar. Orang-orang ini dibisukan dengan pelbagai akta. Suara rakyat disekat sedangkan pada hakikatnya SUARA RAKYAT, yang kuat dan berkualiti memberi sumbangan besar kepada bangsa dan negara.


3. Manusia yang berjaya adalah manusia yang membuat pilihan yang tepat. Manusia yang gagal kerana membuat PILIHAN yang tidak tepat. PILIHAN yang tepat bergantung pula kepada KEBEBASAN mendapat maklumat yang tepat, benar, dan berkualiti. Jika maklumat yang diterima tidak benar dan salah, ini akan menyebabkan seseorang silap dalam membuat pilihan. Orang itu menjadi bodoh yang diketogeri sebagai manusia yang pekak, bisu, dan lumpuh yang membebankan NEGARA.

Kita lihat masyarakat Cina yang mendapat maklumat yang benar, tepat dan berkualiti daripada akhbar dan media cina, menjadikan masyarakat Cina bijak dan pintar. Mereka membuat pilihan yang tepat dan memilih pemimpin yang tepat dan jujur dalam perjuangan.

Kenapa UMNO/BN membodohkan rakyat melalui Media Massa? Punca utamanya kerana pemimpin UMNO penuh dengan kezaliman, penyelewengan, rasuah dan lain-lain untuk teruskan kekalkan pemerintahan. Tindakan ini merugikan bangsa.

Tindakan zalim UMNO/BN menjadikan rakyat hilang keberanian. Perjuangan “Berani kerana benar takut kerana salah” tidak berlaku. Tetapi apa yang berlaku “Tidak berani walaupun benar dan tidak takut walaupun salah”

4. Orang yang berani kerana benar di”ISA”kan orang yang “tidak takut walaupun salah” dinaikkan pangkat memegang jawatan yang tinggi seperti Ketua Polis, Ketua Hakim, Menteri hatta Perdana Menteri.

Kata Daw Ang San Suu Kyi pejuang kebebasan dari Burma dalam pidatonya, Freedom from fear, “It is not power that corrupts but fear. Fear of losing power corrupts those who wield it and fear of scourge of power corrupts those who are subject to it…”

Kuasa itu sendiri tidak membawa kebejatan, tetapi takut kehilangan kuasa di kalangan penguasa yang menyebabkan melakukan tindakan bejat. Demikian juga ketakutan rakyat menghadapi keganasan penguasa menyebabkan kebejatan berleluasa.

Prof Syed Hussin Al-Atas membangkitkan bagaimana mahasiswa Universiti, pensyarah, professor yang ramai yang “the Captive Mind”. Professor dan Sarjana burung kakak tua. Dalam Krisis Politik Perak, ramai yang taraf pemikiran jauh lebih rendah berbanding dengan orang kampong.

Tugas kita dalam PKR hendaklah memperkasakan dan memulihkan MINDA RAKYAT daripada terjatuh dalam sifat haiwaniah dan berjiwa “Hamba”

Jiwa Hamba adalah jiwa lemah, mudah menyerah, hilang daya juang, tidak percaya diri dan tidak mempunyai wawasan.


Oleh:
Haji Abas b. Haji Awang

Ketua Biro Penerangan PKR Pahang.

No comments: