PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Saturday, May 2, 2009

PENGISIAN MINDA. SIRI (1)

1. ORANG KECIL ORANG BESAR

Orang kecil jika ikhlas diperas,

Jika diam ditikam,
Jika protes dikentes,

Jika usik dibedil.

Orang kecil jika hidup dipersoalkan,

Jika mati tak dipersoalkan,

Lebih baik jadilah orang besar,

Bahagiannya selalu besar.

Orang besar jujur-tak jujur makmur,

Benar-tak benar dibenarkan,

Zalim-tak zalim dibiarkan.

Orang besar boleh bicara semaunya,

Orang kecil paling jauh dibicarakan saja.

Orang kecil jujur dibilang tolol,

Orang besar tolol dibilang jujur,

Orang kecil berani dikata kurangajar,

Orang besar kurangajar dikata berani.

Orang kecil mempertahamkan hak,

Disebut pembikin onar,

Orang besar merampas hak,

Disebut pendekar.

Inilah perlu perjuangan Parti Keadilan Rakyat. Kita perlu menanam prinsip persamaan kemanusiaan inilah yang ditegakkan oleh Rasulullah S.A.W. Apa yang berlaku sekarang Orang besar (UMNO) mengambil harta rakyat sesuka hati. Menggunakan kuasa POLIS, HAKIM, SPR, SPRM dll untuk kepentingan dirinya.

2. Penjajahan berlaku bukan hanya disebabkan oleh KERAKUSAN dan KEBUASAN

penjajah tetapi lebih disebabkan oleh kerosakan dalaman masyarakat peribumi iaitu

masalah-masalah jiwa, minda dan budaya masyarakat. Malik Bennabi


Lemahnya sesuatu bangsa kerana lemahnya MINDA rosak minda, membawa kerosakan jiwa, rosak jiwa membawa rosak budaya masyarakat. Malangnya, 50 tahun kita merdeka TV dan media merosakkan MINDA jadi bagaimana kita mahu maju dan cemerlang. Pejuang kita dalam PKR mengubah MINDA rakyat supaya sedar haknya.

3. Diatas runtuhan Kota Melaka,

Kita bangunkan jiwa merdeka,

Bersatu-padulah seluruh belia,

Membela hak keadilan pusaka.

Perjuangan kita ialah membangun JIWA MERDEKA yang sepatutnya menjadi

agenda utama. Jika ahli PKR mempunyai JIWA MERDEKA, perjuangan kita mantap,

ikhlas dan sanggup berjuang mati-matian.


Masalah besar kita ialah kita berjiwa HAMBA. Jiwa yang lemah, penakut, tidak merasa punya maruah dan daya tahan. Pemimpin UMNO yang rasuah zalim dan membazir wang rakyat kita biarkan dan tidak ambil peduli.


Haji Abas Awang

Biro Penerangan PKR

Pahang

2 Mei 2009

No comments: