PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Wednesday, May 13, 2009

Leasehold di Kg Baru Cina Temerloh berbaki tempoh 28 tahun

Penduduk Kampong Baru Cina Temerloh tanpa mengira parti politik telah beramai-ramai memohon kepada Kerajaan Negeri Pahang supaya pegangan tanah mereka ditukarkan kepada Freehold.
Tanah mereka dibawah pegangan Leasehold selama 60 tahun kini berbaki tempoh 28 tahun sahaja lagi dan perkampongan Cina itu telah dicadangkan oleh Majlis Perbandaran Temerloh untuk perniagaan dalam rumah dibawah pembangunan SOHO.
Dan jika tanah mereka tidak ditukar kepada Freehold maka mereka yakin bahawa Kerajaan akan mengambil alih tanah mereka apabila tempoh leasehold itu tamat.
Kampong Baru Cina Temerloh adalah perkampongan yang disediakan semasa Dharurat oleh Penjajah Inggeris untuk memisahkan Orang-Orang Cina Temerloh dari jangkauan anggota-anggota Parti Komunis Malaya untuk bantuan makanan.
Tanah tersebut telah diambil oleh Penjajah Inggeris dari pemilik-pemilik asal terdiri daripada beberapa Orang-Orang Kampar Temerloh tanpa sebarang pampasan.
Penduduk Kampong Baru itu juga memperotes kenaikan cukai tanah sekali ganda dari tahun lepas. Beberapa orang ahli-ahli MCA yang dapat ditemui dan sesetengahnya tidak mahu nama mereka dikemukakan menunjukkan bukti bahawa cukai tanah tahun lepas adalah RM333.00 tetapi tahun ini telah naik RM588.00.
Mr Yow Boon Long iaitu seorang ahli MCA dari keluarga yang terkenal di Temerloh menyatakan bahawa cukai tanahnya pada tahun lalu adalah RM220.00 tetapi tahun ini RM458.00. Beliau secara gerang bertanya: "Adakah kenaikan ini untuk membantu Adnan Yaakub membayar hutang RM60 juta kerana kecuaian Kerajaan Negeri didalam isu balak Negeri Pahang? Apa, ini kerajaan sudah bangkerap ke?"
Malam ini akan diadakan suatu mesyuarat diantara Wakil Kerajaan Negeri dengan Penduduk Kg Baru dan jika masalah-masalah ini tidak selesai ada kemungkinan besar senario politik Orang Cina Kg Baru Temerloh yang selama ini bersetia dengan MCA/Barisan Nasional akan berubah.

No comments: