PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Thursday, May 21, 2009

Berita Ringkas - Pahang disana-sini

Ku Lan melaporkan dari Jerantut: Kenapa terlalu banyak road-block dan terlalu banyak rondaan polis di kampong-kampong di Jerantut dan Kuala Krau sehingga menyusahkan peneroka-peneroka Felda dan Orang-Orang Kampong mencari rezeki. Kebanyakan motosikal Orang Kampong dan Peneroka Felda yang digunakan di dalam jalan kampong dan ladang tidak ada road tax dan mereka takut mahu keluar untuk bekerja menggunakan motosikal masing-masing.
Basri Hok dari Kg Pasu melaporkan: RISDA berjanji untuk membayar setiap bulan kepada pemilik-pemilik saham Orang Asli di Kg Pasu apabila mereka mahu mengambil tanah Orang Asli untuk TSK dahulu, tetapi sekarang ini sehingga setahun pun RISDA tak bayar sedangkan mereka membawa keluar buah sawit dari Kg Pasu dua kali sebulan. Orang Asli Kg Pasu bertanya: Mana duit Orang Asli yang dijanjikan?
Mohd Nor Hassan melaporkan dari Bentong: Jabatan Pengarah Pilihanraya PKR Pahang telah berlepas ke Penanti dan menyediakan dua buah rumah untuk petugas-petugas Parti di DUN Penanti. Petugas-petugas Pahang disatukan dengan Johor untuk bertugas di JDM Mengkuang. Sdr Zaidi, Setiausaha PKR Negeri berada didalam rombongan itu.
Azmin Zainon melaporkan dari Kuala Krau: AMK Kg Pian akan mengadakan pertandingan bolasepak di Kg Pian bertujuan memungut derma untuk mangsa kebakaran di Kg Pian, dan tarikh tentatifnya adalah 12 dan 13hb Jun. Jika tarikh ini bertembung dengan Mesyuarat Agung Luar Biasa PKR, maka tarikh itu akan dianjakkan kepada minggu seterusnya. Sementara itu Rotary Club Temerloh akan menghulurkan wang sumbangan RM500.00 kepada mangsa kebakaran di Kg Pian pada 21.5.09 jam 5.00 petang di Kg Pian.
PKR Bahagian Kuala Krau masih lagi mengumpulkan sumbangan dari Orang Ramai untuk mangsa kebakaran di Kg Pian (Sdr Faizal a/l Desau, seorang ahli PKR). Apa-apa bentuk sumbangan samada kain-baju - untuk orang dewasa dan kanak-kanak, lelaki-wanita - atau wang ringgit, atau pinggan mangkuk, alat-alat memasak dan kosmetik bolehlah disumbangkan melalui PKR Bahagian Kuala Krau melalui hp 0199321260 atau email lksuhaimi@gmail.com.
Bob Bokhari melaporkan dari Lipis: Lipis merupakan suatu kawasan Parlimen yang sangat berpotensi untuk dimenangi oleh PR tetapi pihak PR perlu menjalankan kerja dari sekarang, dan kawasan DUN Cheka merupakan DUN yang paling cerah untuk memberikan kemenangan kepada Parti Keadilan Rakyat dengan syarat Parti itu hendaklah menjalankan kerja parti dan masyarakat bermula dari sekarang dan memperkenalkan calon yang akan bertanding.

1 comment:

Unknown said...

Betul tu saya setuju, PEMIMPIN JANGAN SYOK SENDIRI DAN JANGAN TUNJUK PANDAI KAT TEMPAT ORANG!!!!

Nasib baik haji tak nasihatkan mereka semua ikut macam haji dulu, bila tak puas hati ....lompat parti!!

(Komen ni maybe tak disiarkan pun...mana demokrasi???)

Berceramah berdegar-degar pasal demokrasi.....kena kritik taknak siar komen pulak. Retorik ker?

Haji tumpu ajelah dengan orang asli kat bahagian kuala krau tu.

Bahagian jerantut masih ada ketua bahagian...masih hidup...tak mati lagi dia...tak melompat parti pun...masih setia dengan PKR.

Saya tak nafikan semangat dan kerja kuat haji cuma saya rasa haji patut jangan bermain dengan politik adu-domba sesama dalaman parti.

Kalau pun perkara dan masalah ini berlaku, adalah lebih baik haji menyampaikannya kepada ketua bahagian jerantut secara personal.

Tak perlulah tulis kat blog..macam nak dapatkan publisiti murahan dengan hentam ketua bahagian lain secara tak langsung.

Harap haji terima teguran ini kerana ada yang terkilan dengan artikel haji kali ini seperti membuka pekung PKR.

Maaf jika terkasar bahasa.

KOMEN INI MERUJUK KEPADA ARTIKEL DI BAWAH :

http://lubokkawah.blogspot.com/2009/05/hari-yang-paling-sukar-bagi-saya.html