Semua Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang dipohon kerjasama agar menghantar perwakilan kepada Mesyuarat Ulung biro ini pada 25hb April 2009 bermula jam 9.00 pagi di Sekolah Ugama Al-Mukmin di Temerloh.
Kerjasama dipinta agar Bahagian-Bahagian menghantarkan sekuran-kurangnya 2 orang wakil dari AJK Bahagian, dan 2 wakil dari setiap rancangan Felda di kawasan yang ditandingi oleh PKR didalam PRU-12 dahulu, dan minima seorang wakil dari setiap kampong Orang Asal didalam kawasan yang ditandingi oleh PKR didalam Pilihanraya Umum yang lalu dengan dititik beratkan juga penyertaaan wanita.
Dua buah kertas kerja akan dibentangkan didalam perjumpaan itu iaitu oleh Sdr Mazlan Aliman dari ANAK mengenai Felda dan oleh Sdr Yusri Ahon, aktivist Orang Asal mengenai Orang Asal.
Adalah diingatkan bahawa PKR Pahang akan mengadakan 2Konvensyen penting selewat-lewatnya bulan Mac 2010 mengenai masalah peneroka Felda dan Orang Asal.
Penganjur akan mengenakan bayaran RM10.00 untuk setiap peserta bagi penampungan makanan dan minuman sepanjang Perjumpaan nanti. Setiap Bahagian hendaklah memaklumkan jumlah kehadiran dari setiap Bahagian untuk penyediaan makanan.
Perjumpaan ini akan dirasmikan oleh Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Pahang.
No comments:
Post a Comment