PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Friday, March 27, 2009

Pilihanraya Kecil

Pasukan Petugas PKR Negeri Pahang telah diamanahkan oleh pimpinan PKR Kebangsaan untuk membantu Pakatan Raayat memenangi Pilihanraya Kecil di Bukit Gantang, Perak.
Pasukan PKR Pahang, termasuk pasukan2 AMK dan wanita nya telah mula bergerak ke Perak bermula beberapa hari lalu. Dipimpin oleh Sdr Mohd Nor Hassan, selaku Pengarah Pilihanraya PKR Negeri, dua unit telah dibentok untuk memulakan tugas. Unit 'A' diketuai YB Fuziah Salleh dan unit 'B' diketuai YB Sdr Azan Ismail. Kita sudah bersedia untuk bersama-sama pasukan2 dari PAS dan dari DAP untuk melakukan yang terbaik demi raayat Perak yang tercinta.

Pengerusi, Jawatankuasa Perhubungan PKR Negeri Pahang dan seluruh ahli-ahli mengucapkan selamat bertugas dan berjuang kepada semua pejuang2 Reformasi Pahang semoga membawa kemenangan besar kepada Pakatan Raayat, insyaallah. Kita berjuang untuk keadilan bagi raayat dan mendoakan agar Allah memberkati perjuangan ini.

Kita menyedari bahawa Barisan Nasional, khususnya UMNO, akan melakukan apa sahaja untuk menang. Ini termasuk mengguna 3 "M", iaitu 'money' yang akan bertaburan untuk dipungut, 'media' yang akan hanya menceritakan 'kebaikan' UMNO dan calunnya serta mencemuh, memburuk dan memfitnah calun Pakatan Raayat dan mengguna 'machinery', iaitu jentera kerajaan seolah-olah jentera kerajaan makan gaji dengan UMNO untuk ditabur berbagai 'rasuah'nya kepada pengundi2 Bukit Gantang. Mereka akan mengguna pasukan keselamatan dan SPR untuk menyebelahi mereka. Namun kita tidak gentar dan "pejuang2 Reformasi" kita sudah bersedia menghadapi kesemuanya itu.

"Bangkit...Bangkitlah Raayat Perak. Bangkitlah pengundi2 Bukit Gantang. Buktikan bahawa MARUAH anda tidak boleh dibeli. Buktikan bahawa KUASA RAAYAT, KUASA ANDA adalah KERAMAT. Anda adalah penentu!!! Anda mampu melakukan perubahan kerana anda adalah pemilik undi keramat".

Kami hanya mampu menolong dan janji Allah bahawa Dia tidak menolong orang yang tidak mahu menolong diri mereka sendiri.

SALAM REFORMASI DAN SELAMAT MENEMPOH KEJAYAAN

Pengerusi Perhubongan PKR
Negeri Pahang

Kelas Agama Islam PKR Negeri

Adalah dimaalumkan bahawa PKR Negeri Pahang akan mengadakan kelas-kelas bimbingan agama Islam dari masa ke-semasa. Majlis penerangan dan kelas pertama akan diadakan, insyaallah, pada masa dan tempat yang tertera dibawah:-

Masa: Ahad, 29hb Mac 2009.
Pukul 5.00 petang
Tempat: Pejabat PKR Negeri Pahang
(Berhadapan Poliklinik Beserah)
Jalan Beserah,
Kuantan, Pahang.

Semua dijemput hadzir.

Fauzi bin Abdul Rahman
Pengerusi Perhubungan Negeri Pahang

Mesyuarat Khas Wanita PKR Zon Tengah

MESYUARAT KHAS WANITA PKR ZON TENGAH
Semua ahli wanita Parti Keadilan Rakyat Bahagian Bera, Temerloh,
Maran, Jerantut dan Kuala Krau
DIJEMPUT MENGHADIRI MESYUARAT KHAS
WANITA PKR ZON TENGAH
BERTEMPAT : DI RUMAH AHMAD BIN DAGU
KG PENDERAS, KUALA KRAU
PADA : 12HB APRIL 2009
BERMULA JAM 10.00 PAGI
SEMUA KETUA DAN AJK BAHAGIAN BAHAGIAN TEMERLOH, BERA, MARAN,
JERANTUT DAN KUALA KRAU
DIJEMPUT HADIR.

Tuesday, March 24, 2009

3 ADUN Paya Besar Buat Laporan Polis!

3 ADUN dalam kawasan Parlimen Paya Besar membuat aduan Polis terhadap Pemangku Ketua Bahagian Paya Besar yang dikatakan membuat laporan polis terhadap mereka berthabit politik wang yang di putuskan oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO.
Sdr Haji Zahari Mamat didalam laporannya kepada Polis meminta pihak Polis membuat siasatan bahawa jika benar seperti apa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO, maka wakil-wakil rakyat itu hendaklah dihadapkan ke Mahkamah.
Sumber berita itu, kata Haji Zahari adalah dari Surat Khabar Sinar, dan beliau menyimpan keratan surat khabar Sinar itu.
Adakah Sinar membuat laporan yang tidak benar? Dan jika laporan Sinar tidak benar, maka wakil-wakil rakyat itu sewajarnya mengambil tindakan terhadap Sinar.
Peguam-Peguam Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang akan memberikan khidmat guaman percuma kepada Sdr Haji Zahari sekiranya beliau menghadapi sebarang tindakan, dan Pihak Polis dipinta supaya bertindak secara profesional.

Saturday, March 21, 2009

Perasmian Markas PKR Felda Jenderak Selatan dibatalkan

Setelah berlaku apa yang telah berlaku kepada premis Nawi Ralit di Felda Jenderak Selatan, dan setelah mengambil kira keadaan sekitar, PKR Bahagian Kuala Krau setelah dipersetujui Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Pahang mengambil keputusan membatalkan Majlis tersebut pada malam ini.
Suatu ceramah PKR-PAS akan diadakan di Felda Jenderak Selatan akan diadakan pada bulan April 2009 dan PKR Kuala Krau akan menjemput pemimpin-pemimpin PAS dan PKR Pusat selain Datuk Fauzi Abdul Rahman menyampaikan ceramah.
Tarikh dan waktu akan ditetapkan kemudian.
Sementara itu PKR Bahagian Kuala Krau akan menjadi Tuan Rumah kepada Perjumpaan Khas Wanita Zon Tengah pada 12hb April 2009 di Kg Penderas Kuala Krau.
Zon Tengah adalah terdiri daripada Wanita Bahagian Jerantut, Bahagian Maran, Bahagian Bera, Bahagian Maran, Bahagian Temerloh dan Bahagian Kuala Krau.

Friday, March 20, 2009

JKKR Felda Jenderak Selatan Pengecut!

JKKR Felda Jenderak Selatan dengan secara bangsat dan pengecut telah menyelongkar Kedai No.3 Felda Jenderak Selatan, membuang semua alat kelengkapan milik Penyewa Kedai tersebut dan barang-barang Parti Keadilan Rakyat Felda Jenderak Selatan dan selepas itu mengunci kedai tersebut dan memberhentikan penyewaan kedai tersebut serta merta atas alasan bahawa penyewa kedai tersebut tidak menjelaskan sewa kedai dan kedai tersebut sudah disewakan kepada penyewa yang lain.
Penyewa kedai tersebut, Nawi bin Ralit, telah menyediakan bayaran sewa kedai yang tertunggak RM300.00 tetapi JKKR itu enggan menerima sewa darinya.
Keadaan ini berlaku diatas sebab yang sangat jelas kerana Sdr Nawi bin Ralit, seorang Ahli Parti Keadilan Rakyat mengizinkan kedai tersebut untuk dijadikan Markas Parti Keadilan Rakyat Felda Jenderak Selatan.
Sdr Nawi bin Ralit sedang berurus dengan pihak polis untuk membuat laporan polis.

PKR Bhg Paya Besar Buat Laporan Polis Terhadap 4 Orang Wakil Rakyat Paya Besar

Saudara Haji Zahari bin Mamat, Pemangku Ketua Parti Keadilan Rakyat Bahagian Paya Besar dengan diiringi lebih 50 orang Ahli PKR termasuk Sdr Ram Ponnusamy, Timbalan Pengerusi PKR Pahang dan Saudara Samsul Bahari, Ketua Angkatan Muda PKR Bahagian Paya Besar telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, terhadap empat orang Wakil Rakyat dari Paya Besar dari UMNO.


Laporan Polis tersebut adalah berkaitan dengan keputusan Lembaga Tatatertib UMNO yang mendapati keempat-empat wakil rakyat dari Kawasan Parlimen Paya Besar itu terlibat dengan Rasuah Politik. Keputusan Lembaga Tatatertib UMNO itu melibatkan YB Datuk Abdul Manan Ismail, Ahli Parlimen Paya Besar, YB Datuk Md Sohaimi Mohamad Shah, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, YB Mohd Sohaimi Jusoh, Naib Ketua UMNO Bahagian Paya Besar dan YB Zaili Besar, ADUN Pancing.
PKR Bahagian Paya Besar mendesak Pihak Polis menjalankan siasatan keatas keempat-empat Wakil Rakyat tersebut dan jika didapati berlaku elemen-elemen jenayah rasuah yang dilakukan oleh keempat-empat wakil rakyat itu, mereka itu hendaklah dihadapkan kemuka pengadilan.
PKR Bahagian Paya Besar akan membuat laporan kepada SPRM mengenai perkara sama pada 23hb Mac depan.

Datuk Fauzi Abdul Rahman akan rasmikan Markas PKR Felda Jenderak Selatan

Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang akan merasmikan Markas Parti Keadilan Rakyat Felda Jenderak Selatan pada 21hb Mac 2009 jam 9.00 malam.
Pembukaan Markas ini menggerunkan pihak UMNO dan pada malam 18hb Mac 2009 kesemua kain pemidang serta bendera-bendera KEADILAN dan PAS yang dipasang pada Makas itu dan jalan menghala ke Markas itu lesap.
Mengikut ahli KEADILAN di Felda Jenderak Selatan, beliau dan rakan-rakan masih berada di Markas itu sehingga jam 1.00 pagi. Ini bererti penjahat-penjahat itu menjalankan gerakan jahatnya selepas 1.00 pagi.
Jahat sungguh mereka itu. Tapi apa nak dikisahkan. Bapa borek, anak rintik. Itu memang kerja mereka itu yang sudah hilang segala pertimbangan dan maruah.
Adalah diharapkan agar seramai mungkin ahli KEADILAN dan PAS hadir ke Majlis Perasmian pada 21 Mac 2009 jam 9.00 malam itu.

Thursday, March 19, 2009

Parti Keadilan Rakyat Bahagian Paya Besar akan buat lapuran polis dan sprm terhadap tokoh-tokoh UMNO Bahagian Paya Besar

Parti Keadilan Rakyat Bahagian Paya Besar memutuskan untuk membuat lapuran Polis dan Lapuran SPRM terhada 4 orang wakil rakyat UMNO dari Bahagian itu kerana mereka telah disahkan terlibat dengan politik wang (rasuah) didalam pemilihan UMNO.
Ahli Parlimen Paya Besar Datuk Abdul Manan Ismail telah digantung keahlian selama 12 bulan oleh Lembaga Tatatertib UMNO kerana terlibat dengan rasuah politik.
Tiga lagi penjawat-penjawat penting di Bahagian itu juga didapati bersalah dan diberikan amaran iaitu Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, dua orang lagi adalah Mohd Sohaimi Jusoh, Naib Ketua dan Zaili Besar, ADUN Panching.
Lapuran akan dibuat di IPD Kuantan jam 10.00 pagi esuk. Ahli-ahli PAS, PKR dan DAP dipinta hadir ke IPD Kuantan pada masa yang ditetapkan itu untuk memberi sokongan terhadap tindakan ini; dan selepas itu mereka akan membuat lapuran kepada SPRM Pahang di Kuantan.

Wednesday, March 18, 2009

Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asli

Biro ini akan bermesyuarat pada 25hb April 2009 jam 10.30 pagi di Dewan Sekolah Al-Mukmin di Temerloh.

Ketua-Ketua Bahagian dimana didalam Bahagian masing-masing mempunyai Rancangan Felda dan Perkampongan Orang Asal dikehendaki menghantarkan wakil dengan seorang wakil lelaki dan seorang wakil wanita dari setiap rancangan Felda disamping wakil Biro di peringkat Bahagian; juga seorang wakil dari setiap perkampongan Orang Asal di Bahagian masing-masing disamping wakil Biro Hal Ehwal Orang Asal di Bahagian masing-masing.
Mesyuarat kali pertama ini akan menetapkan asas-asas perjuangan dan tindakan pelaksanaan yang bakal diambil.
Setiap Bahagian yang mempunyai banyak Rancangan Felda akan dilantik seorang Timbalan Pengerusi, dan Bahagian-Bahagian yang hanya mempunyai sedikit sahaja Rancangan Felda akan dikumpulkan dibawah jagaan seorang Timbalan Pengerusi.
Bahagian-Bahagian hendaklah membekalkan maklumat wakil-wakil dari Bahagian serta wakil-wakil dari rancangan Felda dan perkampongan Orang Asal kepada Sekretariat Biro d/a F.128 Tingkat 1, Jalan Tengku Ismail, 28000 Temerloh, Pahang.
Sila ambil tindakan segera.
Haji Suhaimi Said,
Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal,
Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang.

Tuesday, March 17, 2009

Samad Said cabar pemimpin Umno berbahasa Inggeris dalam kempen pilihan raya kecil

Saya bukan diperalatkan tapi dimanfaatkan. Dengan itu, kita berada pada situasi menang-menang.Dalam keadaan semasa saya melihat hanya PAS dan KeADILAN yang boleh menyelamatkan orang Melayu. Sekiranya orang Melayu merasakan teraniya, sokonglah dua parti ini,

ALOR SETAR, 16 Mac (Hrkh) - Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said mencabar pemimpin kerajaan Umno-BN untuk turun berkempen dalam pilihan raya kecil yang akan berlangsung tidak lama lagi dengan bercakap dalam bahasa Inggeris.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad berkata, hasil daripada usaha yang dibuat oleh Gerakan Mansuh Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (GMP) baru-baru ini, tidak mustahil isu ini akan dibincangkan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Umno, yang dijadual akhir Mac ini.

“Dan dalam perhimpunan itu, oleh kerana pemimpin Umno terlalu mengagungkan bahasa Inggeris, adalah lebih baik mereka, dari peringkat atas hingga ke bawah, berbincang dalam bahasa Inggeris,” tegas A Samad.

“Dan juga dalam kempen-kempen mereka pada masa akan datang juga, mereka kena gunakan bahasa Inggeris, jangan guna bahasa Melayu. Kalau nak bermesyuarat pun gunalah bahasa Inggeris kerana bahasa dan minda mereka adalah Inggeris,” ujar pejuang bahasa itu lagi.

“Apakah hanya untuk mendapat undi dan kuasa, mereka guna bahasa Melayu, tetapi bila dapat kuasa mereka akan membuang bahasa Melayu. Kalau ada kempen-kempen mereka, kita perlu berani jerit kepada mereka, cakaplah bahasa Inggeris,” kata A Samad ketika berucap pada program Gema Rakyat, “Isu PPSMI, Kita Pantang Berundur”.

Program tersebut diadakan di Dewan Sri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, di sini, malam tadi.

Ketika memulakan ucapannya, A Samad membuat satu peringatan yang menggamatkan suasana dewan yang dipenuhi kira-kira 1,000 orang hadirin itu. “Ada satu perkara yang saya minta sebelum saya bercakap tentang nasib bahasa kita, iaitu bila ada pilihan raya, saya harap anda semua gunakanlah kuasa undi dan undilah siapa saja tapi jangan undi Umno,” ujarnya, seraya mendapat tepukan gemuruh dan teriakan takbir oleh para hadirin.

Dalam ucapannya yang diselang-selikan dengan pendeklamasian puisi itu, A Samad terus membuat penegasan bahawa beliau tidak diperalatkan oleh mana-mana pihak, sebaliknya hanya dimanfaatkan.

“Saya tidak ada parti tapi hanya meminjam pentas parti. Saya bukan diperalatkan tapi dimanfaatkan. Dengan itu, kita berada pada situasi menang-menang. Kalau saya diperalatkan sudah tentu saya akan menjadi mangsa,” jelasnya.

Dalam pada itu, belia turut menegaskab bahawa hanya dua buah parti yang mampu menyelamatkan keadaan semasa iaitu PAS dan KeADILan.

“Dalam keadaan semasa saya melihat hanya PAS dan KeADILAN yang boleh menyelamatkan orang Melayu. Sekiranya orang Melayu merasakan teraniya, sokonglah dua parti ini,” katanya lagi.

Selain itu, A Samad menjelaskan bahawa beliau akan meneruskan perjuangan untuk menyelamatkan bahasa Melayu dalam program “Kembara Kasih bahasa”.
“Saya rasa terpanggil bahawasanya dalam sisa-sisa usia saya inilah untuk saya berlawan dan dengan semangat inilah saya akan menjelajah untuk memperjuangkankan bahasa saya.

“Saya bersedia kembali ke negeri Kedah ini dengan syarat anda semua bekerja untuk menumbangkan pemimpin-pemimpin yang sombong,” ujarnya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.

Program berkenaan dianjurkan oleh Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Kedah (Wehdah) dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar Kedah.

Setiausaha Potik Menteri Besar Kedah, Mohd Sanusi Mod Noor telah menyampaikan ucapannya mewakili Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.
Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid dan Setiausaha GMP, Hasni Abas turut menyampaikan ucapan. Majlis juga diselang-selikan dengan bacaan puisi oleh penyajak, Pak Salleh Bakar, tokoh sastera, Azizi Haji Abdullah dan Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kassim.

Monday, March 16, 2009

Wanita PKR Zon Tengah

Telah dipersetujukan bahawa Pn Fatimah Ithnin, Ketua Wanita PKR Bahagian Jerantut dilantik sebagai Pengerusi PKR Zon Tengah terdiri daripada Wanita Bahagian Jerantut, Maran, Kuala Krau, Temerloh dan Bera.
Zon ini akan mengadakan mesyuarat khas untuk melantik ahli-ahli jawatankuasa zon bagi merancang dan menjalankan aktiviti wanita didalam zon tersebut.
Mesyuarat tersebut telah ditetapkan pada 12hb April 2009, selepas PRK Bkt Selambau, Bkt Gantang dan Batang Ai di Rumah Ahmad bin Dagu, Kg Penderas bermula 9.30 pagi untuk pendaftaran.
Setiap Bahagian didalam Zon Tengah dipinta menghantarkan paling minima 10 wakil wanita dari Bahagian masing-masing, Ketua/Setiausaha Wanita Bahagian-Bahagian yang terlibat hendaklah mempastikan kehadiran tersebut, dan mana-mana Bahagian yang belum mempunyai sayap wanita hendaklah dipertanggungkan kepada Ketua/Setiausaha Bahagian untuk mempastikan kehadiran minima 10 orang perwakilan wanita dari Bahagian masing-masing.
Bahagian Temerloh, Bera dan Maran dipinta kerjasama agar dapat diujudkan Jawatankuasa Wanita sebelum Perjumpaan ini.
Wanita Zon Tengah akan mengadakan perjumpaan-perjumpaan khas dengan Bahagian Temerloh, Bera dan Maran bagi membantu Bahagian-Bahagian tersebut mengujudkan sayap wanita di Bahagian masing-masing.

Friday, March 13, 2009

Akhbar Perancis, Liberation hari ini mendedahkan bagaimana dan mengapa Altantuya dibunuh
Posted: Blog Amin Iskandar @ Black

Updateds

Terjemahan berita dalam Bahasa Malaysia boleh dibaca disini.

Posting Asal

Semakin dekat Najib Razak mengambilalih jawatan Perdana Menteri daripada Abdullah Badawi, semakin banyak rahsia terbongkar. Hari ini, Liberation sebuah akhbar di Perancis mendedahkan mengenai kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan beberapa fakta yang belum diketahui oleh rakyat Malaysia.

Arnaud Dubus wartawan yang berpengkalan di Bangkok, Thailand telah membuat kajian mengenai kes pembunuhan berprofil tinggi tersebut dan pernah ke Kuala Lumpur, Mongolia dan Perancis untuk melengkapkan kajiannya. Dalam tulisannya yang bertajuk
The Altantuya Shaaribuu’s Case : How and why she was killed? beliau telah mendedahkan bagaimana Azilah Hadri memberitahu Sirul Azhar Umar bahawa mereka akan mendapat bayaran sekitar RM 50,000 - RM 100,000 untuk “menyelesaikan” Altantuya.

Selain daripada itu, berita tersebut turut melaporkan tentang bagaimana Altantuya merayu kepada Sirul agar tidak dibunuh oleh kerana beliau sedang mengandung pada ketika itu.

Turut didedahkan dalam laporan tersebut ialah mengenai wang komisen yang seharusnya dibayar kepada Altantuya sebanyak USD 500,000 telah dinafikan oleh isteri kepada Najib Razak, Rosmah Mansor yang didakwa oleh laporan tersebut sebagai seorang “perempuan yang kuat cemburu”. Lihat laporan asal
disini. (Mukasurat 30-31, tetapi anda perlu membayar untuk melihat berita penuh).

Malaysia Today pada hari ini menyiarkan kenyataan Sirul Azhar Umar pada 19 November 2006 mengenai bagaimana Altantuya dibunuh dan tentang mereka telah diupah untuk membunuh Altantuya. Klik
disini.

Sudah pastinya ini adalah alamat yang tidak baik kepada Najib Razak dan Rosmah Mansor. Apa pun yang mereka lakukan untuk menutup kes ini, “Hantu Altantuya” tidak akan hilang dari bayangan mereka.

Dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi sebelum menjadi Presiden Umno yang sah dan Perdana Menteri Malaysia, Najib tentu pening kepala. Lebih keras beliau bertindak, lebih banyaklah maklumat baru akan didedahkan.

Satu soalan kini yang bermain dikalangan rakyat Malaysia ialah sempatkah Najib menjadi Perdana Menteri?

Altantuya Shaaribuu: Bagaimana dan Mengapa dia dibunuh?
Posted by: Kerajaan rakyat // Category: Altantuya, Najib

Shaaribu Setev adalah seorang lelaki yang kecewa dan marah. Namun disebalik wajah sedih lelaki Mongolia ini tersimpan semangat yang tinggi. Duduk di sebuah sofa di lobi sebuah hotel di Ulaan Battar sambil bergetar menahan angin beku yang bertiup, dia lelaki berumur 60 tahun itu bersiap sedia untuk melawan. Raut parasnya dibentuk dari segala penderitaan dan iklim yang melampau, dan renungannya yang dalam menceritakan semuanya.

“Anak perempuan saya dibunuh oleh orang Malaysia di bumi Malaysia. Namun mereka langsung tidak memohon maaf,” katanya yang juga seorang professor psikologi di Universiti Kebangsaan Mongolia.

Pembunuhan anak perempuannya, Altantuya Shaaribu, berlaku pada bulan Oktober 2006. Ini adalah jenayah bunuh yang berbeza dari yang lain berlaku di sebuah rantau di mana konflik-konflik perniagaan atau pertelingkahan politik yang remeh diselesaikan dengan muncung pistol. Segala yang berkaitan dengan kes ini, yang bermula pada tahun 2002 apabila syarikat Perancis-Sepanyol Armaris mencapai persetujuan untuk menjual tiga buah kapal selam kepada kerajaan Malaysia dengan harga satu bilion Euro, adalah luar dari kebiasaan. Kesan “kes Altantuya” ini di Perancis, Malaysia dan Mongolia belum lagi mencapai klimaknya. Pembunuhan gadis Mongolia berusia 28 tahun itu adalah akibat dari “komisen” berharga 114 juta daripada Armasi kepada rakan niaganya di Malaysia. “Komisyen” ini yang diakui oleh kerajaan Malaysia di dalam Parlimen di Kuala Lumpur, telah mencetus beberapa siri peristiwa yang membawa kepada pembunuhan Altantuya dan kehilangan beberapa orang saksi penting di dalam kes itu.

Sebuah laporan dari polis Malaysia, yang masih disimpan secara rahsia sehingga sekarang, mendedahkan secara terperinci bagaimana perempuan muda yang tergolong dalam golongan atasan Asia itu dibunuh. Di dalam dokumen tersebut, salah seorang pembunuhnya, seorang anggota polis dari Cawangan Khas bernama Sirul Omar, menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh seorang pegawai di sebuah stesen polis yang berdekatan dengan tempat pembunuhan.

“Apabila perempuan Cina itu melihat saya mengeluarkan sepucuk pistol, dia merayu supaya dilepaskannya kerana dia sedang mengandung. Azilah (pegawai pemerintah kepada Sirul) menarik perempuan itu dan [menghumbannya] ke atas tanah. Saya segera menembak pada bahagian kiri mukanya. Kemudian Azilah menanggalkan pakaian perempuan itu dan memasukkan pakaian yang ditanggal itu ke dalam sebuah plastik hitam. Azilah mendapati tangan perempuan itu masih bergerak. Dia memerintahkan saya untuk menembak sekali lagi, dan saya melakukannya”, ujar Sirul. Ini adalah merupakan pengesahan yang pertama identiti pembunuh Altantuya. ” Kemudian kami mengusung mayatnya ke dalam hutan, Azilah membalut bahan letupan di sekeliling kaki, abdomen dan kepala perempuan itu dan kemudian kami meletupkannya.”

Pendedahan laporan tersebut di dalam akhbar Perancis *Liberation* adalah bab terbaru dalam kisah yang penuh warna-warni dan dramatik ini yang melibatkan penjual senjata Perancis, pawang Mongolia dan politikus-politikus Malaysia. Kes ini sangat sensitif kepada kerajaan Malaysia, kerana Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang dijadualkan menjadi Perdana Menteri pada akhir bulan Mac nanti disyaki terlibat di dalam kes ini, tetapi ini juga kerana kes ini boleh memalukan DCNS, sebuah syarikat Perancis yang mengkhusus dalam pembinaan kapal laut tentera. Syarikat Perancis-Sepanyol Armaris, yang menjual Scorpene dan satu kapal selam Agosta kepada Malaysia pada bulan Jun 2002, dibeli oleh DCNS pada tahun 2007.

Dengan kecantikan dan keanggunannya yang memukau, Altantuya mengingatkan pada imej kacau seorang perempuan dari Timur Jauh bernama Mata Hari. Altantuya membesar di Saint Petersburg (Russia), kemudian belajar di Institut Pengurusan Ekonomi di Beijing. Di samping bertutur di dalam bahasa Inggeris, dia juga fasih di dalam bahasa Russia, Cina dan Korea. Sebagaimana yang telah ditakdirkan, semasa di Hong Kong dia bertemu dengan Abdul Razak Baginda pada tahun 2004. Baginda adalah seorang pakar keselamatan dan pengarah Malaysian Strategic Reseach Centre, sebuah badan pemikir yang pro-kerajaan. Tidak berapa lama kemudian hubungan mereka menjadi percintaan. Altantuya, atau dipanggil Tuya oleh teman-temannya, membuktikan bahawa dia adalah seorang pembantu yang berguna, menolong Baginda menterjemah bahasa Rusia ke bahasa Inggeris.

Jika Altantuya muda dan cantik, Baginda yang kaya dan menarik adalah seorang yang terkenal di kalangan elit Kuala Lumpur, terutama sekali kerana dia rapat dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan menteri Pertahanan, Najib Razak (baginda juga penasihat urusan keselamatannya). Baginda selalu bertemu dengan lingkungan-lingkungan yang sangat eksklusif di Kuala Lumpur, kadangkala ditemani oleh isterinya yang sah.

Pada bulan Mac 2005, Altantuya dan Baginda berangkat ke Eropah, mengelilingi Perancis, Jerman, Itali dan Portugal dengan Ferrari merah Baginda, menginap di hotel-hotel mewah dan menjamu selera di restoran-restoran terbaik di benua itu. Bagaimanapun, lawatan itu bukan sekadar lawatan biasa: kontrak untuk menjual dua kapal selam itu telah ditandatangani pada tahun 2002, tetapi beberapa hal-hal penting yang berkaitan masih belum diselesaikan.

“Kami mengetahui bahawa Baginda digunakan oleh Timbalan Perdana Menteri Najib Razak sebagai pengantara dalam urusan system persenjataan, terutama sekali di peringkat tertinggi,” kata seorang pakar urusan keselamatan serantau.

Pada hujung bulan Mac Altantuya dan Baginda berada di Paris, di mana mereka bertemu dengan Najib Razak. Sekeping gambar yang diambil pada akhir Mac 2005, menunjukkan bahawa ketiga mereka berada di sebuah kelab persendirian di Paris.
“Tuya menunjukkan gambar itu. Katanya salah seorang lelaki itu, Abdul Razak Baginda adalah teman lelakinya, dan seorang lagi, Najib Razak, adalah “big boss”. Saya bertanya kepadanya adakah mereka bersaudara kerana nama mereka, tetapi katanya tidak, dan Najib Razak adalah “perdana menteri”, cerita Amy, teman rapat Altantuya (Najib Razak telah bersumpah dengan Quran mengatakan bahawa dia tidak pernah bertemu dengan Altantuya). Menurut seorang detektif persendirian, sekarang bersembunyi di India, si Tuya yang cantik itu juga adalah perempuan simpanan Timbalan Perdana Menteri, yang dikenalkan oleh Baginda kepadanya pada akhir tahun 2004.

Cerita ini menjadi dramatik apabila pada Oktober 2006, Altantuya dimaklumkan bahawa komisyen yang dibayar oleh syarikat Perancis-Sepanyol Armaris telah masuk ke dalam akaun bank di Kuala Lumpur. Komisyen itu telah dibayar kepada Perimekar, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Baginda. Altantuya segera berangkat ke Kuala Lumpur dengan tujuan menuntut bahagiannya dari komisyen itu dari Baginda; dia berkata dia berhak untuk mendapat 500, 000 dolar. Baginda dan Altantuya putus hubungan tidak berapa lama sebelum itu lagi. Rosmah Mansor, seorang ahli perniagaan yang digeruni dan isteri Najib Razak, cemburu lalu menghalang sebarang pembayaran kepada Altantuya. Altantuya tiba di Kuala Lumpur dengan dua orang wanita Mongolia, salah seorang darinya adalah pawang yang akan menjampi Baginda jika dia tidak membayar. Selama beberapa hari, Altantuya mengganggu bekas kekasihnya. Pada 18 Oktober, Baginda tidak dapat lagi tahan dengan Altantuya yang setiap hari berada di hadapan rumahnya. Dia menghubungi Pengarah Cawangan Khas, Musa Safrie, yang juga merupakan pegawai keselamatan Najib Razak.

Pada 19 Oktober 2006, jam mendekati 9 malam, dua orang pegawai polis Cawangan Khas, Azilah Hadridan dan Sirul Omar, dihantar ke hadapan rumah Baginda di mana Altantuya menjerit dan berteriak. Mereka mendapat arahan “meneutralkan perempuan Cina itu.” Mereka menculiknya dan membawanya sejauh sepuluh kilometer dan menembaknya beberapa kali. Kemudian, mereka memusnahkan tubuhnya dengan bahan letupan C4, jenis yang hanya boleh diperolehi dari Kementerian Pertahanan. Kemasukannya ke Malaysia telah dipadam dari rekod imigresen. Ini seolah menunjukkan bahawa Altantuya tidak pernah ke Malaysia kerana tidak ada rekod yang menunjukkan sebegitu.

Tidak ada jenayah yang sempurna. Pemandu teksi yang disewa oleh Altantuya pada hari tersebut tidak dapat menerima kenyataan bagaimana penumpangnya yang masih belum membayar tambang diculik di depan matanya. Dia mencatit nombor pendaftaran kereta penculik itu dan membuat repot di sebuah balai polis. Dalam beberapa hari, polis mendapat tahu indentiti kereta itu dan mendapati ia adalah kereta kerajaan. Beberapa peristiwa berlaku sehingga Najib Razak sendiri tidak dapat menghalangnya. Dia cuba untuk menutup kes ini. Beberapa jam sebelum penahanan Baginda, dia menghantar satu SMS: “Saya Akan bertemu dengan Ketua Polis Negara pada jam 11 pagi hari ini…masalah tersebut akan selesai. Sabarlah”. Beberapa jam kemudian, Baginda ditahan, begitu juga dengan dua orang pegawai dari Cawangan Khas, Azilah dan Sirul.

Selepas perbicaraan yang dianggap meragukan oleh ramai pemerhati, Baginda dilepaskan dari tuduhan telah memerintahkan pembunuhan itu dilakukan dan dibebaskan pada bulan November 2008. Azilah dan Sirul yang dituduh melakukan jenayah tersebut, tampil di hadapan Mahkamah bulan lepas. Jika disabit kesalahan, mereka akan dihukum mati. Mahkamah akan memutuskan pada 9 haribulan April.
Beribu batu dari Kuala Lumpur, di ibu Negara Mongolia, Ulaan Baataar, Shaaribuu Setev, bapa Altantuya berusaha mengawal perasaan marahnya. Untuk dia dan keluarganya, pembebasan Baginda adalah simbol kepada ketidakadilan di dalam proses perundangan Malaysia.

“Kerajaan Malaysia langsung tidak membals surat-surat yang dihantar oleh Kementeria Luar Mongolia,” katanya. Ketika Shaaribu datang ke parlimen Malaysia untuk bertemu dengan Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri itu terpaksa keluar mengikut pintu belakang untuk mengelakkan pertembungan yang memalukan. Kes Altantuya telah menjadi elemen penting di dalam permainan politik Malaysia di antara Najib Razak (yang dijangka akan menjadi Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agong UMNO pada bulan Mac ini) dan Anwar Ibrahim. Sehingga kini, Najib Razak Berjaya menghadapi rintangan ini, tetapi pembunuhan perempuan Mongolia itu akan menjadi pedang yang tergantung di atas kepalanya.

Salah satu aspek yang kabur di dalam kes Altantuya ini adalah peranan syarikat Armaris. Pada Oktober 2007, Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zin, mengakui di hadapan Parlimen bahawa Armaris telah membayar sebanyak 114 juta Euro sebagai komisyen kepada Perimekar. Dia menegaskan bahawa bayaran itu bulan rasuah tetapi adalah untuk “perkhidmatan-perkhidmatan sokongan dan koordinasi.” Adakah terdapat korupsi di dalam kes kapal Taiwan di mana DCNS French dikaitkan juga? DCNS, adalah syarikat swasta dengan dana awam, telah menolak permintaan kami untuk mengadakan pertemuan. ‘Tiada siapa yang boleh memberi komen terhadap kes itu,” jawab pegawai perhubungan awam DCNS di Paris. Sebuah dokumen, yang boleh menghubungkan antara Altantuya dan syarikat Perancis itu adalah surat jaminan yang ditulis oleh Abdul Razak Baginda supaya perempuan simpanannya itu dapat memohon visa untuk memasuki zon Schengen (Perancis adalah Negara ahli). Kedutaan Perancis tidak boleh menolak permintaan seorang lelaki yang telah dianugerahkan dengan Legion d’Honneaur itu. Tetapi peranan Altantuya di dalam perundingan kapal selam itu masih lagi belum jelas. Agensi-agensi perisikan mendapati latar belakangnya menarik dan FSB Rusia (ex-KGB) memantau secara dekat kes ini.

Di Ulaan Baatar, Mungunshagai, anak lelaki sulung Altantuya, yang berumur 12 tahun, mengalami trauma dengan kematian emaknya. Altanshagai, anak bongsu, yang berumur 5 tahun dan terencat akal, tidak dapat memahami bahawa dia tidak akan bertemu ibunya lagi. “Dia selalu bertanya tentang ibunya dan dia sepanjang hari meniarap di atas kerusinya. Setiap malam, saya akan memberinya gula-gula dan mengatakan bahawa ibunya memberikan kepada saya untuk diberikan kepadanya”, ujar Shaaribuu Setev, datuk kepada dua dua orang budak lelaki itu. Tentang baginda pula, dia sekarang menetap di United Kingdom dengan keluarganya. Dia tidak sekalipun pernah melafaz sepatah kata penyesalan terhadap kematian seseorang yang pernah berkongsi hidup dengannya selama dua tahun.

Arnaud Dubus (di Kuala Lumpur, Ulaan Baataar dan Paris)

Di bawah ialah artikel yang dikirim oleh pembaca Blog Amin Iskandar bersangkutan dengan isu yang dibincangkan ini.

Altantuya: Tuanku Mirzan bakal tolak perlantikan Najib?

Nampaknya isu Altantuya kembali mengantui bakal PM kita dikala beliau sedang bertungkus lumus mengharungi ‘Lap’ terakhir menanti ketibaan April 1 dengan halangan halangan pelbagai isu-isu yg sedang merundung politik UMNO dan BN. Baru baru ini, Isu pendedahan wartawan Perancis Arnaud Dubus dalam surat khabar Liberation telah sekali lagi membuka kotak misteri kes Altantuya dengan dikaitkan kembali VIP-VIP tertentu Negara dan menjadi perbualan hangat seterusnya.

Umum pasti tertanya mengenai kredibiliti serta kesahihan berita ini. Jawapannya, tanya sahaja rakan rakan yg pernah ke Eropah mengenai kredibiliti surat khabar Liberation yg semestinya lebih mulia dari Utusan Malaysia atau Harian Metro yg main pakai tembak dan putar belit propaganda tak tentu pasal.

Pendedahan wartawan Liberation tersebut boleh dianggap sebagai satu tamparan hebat terhadap kredibiliti bakal Perdana Menteri kita, apatah lagi berita ini luas tersebar di Europa dan seluruh dunia amnya. Harus juga diambil kira bahawa pendedahan sebegini rupa terhadap seorang bakal PM pasti berdasarkan fakta dan bukti yg kuat kerana perkara tersebut bakal membawa komplikasi perundangan dan saman menyaman. Persoalan nya sekarang, apakah kesan pendedahan terbaru ini menjelang 1 April kelak?

Saya disini ingin merujuk kepada transkrip Taklimat Isu Isu Semasa Dato Seri Dr Rais Yatim baru baru ini dimana beliau telah mengupas isu-isu semasa seperti krisis demokrasi di Perak sampai terpaksa bergelut gelut dengan diri sendiri. Biarpun Rais Yatim dikenali sebagai ahli politik yg mempunyai reputasi jijik memutar belit dan menukar pendirian dan hujah akademik beliau mengikut saiz dompet dan kerusi jawatan tetapi dalam taklimat perbaru beliau, beliau telah memperjelaskan satu perkara yg mungkin boleh dikatakan menarik untuk peristiwa April 1 kelak.

Datuk Rais dalam taklimat tersebut telah berhujah bahawa Istana mempunyai sidang kuasa khas atau istimewa dalam perlantikan seseorang Menteri Besar atau pemimpin tanpa perlu apa apa rujukan dan garis panduan. Beliau juga telah menjelaskan bahawa kuasa sultan boleh menjangkaui segala bidang kuasa lain dan Baginda Sultan boleh menolak atau menerima seorang pemimpin yang beta berkenan ikut budi bicara Sultan.

Dalam perkara ini Datuk Rais telah menyebut kejadian di Perlis, Perak dan Terengganu sebagai bukti kebangkitan bidang kuasa khas atau istimewa yg beliau nyatakan sebagai bukti penguna pakaian kuasa ini oleh pihak Istana di negeri negeri tersebut. Persoalan nya sekarang, mungkin kah YDP Agung Tuanku Mirzan akan sekali lagi menolak seorang pemimpin yg dikemukan kepada beliau oleh pihak eksekutif dan dalam hal ini Perdana Menteri Malaysia mengikut budi bicara beliau?

Mungkin pengikut Najib akan berhujah mengenai faktor demokrasi dan mandat rakyat dan dalam hal ini hujah bahawa beliau dipilih dan dinobatkan sebagai pemimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional. Akan tetapi jika dilihat insiden terbaru di Perak, jelas sekali faktor mandat serta keperluan demokrasi serta keluhuran prosedur perlantikan yang diperakui rakyat jelata pun dah tak laku, ini kan pulak mandat serta persetujuan satu parti politik semata mata.

Jika kita meneliti pulak kejadian kejadian di Perlis dan Terengganu, umum pasti tertanya apa kah sebab disebalik penolakan YB Shahidan Kassim dan YB Idris Jusoh yg di pilih oleh Perdana Menteri sendiri. Adakah wujud faktor serta standard penilaian baru dan khas dalam penobatan seorang pemimpin menurut budi bicara pihak Istana. Adakah faktor serta penilaian tersebut menambil kira ‘track record’, kredibiliti serta keperibadian seseorang pemimpin tersebut untuk menduduki kerusi kepimpinan tertinggi Negeri? Persoalan ini mungkin dapat dijawab oleh rakyat sendiri dan bagi saya faktor penilaian kredibiliti jelas wujud dan telah diguna pakai oleh pihak istana termasuk Sultan Terengganu yg juga Yang Di Pertuan Agong yg bakal berdepan dengan penobatan Perdana Menteri Malaysia kelak.

Jadi, adakah April ini kita akan melihat YAB Abdullah Badawi meneruskan mandat sebagai Perdana Menteri ataupun adakah beliau akan digantikan oleh YB Najib Tun Razak ataupun kedua-dua mereka akan digantikan dengan nama baru yg mungkin dipilih oleh Yang Dipertuan Agong?

Mungkin kah YDP Agong akan mengambil kira pandangan umum yg masih melihat YB Najib sebagai tercemar dengan darah seorang raykat Mongolia? Adakah YDP Agong akan mengambil kira kontroversi pendedahan surat khabar Liberation serta rangkaian tuduhan tuduhan lain seperti tuduhan SMS kontroversi peguam Shafiee, perakuan sumpah penyiasat bebas Bala dan affidavit Raja Petra yg masih belum terjawab sampai hari ini? Adakah YDP Agong akan mengambil kira notis peguambela kes Altantuya untuk pendengaran semula kes pembunuhan Altantuya yg jika dilihat dari kaca mata perkembangan terkini mungkin mengheret Bakal Perdana Menteri Negara ke mahkamah dan adakah juga YDP Agong meneliti memorandum YB Karpal Singh terhadap Ketua Hakim Negara yang turut dicemari dengan tuduhan rasuah serta keangotaan beliau di dalam UMNO sebelumnya.

YDP Agong juga bakal berdepan dengan persoalan masalah politik wang yg mencemari proses demokrasi pemilihan parti UMNO sebagai penentu utama perlantikan calon Perdana Mentari kelak? Jika di lihat kesemua persoalan persoalan ini serta persoalan persoalan lain dan yang mungkin akan dating, jelas YDP Agong bakal berdepan dengan satu persoalan baru. Adakah kebangkitan Institusi diraja ini bakal berakhir dengan hanya sekadar ‘rubber stamp’ ataupun kebangkitan ini bakal membentuk satu institusi ‘check and balance’ dan sebagai institusi amanat dan kepercayaan rakyat.

Mungkin kah YDP Agong akan membuat sejarah dengan menolak perlantikan YB Najib dan seperti yang ramai percaya dapat mengembalikan semula keagungan sistem Institusi Raja yang baru baru ini mengalami cabaran cabaran tertentu.

Biar apa pun, kita tidak boleh leka dengan fakta utama dimana YB Abdullah Badawi masih Ahli Parlimen yg mendapat mandat Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri dan beliau akan terus berada di Parlimen selepas pemilihan UMNO kelak. Yang jelas disini adalah proses pemilihan dan penentu mandat di Dewan Rakyat. Mungkin Pak Lah akan bertindak untuk membenarkan proses sidang Dewan Rakyat untuk memilih penganti beliau dan dalam hal ini mungkin perebutan mandat Dewan Rakyat bakal melihat persaingan diantara YB Najib dan individu individu lain. Dalam hal pemilihan juga, adakah kita mungkin berdepan dengan satu fenomena baru dimana mandat Dewan Rakyat dalam perlantikan Perdana Menteri melibatkan undi dari pihak pembangkang atas sebab ketiadaan mandat 2/3 Barisan Nasional.

Biar apa pun, kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi April ini. Adakah tarikh 1 April akan menjanjikan kemenangan kepada YB Najib ataupun hanya sekadar April Fool semata mata. Tidak dapat dipertikaikan bahawa jawatan Perdana Menteri dari segi konvension politik, menekankan keperibadian bersih, kredibiliti serta kepercayaan umum dan rakyat jelata secara amnya.

Jika tanpa diduga kita melihat YB Ahmad Said dan YB Isa Sabu yang tidak begitu terkenal menjadi Menteri Besar Terengganu dan Perlis. Persoalannya kini mungkinkah kita bakal melihat Tengku Razaleigh sebagai Perdana Menteri baru Malaysia kelak?

K.Shan

Wednesday, March 11, 2009

Apa khabar Wanita PKR Pahang?

Berkonvensyen sudah, mengambil keputusan pun sudah. Jangan mengambil masa terlalu lama untuk mengimplementasikan keputusan. Kuih yang nanti sejuk sudah tidak sedap dimakan!

Perlantikan Pengerusi-Pengerusi Zon (3 zon) kena dipercepatkan. Lawatan JK Wanita PKR Pahang ke zon-zon tersebut perlu dijadualkan segera.
Ambil tindakan awal, moga-moga kekuatan Wanita PKR Pahang menyerlah!

Monday, March 9, 2009

Sumbangan YB Zuraidah dan Puan Felica Ling

YB Zuraidah Kamaruddin, Ketua Wanita KeADILan Pusat, telah membuat sumbangan RM500.00
untuk dibelanjakan bagi membersihkan kawasan Sekolah Ugama Almukmin Temerloh.

Wang itu akan digunakan bagi pemotongan rumput dan gotong royong bagi membersihkan kawasan dalaman sekolah tersebut.

Manakala Cik Felicia Ling, Ketua Penerangan Wanita PKR Pusat pula menyumbangkan sebanyak RM200 bagi menampung perbelanjaan konensyen.

Konvensyen sehari itu ditampung oleh sumbangan peserta-peserta konvensyen.

Konvensyen juga mengucapkan terima kasih kepada PKR Bahagian Kuala Krau yang telah menyumbangkan tenaga untuk sekretariat dan juga menjaya konvensyen tersebut.

Saturday, March 7, 2009

Kursus Khas Wanita KEADILAN Pahang

Wanita Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang akan mengadakan Kursus Khas untuk wanita di Temerloh pada 9hb Mac 2009, bermula jam 9.00 pagi untuk pendaftaran. Kursus akan bermula jam 9.30 pagi dan Majlis itu akan dipimpin sepenuhnya oleh YB Zuraidah, Ketua Wanita KEADILAN Pusat.
Semua Bahagian di Negeri Pahang dijemput menghantarkan sekurang-kurangnya 10 orang wanita dari Bahagian masing-masing.
Kursus tersebut akan diadakan di Dewan, Sekolah Almukmin, yang terletak di belakang supermarket Cowboy, Jalan Temerloh-Mentakab, Temerloh.
Setiap Bahagian hendaklah menyatakan jumlah peserta-peserta (wanita sahaja) kepada sekretariat Kursus di talian 0199321260 untuk penyediaan makanan.

Thursday, March 5, 2009

Polis tolak kebenaran ceramah

Jam 2.00 petang tadi, pihak Polis Temerloh menalipon saya dan membeitahu bahawa permohonan Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau untuk mendapatkan permit polis bagi Cermah Politik yang dijadualkan pada 6hb Mac 2009 di Kg Gong Halt telah ditolak.
Mengikut Jurucakap Polis Temerloh, semua ceramah politik di Negeri Pahang tidak akan dikeluarkan sebarang permit dan sebarang ceramah akan dianggap sebagai perhimpunan haram.
Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau mengutuk tindakan polis ini sebagai suatu usaha membunuh demokrasi.
Polis tidak sewajarnya mengharamkan ceramah politik oleh parti-parti politik, dan tindakan yang tidak demokratik ini akan dipandang bahawa Polis sedang bersekongkol dengan UMNO/BN dan perbuatan terkutuk ini adalah ditentang rakyat!

Tuesday, March 3, 2009

Catatan Terang Bulan #6

0leh:Ahmad Nizam Hamid
lanailestari.blogspot.com
Beberapa malam yang lalu saya di Felda Tersang 3,Raub memenuhi undangan Abang Ali Ketua Bahagian KEADILAN Raub untuk program ceramah.Selain dari saya,sdr.Dato Fauzi Rahman,Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pahang turut diundang selain pemimpin DAP.
Hujan lebat yang turun semenjak selepas maghrib nampaknya tidak menghalang kehadiran orang ramai.Diawalnya,tuan rumah agak risau sekiranya kehadiran tidak memadai.

Sewaktu menikmati makan malam,Abang Ali memberitahu saya arahan daripada OCPD Raub yang melarang mana-mana penceramah dari menyentuh krisis yang berlaku di Perak dan membicarakan isu Perlembagaan.Saya agak terkejut juga dengan arahan sedemikian.Saya bertanya apakah arahan tersebut dinyatakan sebagai syarat khas di dalam permit polis?Menurut Abang Ali,arahan tersebut diberikan oleh OCPD secara lisan beserta amaran untuk merampas michrophone sekiranya mana-mana penceramah enggan mematuhinya.

Sepekan sebelum ini,Al Fadhil Dato Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man,Pesuruhjaya PAS Pahang memberitahu saya Polis Johor juga melarang mana-mana penceramah dari menyentuh isu Perak,malah menyebut perkataan `Perak' pun tidak boleh.Beliau yang berceramah di Kulai Johor `akur' dengan arahan tersebut dengan hanya menghuraikan kemelut politik di sebuah negeri yang dikenali `Pasir Berdengung' dimana UMNO/BN merampas pemerintahan negeri tersebut dengan cara tidak bermaruah dan memanipulasikan institusi Istana."Ana bercerita tentang politik di negeri Pasir Berdengung pun Polis tak bagi",ujar beliau dengan senyum.

Sdr.Samsul Iskandar Mat Akin,Ketua AMK Malaysia juga mengalami pengalaman yang sama di Negeri Sembilan.Polis melarang beliau dari menyentuh kemelut politik negeri Perak dan Sdr.Samsul turut akur dengan hanya berceramah tentang poltik mual UMNO/BN di sebuah negeri bernama `Silver'.

Kelihatannya ada suatu trend diseluruh negara untuk menghalang dan melarang penceramah Pakatan Rakyat dari mengulas kontroversi yang melanda negeri Perak.Dan khabarnya arahan ini di terima dari `atas',dari para Dewa di PutraJaya dan Bukit Aman.Para petinggi Polis di tingkat daerah tidak punya pilihan melainkan mematuhi perintah para Dewa tersebut.Perintah ini disertakan dengan amaran untuk merampas pembesar suara dan/atau menahan pemimpin Pakatan sekiranya tidak dipatuhi.

Reaksi saya setelah diberitahu oleh Abang Ali ialah betapa bangangnya arahan sedemikian.Apakah UMNO/BN fikir dengan melarang mana-mana penceramah mengulas kemelut Perak maka isu itu akan reda dan terpadam dengan sendirinya dan UMNO/BN mendapat kembali maruah mereka?Apakah mereka fikir tindakan sedemikian akan dapat meredakan kemarahan rakyat?

Hakikatnya,kepongahan UMNO/BN terserlah dari arahan seumpama ini.UMNO/BN takut kepada bayang-bayang sendiri.Pada perkiraan mereka dengan menggunakan Polis untuk menghalang rakyat dari mendapat informasi,maka pemikiran rakyat akan dapat diolah sepertimana yang mereka kehendaki.

Ianya juga menyerlahkan citra sebenar UMNO/BN yang bukan sahaja takut berhujjah dan berdepan secara politik tetapi juga tanpa segan silu berlindung dibalik pihak berkuasa.UMNO/BN kelihatannya kehilangan stamina dan terpaksa memanipulasikan `state apparatus' atas nama keselamatan negara bagi membisukan suara rakyat.

Pada masa yang sama,Harakah dan Suara Keadilan dirampas dan dihalang dari dijual kepada khalayak;sedangkan saban waktu RTM,TV3 dan akhbar-akhbar perdana memainkan isu Perak dengan pelbagai dakyah,propaganda dan dis-informasi yang bertujuan mengelirukan rakyat dan membentuk pandangan searah semata-mata.

Makanya pendekatan sedemikian menyerlahkan lagi kebobrokan UMNO/BN yang sudah sedia tercalar.Seperti biasa mereka tersalah tafsir bahawa dengan menghalang suara rakyat maka rakyat kononnya akan tunduk kepada mereka sedangkan seharusnya mereka menginsafi tindak tanduk mereka sendirilah selama lebih dari 5 dekad yang menyebabkan rakyat menjauhkan diri dari UMNO/BN.Tidak ada sebarang upaya konkrit diambil untuk menyemarakkan demokrasi dan budaya berbeza pendapat dengan berhemah melainkan mengambil pendekatan kebelakang dengan menakutkan rakyat melalui manipulasi agensi penguatkuasa undang-undang.

Saya berpandangan bahawa kita tidak punya pilihan,jika akur dengan arahan songsang ini bermakna kita membiarkan UMNO/BN bermaharajalela 'membonsaikan` fikiran rakyat berterusan;pilihan kita cuma satu,meneruskan dan memperhebatkan program penerangan kepada rakyat.Saya kira pengalaman kita 10 tahun terakhir ini sesungguhnya memberikan kekuatan untuk kita sanggup mengambil risiko demi perjuangan rakyat dan membebaskan rakyat dari belengu UMNO/BN.

Dan kepada pihak keselamatan,pesan kita cuma satu-pertahankan hak rakyat dan berhenti dari dilihat menjadi alat kepada UMNO/BN.Kita hanya berminat bertembung dengan UMNO/BN secara politik dan gentleman!