PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Tuesday, December 30, 2008

Rombakan Pimpinan KeADILan Negeri
By Anwar Ibrahim

Pimpinan negeri silih berganti. Semua negeri menyaksikan perubahan barisan pimpinan setiap dua atau tiga tahun sekali. Dalam struktur pimpinan parti, pimpinan negeri lebih bersifat penyelaras. Tokoh berpengalaman akan dipindahkan ke Biro Pusat atau bertindak sebagai penasihat. Pimpinan baru berpeluang mendapat pendedahan, memperkenalkan pendakatan baru atau menarik minat kelompok baru.
Kegiatan parti masih tertumpu di peringkat Bahagian dan Pusat dengan barisan pimpinan yang dipilih secara langsung olih anggota parti.


Kita tidak bermaksud meremehkan kritikan dan dengan nada sama tidak sekali-kali melekehkan pengurbanan dan sumbangan rakan-rakan pimpinan yang berjasa di peringkat negeri atau Pusat. Perhatikan bekas Setiausah Agung, Datuk Kamarul Bahrin, kini mengetuai Negeri Sembilan; YB Johari Abdul bekas Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah dan kini merupakan ahli MPT; Dr. Mansor Othman dulunya Pengerusi Perhubungan Negeri Pulau Pinang; saudara Nik Mahmud (Kelantan); Abdul Rahman Yusuf dan Muhd M. Amin (kedua-duanya pernah memimpin Terengganu). Malah Selangor pernah dipimpin oleh Azmin Ali, saudara Abdul Rahim dan Dato’ Dr. Zainal.

Ternyata sebahagian teguran yang diluahkan samada secara terbuka atau yang ditujukan kepada saya atau Azizah selaku Presiden telah mengalihkan fakta, samada isu rundingan dengan sebahagian pimpinan negeri, biro politik atau MPT. Umpamanya ada yang menelah bahawa Pengerusi Perhubungan Negeri Perak, saudara Ismail dipecat, walhal beliau kekal sebagai Pengarah Pilihanraya Negeri. Saudara Zakaria Abd Hamid (Pahang) pula diserap ka Jawatankuasa Pilihanraya Pusat.

Usaha pimpinan Johor dihargai namun prestasi dari sudut keanggotaan, program dan pilihanraya perlu ditingkatkan. Dr. Zaleha Mustaffa merupakan satu-satunya tokoh wanita yang diamanahkan untuk memimpin di peringkat negeri. Tugas pimpinan lainnya, lama dan baru perlu digembleng untuk merangkul dan memantapkan kekuatan dengan pengawasan rapi olih Timbalan Presiden, Dr. Syed Husin Ali.

Demikianlah harapan kita bersama bagi semua negeri. Janganlah diandaikan tugas penyelaras negeri sebagai sesuatu yang tetap dan tidak harus dirombak.
Secara peribadi saya tidak cenderung untuk menyelaras kegiatan di Sabah dan Sarawak. Malah Wilayah Persekutuan juga mendesak agar saya membantu. Saya kira dengan kedudukan Tan Sri Khalid selaku Menteri Besar Selangor, beliau lebih berupaya melonjakkan kekuatan gelanggang utama parti lebih-lebih lagi dengan jaminan dan dukungan penuh olih bekas pengerusi, saudara Azmin dan YB Tian Chua. Tambahan pula tokoh kanan parti seperti YB Azmin bersama YB Sivarasa dan YB William Leong membantu beliau di Selangor.

Kesediaan saya membantu gerakan di Sabah dan Sarawak telah dijelaskan dalam kenyataan sabelum ini olih Dato’ Salehuddin Hashim (Setiausaha Agung parti). Namun ia tidak dapat meleraikan kegusaran sebahagian yang mengungkit soal suku kaum atau faham kabilah. Saya hargai jaminan mantap dari Jeffry Kitingan (Naib Presiden parti) dan bekas Pengerusi Perhubungan Negeri Sabah, saudara Ansari Abdullah.

Gelanggang parti di Sarawak kini terbuka luas dengan penyertaan ramai anggota dan pimpinan Melayu, Cina, Iban, Bidayuh, Melanau, Kedayan, Orang Ulu, Penan dan lain-lain. Maka penggemblengan tenaga tokoh lama saperti Datin Hafsah, Wan Zainal di samping YB Dominic Ng, YB Gabriel Adit, Sdr. Baru Bian, Sdr. Nicholas Bawin, Harrison Ngiau, Abang Zul dan lain-lain perlu didukung.

Cabaran berat, harapan melangit tinggi. Pimpinan dinilai dari sudut iltizam, istiqamah dan semangat tuntas. Ketaatan dan kepatuhan tetap pada perjuangan - samada tatkala didera, dirampas hak, beralih jawatan dan kedudukan. Kekuatan sabenar adalah di bahagian yang kita pimpin - diukur dari segi keanggotaan dan program.

Semuga Allah memberikan kekuatan.


2 comments:

Suhaimi Said said...

Dengan penerangan dan penjelasan DSAI yang ikhlas itu amatlah diharapkan agar semua pihak menerima dengan baik untuk kita sama-sama menggerakkan parti bagi perjuangan rakyat yang agung.

UMNO PARTI PENJARA said...

Betul ke tu :-)









(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com