YB Sdr Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota merangkap Timbalan Pengerusi PKR Pahang dibantu oleh Sdr Zaidi, Setiausaha PKR Pahang dan Haji Suhaimi Said, Ketua Penerangan PKR Pahang telah dipertanggungjawabkan untuk memimpin petugas-petugas PKR Pahang untuk membantu kemenangan calon PAS didalam Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu.
Petugas-petugas yang telah ditetapkan oleh Bahagian masing-masing akan melapur diri di Rumah Pahang didalam kawasan DUN Ladang pada 5hb Januari 2009.
Petugas-petugas akan ditempatkan di dua buah rumah didalam DUN Ladang dan mereka akan bertugas sepenuh masa dari 5hb Januari 2009 (di Hari Penamaan Calon) hingga ke Hari Pembuangan Undi.
Hanya petugas-petugas dari Bahagian-Bahagian sahaja yang dibenarkan menghuni di kedua-dua rumah yang disewa itu.
Ahli-Ahli PKR yang lain yang datang semata-mata untuk "menjenguk" , "menenguk" , "memantau" "melihat" atau datang sebagai "tourists" (dalam erti kata "bukan petugas sepenuh masa") hendaklah mendapatkan kemudahan sendiri untuk kediaman.
PKR Pahang ingin memikul tanggungjawab untuk kemenangan calon PAS dan petugas-petugas kami akan melapur diri kepada pimpinan PAS setempat untuk tugas-tugas yang kami boleh lakukan.
Kemenangan PAS di Kuala Trengganu adalah kemenangan Pakatan Rakyat.
6 comments:
Mengapa pkr phg mengambil sikap 'eksklusif' bilamana mensyaratkan hanya petugas dr bhgn yg berdaftar sahaja yg berhak menggunakan kemudahan di rumah pahang? Buat penyokong2 yg datang dgn inisiatif sendiri dan belanja sendri adakah tidak layak?
Sikap begini seolah-olah 'sombong'!!!!
Ingatlah..ada pemnyokong yg datang tu walau sekejap tp kdg2 meninggalkan krja cari makan sndiri dan keluarga semata-mata krn ingin berjuang dan membantu parti.
Jgnlah dianggap penyokong itu pergi makan angin atau melancong.....siapa kamu utk menilai org sebegitu??
Kamu tidak layak memegang jawatan parti kalau bersikap sebegini!!!!
Pasal apa belum pergi buat kerja dah melahirkan rasa tak puashati - Jika benar nak buat kerja jangan fikirkan kediaman - fikirkan kerja apa yang mesti dilakukan untuk memenangkan Pakatan Rakyat !
Jgn risau...perkara ni dah kecoh dan dah sampai pd pengetahuan pengerusi negeri yg baru dato' fauzi. Untuk makluman, beliau tidak dimaklumkan tentang perkara ini secara detail.
Sedikit pembetulan akan dilakukan agar penyokong yg dtg sendiri dr pahang juga dpt menggunakan kemudahan di rumah pahang serba sedikit spt mandi dan berehat sebentar utk melepas penat perjalanan.
Lg pun PAS akan memonopoli kerja-kerja di sana.
Kepimpinan dato' fauzi yg baru bersikap terbuka dan sangat mengalu-alukan sokongan rakyat dan ahli parti dr semua peringkat.
Perlu ditegaskan bahawa sokongan rakyat yg akan memacu parti menempa kejayaan justeru sebarang keptusan hendaklah tidak mengenepikan sebahagian golongan dan memberi faedah pd golongan yg lain sahaja.
Pergilah intan,
Pergilah intan pergi berjuang,
Di medan juang,
Di medan juang habis-habisan ...
Jangan menuding,
Jangan menuding menunjuk belang,
Sama pasukan
Sama pasaukan pencak gelanggang ...
Alangkah rugi.
Alangkah rugi membuang masa,
Duduk bertelagah,
Duduk Bertelagah sesama kita ...
Maafkan aku,
Maafkan aku tak ada upaya,
Kalau pun pergi,
Kalaupun pergi habis bores saja ...
Jgnlah merajuk seladang....mai la bantu PR kat KT ni.
Isu rumah jgn risau...kalau rumah pahang tak sudi terima....berlambak rumah negeri lain yg terbuka utk sukarelawan parti dr segenap pelusuk malaysia.
Rumah pahang ni pelik skit...ntah la labuuuuuuu.....
Saper la yg buat keputusan yg anti-klimax ni???
Org tengah berbondong-bondong nak menyertai parti dan parti pun mengamal dasar pintu terbuka...tup-tup keadilan phg cuba menyekat ahli dr memberi sumbangan??
Perkara tertentu dan pd ketika tertentu boleh la dibuat secara tertutup ttp pd masa prk ni takkan ahli nak menjenguk menumpang mandi dan bertanya khabar pun tak boleh di rumah phg!!!
Hebat sangat ker jentera pilihanraya phg yg sepenuh masa ni???
Rasanya satu kerusi dun pun tak menang di phg...kerusi parlimen ada la...itu pun di kawasan campuran 50-50 melayu dan bukan melayu. So dr situ dah dpt dibuat ukuran yg jentera tu hanya gah pd nama saja. Jd jgn la menyekat dan melabel ahli yg dtg sendiri secara sukarela dan tidak sepenuh masa.
Hrp kepimpinan baru dato' fauzi ambil perhatian perkara sebegini...patut la selama ni pkr phg lesu..golongan mcm ni yg buat ahli meluat!!!
Selepas ada rombakan pimpinan negeri tentunya akan ada perubahan, moga2 dato fauzi tidak terkesima....tukar la yg mana patut dan lantik yg lebih baik.
Parti hak rakyat..bukan milik peribadi individu.
Post a Comment