by Beh Lih Yi Malaysiakini
Ketua pembangkang menggesa menteri kewangan Datuk Seri Najib Abdul Razak membentangkan Bajet 2009 yang baru memandangkan krisis kewangan dunia yang kian serius kini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ahli-ahli Dewan Rakyat tidak boleh membahaskan "belanjawan yang ketinggalan zaman" seperti dibentangkan lebih sebulan lepas.
Bajet 2009 diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, waktu itu sebagai menteri kewangan, pada 29 Ogos lalu.
Beliau telah bertukar portfolio sebagai menteri pertahanan dengan timbalannya itu bulan lepas.
Ucapan Anwar di Parlimen hari ini pertama kali dibuat sebagai ketua pembangkang selepas memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh beberapa hari sebelum pembentangan belanjawan tersebut.
Menurut mantan timbalan perdana menteri itu, yang pernah mengetuai Kementerian Kewangan selama tujuh tahun sejak 1991, perangkaan dalam Bajet 2009 "tidak lagi realistik" apabila muncul krisis ekonomi dunia yang bermula tahun lepas di Amerika Syarikat.
"Apakah kita mahu membahaskan sejarah atau belanjawan?” katanya, sambil menambah satu belanjawan pindaan wajar dibentangkan jika bajet baru enggan dikemukakan.
Anwar kemudiannya bertanya Timbalan Yang Dipertua sama ada dewan sama ada patut ditangguhkan atau diteruskan.
Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaffar kemudian meminta Anwar meneruskan sidang dan membentangkan belanjawan alternatif jika beliau berminat berbuat demikian.
PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM
Tuesday, October 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment