PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM
Saturday, May 14, 2011
STOP LYNAS : Detik detik keluhan rakyat marhein
Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Pahang


Program 1:
2.30 – 5.30 ptg – Seminar Maqassid Syariah Peringkat Negeri Pahang
Lokasi : Restoran Tanjong, Galing, Kuantan
Ahli Panel:
- YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
- YBhg Dauk Tuan Ibrahim Tuan Man
- YBhg Prof Dr Muhammad Nur Manuty
- YBhg Dato’ Fauzi Abdul Rahman (Moderator)
Program 2:
7.15 – 8.30 mlm –
- Solat Maghrib dan Hajat Rakyat Pahang Untuk DS Anwar Ibrahim
- Tazkirah Maghrib Oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Lokasi: Masjid Batu 1 Temerloh, Pahang
Program 3:
7.30 – 10.30 mlm – Majlis Makan Malam
Lokasi : Dewan Seri Kerayong, Bandar Bera
Penceramah:
- YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
- YBhg Tuan Ibrahim Tuan Man
- YB Leong Ngah Ngah
- YBhg Dato’ Fauzi Abdul Rahman
- YB Gobind Singh Deo
Program 4
9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana
Lokasi : Markas PAS FELDA Purun, Pahang
Penceramah:
- YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
- YBhg Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
- YBhg Prof Dr Muhammad Nur Manuty
- YBhg Dato’ Fauzi Abdul Rahman
- YBhg Haji Abas Awang
Sumber: Anwaribrahim.blog
Nik Aziz: Kasihan Azizah, henti aibkan Anwar
"Sudah lebih 10 tahun maruah Anwar dilanyak, dihentak, dilenyek begitu tanpa ada rasa belas kasihan, isteri mana yang tidak menderita dengan apa yang berlaku,” katanya kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas kenyataan Azizah semalam bahawa beliau begitu terseksa dengan fitnah itu.
Sehubungan itu, Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan memohon pihak perancang yang merakam dan mendedahkan video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu dihentikan segera.
Tegasnya, balasan buruk akibat tindakan itu akan diberikan Allah kepada orang yang memfitnah sejak di dunia lagi.
“Kita sebagai anggota masyarakat jangan sekali-kali bersekongkol dengan mereka yang membuat perkara buruk (fitnah) itu kerana dosanya juga akan terpalit pada kita," katanya./Malaysiakini
Thursday, May 12, 2011
PAS: Rakyat hitung hari tunggu tindakan polis
“Tindakan mereka dilihat jauh lebih cekap dan segera bilamana sesuatu yang boleh mengugat Umno BN timbul. Pihak polis harus beringat-ingat untuk melakukan pembetulan segera kerana kewibawaan polis dan juga Kementerian Dalam Negeri, di mana ia bernaung sentiasa dinilai rakyat,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan.
Selain itu, Tuan Ibrahim juga berkata sikap dwi-standard polis turut terserlah dalam dua isu sensasi terbaru ini.
Wednesday, May 11, 2011
Lynas beralih ke media baru untuk reda protes
"Saluran ini akan memaparkan kepada penonton maklumat dan fakta mengenai Lynas, nadir bumi dan operasinya," demikian menurut tulisan pengenalan di saluran Lynas di YouTube.
Ia juga mengulangi bahawa pengeluaran di Loji Lynas Advanced Material (LAMP) di Gebeng akan bermula seperti yang dijadualkan dalam suku ketiga suku 2011.
Sejumlah sembilan klip video telah dimuat-naikkan, yang terdiri daripada temubual dengan pengerusi eksekutif Lynas Corp, Nick Curtis; ketua pegawai operasi, Eric Noyrez dan naib presiden eksekutif, Matthew James.
Temubual itu mengulangi apa yang telah diterangkan oleh Lynas kepada media sebelum ini, termasuk pengurusan sisa loji tersebut dan mengapa Lynas memilih Malaysia untuk memproses bahan mentah dari lombongnya di Mount Weld, Australia Barat, yang terletak kira-kira 2,500km jauhnya.
Kebanyakan video ini telah dimuat-naik di lamanweb Facebook Lynas hampir dua bulan lalu, tetapi mereka hanya menarik 203 penonton./Malaysiakini
ISU IC PALSU......




Oleh: MUTALIB M.D
Siapa nak mengaku berak tengah jalan...bodoh !!


TASK-FORCE UMNO UNTUK GULINGKAN MUSA?

Oleh: MOHD YATIM SUHAILI
ISU IC PALSU di Sabah mula menular ke Malaya




Projek IC Palsu ...di Sabah


RANJAU dan onak duri yang diharungi di sepanjang liku-liku perjalanan untuk sampai ke matlamat kebahagiaan yang dicita oleh RAKYAT Sabah sukar dapat di materialisasikan selagi pelbagai masaalah seperti pemberian Kad Pengenalan dan pemberian kerakyatan kepada PATI tidak selesaikan secara mutlak.
Menghimpit masalah itu sebagai satu-satunya kekangan kepada penyelesaiannya adalah kerana dalang yang merencanakan pemberian Kad Pengenalan dan kerakyatan kepada PATI masih segar dan berlegar-legar berada di sekeliling rakyat Sabah, apa lagi jika golongan itu terus disokong oleh segelintir petualang rakyat di kalangan pemimpin KDM Sabah yang pernah menyuburkan kehadiran UMNO ke Sabah dalam tahun 1990-an.
Malahan keadaan bertambah buruk lagi apabila Menteri Dalam Negeri Dato’ Hishamuddin berterus terang menolak cadangan Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran) Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing bagi penubuhan Suruhanjaya DiRaja (RCI) untuk menyiasat isu pemberian Kad Pengenalan dan kerakyatan kepada PATI.
Sudah tentu wujud seribu satu persoalan bermain di kepala setiap rakyat Sabah yang ingin tahu siapakah dalang di sebaliknya yang mencipta ‘malapetaka’ ini kepada bumi bertuah Sabah ini yang dicintai. Umum mungkin sudah dapat menekanya tetapi masih khuatir akan keselamatan dirinya selepas itu.
Selain masalah pemberian Kad Pengenalan dan kerakyatan kepada PATI, masalah masalah lain juga turut memainkan peranan untuk memberi tekanan mental kepada rakyat Sabah seperti pemanipulasian ekonomi, pembangunan, menidakkan hak kuasa otonomi di Sabah dengan harapan mereka supaya pemimpin Sabah yang berpengaruh tunduk dan bersifat ‘YES BOSS!’ kecuali Bumburing, kepada Kuala Lumpur (KL).
Apabila semua gejala tersebut terungkai dalam seminar UBF di ibukota Sabah baru- baru ini, maka timbulah pelbagai persoalan, antaranya siapakah dalang atau ‘master mind’ di sebalik persoalan itu dan jawapannya tidak lain tidak bukan ialah UMNO dan dibantu BN.
Mungkin umum masih segar kenyataan mantan Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Karim Ghani ketika beliau keluar UMNO dan menyertai PKR yang mengesahkan bahawa kehadiran UMNO ke Sabah adalah semata-mata mahu menumbangkan kerajaan PBS pada ketika itu yang masih berpengaruh di Sabah supaya jatuh tersungkur di bumi Sabah.
Terbuktilah sengat yang dirancang khas UMNO bahawa selepas tumbangnya kerajaan PBS pada tahun 1994 selepas beberapa bulan memegang tampuk kerajaan di Sabah, setelah beberapa ADUNnya yang dipilih melompat menyertai UMNO yang diketuai Adun Kota Klias, Datuk Seri Lajim Ukin; Adun Kemabong Datuk Rubin Balang dan Adun Dilantik Datuk Zaini Isa, mengakibatkan kerajaan PBS tumbang kerana kurang korum majoriti ADUN untuk meneruskan tampuk kerajaan di Sabah.
Titik tolak kepada peristiwa itu, maka ramailah ‘katak-katak puru’ mengikut jejak kawan kawan lamanya yang bergelar ‘King Katak’ melompat kepada UMNO dan BN menjadikan BN di Sabah lebih kukuh untuk membentuk kerajaan di Sabah apanila mantan TYT Tun Sakaran Dandai, dinobatkan oleh KL mengetuai kerajaan di Sabah untuk menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah secara bergilir (‘rotation system’ diperkenalkan Tun Mahathir kerana janji sebelum PRU1994).
Selang beberapa tahun UMNO-BN berkuasa di Sabah pelbagai strategi turut dimantapkan dalam usaha untuk mengekalkan kuasa mereka di Sabah agar berterusan selama-lamanya dirancang begitu kemas dan rapi ibarat pepatah Melayu yang pernah disebut, “Kalau menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung jangan berselerak”.
Dalam kesempatan itu secara kebetulan SPR ketika dalam rangka penyusunan semula persempadanan kawasan pilihanraya. Maka di sinilah bermulanya kewujudan pemberian Kad Pengenalan dan kerakyatan PATI untuk digunakan pengisian tambahan populasi pengundi baru bagi kawasan-kawasan yang baru diwujudkan selepas penambahan kawasan DUN di Sabah diluluskan di Parlimen.
Mekanisma itu ternyata berfungsi dengan baik apabila dua PRU selepas tahun 1994, kekuatan PBS tidak dapat menggoncang UMNO-BN untuk direbahkan ke bumi namun kelibatnya terus kukuh dan megah mendabik dada kononnya merekalah “Sangkala Waja Pejuang Perkasa” rakyat Sabah.
Ekoran itu, PBS yang lantang membela rakyat Sabah dan memperjuangkan hak autonominya namun suara ‘mengaum umpama singa kelaparan’ tidak bertahan lama dan akhirnya diulit sindrom ‘lemah longlai’ dan terpaksa sujud kepada KL dan merangkak semula menyertai BN walaupun BN pernah diludahnya pada pilihanraya Parlimen tahun 1990, setelah pemimpin PBS bertindak eluar dari Gagasan BN dan menyertai Semangat 46 yang dipimpin Tengku Razaliegh Hamzah bersama sama DAP dan PAS, tetapi malangnya impian mereka ‘kecundang’.
UMNO-BN yang mempunyai pengikut akar umbi yang utuh kerana teras kekuatannya 60 peratus daripadanya adalah PATI yang mempunyai Kad Pengenalan dan kerakyatan Malaysia serta telah terdaftar sebagai pengundi, terus memainkan perana penting malah terus menguasai peluang-peluang pekerjaan yang selesa di jabatan-jabatan kerajaan termasuk mengeksploitasikan ekonomi untuk kepentingan kroni-kroni mereka.
Jawapan mahunpun ‘finding solution’ ke arah menghapuskan kerakusan dan malapetaka itu, seorang panel UBF yang juga mantan Ahli Dewan Negara Parlimen Malaysia, Dr Chong Eng Leong menegaskan bahawa tindakan hanya berkesan jikalau semua parti pembangkang bersatu ala pentadbiran BN menghadapi satu lawan satu menentang UMNO-BN pada PRU13.
Jika semua strategi itu berlaku pastinya UMNO-BN akan tumbang pada PRU13 sama ada di Sabah mahupun di Semenanjung supaya kerajaan baru dapat dibentuk selepas UMNO-BN tumbang yang sekaligus melakukan pembersihan terhadap sisa-sisa pentadbiran kotor UMNO-BN.
Persoalannya, apakah benar hanya dengan menumbangkan UMNO-BN pada PRU13 sebagai jawapan yang tepat untuk menyelesaikan pelbagai masalah di
Sempena 65 tahun UMNO




11hb Mei 2011 Adalah Hari Ulangtahun Ke65 UMNO..Perjuangan Yang Bermula Pada 11hb Mei 1946 DiIstana Johor....Tahniah ! Hidup Melayu....Parti yang ditubuhkan di Istana Sultan Johor...sepatutnya Melayu UMNO hormat dan sanjung pada kesultanan melayu dan megah dengan " ketuanan melayu " dan " kris kontot" nya!
Sempena 65 tahun UMNO perlu wujudkan dalam sukatan pelajaran Sejarah kementerian Pelajaran Malaysia bahawa Orang Melayu UMNO merupakan " Penderhaka pada Raja Raja Melayu " demi kerakusan kuasa...dan Melayu UMNO lah yang membunuh ' Orang Melayu marhein " dalam peristiwa berdarah " Memali "...2 bahan sejarah ni jangan dilenyapkan untuk pengetahuan generasi akan datang !!!begitu juga dengan perbuatan memberi IC Palsu pada pendatang asing di Sabah dan akhir akhir ni di Selangor...perbuatan ini adalah perbuatan " Petualang Negara " yang akan meruntuh keselamatan negara..sebagaimana berlaku dalan sejarah tanah air ...dengan perbuatan si Kitol dalam kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.
Sempena 65 tahun UMNO....Melayu mudah lupa ?!
Anda sudah lupa ke? Orang yang kuat derhaka kepada Raja adalah Umno. Bahkan boleh menobatkan Sultan Kelantan Palsu dibawah pokok? Ketika krisis dengan raja-raja melayu, siapa yang jadi Jebat derhaka? Ketika itu media beberapa kali menayangkan filem Hang Tuah dan kisah Jebat derhaka. Ketika Datuk Idris Jusoh di Terengganu gagal menjadi MB, siapa yang mengamuk dan mengusung kain rentang mengata ‘binatang’ kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu? Angkara siapa? Umnolah… siapa lagi.
Semua orang tahu bahawa permainan isu sensitif demi mengaut kepentingan politik adalah rekaan Umno-BN. Daripada isu perkauman melayu dan kini isu agama. Seolah-olah ada usaha untuk meletakkan agama kristian sebagai agama rasmi negara. Utusan melayu kekal berperanan membawa isu fitnahnya.
Tidak ketinggalan di Besut. Di sempena kehadiran Naib Presiden Umno selaku Menteri Dalam Negeri lalu diadakan bantahan kononnya menentang isu kristian sebagai agama rasmi. Kekallah Umno sebagai juara dalam memperbodohkan orang melayu sendiri. Kalau dulu dok cerca pembangkang kerana berdemo. Mengganggu orang ramai dan menghalang jalanraya yang dianggap oleh Khairy selaku Ketua Pemuda Umno sebagai ‘beruk-beruk di jalanan’. Sekarang Umno pulak nak jadi juara berdemo. Nak jadi beruk-beruk ditengah jalan pulak ke?
Sekarang kuasa ada dalam tangan Umno dan pemimpin mereka. Datuk Seri Hisyamuddin sendiri sebagai Menteri Keselamatan. Bubuhlah paderi-paderi yang bersidang itu dalam ISA atau penjarakan sahaja. Dah kuasa ditangan kamu. Buktikan kehebatan kamu dalam mempertahankan Islam. Tak perlulah bertempik melolong ditepi jalan. Umno bukan pembangkang tetapi pemerintah. Undang-undang dalam tangan Umno kecuali kalau dah rasa nak jadi pembangkang.
Kita heran. Apabila kain rentang mereka rela menjadi Jebat!!! Umno nak derhaka siapa? Nak jadi Jebat kepada siapa. Yang memimpin Malaysia adalah Najib selaku presiden Umno! Takkan nak derhaka kepada boss mereka sendiri. Bukankah Datuk Deris sendiri AMT Umno. Atau perli kepada Datuk Hisyamuddin kerana melepaskan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu kepada Datuk Mat Said. Ataukah ia nak tunjukkan kepada Sultan Terengganu???
Belum serik ke Datuk Deris yang mengelonsor dari takta MB dan kini dah derhaka lagi? Nak jadi Jebat Derhaka semula ke? Entahlah! Siapa nak bagi jawapan? Kain rentang ‘Kami Nak Deris Natang’ pun tak tahu kesudahan sehingga kini? Ni nak jadi Jebat lagi pe???
Sempena 65 tahun UMNO
Dengan kerajaan Melayu UMNO telah berlaku pembunuhan secara kejam pada orang orang Melayu Marhein dalan peristiwa berdarah " MEMALI "satu dosa yang tidak terampun oleh keturunan yang dibunuh oleh kerajaan Melayu/UMNO !!! mungkin melayu mudah lupa...mungkin melayu umno lupa peristiwa tu.....namun kami dari keturunan yang terlibat tidak akan melupakannya hingga ke padang masyar nanti
Pembunuhan dalam UMNO demi jawatan...ingatkah kita tentang kes pembunuhan di Negeri sembilan kes mantan YB Mokhtar Hashim..dan pembunuhan kerat 18 kes pembunuhan dato Mazlan Batu Talam Pahang...ini lah attitude pada ahli UMNO demi kuasa dan wang..dulu...kini..dan bila bila
Begitu juga kes kes moral yang rendah pada pemimpin pemimpin tertinggi UMNO yang disapu dibawah karpet...Melayu mudah lupa...tapi rakyat marhein tersemat disanubari nya hingga bila bila..kecuali manusia yang rendah akhlak bila dibeli lupa apa yang pemimipin mereka lakukan perkara mungkar !!
Sempena 65 tahun UMNO kita renung balik dalam kontek ekonomi...Ekonomi malaysia dibawah UMNO terus jatuh...12 tahun berturut-turut kerajaan UMNO/Melayu -BN berbelanja lebih dari pendapatan. KDNK hasil negara kita lebih rendah dari Singapore sejak 2009, kali pertama dalam sejarah
RM325billion wang Petronas dibelanja sepanjang 2007 - 2010, purata RM81.25billion setahun
10 tahun berturut-turut Malaysia gagal capai sasaran pertumbuhan ekonomi.4.7% pertumbuhan ekonomi 2001 - 2005., rendah daripada sasaran 7.5%.
Bagaimana Dasar Ekonomi Melayu ...selepas trajidi 13 Mei...di mana sasaran 30% ekuiti bumiputra !!!??? kemana lesap ekuiti yang bernilai berbillion RM lesap ??? oh malaysia tanah air ku dibawah Melayu.
Kita recall balik rasuah yg berlaku sempena 65 tahun dibawah UMNO ...RM28billion hasil negara lesap setiap tahun akibat salah guna wang dan rasuah.
3kali ganda hasil negara.
RM888billion lesap dalam sembilan tahun...wang ini,wang rasuah, wang tipu dengan kerjaa kerja tidak halal dan wang yang dilarikan daripada cukai.Maknanya wang tanpa rekod yang dibawa keluar berjumlah RM240billion setahun.
ohhh malaysia tanah air ku
UMNO ditubuh di Istana Serene Johor...sayang sepatutnya UMNO menghormati menyanjung kesultanan melayu...tapi pemimpin melayu berlaku biadap dan kuran ajar pada kesultanan melayu
Banyak tinta tinta sejarah hitam UMNO selama ni...perlu di kenang kembali....sempena hari jadi 65 tahun UMNO ..syabas tahniah dan renung kembali kudis dan pekong selama ....hidup melayu umno
MENGAPA MASIH MENYOKONG BN ?
“Apa lebih Permata, hanya setaraf dengan pasukan kompang sahaja, tetapi memperolehi peruntukan begitu banyak hampir dengan pelupusan subsidi gula RM116.6 juta. “Sedangkan peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat hanya RM95 juta sahaja,” kata Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad.
Menurut Idris, tindakan kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa semalam, sebagai lambang kegagalan Barisan Nasional (BN). “Kenaikan harga gula kali ini adalah yang keempat selepas kerajaan berbuat demikian sebanyak tiga kali pada tahun lalu iaitu pada Januari (20 sen), Julai (25 sen) dan Disember (20 sen),” kata Idris dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah beliau, keputusan kerajaan menaikkan harga gula kononnya untuk menjimatkan wang negara sebanyak RM116.6 juta setahun, dengan membandingkan harga gula di Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina merupakan alasan dangkal.
“Apakah kerajaan BN tidak ada jalan lain untuk menguruskan kewangan negara. “Nampaknya pemimpin negara jika tidak ada wang, jalan keluarnya dengan menyusahkan rakyat seperti saman ekor, menaikan minyak petrol, naik harga gula, naik harga tol,” tegas Idris.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13146
Ex Senior Police Officer Mat Zain: ‘Datuk T’ Defiled Mosque With Bulletproof Vests
The “Datuk T” trio who attended a sumpah laknat ceremony by one their own had defiled the mosque where it was held by entering in bulletproof vests, claims retired senior cop Datuk Mat Zain Ibrahim.
The former city criminal investigation chief said today that “Datuk T” created the perception that the situation in the Masjid Amru Al-As, Sentul was unsafe.
“It was as if they would be hurt or shot in a mosque. In fact, they should know that even the Malay Rulers do not wear bulletproof vests when they enter any mosque in the country.
“This act has defiled the holiness of the mosque and insulted Islam,” he said in a letter sent to editors today.
He said the trio — businessman Datuk Shazryl Eskay Abdullah, former Malacca Chief Minister Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik and Perkasa treasurer-general Datuk Shuib Lazim — had run afoul of Section 295 of the Penal Code.
“As with the offence of screening the obscene video under Section 292, this is also an open-and-shut case. In my opinion, they have no defence,” Mat Zain wrote.
A sex video allegedly featuring Datuk Seri Anwar Ibrahim was first screened to journalists by a mysterious “Datuk T” at the Carcosa Seri Negara hotel on March 21, but has now leaked onto the Internet.
The trio later claimed joint-responsibility for the video, before Shazryl took the oath on April 29 on behalf of the group that the opposition leader was the man in the video.
Shazryl had invited Anwar to join him during the oath-taking but the latter ignored the challenge.
Section 295 states that “whoever defiles any place of worship, with the knowledge that any class of persons is likely to consider such defilement as an insult to their religion” will be jailed for up to two years and/or fined.
Mat Zain, who headed the 1998 police probe into Anwar’s black-eye case, claimed that Shazryl’s actions conveyed the message that he felt more at ease and safer in a brothel than in a mosque.
“He didn’t need to wear a bulletproof vest then,” he said of Shazryl’s own admittance that he was the third person who was seen in the 21-minute sex video.
“Instead, at the mosque, he not only needed a bulletproof vest but a few armed bodyguards as well,” he said.
Mat Zain called on the government to take action over the trio or lose any justification for taking action against others who might defile or insult Islam.
“In this situation, the prime minister has no choice but to act according to the rule of law. But it us up to him whether to protect Eskay, Rahim and Shuib from the law or protect and defend Islam itself,” he said.


