PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM
Friday, December 19, 2008
by Mohd Syamil Azhar Fri
Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu yakin lima negeri yang diperintah Pakatan Rakyat akan membuktikan prestasi yang lebih baik selepas menunjukkan kecemerlangannya selama sembilan bulan bermula pilihan raya 8 Mac lalu.
Katanya, selepas sembilan bulan berlangsung, bloger-bloger, ahli-ahli akademik dan golongan intelek mengakui pemerintahan bagi lima negeri Pakatan Rakyat paling baik berbanding negeri-negeri yang diperintah Barisan Nasional.
Malah, katanya diakui pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan jauh lebih baik berbanding semasa dikuasai Barisan Nasional (BN) dulu.
"Bila kita dapat perintah lima negeri, walaupun kita buat sekadar yang termampu, tetapi prestasinya jauh lebih baik dengan apa yang dilakukan BN sebelum ini.
"Ini diakui para bloger, ahli-ahli akademik dan golongan intelek," katanya ketika berceramah di Padang Majlis Daerah Lenggong di sini baru-baru ini.
Turut menyampaikan ceramah di depan lebih 2,000 pendengar itu ialah Wakil kerajaan negeri Perak yang juga Exco Dewan Pemuda PAS (DPP) negeri, Mohd Tee Wai Tiang Abdullah dan Ketua DPP Perak, Ustaz Mohd Nor Azli Musa.
Hadir sama Yang diPertua PAS Kawasan Lenggong yang juga Penyelia Dewan Undangan Negeri (DUN) Kenering, Ustaz Shukri Ahmad, Penyelia DUN Kota Tampan, Haji Hamzah Mat Zain dan pimpinan DAP Lenggong.
Mohamad berkata, walaupun pelbagai pembaharuan bertepatan dengan konsep 'Negeri Berkebajikan' dilaksanakan oleh kerajaan lima negeri berkenaan, masih banyak perubahan yang perlu dilakukan.
Katanya, rakyat sentiasa menunggu pembaharuan-pembaharuan seterusnya yang akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat dan semua itu perlu dilaksanakan oleh semua peringkat pimpinan lima negeri terbabit.
Menyentuh mengenai keadaan kucar-kacir dalam BN serta pemilihan kepimpinan dalam Umno sekarang ini, beliau mengingatkan pimpinan Pakatan Rakyat, khususnya PAS di seluruh negara supaya tidak bergantung kepada kelemahan orang lain.
Sebaliknya, beliau bimbang sekiranya Umno yang menjadi tonggak kepada BN, yang sekali lagi menggunakan isu perkauman sebagai taktik mengatasi kelemahannya akan pulih semula selepas ini.
"Saya takut mereka akan pulih semula, oleh itu isu perkauman yang mereka mainkan sekarang ini jangan sampai sekali lagi memerangkap kita," katanya yang turut menjadi mangsa Operasi Lalang akibat mainan isu perkauman oleh Umno dan komponen BN lain pada 1987 lalu.
Mohamad berkata, sebaliknya Pakatan Rakyat dan PAS khususnya perlu mainkan isu yang akan terus menjadi relevan pada masa akan datang, iaitu isu rasuah, pembaziran, penyalahgunaan kuasa dan hak asasi manusia.
Isu ISA, katanya adalah antara isu yang semakin hangat diperkatakan termasuk oleh beberapa komponen BN sendiri, malah masyarakat Cina paling marah dengan akta zalim itu.
Beliau seterusnya menyeru rakyat menyertai perhimpunan paling aman yang akan diadakan pada Mac tahun depan dalam usaha mendesak kerajaan BN menghapuskan terus ISA.
NOTA UCAPAN DSAI MENGENAI SURUHANJAYA PERLANTIKAN HAKIM
RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN 2008
LATAR HUJAH
Badan Kehakiman merupakan salah satu daripada tiga cabang utama dalam pemerintahan yang berteraskan sistem demokrasi berparlimen yang seharusnya bebas daripada pengaruh dan campurtangan Eksekutif.
Selain dilindungi kebebasannya, badan kehakiman harus berwibawa serta tidak tergugat dari segi keyakinan rakyat terhadap kebebasan dan kewibawaannya.
Jika kebebasan badan kehakiman dicabuli, kewibawaannya dipertikaikan dan keyakinan rakyat terhadapnya terjejas, maka sistem keadilan kita menjadi pincang dan kedaulatan undang-undang [rule of law] menjadi ranap merudum, justeru rakyat jelata terdedah kepada penindasan, kezaliman dan salahguna kuasa pemerintah tanpa pembelaan menurut hukum dan nilai-nilai keadilan.
Peri pentingnya peranan badan kehakiman yang bebas dan berwibawa sememangnya menjadi keperluan dan tuntutan sejagat, lebih-lebih lagi dalam soal menegakkan keadilan bagi yang dhaif dan lemah dalam menghadapi salahguna kuasa dan keangkuhan pihak yang berkuasa. Sehubungan dengan itu, izinkan saya memetik pendirian yang dinukilkan dalam satu kes di India iaitu C Ravichandan Iyer v Justice AM Bhattacharje & Ors [1995], dimana Mahkamah Agong India [Indian Supreme Court] menyatakan:
[Quote]:
“The judiciary stands between the citizens and the State as a bulwark against executive excesses and misuse of powers by the executive. It is, therefore, absolutely essential that the judiciary must be free from executive pressure or influence which has been secured by making elaborate provisions in the Constitution with details. The independence of judiciary is not limited only to the independence from the executive pressure or influence; it is a wider concept which takes within its sweep independence from any other pressure and prejudices. It has many dimensions, viz., fearlessness of other power centres, economic or political, and freedom from prejudices acquired and nourished by the class to which the judges belong…”
Kebebasan badan kehakiman dalam negara Malaysia telah sekian lama dicabul oleh pihak Eksekutif khas sewaktu era Tun Dr Mahathir Mohamad melalui tragedi peristiwa hitam pemecatan Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara dan beberapa orang Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan yang lain pada tahun 1988.
Semenjak itu, badan kehakiman kian parah dengan pelbagai dakwaan terhadap kebebasan dan kewibawaannya termasuk amalan rasuah. Dalam hal ini, ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, saya pernah membentangkan kes Insas Berhad & Anor v Ayer Molek Rubber Company Bhd & Ors [1995] di dalam mesyuarat Kabinet untuk perbincangan mengenai implikasi penghakimannya.
Kepincangan badan kehakiman berkemuncak dengan pendedahan rakaman video klip Dato’ V.K Lingam yang memaparkan bagaimana badan kehakiman nyata terdedah kepada pengaruh dan campurtangan langsung orang-orang yang berkepentingan dan berpengaruh untuk menentukan pelantikan hakim-hakim.
Satu Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan pada 12 Disember 2007 berikutan dengan keresahan awam [public outcry] mengenai intipati perbualan telefon Dato’ V.K Lingam dengan Tun Ahmad Fairuz bin Dato’ Sheikh Abdul Halim yang membabitkan beberapa orang kenamaan lain yang terlibat dalam mempergaruhi pelantikan hakim-hakim.
Dalam hubungan ini, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini mengenai rumusan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Siasatan tersebut sepertimana yang terkandung dalam Report of the Commission Of Enquiry On The Video Clip Recording Of Images Of A Person Purported To Be An Advocate and Solicitor Speaking On The Telephone On Matters Regarding The Appointment Of Judges, Volume 1, Part 2, Executive Summary, muka 37 & 38,
[Quote]:
“Having considered all the materials before us, that is, the testimonies of 21 witnesses, 116 exhibits and 17 statutory declarations including the submissions, we are pleased to summarise our Findings on the five Terms of Reference herein below as follows:
1. To enquire and ascertain the authenticity of the video clip.
The Commissioners find that the video clip, Ex.C7 is authentic.
2. To enquire and identity the speaker, the person he was speaking to in the video clip and the persons mentioned in the conversation;
The Commissioners find:
a) that the person speaking on the phone is Dato’ V.K Lingam;
b) that the person to whom he was speaking on the phone is Tun Ahmad Fairuz bin Dato’ Sheikh Abdul Halim;
c) that the Chinese man he was seen conversing with, after the phone conversation had ended, is Mr. Loh Mui Fah; and
d) that the other persons mentioned in the conversation will be identified in the body of the Report.
3. To enquire and ascertain the truth or otherwise of the content of the conversation in the video clip;
The Commissioners find the content of the conversation on the video clip is true in substance and in material particulars.
4. To determine whether any act of misbehaviour has been committed by person or persons identified or mentioned in the video clip;
The Commissioners find sufficient evidence of misbehaviour on the part of certain individuals or personalities identified or mentioned in the video clip. In this connection, we refer to the body of the Report.
5. To recommend any appropriate course of action to be taken against the person or persons identified or mentioned in the video clip, should such person or persons be found to have committed any misbehaviour.
The Commissioners find sufficient cause to invoke the Sedition Act 1948, the Legal Profession Act 1976, the Official Secrets Act 1972 and the Penal Code against various individuals mentioned in the video clip which we have elaborated in the Report. We do not discount the possibility of other laws being contravened. We leave it to the Attorney General Malaysia and the Malaysian Bar Council to take the appropriate actions against personalities implicated. Additionally, we are proposing to the Government for the necessary reforms including the establishment of a Judicial Appointments Commission.”
Tidak dapat dinafikan bahawa penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman adalah sebahagian daripada cadangan-cadangan yang terkandung dalam rumusan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Siasatan Video Klip Dato’ V.K Lingam.
Namun, apa jadi dengan cadangan-cadangan lain yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Siasatan?
Adakah tindakan diambil untuk mendakwa mereka yang terbabit? Atau mereka dilepaskan begitu sahaja?
Saya minta kerajaan menyatakan dengan jelas samada ia mempunyai komitmen dan ketegasan untuk bertindak terhadap mereka yang terbabit dalam salahlaku mempergaruhi perlantikan hakim-hakim sepertimana yang diperakui dalam laporan Suruhanjaya Siasatan. Perkara ini amat serius kerana perbuatan mereka ini yang menjadikan badan kehakiman negara sebagai momokan dan penghinaan bukan sahaja di dalam negeri malahan di peringkat antarabangsa.
KRITIKAN TERHADAP RANG UNDANG-UNDANG
Rang undang-undang yang sebegini penting dibentangkan bagi bacaan kali pertama dalam Dewan ini pada hari Rabu lepas, 10 Disember 2008 atau enam bulan selepas Suruhanjaya Siasatan Video Klip V.K Lingam dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 9 Mei 2008.
Ia dibuka untuk perbahasan pada hari ini, yakni satu tempoh masa yang terlalu singkat bagi menelitinya di samping itu kita juga perlu membahaskan rang undang-undang yang lain.
Sebelum ini pada 15 Mei 2008, mantan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Zaid Ibrahim telah mengemukakan deraf cadangan bertulis mengenai penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman kepada pelbagai pihak termasuk pihak pembangkang melalui Ketua Pembangkang ketika itu Datin Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail bagi mendapatkan maklum balas.
Deraf yang dikemukakan oleh mantan Menteri Dato’ Zaid Ibrahim dengan jelas menyatakan bahawa cadangan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman berpaksi kepada komitmen Kerajaan kepada sistem kehakiman yang bebas daripada campur tangan kuasa Eksekutif mahupun mana-mana pihak yang lain yang mungkin mempengaruhi proses pelantikan kehakiman.
Perakuan yang dipertegaskan oleh beliau menyebut bahawa proses yang diamalkan sekarang tidak memperuntukkan cara yang telus yang mengambil kira pandangan pihak yang berkaitan (stakeholders) bagi tujuan mengenal pasti dan memilih calon yang layak dan sesuai untuk dilantik sebagai hakim.
Sistem yang diamalkan sekarang, menurut beliau lagi, mungkin memberi ruang kepada umum untuk mendakwa bahawa sistem ini kurang telus dan kurang akauntabiliti pada pihak yang terlibat…Akibatnya sistem yang diamalkan sekarang berkemungkinan terbuka untuk disalahgunakan.
Dalam deraf tersebut, mantan Menteri menyebut bahawa cadangan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman akan mempunyai implikasi perundangan seperti berikut:
a) pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan;
b) peruntukan undang-undang bagi penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman; dan
c) apa-apa pindaan berbangkit jika ada, terhadap undang-undang lain.
Ketua Pembangkang ketika itu telah mengemukakan secara rasmi maklum balas kepada Kerajaan mengenai beberapa pendirian prinsip mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.
Pendirian prinsip yang dikemukakan oleh pihak pembangkang ketika itu menggariskan keperluan untuk menjadikan Pernyataan Beijing (Beijing Statement) mengenai Prinsip-Prinsip Kebebasan Kehakiman bagi rantau LAWASIA sebagai sumber rujukan.
Kita juga mengesyorkan rujukan kepada Prinsip-Prinsip Komanwel (Latimer House) untuk memastikan pengukuhan doktrin pengasingan kuasa antara Eksekutif, Badan Kehakiman dan Badan Legislatif serta keperluan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan perlu dipinda untuk memaktubkan kembali bahagian berkenaan Perkara 121(1) kepada bentuknya yang asal dimana kuasa kehakiman dikurniakan tanpa sebarang sekatan di mahkamah-mahkamah tertinggi.
Peruntukan yang tertera dalam Perkara 121(1) sekarang yang memperuntukkan bahawa mahkamah-mahkamah tertinggi mempunyai bidang kuasa yang tertakluk di bawah undang-undang persekutuan adalah tidak bersesuaian dan bertentangan dengan prinsip asas doktrin pengasingan kuasa.
Pengasingan kuasa ini harus jelas tidak menjejaskan kebebasan dan kewibawaan badan kehakiman daripada dipengaruhi dan tunduk kepada tekanan Eksekutif.
Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 yang dikemukakan dalam Dewan yang mulia ini ternyata masih belum berupaya melepaskan dirinya daripada pengaruh dan campur tangan Eksekutif.
Sejauhmanakah ianya tidak terdedah kepada campur tangan Eksekutif khasnya Perdana Menteri?
Mengamati peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam rang undang-undang ini, kuasa yang begitu luas lagi mutlak akan diperuntukkan kepada Perdana Menteri dalam banyak perkara.
Sehubungan ini, saya sependapat dengan kebimbangan dan keperihatinan mengenai rang undang-undang ini seperti yang dizahirkan oleh Dato’ Param Cumaraswamy [Former UN Special Rapporteur on the Independence of Judges and Lawyers].
Dalam kenyataan media bertarikh 11 Disember 2008, Dato’ Param merumuskan:
[Quote]:
“The long awaited legislation for a Judicial Appointments Commission is a disappointment. While it provides for a mechanism for selection and recommendation for appointments to the superior judiciary namely, the High Court, Court of Appeal and the Federal Court including their respective heads and provides for criteria for such appointments all of which may appear giving a resemblance of transparency, yet it could lead to executive interference into the independence of the judiciary.
Provisions for the Prime Minister of the day to defend the independence of the judiciary and power conferred on him to appoint and remove any or all the non-judicial members (eminent persons) of the Commission at any time without giving any reasons in essence means that the independence of the judiciary would be dependent on the personality of the Prime Minister in power, in effect the executive arm of the government.
Without amending article 121 of the Constitution to restore the doctrine of separation of powers and conferring the judicial power on the courts, judicial independence cannot be secured by merely conferring on the chief executive of the government to uphold judicial independence.
This provision in clause 2 of the Bill read together with the power of the Prime Minister to remove the eminent persons in the Commission at any time without giving reasons pursuant to clause 9(1) virtually gives legitimacy for executive dominance over the judicial arm of the government.”
Meskipun dalam amalan sistem demokrasi Westminster, Perdana Menteri mempunyai prerogatif dalam pelbagai pelantikan termasuk hakim-hakim, namun ianya tidak seharusnya begitu mutlak dan terlalu dominan sehingga mesti diakur oleh sesiapa jua, hatta Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sekalipun.
Saya ingin mengingatkan Dewan yang mulia ini bahawa melalui perbicaraan kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v Public Prosecutor [2000], mahkamah telah menjelaskan bahawa “the actual appointing authority is the Prime Minister.” Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melainkan akur dengan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri. Mahkamah menyatakan:
[Quote]:
“The Yang di-Pertuan Agong must act upon the advice of the Prime Minister. The advice envisaged by Article 40(1A) is the direct advice given by the recommender and not advice obtained after consultation.
So in the context of Article 122B(1) of the Constitution, where the Prime Minister has advised that a person be appointed a judge and if the Conference of Rulers does not agree or withholds its views or delays the giving of its advice with or without reasons, legally the Prime Minister can insist that the appointment be proceeded with.”
PENDIRIAN TERHADAP RANG UNDANG-UNDANG
Peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 ini masih kabur untuk mencegah dan menghalang campur tangan Eksekutif khasnya Perdana Menteri terhadap kebebasan badan kehakiman.
Apa yang terserlah sebenarnya daripada rang undang-undang ini ialah satu percubaan memperalatkan Dewan yang mulia ini untuk memberi legitimasi kepada campur tangan dan dominasi Perdana Menteri terhadap badan kehakiman dan pentadbiran keadilan negara ini. Rang undang-undang ini hanya menginstitusikan cengkaman Eksekutif terhadap badan kehakiman. Campur tangan dan dominasi ini harus ditentang.
Rang undang-undang ini rapuh kerana tiada pindaan dilakukan ke atas Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan untuk memperkukuhkan doktrin pengasingan kuasa dan mengembalikan kebebasan dan kewibawaan badan kehakiman negara.
Tanpa pindaan Perlembagaan untuk memperkukuhkan kebebasan, kewibawaan dan martabat badan kehakiman negara, rang undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman ini tidak mempunyai pengertian yang mampu menjamin kebebasan dan kewibawaan badan kehakiman.
Ini adalah kerana tidak terdapat apa-apa jaminan yang ianya tidak akan terdedah kepada pencabulan dan campur tangan Eksekutif selama mana kuasa Perdana Menteri masih membayangi urusan pelantikan hakim-hakim.
Saya ingin mempertegaskan bahawa selagi pindaan Perlembagaan Persekutuan tidak dilakukan untuk memperkukuhkan doktrin pengasingan kuasa di antara Eksekutif, Kehakiman dan Badan Legislatif serta mengembalikan kebebasan dan mengangkat martabat badan kehakiman negara, maka Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 ini ternyata pincang dan tidak dapat dipertahankan samasekali.
Thursday, December 18, 2008
by Hishamuddin Rais
Hari ini telah dipastikan bahawa sistem ekonomi kapitalis neoliberal telah berakhir. Krisis ekonomi yang melanda sistem kapitalis neoliberal ini sedang nazak. Secara bengong, hanya Najib Razak sahaja yang cuba menafikannya dan berkata Malaysia “terselamat.”
Dasar Ekonomi Bengong (DEB) ini akan membawa mudarat yang amat sangat kepada orang ramai. Justeru, mari kita memahami dasar ekonomi Najib ini.
Dua hari sebelum meninggalkan Kementerian Pertahanan, Najib telah menandatangani perjanjian membeli Eurocopter. Helikopter ini berharga RM2 bilion. Brazil telah membeli helikopter yang sama dengan harga 1 bilion ringgit. Apakah Malaysia ditipu 1 bilion ringgit?
Jawabnya - tidak. Harga helikopter ini sama. Tidak berubah-ubah. Tukang buat dan tukang jual ini tidak menipu. Kita rakyat Malaysia yang kena tipu oleh Najib. Harga ini telah ‘dinaikkan’. Yang membayar nanti kita semua kerana yang membeli helikopter ini kerajaan. Kerajaan itu orang ramai. Orang ramai itu kita semua.
Cara “menipu” ini samalah seperti cara Najib membeli jet pejuang Sukhoi (Rusia) dan kapal selam Scorpene (Perancis). Yang berbeza kali ini hanyalah tidak ada perterjemah cun dari Mongolia. Juga kali ini bukan syarikat perunding Razak Baginda yang menjalankan urus jual-beli.
Berita masih belum jelas syarikat kroni mana pula yang mendapat komisen 1 bilion ringgit membeli Eurocopter ini.
Dari mana agaknya duit-duit ini akan datang? Apakah duit ini juga datang dari punca yang sama? Dalam suasana gawat ini banyak persoalan timbul kenapa beli helikopter?
Pertanyaan ini terjawab pantas. Belum pun satu bulan menjadi menteri kewangan, Najib telah “melarikan 5 bilion ringgit” duit KWSP. Duit ini ialah duit simpanan kaum buruh dan kaum pekerja. Duit KWSP adalah duit simpanan yang wajib disimpan oleh semua pekerja. Majikan juga diwajibkan menyumbang dalam dana KWSP. Duit KWSP ini untuk kegunaan di hari tua – sebagai pencen atau untuk diambil membuat rumah, pergi naik haji dan sebagainya.
Menurut DEB Najib, duit 5 bilion ringgit ini akan disalurkan kepada syarikat ValueCap Sdn Bhd. Penyaluran duit KWSP ini bertujuan menaikkan harga nilai saham syarikat-syarikat yang dianggap “jatuh nilai”.
Persoalan timbul - nilai saham ini rendah kerana orang ramai tidak yakin terhadap syarikat-syarikat ini. Memasukkan duit ke dalam syarikat ini tidak akan membawa apa-apa keuntungan. Untuk sementara waktu, kemungkinan nilai saham syarikat ini akan naik tetapi akhirnya akan jatuh terlingkup juga.
Apabila saham ini mendapat suntikan 5 bilion ringgit, maka nilai sahamnya naik. Apabila nilainya naik, maka makin ramai tuan empunya saham akan menjualkan saham mereka kerana ekonomi sedang gawat. Apabila saham banyak terjual, maka nilai saham ini akan jatuh kembali.
Hanya orang bengong sahaja yang tidak faham bagaimana spekulasi bergerak pantas di bursa saham Kuala Lumpur. Lima bilion ringgit ini akan dicekup oleh pemodal besar terutama dari luar negara. Dalam masa yang singkat 5 bilion ringgit ini pasti akan hangus. Lima bilion ringgit ini adalah duit kita semua yang diperjudikan di Bursa Malaysia oleh Najib.
Lihat pula ekonomi kita. Harga bahan bakar petroleum telah jatuh. Ketika artikel ini ditulis, harga setong minyak mentah USD62. Untuk mengeluarkan minyak dari perut laut, Petronas memerlukan USD60. Ertinya, dalam satu tong kita hanya untung USD2. Jika harga minyak jatuh lagi maka tidak berbaloi Petronas mengeluarkan minyak.
Lihat pula harga kelapa sawit (CPO). Harganya juga jatuh. Pada ketika ini harga setan minyak sawit kurang lebih RM1,500. Perbelanjaan mendapat setan minyak sawit dianggarkan antara RM1,200 ke RM1,700. Dalam masa yang tidak lama kos pengeluaran – baja, buruh, pengangkutan – lebih tinggi daripada pendapatan.
Justeru, kerana menyedari semua ini Pakatan Rakyat meminta agar Belanjawan 2009 disemak kembali. Belanjawan yang dibentangkan di Parlimen sekarang berdasarkan harga minyak yang melebihi USD100 setong dan harga sawit hampir RM3,000 setan.
Pendapatan negara yang dijadikan asas Belanjawan 2009 bergantung kepada hasil petroleum dan minyak sawit. Jika harga dua bahan eksport utama negara kita jatuh, ertinya pendapatan negara jatuh. Justeru Belanjawan 2009 wajib dikaji semula.
Najib yang menjalankan DEB (Dasar Ekonomi Bengong) telah menolak permintaan Pakatan Rakyat di Parlimen. Apa yang dilakukan oleh Najib ialah “melarikan duit KWSP.”
Selama lebih 30 tahun sistem ekonomi kapitalis neoliberal diperkenalkan oleh Amerika Syarikat. Kapitalis neoliberal bermakna “apa yang boleh jual akan dijual, apa yang boleh beli dibeli”. Sistem ini mengetepikan peranan daulah. Kerajaan tidak dibenarkan memiliki hospital, sekolah dan universiti, janakuasa elektrik, sistem pengangkutan, air atau menyediakan subsidi untuk orang ramai. Menurut falsafah neoliberal, jika kerajaan campur tangan, maka sistem ekonomi akan cacat.
Justeru gerombolan United Malays National Organistion telah turut mengamalkan sistem kapitalis neoliberal. Hasilnya – lembaga elektrik dijual pada kroni, lembaga agihan air dijual pada kroni, jalan raya dijual pada kroni, hospital dijual pada kroni. Siapa kroni ini ? Mereka anak-beranak dan kaum keluarga gerombolan United Malays National Organisation.
Untuk menipu rakyat, maka gerombolan United Malays National Organisation mengatakan bahawa ini adalah Dasar Ekonomi Baru untuk menolong orang Melayu. Apabila ada kritikan muncul, maka gerombolan ini akan berselindung bawah Perlembagaan Persekutuan dan hak keistimewaan Melayu. Jika kritikan datang daripada bukan Melayu, maka mereka akan mengatakan bahawa bukan Melayu tidak ada hak untuk membincangkan hak keistimewaan Melayu. Gerombolan ini akan mengancam mereka dengan tindakan undang-undang.
Tingkah laku dan perangai gerombolan United Malays National Organisation ini samalah seperti satu gerombolan perompak – selepas melakukan rompakan, mereka berselindung di masjid, kuil atau gereja. Beginilah taktik yang telah dilakukan oleh gerombolan United Malays National Organisation berulang-ulang kali.
DEB Najib ini akan membawa mudarat yang maha besar kepada kita semua – Melayu dan bukan Melayu. Ekonomi kapitalis tidak pernah kenal kamu beragama apa, kamu berbangsa apa atau kamu bersembahyang di mana. Apabila ekonomi kuncup, yang terpukul tenat ialah kelas bawahan – kaum pekerja, kaum buruh, kaum tani dan nelayan dipukul hebat. Ramai warga hilang pekerjaan dan mata pencarian.
Kita wajib menerima hakikat bahawa Malaysia turut sama mengamalkan sistem ekonomi kapitalis neoliberal. Sistem ini berpusat di Amerika Syarikat. Apabila ekonomi Amerika Syarikat menguncup, maka semua ekonomi kapitalis neoliberal dalam dunia ini juga akan turut menguncup.
Justeru Pakatan Rakyat tidak ada pilihan melainkan wajib mengambil alih kerajaan secepat mungkin untuk menyelamatkan negara daripada bencana kemelesatan ekonomi. DEB Najib wajib digantikan secepat mungkin. Malah Najib sendiri wajib dihumbankan dalam tong sampah sejarah.
Langkah awal ialah konsep kembali ke bumi. Pertanian wajib dijadikan tulang belakang ekonomi Malaysia. Pertanian ini bukan hanya menanam sawit atau getah sahaja tetapi rakyat wajib dibantu untuk menghasilkan tanaman makanan. Jika ekonomi meleset, orang ramai masih ada makanan. Makanan untuk diekspot bukan tujuan utama kerana pasaran makanan dunia juga sedang menguncup. Jika kita dapat mengekspot makanan, maka anggaplah ini sebagai bonus.
Kembali ke bumi bertujuan membeli masa agar kita dapat menyusun kembali struktur ekonomi kita yang selama 30 tahun ini telah diporak-perandakan oleh dasar kapitalis neoliberal.
Tidak dapat tidak penstrukturan baru ekonomi yang akan dibawa oleh Pakatan Rakyat tidak akan berpandukan keuntungan maksimum atau dasa “apa boleh jual, jual; apa boleh beli, beli”. Struktur ekonomi baru wajib memperlihatkan peranan daulah yang lebih kuat. Wajib diwujudkan garis pemisah untuk mengasingkan pengaruh kaum pemodal dari politik negara.
Kuasa kaum pemodal menentukan dasar ekonomi negara berlandaskan neoliberal. Dasar ini sedang terbogel dan terbukti gagal. Dasar kapitalis neoliberal ini wajib ditinggalkan. Rakyat dunia memerlukan satu struktur baru yang berasaskan kekutaan kaum pekerja, buruh dan tani.
Dr Syed Husin Ali akan merasmikan Penubuhan PKR Bahagian Kuala Krau
Wednesday, December 17, 2008
In this image from APTN video, a man, centre throws a shoe at US President George W. Bush, background left, during a news conference with Iraq Prime Minister Nouri al-Maliki, Sunday, Dec. 14, 2008, in Baghdad, Iraq. On an Iraq trip shrouded in secrecy and marred by dissent, President George W. Bush on Sunday hailed progress in the war that defines his presidency and got a size-10 reminder of his unpopularity when a man hurled two shoes at him during a news conference. (AP Photo)
An Iraqi man throws a shoe at President George W. Bush during a new conference with Iraq Prime Minister Nouri al-Maliki on Sunday, Dec. 14, 2008, in Baghdad. A man threw two shoes at Bush, one after another, during the news conference. Bush ducked both throws, and neither man was hit. (AP Photo/Evan)
In this image from APTN video, US President George W. Bush, left, ducks as a man throws a shoe at him, during a news conference with Iraq Prime Minister Nouri al-Maliki, Sunday, Dec. 14, 2008, in Baghdad, Iraq. On an Iraq trip shrouded in secrecy and marred by dissent, President George W. Bush on Sunday hailed progress in the war that defines his presidency and got a size-10 reminder of his unpopularity when a man hurled two shoes at him during a news conference. (AP Photo)
In this image from APTN video, an man throws a shoe at President George W. Bush during a news conference with Iraq Prime Minister Nouri al-Maliki on Sunday, Dec. 14, 2008, in Baghdad. The man threw two shoes at Bush, one after another. Bush ducked both throws, and neither man was hit. (AP Photo/APTN)
US President George W. Bush(2ndL), surrounded by security personnel, smiles after an Iraqi man threw his shoes at Bush during a joint press conference with Iraq's Prime Minister Nuri al-Maliki at Maliki's private office during an unannounced visit to Baghdad, Iraq, on December 14, 2008. The trip marks Bush's fourth visit to the country during his presidency. AFP PHOTO / Saul LOEB (Photo credit should read SAUL LOEB/AFP/Getty Images)
U.S. President George W. Bush reacts to calm down after a shoe was thrown at him by an Iraqi reporter during a joint press conference with Iraqi Prime Minister Nuri al-Maliki (unseen) in Baghdad December 14, 2008. President George W. Bush made an unannounced farewell visit to Baghdad today, just weeks before he leaves his office to President-elect Barack Obama. AFP PHOTO/ Thaier al-Sudani -POOL (Photo credit should read THAIER AL-SUDANI/AFP/Getty Images) Lawatan akhir Bush ke Iraq disambut balingan kasut
BAGHDAD: Kunjungan Presiden George W. Bush semalam sepatutnya menjadi lawatan terakhir ke Iraq sebelum meninggalkan White House bulan depan.
Beliau tidak menerima “cenderamata penghargaan” daripada rakyat Iraq, sebaliknya menerima balingan kasut ketika mengadakan sidang media bersama Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki.
Seorang wartawan Iraq melemparkan dua kasut terhadap Bush tetapi tidak menepati sasaran kerana beliau sempat mengelak balingan.
Kasut itu kemudian mengenai dinding belakang.
Nouri bagaimanapun cuba menyelamatkan Bush walapun balingan itu tidak mengena.
“Ini ciuman perpisahan untuk anda, anda anjing!” jerit wartawan berkenaan dalam bahasa Arab.
Dia kemudian dikenali sebagai Muntadar al-Zeidi iaitu koresponden bagi saluran televisyen Iraq, Al-Baghdadia yang berpangkalan di Kaherah, Mesir.
Kemudian Bush bergurau: “Ia (kasut) bersaiz 10.”
Kunjungan itu diadakan 37 hari sebelum Bush meninggalkan White House.
Bush akan digantikan Barack Obama pada 20 Januari ini.
Bush menggerakkan tindakan ketenteraan ke atas Iraq pada 2003 dalam usaha menggulingkan Saddam Hussein.
Ketika Saddam digulingkan, pentadbiran Bush disanjung tinggi.
“Perang belum berakhir lagi,” kata Bush sambil menambah, perang itu akan mencapai kemenangan kelak.
Selepas itu Bush berlepas ke Afghanistan yang turut diserang Amerika Syarikat atas nama peperangan ke atas pengganas pada tahun 2001.
http://www1.mstar.com.my
HAMBA ZIONIS KENA BALING KASUT?
Hari ni syok betul baca kisah Presiden Bush kena baling kasut di Iraq. Padan muka si penipu ni. Dia ingat umat Islam semuanya pengecut. Dia ingat dia boleh terus kotak-katikkan kita buat selama-lamanya.
Dalam gitu-gitu, saya pun macam blogger Husin Lempoyang. Saya senyum bila baca kisah Bush kena baling kasut. Sambil-sambil senyum, saya tanya diri sendiri - macam mana agaknya kalau Khairy Jamaluddin atau Abdullah Badawi yang kena baling dengan selipar atau telor busuk?
Soalan ni membuak-buak keluar kerana orang kata, Bush, Khairy dan Abdullah ada persamaan mereka. Kalau Bush kaki kelentong, ikut kata orang, yang saya sebut namanya di sini pun agak sama. Kalau Bush alat zionis, yang kat sini pun didakwa sebagai teman zionis.
Ini yang bikin saya bagai nak gila memikirkannya. Macam mana kita ada manusia yang kononnya jadi sahabat zionis? Rupa-rupanya, Singapura tu pangkalan zionis paling utama di Asia Tenggara. Kalau gitu, habislah kita.
Tapi, mintak-mintak sangkaan ni salah dan fitnah semata-mata. Mana mungkin Abdullah cucu ulamak jadi sahabat zionis? Abdullah jadi sahabat Singapura memang betul.
Sebab tu dia buka Wilayah Iskandar. Sebab tu dia batalkan Jambatan Bengkok. Sebab tu dia tunda perbincangan seluruh isu tertunggak dengan Singapura. Sebab tu kes Pulau Batu Putih pun dikatakannya sebagai win-win situation.
Tapi, kalau kita ambik kira Singapura tu sahabat zionis, salah ke kalau kita kata Abdullah bersahabat dengan sahabat zionis di Asia Tenggara? Ini yang buat saya bengang tak sudah.
Apa kita nak kata pasal kisah macam ni? Lantaklah, itu dia punya hal? Tak boleh. Zionis ni zalim, kejam dan tamak. Semua dia nak conquer. Semua dia nak sapu. Semua dia nak kuasai.
Kalau sesiapa menghalang, dia akan ugut. Tak dapat ugut, dia guna cara halus. Dia akan usaha kuasai kita menggunakan kelemahan kita. Kalau kita kaki betina, dia akan guna betina lemahkan kita. Kalau kita kaki joli, dia akan tabor wang berkodi-kodi biar kita joli katak.
Bila kita dah syok, bila kita dah leka, dia pun tarik tali untuk jerat leher kita. Kalau kita tak mau terjerat, kenalah kita menari ikut rentak zionis. Akhirnya, kita pun jadi puppet dan zionis jadi dalangnya.
Tindakan-tindakan macam ni yang bikin orang lemah. Bila kita serius tentang strategi zionis, orang kata kita ni mabuk dengan teori konspirasi. Bila kita cakap lantang sangat, ada je pihak akan takut-takutkan kita. Bila kita diam menikus, dia pun panjat kepala kita.
Sebab tu saya syok sangat baca berita Bush kena baling kasut. Sebab tu saya tanya diri sendiri, macam mana agaknya kalau Khairy atau Abdullah yang kena begitu?
Sebab tu, kita semua mesti waspada pasal zionis ni. Kita tak mau ada pemimpin kita jadi puppet zionis atau puppet sahabat karib zionis. Kita kena cari jalan supaya sapa-sapa saja sahabat zionis atau sahabat kepada sahabat zionis di negara ini tidak akan berkuasa di Malaysia.
Tuesday, December 16, 2008
Ceramah 26hb Disember 2008 di Kg Paya Luas diteruskan
Penderas sudah bersedia menerima Parti Keadilan Rakyat
BERITA TERKINI
PKR Bahagian Kuala Krau akan mengadakan mesyuarat tergempar pada malam ini untuk membuat keputusan samada Majlis Perasmian itu akan diteruskan dengan dirasmikan oleh Ahli Pimpinan yang lain atau ditangguhkan.
Sila maklum.
by Siaran Media Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim
Kuala Lumpur, 15 Disember 2008
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik usaha untuk memerangi rasuah. Walaubagaimanpun beliau menegaskan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih mempunyai kelemahan ketara kerana masih terikat dengan kuasa eksekutif terutamanya Perdana Menteri.
"Pakatan Rakyat akan sokong usul yang dibawa oleh Perdana Menteri itu dengan syarat pindaan memberikan Suruhanjaya lebih kebebasan termasuk kuasa pendakwaan," demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Datuk Seri Anwar menekankan bahawa menurut seksyen 5(1) dan seksyen 5(3), perlantikan Ketua Suruhanjaya dan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah yang berasaskan seksyen 13(2)(a), masih di atas nasihat Perdana Menteri. Peruntukan ini membuktikan Suruhanjaya yang dimaksudkan masih belum bebas sepenuhnya dan dikhuatiri ianya terdedah kepada sebarang manipulasi eksekutif.
Berucap di Dewan Rakyat sebentar tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengingatkan Dewan Yang Mulia akan kes-kes rasuah terdahulu, berprofail tinggi dan membabitkan orang-orang ternama. Namun apa yang dikesali ialah tiadanya tindakan tegas dari pihak yang berkuasa. Kita masih menunggu sebarang tindakan tegas diambil bagi kes-kes melibatkan wang Perwaja dan MAS.
Ketua Pembangkang juga menyarankan bagi memastikan Suruhanjaya tersebut bebas, ahli-ahlinya mestilah dilantik oleh Jawatankuasa Khas Parlimen agar calon yang paling layak sahaja dilantik, bukan sahaja dari segi teknikal tetapi juga bersih dari tuduhan dan celaan.
-- For more information, kindly visit KeADILan trilingual website: Malay: http://www.keadilanrakyat.org/, http://www.suarakeadilan.com/, English: http://en.keadilanrakyat.org/ , & Chinese: http://zh.keadilanrakyat.org/; Advisor Anwar Ibrahim's blog: http://www.anwaribrahimblog.com/ ; Info Chief, Tian Chua's blog: http://www.tianchua.net/; if you find them worth reading, do help us promote them to your friends.
Sebutlah "Orang Asli" jangan kata hanya Bumiputra
Monday, December 15, 2008
Adalah penting kepada ahli UMNO dan ahli parti komponen Barisan Nasional mempastikan Barisan Nasional kalah teruk di P 36 Kuala Terengganu.
Jika Barisan Nasional menang, Abdullah Ahmad Badawi bersara, dan Mohd Najib Abdul Razak mengganti, maka dikhuatiri Mohd Najib Abdul Razak akan meneruskan tradisi kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi, dan mungkin pengganti ini adalah lebih teruk lagi.
Perhatikan, apa yang BERNAMA laporkan sehubungan kalah menang di P 36 Kuala Terengganu kepada Mohd Najib Abdul Razak:
Kemenangan BN Di Kuala Terengganu Penting Untuk Bukti Kebangkitan Parti, Kata Najib
KUALA TERENGGANU, 13 Dis (Bernama) — Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Jan depan amat penting sebagai bukti untuk menunjukkan kebangkitan parti itu selepas kekalahan BN dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Ogos lepas.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kemenangan di Kuala Terengganu kelak sebagai sesuatu yang amat penting untuk masa depan Umno.
Sambungan di sini: http://www.bernama.com/
Jika UMNO kembali unggul, dengan perubahan Mohd Najib Abdul Razak sebagai pemimpin, dan memimpin perubahan parti, gabungan, Rakyat, dan Negara, maka ahli UMNO sendiri dan ahli komponen Barisan Nasional perlulah memenangkan calon PAS yang jugak Pakatan Rakyat.
Sebagai contoh, sekiranya kerajaan Barisan Nasional ikhlas membela Rakyat Malaysia, termasuklah di Terengganu dan khususnya di Kuala Terengganu, maka gambar berikut ini berlaku sekitar Mac 2008, bukan Sabtu lalu.
Jika pilihanraya kecil P 36 Kuala Terengganu ini tidak terjadi, adakah wang tersebut diberikan Sabtu lalu? Ataukah di suatu Sabtu 2080 atau 2100 mithalnya?
Dikhuatiri setelah menang di P 36 Kuala Terengganu, bilakah lagi para pemimpin ini akan menjejaki kaki di Terengganu waima di Kuala Terengganu lagi. Berapa banyak lagi hak royalti yang bakal ditangguhkan?
Dijangkakan nikmat ke Kuala Terengganu dan Terengganu berterusan, bila ahli UMNO dan ahli parti komponen Barisan Nasional memilih calon PAS yang juga Pakatan Rakyat.
Ingatlah kekalahan Barisan Nasional P 36 Kuala Terengganu adalah kemenangan ahli UMNO, Barisan Nasional, dan Rakyat Malaysia untuk jangka panjang
Perasmian PKR Cawangan Kg Penderas
Sunday, December 14, 2008
Kempen Keahlian Baru untuk PKR Kuala Krau
Friday, December 12, 2008
Sambutan Hari Raya Korban dan Ceramah Perdana Pakatan Rakyat di DUN Jelai pada 13 Disember 2008 Jam 7.00 mlm bertempat di Markas PAS FELDA Sg Koyan 1. Di antara aturcara pada hari yang berkenaan adalah Majlis Kesyukuran dengan Jamuan Hari Raya Korban seterusnya diikuti dengan ceramah.
Penceramah Jemputan Utama adalah:
1. YBhg Dato' Fauzi Abdul Rahman iaitu Bekas Timbalan Menteri/ Bekas Ahli Parlimen Kuantan
2. Sdra Shamsul Iskandar Mohd Akin iaitu Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
3. Ustaz Ahmad Junaidi Ishak iaitu Bendahari Pemuda PAS Negeri Pahang
Tuan/puan adalah dijemput hadir dan kehadiran semua akan memberi sinar baru kepada ruang perubahan DUN JELAI dan amnya PARLIMEN CAMERON HIGHLANDS.
FORAM "HARAPAN BARU" PKR BAHAGIAN CAMERON HIGHLANDS

Foram "HARAPAN BARU' untuk semua penduduk di DUN Tanah Rata, Parlimen Cameron Highlands akan di adakan pada 20 Disember 2008 jam 8.00 malam di Dewan Orang Ramai Kg Raja.
Foram yang sama telah diadakan di sini 5 bulan yang lalu dan mendapat sambutan ramai dari kaum India & Cina tempatan. Foram Terbuka kali 2 ini adalah di atas permintaan ramai oleh penduduk tempatan yang mahukan pemimpin tertinggi PKR Pusat hadir.
Ini adalah foram bersiri menjelajah seluruh DUN Tanah Rata yang telah bergerak lebih dari 5 bulan yang lalu di beberapa tempat seperti di Ringlet, Tanah Rata dan Kg Raja. PKR Bahagian Cameron Highlands bercadang akan memperluaskan foram terbuka bersiri ini ke Kuala Terla dan perkampungan orang asli bagi tujuan untuk memberi penerangan isu politik dan ekonomi semasa di Malaysia kepada penduduk secara langsung.
Di antara pemimpin tertinggi PKR Pusat yang hadir di Foram Terbuka PKR DUN Tanah Rata adalah:
1. YB Tian Chua - Ahli Parlimen Batu selaku Ketua Penerangan PKR Pusat
2. YB Chan Ming Kai - ADUN Simpang Pulai selaku Exco AMK Pusat
3. Sdra Tan Wei Wun - Exco AMK Pusat selaku Ketua AMK Ipoh Timur
4. Sdri Felicia Ling - Bekas Exco MCA Pusat
Penyertaan adalah terbuka kepada semua dan kehadiran oleh penduduk di persekitaran DUN Tanah Rata sangat dialu-alukan.
PKR Cawangan Kg Raja, Bahagian Cameron Highlands membuka Pejabat Operasi pada 20 Disember 2008 yang bertempat di:-No. 8, Tingkat 1, Jalan Corina 1,
390101 Kg Raja,
Cameron Highlands.
Tel: 014 338563
PKR Cawangan Kg Raja telah dirasmikan pembukaannya oleh Ketua Bahagian PKR Cameron Highlands pada April 2008 yang lalu dan Perasmian Pejabat Operasinya akan dilakukan oleh YB Tian Chua selaku Naib Ketua Penerangan PKR Pusat merangkap Ahli Parlimen Batu pada pukul 5.00 ptg 20 Disember 2008.
Dengan adanya Pejabat Operasi PKR Cawangan Kg Raja, segala aktiviti parti di peringkat akar umbi akan menjadi lebih rancak dan berkesan dan seterusnya dapat memberi khidmat yang lebih cekap kepada masyarakat setempat.
Penduduk setempat adalah dialu-alukan datang untuk Majlis ini.
PKR Cawangan Kg Penderas, Kuala Krau
BY MSO
Perbahasan mengenai Auku memang dijangka hangat. Akta ini sama hebat dan sama popular dengan akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kalau ISA dianggap musuh kepada rakyat Malaysia yang rindukan kebebasan, Auku pula dianggap rantai besi kepada mahasiswa dan kakitangan akademik. Sudah berdekad akta ini dibahas dan diperkatakan. Sudah beribu protes dan demonstrasi dilakukan untuk menghapuskan akta ini.
Sudah berbelas menteri dan timbalan menteri Pendidikan atau Pelajaran bertukar ganti, namun ia tidak memberi apa-apa hasil. (Terima kasihlah kepada Menteri Pengajian Tinggi, Mohd Khalid Nordin kerana peka dan berani membuat pindaan). Kerajaan tetap mempertahankan akta ini sebagai relevan atas maslahat kebaikan seperti mana ISA. Bagaimana pun mereka yang terhalang dan terkena merasakan ia zalim dan tidak adil.
Menganggap akta berkenaan mengongkong, memandul, memondan dan berbagai me... lagi terhadap mahasiswa dan tenaga akademik. Antara beberapa ahli Parlimen yang membahaskan pindaan Auku ini ialah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin. Ada sesuatu yang menarik dan menyerlahkan realiti sebenarnya tentang politik dan perjuangan Khairy di sini.
Ternyata menantu PM ini lain daripada ahli BN yang lain dan mempunyai pandangan politik yang bebas dan bersikap gentleman. Beliau benar-benar rasional, berani dan sedia bertanggunjawab. Tidak salah kalau Murai katakan, inilah watak, peribadi, bakat dan minda (cara berfikir) yang diperlukan oleh Pemuda Umno untuk memimpin sayap kanan parti itu.
Betapa tidak, tadi Khairy memberi pandangan yang akademi dan berbahas secara profesional berhubung dunia pendidikan. Khairy mempunyai pandangan jauh dan tidak terikat dengan tradisi dan pemikiran sesetengah pemimpin partinya yang kolot dan primitif. Beliau juga mempunyai maklumat terhadap apa yang beliau ingin perkatakan.
Dan paling mengejutkan Murai ialah apabila beliau menyatakan persetujuannya kalau mahasiswa dibebaskan dari ikatan Auku itu. Dalam erti kata lain beliau mahu mahasiswa berkecimpungan dalam politik dan berikan ruang sepenuhnya untuk mahasiswa terlibat dalam politik. Mahasiswa katanya tidak perlu disekat dengan akta itu. Realiti hari ini bahawa politik berlaku dalam kampus walaupun ada Auku. Katanya kerajaan tidak perlu takut kepada penglibatan mahasiswa dalam politik. Hadapilah secara profesional dan secara terbuka.
Alasannya mahasiswa sudah matang dan dapat berfikir dan menilai baik buruk dan tidak wajar ianya disekat. Beliau sendiri sanggup turun padang bagi menghadapi fenomena itu. BN tidak perlu bimbang katanya. Jarang ahli BN yang berfikir dan bersikap terbuka macam Khairy. Pendebat lain dari BN masing-masing beselidung disebalik bayangan ketakutan yang dangkal dalam mempertahankan akta berkenaan agar ianya dikekalkan dengan pindaan yang dianggap lebih ketat itu.
Kebanyakan mereka juga berdebat untuk menjaga kedudukan dan periuk nasi yang berlagak sokong membawa rebah. Syabas Murai ucapkan kepada Khairy atas keterbukaan dan rasional beliau dalam melihat isu yang membelit mahasiswa itu. Seharusnya wakil rakyat BN yang sudah tua, 'mamba' dan kehabisan idea patut belajar dan berkursus pencambahan minda dengan menantu PM ini.
Melihat kehabatan itu maka wajarlah kalau Mahathir takut dan bimbang kepada Khairy kerana penampilannya boleh menenggelamkan kehadiran anaknya Mukhriz Mahathir. Sekali lagi syabas untuk Khairy.
kah kah kah…. mat nagntuk ni betul betul ngantuk…. tak percaya?…. sila baca rang undang undang mencegah rasuah yang baru ini…. tak ada bezanya dengan yang dulu….
…kalau dulu yang boleh mengarah ke mahkamah ialah peguam negara…. yang baru ini pun sama saja…. kah kah kah…bukan badan bebas…
kah kah kah….siapa kena tipu ni…. macam mat nagangtuk kena tipu oleh mat mongol….. kah kah kah….
kah kah kah…. ini macam undang-undang yang sama saja… tak ada taring… kah kah kah…
kah kah kah…. tentang suruhanbjaya kehakiman… kah kah kah…. sama juga … kalau dulu yang lantik hakim pm… yang baru ini pun yang lantik hakim pm juga…. kah kah kah…. apa bezanya…. patutnya suruhanjaya ini mestilaaa bebas….. kalau pm yang lantik buat apa….. nanti semua hakim di lantik oleh bik mama…. kah kah kah…. habis negara…. kah kah kah
kah kah kah… mat nagntuk ini dah tidoooooooor….zzzzzzzzzzzzz… dia tak baca… dia dah kena kelentong …. kah kah kah
Thursday, December 11, 2008
Ceramah Umum PKR Bahagian Kuala Krau
Tarikh: 12hb Disember 2008
Tempat
Felda Jenderak Utara
Jam
9.00 malam
Penceramah-Pnceramah
YB Khalid Abd Samad, Ahli Parlmen Shah Alam (PAS)
YBhg Datuk Fauzi Abd Rahman, Bekas Timbalan Menteri (PKR)
Haji Suhaimi Said, Ketua Penerangan PKR N. Pahang
Sila datang beramai-ramai