PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Tuesday, December 9, 2008

Perasmian Penubuhan PKR Bahagian Kuala Krau

Kuala Krau, 9.12.08: PKR Bahagian Kuala Krau telah pun memperolehi kelulusan dari ROS dan diberikan tempoh 3 bulan untuk mengadakan Mesyuarat Penubuhan dan melantik Ahli-Ahli Jaatankuasanya.
Bahagian itu telah menetapkan 26hb Disember 2008 sebagai tarikh perasmian penubuhannya dan telah memohon salah seorang pimpinan tertinggi parti untuk merasmikannya. Didalam perutusan e-mail Ketua Bahagian Kuala Krau beliau telah menyampaikan hajat mesyuarat AJK Bahagian itu supaya Mesyuarat Penubuhan itu diramikan oleh Datuk Seri Wan Azizah binti Datuk Wan Ismail, Presiden PKR, atau YB Azmin Ali, Naib Presiden atau YB Nurul Izzah.
Ketua Bahagian itu juga melamar Sdr Cikgu Bad atau YB Gobala untuk turut berceramah, dan majlis itu akan dimeriahkan lagi kerana YB Teresa Kok dari DAP telah pun menyatakan persetujuannya untuk hadir.
Perasmian akan berlangsung pada jam 9.00 malam diikuti oeh Majlis Ceramah dan venuenya adalah di Kg Paya Luas, Kuala Krau diatas permintaan Ketua PKR cawangan tersebut yang telah ditubuhkan pada 5hb Diaember lepas.
PKR Bahagian Kuala Krau menjemput kehadiran rakan-rakan dari Bahagian-Bahagian seluruh Pahang bukan sahaja untuk meraikan perasmian penubuhan Bahagian yang baru itu tetapi meraikan kehadiran pimpinan pusat yang akan merasmikan Majlis tersebut.
Sementara itu sebuah lagi cawangan akan ditubuhkan iaitu cawangan Kg Penderas. Ahli-ahli PKR Cawangan kampong itu telah berusaha untuk menubuhkan PKR cawangan kampong tersebut berasingan dari Kg Pasu. Sehingga kini telah ditubuhkan PKR Cawangan Kg. Pasu/Penderas.
Maka dengan penubuhan cawangan Kg Penderas ini akan ujudlah 2 cawangan yang berjiran iaitu PKR Cawangan Kg Pasu dan PKR cawangan Kg Penderas.
Penubuhan cawangan baru itu akan dilangsungkan pada 17hb Disember 2008 jam 4.00 petang di rumah Sdr Ahmad bin Dagu dibawah pimpinan Sdr Kin bin Kassim yang sehingga kini menjawat jawatan Pengerusi Tetap PKR Cawangan Pasu/Penderas.
Di Bahagian Jerantut pula akan tertubuh sebuah cawangan baru iaitu di Felda Kota Gelanggi 2 pada 10hb Disember 2008 jam 9.00 malam. PKR Pahang akan diwakili oleh Sdr Suhaimi Said, Ketua Penerangannya dan Sdr Mohd Nor, Timbalan Pengerusi PKR Pahang.

Sunday, December 7, 2008

SALAM AIDILADHA DARI SEMUA AJK PKR PERHUBUNGAN NEGERI PAHANG.

PKR NEGERI PAHANG mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua ahli PKR serta seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam dan tak lupa juga kepada pembaca setia Laman Blog PKR Negeri Pahang.

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ

Marilah kita berkorban demi mendapat keredhaan dan keberkatan di sisi ALLAH SWT.

Saturday, December 6, 2008

SALAH LAKU KETUA POLIS NEGARA

by Nik Hassan Azmi -(Speech 4 on the 2009 Budget in Parliament on Tuesday, 14th October 2008) - Kit

1. Sewaan Helikopter. Pada pertengahan tahun 2007, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri telah diarahkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Keselamatan Dalam Negeri untuk menyewa 34 buah helikopter daripada syarikat Asiacopter selama 30 tahun.

Anggaran kos penyewaan ini ialah RM20 billion. Cadangan PDRM kepada kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 ialah membeli 8 buah helikopter dengan peruntukan sebanyak RM272 juta, dan saya difahamkan 8 helikopter adalah jauh lebih dan mencukupi untuk kegunaan PDRM.

Soalan saya ialah, apakah perlunya PDRM menyewa 34 buah helikopter daripada Asiacopter Sdn Bhd walhal cadangan PDRM kepada kerajaan pada asalnya hanya membeli 8 helikopter sahaja?

Apakah perlunya PDRM menggunakan wang sebanyak RM20 billion untuk menyewa 34 buah helikopter ini?

Kenapakah PDRM tidak menggunakan peruntukan ini dalam usaha pembasmian jenayah dan peningkatan gaji dan elaun anggota polis, tetapi ia disalurkan untuk menyewa 34 buah helikopter?

Kenapakah pihak KPN bersungguh-sungguh dengan projek ini sehingga menghantar surat bertarikh 12hb Febrari 2007 terus kepada Menteri Kewangan 2 untuk memohon kelulusan rundingan terus untuk perlaksanaan projek ini.

Selepas pilihanraya umum yang lalu, menteri KDN telah bertukar dan telah mengemukakan cadangan tersebut ke kabinet dan kabinet telah menolaknya dalam bulai Mei yang lalu.

Sekali lagi, kami dimaklumkan bahawa KPN tanpa segan silu telah menulis surat secara terus kepada Perdana Menteri untuk membuat pembelian helikopter sebanyak 8 unit ini secara rundingan terus dengan syarikat Asiacopter.

Untuk makluman, pembelian helikopter 8 unit ini telah diluluskan dalam Kajian Separuh Penggal RMK9 oleh pihak EPU dengan anggaran kos RM272 juta tetapi cadangan syarikat Asiakopter yang disokong oleh KPN mencadangkan harga RM350 juta.

2. “E-Police Force Solution” merupakan satu rangkaian sistem wireless digital sepenuhnya yang berasaskan teknologi informasi dan komunikasi (ICT) yang canggih dengan litupan seluruh negara. Sistem ini berupaya menyalurkan suara, data, video, grafik dan maklumat biometrics dan DNA secara serentak dan tanpa batasan. Kertas cadangan perlaksanaan projek ini bernilai RM4.2 billion. PDRM berminat dengan sistem ini kerana mereka percaya ia dapat membantu pihak polis dalam siasatan dan membanteras jenayah.

Tan Sri Yang Di Pertua, saya tidak ada masalah dengan keinginan PDRM untuk membeli sistem teknologi yang boleh membantu mereka menjalankan siasatan jenayah ini, tetapi apa yang tidak faham dalam urusniaga ini ialah:

i) Kenapakah Ketua Polis Negara boleh menghantar memohon dikeluarkan surat ‘letter of intent’ dan ‘letter of award’ kepada syarikat Web Power Sdn Bhd terus kepada Perdana Menteri dan tidak melalui Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri? Prosedur yang patut dilakukan dalam apa-apa pembelian sepatutnya ialah Ketua Polis Negara harus menulis surat kepada Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Setiausaha kemudian menulis surat kepada Kementerian Kewangan, selepas diluluskan oleh Kementerian Kewangan, barulah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri memanggil tender. Tetapi sekarang, Ketua Polis Negara terus ‘bypass’ Ketua Setiausaha Kementerian dan memohon dikeluarkan surat “letter of intent”nya terus kepada Perdana Menteri. Kenapakah ini berlaku? Kita dapati pihak KPN telah melanggar ‘standard operating procedure (SOP)” iaitu “go direct to minister by-pass your immediate boss(KSU)”

ii) Kertas cadangan “E-Police Force Solution” dikemukakan oleh WebPower Sdn Bhd kepada PDRM? Soalan saya ialah, kenapakah Ketua Polis Negara begitu gigih untuk meminta kerajaan mengeluarkan peruntukan untuk membeli “E-Police Force Solution” daripada sebuah syarikat yang dipunyai oleh bekas seorang anggota Suruhanjaya Pasukan Polis yang juga bekas seorang Pengarah 3 bintang PDRM? Kenapa beliau boleh bersetuju dengan harga yang ditawarkan iaitu RM4.2B?

Tan Sri Yang Di Pertua, saya ingin minta Kementerian Dalam Negeri boleh memberitahu dewan yang mulia ini, penjelasan hubungan KPN dengan syarikat Asiacopter dan WebPower Sdn Bhd . Ini adalah penting untuk rakyat mengetahui mengapa seorang KPN terlibat secara langsung dengan aktiviti perniagaan sedangkan sekarang ini:

1. Index jenayah berat makin meningkat dan banyak kes-kes serius yang berprofail tinggi tidak dapat diselesaikan seperti kehilangan cip komputer di Pulau Pinang, pembunuhan kejam adik Sharlinie, pembunuhan pemimpin politik di Johor dan lain-lain lagi.

2. Kegiatan rasuah dan salahguna kuasa dikalangan pegawai kanan dan anggota polis makin meningkat. Banyak kes yang tergantung tanpa tindakan seperti kes tatatertib Pengarah Logistik PDRM hingga kini senyap tanpa tindakan sedangkan kes tersebut telah menjadi buah mulut dikalangan pasukan PDRM dan orang ramai. Adakah kerana Pengarah tersebut orang kepercayaan KPN maka tindakan tidak boleh diambil??? Dimana intergriti pasukan PDRM???

3. 2 Kenyataan akhbar beliau dalam akhbar pada bulan ogos dahulu juga (berkaitan penglibatan sebuah syarikat IT dengan negara Israel dan pembelian helikopter untuk kegunaan PDRM) amat memalukan kerana kedua-dua kenyatan akhbar beliau itu telah dinafikan kebenarannya oleh Menteri Dalam Negeri. Bagaimana perkara ini boleh berlaku???

4. Penglibatan KPN dengan sindiket judi dan kongsi Gelap. Sehingga kini pihak KPN tidak pernah mengambil tindakan yang bersungguh-sungguh tentang hubungkait beliau dengan kumpulan tersebut yang diketuai oleh BK Tan dan Goh Cheng Poh (dikenali sebagai Tengku Goh). Ia tidak sepertimana tindakan saman beliau kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh menfitnahnya. Tetapi dalam kes ini, walaupun Raja Petra telah membongkar cerita ini sejak tahun 2007, hingga kini tiada apa-apa tindakan yang diambil. Apakah tuduhan-tuduhan ini benar?

Dengan contoh dua perkara tersebut kami dapati KPN telah tidak menjalankan tugasnya dengan bersungguh-sungguh dan kelihatan beliau hilang keupayaan melaksanakan tugas dan amat jelas kelihatan beliau seorang yang ‘bangkrap idea’ untuk bertugas sebagai KPN. Sebagai seorang penjawat awam beliau tidak sepatutnya terlibat dengan perniagaan malah patut menumpukan dengan tugas hakiki beliau. Oleh itu, saya mencadangkan demi integriti dan keselamatan negara ini adalah dicadangkan KPN meletakkan jawatan secara SERTA MERTA!!!
Awas Pinggang Mangkuk Diperbuat Campuran Tulang Babi
by MSO

PETANG semalam selepas makan di food court di Alpha Angle berhampiran rumah bersama rakan lama, Pyan Habib saya bersama isteri dan anak-anak melilau sekejap dalam kompleks itu untuk melepaskan penat kerana lengguh setelah lama melayari internet dan mengisi blog.
Kebetulan di situ saya masuk ke ruangan pameran pinggang mangkuk. Sudah lama saya terliur dengan pinggan mangkuk dinner set dan tea set yang dipamer. Ia simple dan menarik. Setiap kali tersasau ke kompleks itu saya akan menjenguk ke ruangan pameran itu.

Kerana semalam ada sedikit masa terluang saya memerhatinya dari dekat. Melihat reka bentuk dan juga harganya. Harga boleh tahan dan mampu milik. Nampak ianya bermutu dan berkualiti... ada kombinasi klasik dan moden.

Hati berkenan dan berhajat untuk memiliki. Sempat juga tiga keliling pusing melihat pinggang mangkuk berkenaan, macam ikan sepilar nak belaga barangkali gayanya! Baru nak panggil promoter nak bertanyakan harga, tiba-tiba muncul seorang perempuan umur dalam lingkungan 50-an ke atas. Mulanya saya ingat dia promoter.
"Encik nak beli ke?" begitulah tanyanya. Saya sikit terperagah. "Kalau ianya dibuat dari Cina tertulis Han Bone China, elok jangan beli encik..?' katanya mensuspenkan sikit saya.

Tanpa sempat saya bertanya dia menjelaskan, kalau ada tanda Han China ia diperbuat daripada tulang babi. Ada campuran tulang babi..." jelasnya. Saya terkulat-kulat sekejap.
Belum sempat saya bertanya dia menjelas lagi; "Saya selalu ke luar negeri dan tengok sendiri dikilangnya macam mana ia dibuat. Ada campuran tulang babi," katanya lagi, jujur.

Belum sempat saya mendapat penjelasan lanjut perempuan itu sudah berlalu. Saya rasa dia ikhlas memberi tahu hal itu. Menurut isteri yang nampak perempuan itu bersama suaminya ketika itu sudah menuju ke eskeletor untuk turun dan begitu melihat saya sedang memegang pinggang dia pusing semula dan mendapatkan kami.
Selepas mendengar itu tiba-tiba selera untuk meneliti dan memilik pinggang berkenaan hilang terus. Babi! Ia satu nama yang cukup sensitif bagi orang Melayu.
Mulanya saya cuba mencari justifikasi dalam diri bagaimana untuk menolaknya. Hanya setakat campuran dalam bentuk serbuk... fikir saya, masakan... Ah... sudah bercampur jadi tidak bolehlah. Kalau beli dan memilikinya ia sudah jadi bersubahat!
Selepas meninggalkan tempatan itu ingatan serta merta juga terkenang kepada persoalan dibangkitkan di Parlimen mengenai makanan haram di hotel yang dibangkitkan oleh ahli Parlimen. Kalau benarlah pinggang keluaran Han Bone China itu diperbuat dengan campuran tulang babi tak moleklah membelinya. Haram!
Sambil berjalan pulang saya terus terkenang kepada pinggang itu dan merasakan bagaimana bukan Islam cuba mempermain atau mengenakan umat Islam. Mungkin mereka tidak ada niat hendak perkenakan orang Islam tetapi kerana teknologi semasa atau penemuan baru dalam dunia pinggang mangkuk secara tidak langsung telah mengenakan orang Islam yang tidak berhati-hati.

Di sini kalau boleh saya ingin cadangkan supaya Kemeterian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, bersama Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) mengambil berat perkara ini. Mana-mana barangan atau apa juga benda yang dimport dari negara bukan Islam hendaklah ditelitikan dan dipastikan tentang kesahihan halal haramnya.

Adalah malang kita yang begitu kuat berpegang kepada Islam tetapi tanpa sedar telah menjadi pengguna kepada barangan keluaran negara luar yang boleh merosakan iman dan aqidah kita.
Mashitah Kena Keronyok di Parlimen

by MSO

SAYANG Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi yang menjaga hel ehwal agama berada di Makkah. Sudah hampir seminggu Zahid berada di Makkah melayan, memantau dan menjaga kira-kira 25,000 jemaah haji dari Malaysia yang sedang mengerjakan fardu Haji.

Tiap malam Zahid muncul dalam tv memberi laporan semasa mengenai perkembangan di Makkah, mengenai kesihatan jemaah dan keadaan cuaca di sana. Visual menunjukkan beliau melawat ke hospital, meraikan jemaah, bersalaman dengan jemaah setiap malam muncul di skrin tv. Bak melayan dan menghormati orang ini tidak terlawan oleh mana-mana menteri lain. Itulah kehebatan dan kelebihan Zahid yang sudah tersebut di mana saja.

Kenapa saya merasakan sedikit terkilan dengan ketiadaan Zahid di Parlimen hari ini, kerana dalam Parlimen hari ini timbalannya Mashitah Ibrahim (foto) benar-benar diuji kewibawaannya sebagai timbalan menteri yang menjadi pembantu Zahid untuk menjawab soal mengenai kementerian berkenaan.

Kesian juga saya melihat Senator yang berkulit kuning langsat dan putih macam tapai itu dilayak dan dikeronyok oleh ahli Parlimen. Bertubi-tubi ahli Parlimen jantan bangkit untuk menyoal bekas ahli Parlimen Baling itu. Melihat suasana itu saya merasakan seakan ahli Palimen (jantan) sengaja melakukannya begitu!

Nasib baik Mashitah ini sudah pun pernah berada di Parlimen sebelum ini. Jadi pengalaman yang ditimba sedikit sebanyak dulu selaku Setiausaha Parlimen dapat digunakan untuk melepas serangan bertalu-talu itu. Walaupun beliau dipermainkan tetapi digagahi juga untuk menjawab setiap persoalan yang dibangkitkan oleh anggota Parlimen lain. Adakanya Mashitah menjawab setiap persoalan yang dibangkitkan dengan senyuman manisnya saja.

Apa yang saya sempat tengok tadi ialah ketika Mashitah menjawab soalan yang diajukan oleh serikandi Rantau Panjang (ahli Parlimen) Siti Zailah Mohd Yusuf yang mahu tahu berapa banyakkah jumlah hotel di negara ini yang menghidangkan makanan halal dan juga mahu memastikan apakah makanan yang disajikan di hotel itu terjamin tahap kesuciannya?

Soalan Siti Zailan itu dikira 'pisik' kata orang Siam, (hebat) juga kerana ia adalah untuk kepentingan umat Islam. Soalan atau isu-isu begitulah yang ingin kita dengar dan memerlukan jawaban dari menteri. Betapa hari ini umat Islam terdedah dengan pelbagai unsur maksiat, subahat dengan pelbagai bentuk dosa dan aktiviti haram termasuk memakan makanan yang haram atau pun meragukan.

Soal makanan halal diambil berat oleh umat Islam. Bagi mereka yang sangat menjaga hati dan keimanan mereka tidak mudah untuk makan di tempat-tempat yang meragukan. Sebab memakan makanan haram atau bersubahat dengan perkara haram misalnya dibeli dengan duit haram, duit rasuah, duit komisyen jambatan, komisyen pembelian kapal selam atau helikopter adalah haram dimakan atau diberikan kepada anak isteri atau suami.

Perkara ini tidak menjadi penting kepada para perasuah atau mereka yang terbiasa memakan makanan haram yang bukan bersifat daging babi itu. Sebaliknya bagi mereka yang mementingkan soal kesucian hahal dan haram akan bangkit mempersoalkannya. Tahniah kepada Siti Zailah.

Arwah datuk saya Othman Yaacob r.h. pernah menyebut dan melarang keras anak buahnya memakan makanan yang bersubahat atau makanan curi hatta sebiji buah rambutan atau buah bachang kerana makanan itu boleh menyebabkan hati si pemakan akan jadi gelap zulmat. Kalau termakan oleh budak-budak menyebabkan mereka akan jadi 'benak' - susah untuk hafal Quran.

Menurut Siti Zailah kenapa beliau menimbulkan persoalan itu kerana timbul keraguan makanan atau sajian yang disediakan di hotel kebanyakannya meragukan atau tidak halal. Kerana itu beliau mahu kerajaan menyenaraikan hotel-hotel yang menyediakan makanan halal agar diketahui oleh orang ramai. Dengan adanya sijil halal atau pemberitahuan itu boleh menghindarkan orang Islam memasuki atau memakan sajian di hotel berkenan.

Dalam penjelasan tadi Mashitah memberi tahu Parlimen daripada 2,360 hotel hanya 18 buah saja yang mendapat sijil halal daripada Perbadanan Kemajuan Islam (HDC). Ini bermakna tidak sampai 1 peratus atau hanya 0.76 peratus saja yang mendapat sijil halal. Bayangkan betapa umat Islam negara ini yang berkunjung ke hotel terdedah dengan memakan makanan yang tidak halal.

Justeru Siti Zailah dan beberapa ahli Parlimen lain turut mempersoalkan kenapa masalah itu tidak dapat diatasi dan ada ahli Parlimen mempersoalkan kenapa kerajaan tidak bertindak tegas dalam soal ini walhal ianya penting.

Jawaban Mashitah ialah kerana ia tidak mendapat kerjasama daripada pihak hotel dan tidak ada akta khas untuk menguatkuasakan hotel mendapat sijil halal dan menyediakan makanan halal. Selain itu katanya adalah rumit bagi hotel menyediakan dua dapur - halal dan haram kerana ia melibatkan pengubahsuaian dan memerlukan perbelanjaan.

Jawaban itu mengecewakan ahli Parlimen kerana ia seolah kerajaan lebih bersimpati dengan hotel daripada menjaga kewajiban menyediakan makanan halal kepada umat Islam.

Bertolak dari jawaban itu menyebabkan beberapa ahli Parlimen termasuk dari parti kerajaan melaung agar kerajaan menggubal akta untuk menguatkuasakan pensijilan halal itu.

Di sinilah sayangnya saya desahkan... betapa kalau Zahid Hamidi (foto atas) berada di Parlimen dan menjawab dan memberi penjelasan tentu masalah penyajian makanan halal di hotel yang dibangkit itu tidak berkecamukan seperti siang tadi. Tentu Zahid pandai bersilat dan memberi penjelasan atau jaminan yang boleh memuaskan hati ahli Parlimen semua.

Hendaknya sebaik pulang dari Makkah nanti Zahid akan membaca handserd Parlimen meneliti segala perbahasan di Parlimen siang tadi dan segera membuat tindakan dan penjelasan pada sesi akan datang. Sebaik-baiknya Zahid terus menggubalkan akta khas bagi menguatkuasakan pensijilan halal dihotel-hotel, restoran-restoran mewah, restoran makanan segera dan sebagainya yang terdapat di negara ini. Soal makanan adalah penting dan serius bagi umat Islam dan sewajarnya kalau ia diberikan perhatian segera.

Bongkar, Strategi Puak UMNO Rompak Hutan Balak Secara Berhemah Di Negeri Pahang

by pkr gerik

KUANTAN - Susulan daripada beberapa kejadian kes dan tragedi "kecurian balak" yang berlaku di negeri ini, kami telah mengadakan satu siasatan terperinci dengan kerjasama pihak jabatan hutan tentang segala yang terjadi. Sungguh memalukan apabila rakyat Pahang menyaksikan Berita Perdana TV3, saban bulan laporan kecurian dibuat oleh Saudara Khaidir Ahmad (Wartawan TV3 Pahang). Sebelum ini habis hutan Pahang ditarah oleh mereka di Raub, Temerloh, Bentong, Maran, Rompin, Jerantut malah terkini dalam daerah Kuantan sendiri. Tambah menyedihkan ia berlaku dalam kawasan Majlis Perbandaran Kuantan sendiri. Kejadian rompakan balak atas bukit di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Indera Mahkota, Kuantan baru-baru ini, benar-benar mencemar serta mencabar kewibawaan rakyat Pahang sabenarnya. Siapakah yang bertanggungjawab? Jika tidak didalangi oleh puak-puak UMNO Pahang itu sendiri. Justeru itulah gara-gara ketirisan dan kecurian yang berlaku ini menyebabkan bajet negeri Pahang senantiasa dirundung kerugian saban tahun. Apakah maknanya semua ini? Jika kerajaan telus dalam hal ini, sudah pasti perkara ini tidak berlaku dan berjaya diatasi. Maka itu pihak kami sekali lagi cuba meninjau dan melakukan edisi siasat mengapakah masalah ini sering berlaku di Pahang dan tidak negeri-negeri lain di Malaysia.

Kecurian Didalangi Oleh Puak-Puak UMNO

Ramai pemimpin UMNO Pahang yang kemaruk dengan "Ban Balak" tidak dapat bersabar lagi bila Menteri Besar terlalu lambat meluluskan kawasan balak untuk mereka. Oleh yang demikian mereka berpakat dengan "tokey balak" untuk mencuri hutan dalam kawasan DUN masing-masing. Justeru itulah kita melihat kawasan balak yang didedahkan siap mempunyai pengawal bahkan jentera-jentera pembalakan yang lengkap dan canggih. Jika perompak ingin mencuri, masakan mereka boleh membawa jentera yang lengkap seperti itu. Ini menunjukkan ada pihak tertentu yang mengawasi mereka. Nampak jelas kebanyakkan perompak ini langsung tidak takut dengan undang-undang dan menganggap hutan terbabit "bapak mereka yang punya".

Lantaran itulah perkara ini sukar dibendung, kerana pemimpin UMNO setempat bersekongkol dengan kilang balak untuk tujuan merompak hasil mahsul tersebut. Bukti jelas apabila orang-orang kampung membuat laporan polis kejadian tersebut. Mereka langsung tidak mengambil tindakan yang tegas untuk menghalang kejadian itu. Malah kita dapat melihat segala jentera bebas keluar masuk ke kawasan rompakan balak terbabit. Seolah-olah mereka diberikan "lampu hijau" dan "lesen" oleh pihak-pihak yang berkenaan. Kami difahamkan, bairpun ribuan tan balak dirompak nampuk pihak berkuasa langsung tidak menyiasat ke mana balak itu dibawa? Bukankah mudah jika mereka jujur dan amanah dalam tugas ini, tangkap pemandu lori balak dan siasat rekod JPJ lori tersebut berdaftar atas nama siapa, dan ekori lori itu secara "serang hendap". Bukankah mudah untuk mengetahui "sawmill" mana yang merompak balak tersebut. Ini tidak dilakukan kerana semua mereka telah menerima habuan dan komisyen masing-masing agaknya. Senario ini jelas sekali sukar untuk dibendong, bahkan ia akan berterusan zaman berzaman jika UMNO dan BN terus memerintah negeri ini. Maka kita tidak hairanlah yang sejak MB Pahang dari masa Khalil Yaakob hingga Adnan Yaakob memerintah negeri ini, bajet Pahang senantiasa defisit. Ini kerana kerajaan Pahang gagal untuk membendung masalah yang paling utama di Pahang iaitu "Rompakan Balak Secara Berhemah" ini.

Beratus Ekar Dirompak, Bakinya Dilapor TV3

Taktik jahat yang para perompak ini gunakan ialah, mereka akan merompak sesuka hati hutan tersebut tanpa belas kasihan. Habis ditarah dan digondolkan. Kejadian ini sering dilaporkan oleh media sebelum ini terutamanya TV3. Namun, siasatan kami apa yang dilakukan oleh pihak TV3 adalah sebagai syarat "wajib tayang" sahaja. Ini bagi menunjukkan bahawa kerajaan Pahang prihatin dengan masalah ini. Walhal mereka yang bersekongkol dengan perompak tersebut. Buktinya, segala jentera dan mesin yang digunakan untuk perompak terbabit tidak pernah langsung ditahan. Bahkan kita tidak langsung melihat jentera itu di"sita" dimana-mana balai polis biarpun telah dilapor dan disiarkan di kaca TV. Bahkan kami juga mendapat maklumat bahawa pihak TV3 hanya dipanggil setelah beratus-ratus ekar hutan telah dirompak dan balak telah dikeluarkan. Maka TV3 pun datang dan membuat laporan, bahawa kejadian itu telah berlaku beberapa hari, beberapa minggu dan beberapa bulan yang lalu. Ini sebagai "trick" semata-mata untuk mengaburi mata rakyat. Akhirnya rakyat ditipu, beratus-ratus ekar yang dirompak dan hanya bakinya beberapa buah lori sahaja dilaporkan kepada TV3 untuk dibuat laporan. Akhirnya , siapakah yang untung? Rakyat ditipu, puak-puak UMNO Pahang juga yang mengaut keuntungan jutaan ringgit.

Mereka khianat kepada rakyat. Inikah maknanya ketuanan Melayu dan untuk membela rakyat?. Justeru itu kita tidak hairan, setiap kali musim pemilihan UMNO politik wang berleluasa. Mereka "paw" ataupun paksa "funder-funder" yang terdiri daripada "tokey balak" untuk menanggung segala perbelanjaan membeli perwakilan. Mereka akan janjikan "kawasan balak" bila sudah menang dalam pertandingan tersebut. Siapa yang kalah, akan menanggung hutang dengan "tokey balak". Senario ini adalah perkara biasa di bumi Pahang ini sebenarnya. Sebab itu, bila kita kaji balik pemimpin UMNO ini sebenarnya tiada wang langsung dalam mana-mana bank. Namun, mereka ada banyak wang bila musim pencalonan dan pemilihan bermula. Dari mana wang ini datang, jika tidak dihantar oleh "tokey balak" direct ke tangan mereka itu. Maka, lahirlah pemimpin UMNO yang rasuah dan khianat kepada rakyat. Mereka inilah yang kini menjadi pemimpin UMNO di Pahang yang kononnya ingin membela rakyat dan Melayu khasnya.

Walhal mereka banyak "mengembongkan" perut mereka sendiri dengan "najis rasuah balak" itu sendiri. Puak UMNO bawahan sedar semua ini, namun mereka "kelabu dan gelap mata" dengan duit yang dicurahkan oleh pemimpin terbabit tatkala menjelang pilihanraya dan pemilihan UMNO. Justeru itu mereka lebih rela "membisu dan memekakkan telinga" semata-mata daripada mendedahkan isu ini. Rasuah sudah sebati dalam darah daging mereka. Cakaplah apa sahaja kepada pemimpin tersebut, namun mereka tetap dengan pendirian bahawa UMNO adalah pembela Melayu, tanpa UMNO rakyat tidak boleh hidup. Inilah fahaman yang paling bahaya dalam mentaliti puak-puak UMNO karat ini sejak dulu, kini dan selamanya. Mereka bukan pembela agama dan bangsa sebenarnya. Tapi yang dibela ialah "tengkolok dan periuk nasi" mereka sendiri. Lantaran itulah mereka tewas dengan "wang ringgit" atau "duit" yang menjadi hala tuju perjuangan mereka sejak sekian lama.

Rompak Balak Atas Nama Projek Pertanian

Paling menyedihkan ialah sikap beberapa kerat pemimpin UMNO Pahang yang jelas menipu rakyat dengan merompak balak atas nama projek pertanian. Kerja ini sudah dilakukan sejak sekian lama, dan amat popular di kawasan DUN Chenor yang diwakili oleh Dato' Tan Mohd Aminuddin Bin Ishak (foto) yang juga Exco Pertanian di negeri ini. Maka berjuta-juta wang balak berjaya dikumpul oleh bekas Timbalan Menteri Besar Pahang ini. Masalah air yang sering mengganggu benak fikiran rakyat sejak 51 tahun gagal diatasi terutamanya di kawasan Felda disitu. Tapi apa yang lebih dipentingkan ialah mengadakan projek-projek pertanian yang kononnya untuk memajukan industri pertanian dan asas tani masyarakat setempat. Maka lahirlah idea mengadakan Projek Lembu Pawah, Projek Tanaman Keledek, Projek Tanaman Jagung, Projek Tanaman Roselle dan yang terbaru Projek Ladang Rakyat.

Paling menghairankan kita, semua projek-projek ini hanya sekadar "nama" sahaja, kemudian belum apa-apa berlaku balak beratus ekar sudah dikeluarkan dari kawasan terbabit. Sebaliknya, jangankan pokok jagung, roselle, keledek dan lembu pawah dijalankan dikawasan terbait. Ekor lembu pawah pun rakyat setempat tidak melihatnya. Ini telah dilakukan sejak 4 penggal beliau menjadi ADUN dan Exco Pertanian Pahang. Rompakan berkhemah ini amat menarik untuk diperkatakan, kerana beliau memang amat bijak melakukannya atas nama pembangunan. Akhirnya, orang-orang kampung juga yang tertipu dan terpedaya. Namun, setiap kali musim pilihanraya masih terus memangkahnya dek kerana wang ringgit yang ditaburkan. Mereka merompak RM1 juta maka mereka taburkan RM100 kepada pemimpin UMNO setempat. Itupun masih ada pemimpin UMNO setempat yang tidak sedar diri yang mereka telah ditipu sejak dul, kini dan selamanya. Ini bukan satu fitnah, tapi ia adalah realiti. Bahkan perkara ini turut diakui oleh pemimpin muda dalam UMNO yang rapat dengan beliau. Namun, apa boleh buat "fulus" sudah datang untuk menutup mulut pemimpin terbabit. Inilah masalahnya!

Dengan pendedahan ini Pahang Daily Online mempelawa Blogger UMNO untuk menjawab isu ini. Baru mereka tahu sekarang betapa "bobroknya" pemimpin UMNO Pahang. Jika mereka mempertahankan semua ini, maka mereka turut sama bersekongkol dan mendapat habuan daripada segala apa yang berlaku. Mereka tahu kebenaran tapi cuba untuk putar beliat fakta. Kami yakin, apa yang didedahkan ini akan dikatakan sebagai "fitnah" oleh puak-puak bacul ini. Semua yang terang lagi nyata pasti akan dikatakan fitnah semata-mata. Walhal semua rakyat tahu akan cerita ini serta mereka melihat apa yang berlaku. Kami yakin juga yang warga Pahang akan bersetuju dengan apa yang kami dedahkan ini. Cuma puak-puak UMNO sahaja yang akan kepanasan dengan semua ini. Tunggu pendedahan seterusnya]. Edisi Pahang: Kecewa Dengan Sikap Kerajaan Benarkan "Funfair Hadhari" Jalankan Aktiviti !!

Friday, December 5, 2008

7 buah cawangan akan ditubuhkan di PKR Bahagian Jerantut

Jerantut, 5 Disember 2008: 7 buah cawangan Parti Keadilan Rakyat akan ditubuhkan di Jerantut, kebanyakannya di dalam Rancangan Felda.

Cawangan-cawangan tersebut akan mengumpulkan ahli-ahli UMNO yang keluar dari parti tersebut.

Cawangan pertama yang akan ditubuhkan ialah pada 10 Disember 2008 di Felda Kota Gelanggi 2 yang akan dirasmikan oleh Sdr Haji Suhaimi Said, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang.

6 buah cawangan lagi akan menyusul kebanyakannya di dalam Rancangan Felda di PKR Bahagian Jerantut.

Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau pula akan menubuhkan sebuah cawangan baru di Kg Paya Luas pada 5 Disember 2008 jam 9.00 malam bertempat di rumah Sdra Saharin Yaman, bekas Ketua UMNO Cawangan Kg Paya Luas.
FORAM TERBUKA PKR DI DUN TANAH RATA PARLIMEN CAMERON HIGHLANDS PADA 20 DISEMBER 2008

Foram Terbuka untuk semua penduduk di DUN Tanah Rata, Parlimen Cameron Highlands akan di adakan pada 20 Disember 2008 jam 8.00 malam di Dewan Orang Ramai Kg Raja.

Foram yang sama telah diadakan di sini 5 bulan yang lalu dan mendapat sambutan ramai dari kaum India & Cina tempatan. Foram Terbuka kali 2 ini adalah di atas permintaan ramai oleh penduduk tempatan yang mahukan pemimpin tertinggi PKR Pusat hadir.

Ini adalah foram bersiri menjelajah seluruh DUN Tanah Rata yang telah bergerak lebih dari 5 bulan yang lalu di beberapa tempat seperti di Ringlet, Tanah Rata dan Kg Raja. PKR Bahagian Cameron Highlands bercadang akan memperluaskan foram terbuka bersiri ini ke Kuala Terla dan perkampungan orang asli bagi tujuan untuk memberi penerangan isu politik dan ekonomi semasa di Malaysia kepada penduduk secara langsung.

Di antara pemimpin tertinggi PKR Pusat yang hadir di Foram Terbuka PKR DUN Tanah Rata adalah:

1. YB Tian Chua - Ahli Parlimen Batu selaku Ketua Penerangan PKR Pusat
2. YB Chan Ming Kai - ADUN Simpang Pulai selaku Exco AMK Pusat
3. Sdra Tan Wei Wun - Exco AMK Pusat selaku Ketua AMK Ipoh Timur
4. Sdri Felicia Ling - Bekas Exco MCA Pusat

Penyertaan adalah terbuka kepada semua dan kehadiran oleh penduduk di persekitaran DUN Tanah Rata sangat dialu-alukan.
SAMBUTAN HARI RAYA KORBAN & CERAMAH PERDANA PAKATAN RAKYAT DI DUN JELAI PADA 13 DISEMBER 2008

Sambutan Hari Raya Korban dan Ceramah Perdana Pakatan Rakyat di DUN Jelai pada 13 Disember 2008 Jam 8.30 bertempat di Markas PAS FELDA Sg Koyan 1.

Di antara aturcara pada hari yang berkenaan adalah Jamuan Hari Raya Korban dengan diikuti ceramah.
Penceramah Jemputan Utama adalah:

1. YBhg Dato' Fauzi Abdul Rahman iaitu Bekas Timbalan Menteri/ Bekas Ahli Parlimen Kuantan
2. Sdra Shamsul Iskandar Mohd Akin iaitu Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
3. Ustaz Ahmad Junaidi Ishak Bendahari Pemuda PAS Negeri Pahang

Tuan/puan adalah dijemput hadir dan kehadiran semua akan memberi sinar baru kepada ruang perubahan DUN JELAI dan amnya PARLIMEN CAMERON HIGHLANDS.

Handphone percuma dan bercakap sesama penyumbang percuma

Sesiapa berminat dengan sistem ini, sila hantar segera fotostat kad pengenalan, dan alamat penuh serta nama "ibu" secara penuh.

Kemudian anda boleh bercakap dengan semua yang juga melakukan perkara yang sama seperti diatas secara percuma. Anda akan dibekalkan dengan handphone percuma. Jimatkan?

Bayaran bulanan adalah RM48.00 + RM2.00.

Bercakap dengan mereka yang menggunakan Celcom adalah 10 sen, dengan bukan Celcom adalah 15 sen, dan sms adalah 2 sen.

Semua ahli PKR di Negeri Pahang digalakkan menggunakan kemudahan ini. Bercakaplah sesama sendiri, anda bercakap secara percuma.

Hubungi saya segera dan hantarkan fotostat k.p, alamat dan nama ibu dan wang perkhidmatan RM10.00. Hantarkan kepada saya: Suhaimi bin Said, F.128 Tkt. 1, Jalan Tengku Ismail, 28000 Temerloh, Pahang.

Thursday, December 4, 2008

Nenek nak tanding lagi dalam PRK P36
by pemudabesut blogspot

Memang ada hajat nak bertanding sekali lagi kerana rasa macam tidak puas hati dalam pilihanraya umum lalu,Sebab Tok tidak boleh berkempen macam orang lain. Kerana Tok tadak pitih (tiada wang) - Maimun Yusuf

Nenek yang paling glamor Maimun Yusuf berharap beliau dapat bertanding sekali lagi merebut kerusi parlimen Kuala Terengganu jika mempunyai dana yang cukup.

“Memang ada hajat nak bertanding sekali lagi kerana rasa macam tidak puas hati dalam pilihanraya umum lalu,” katanya, yang memanggil dirinya ‘Tok’, kepada Malaysiakini.

“Sebab Tok tidak boleh berkempen macam orang lain. Kerana Tok tadak pitih (tiada wang).

Menjelaskan pengalaman pertamanya bertanding Mac lalu, Maimum berkata:
“Tapi kalau Tok bertanding sekali lagi, Tok nak menang sebab Tok tak mahu hilang wang lagi. Marilah pakat tolong Tok.
Tok belanja lebih RM30,000, semua wang simpanan Tok dah habis dan yang tinggal cuma RM60 sahaja.”

Nenek 85 tahun itu, dipercayai calon tertua dalam sejarah pilihanraya di Malaysia.
Maimun, yang hanya berbasikal, tinggal di Kampung Mengadang Akar - kira-kira 3 kilometer dari pusat pencalonan di Stadium Negeri di Jalan Sultan Mahmud.

Pilihanraya kecil Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail, Jumaat lalu.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan bermesyuarat Jumaat ini bagi menetapkan tarikh pilihanraya tersebut.

Pada 8 Mac lalu, Maimun yang bertanding sebagai calon bebas hilang wang pertaruhan apabila hanya mendapat 685 undi.

Razali mendapat 32,562 manakala Naib Presiden PAS Mohamad Sabu memperolehi 31,934 undi.

Maimun berharap ada pihak yang menyumbang untuk membolehkannya bersaing bagi kali kedua dalam tempoh tidak sampai setahun.

“Tok tunggu kalau ada orang nak beri wang. Kalau ada orang beri, Tok nak bertandinglah.

“Tetapi Tok ada buat kerja sedikit, jual kain, kalau orang nak kain, Tok hantar kain, kalau orang nak keropok, Tok hantar keropok,” katanya.

Maimun berkata, kalau ada tanah beliau akan menjual tanah untuk bertanding dalam pilihanraya kecil kali ini.

Bagaimanapun, katanya, tiga bidang tanah miliknya di Marang yang dibelinya dulu telah diambil semula oleh penjualnya kerana beliau tidak menukar nama dalam geran asal.

Beliau berkata, jika beliau gagal menyertai pilihanraya kecil ini, beliau berharap akan ada calon bebas yang lain bertanding di situ.

“Tetapi kalau boleh, Tok nak mereka (calon bebas berkenaan) guna lambang bulan bintang sebab Tok suka dengan lambang itu.

“Jika mereka nak Tok tolong, Tok pun nak tolong juga,” katanya lagi.

DIMANAKAH PERIKEMANUSIAAN HAMID ALBAR
by LailagmiDua hari lepas, M.Kayveas telah memberi amaran, partinya akan keluar dari komponen BN, sekiranya ISA tidak di pinda.Amaran ini disokong oleh MCA.Yang menarik ialah jawapan dari Menteri Dalam Negeri, Hamid Albar yang dilaporkan berkata ” ISA tidak akan di pinda atau dihapuskan kerana ianya digunakan dengan berhemah, adil dan tidak disalah guna”.

Dimanakah letaknya nilai “berhemah, adil dan tidak disalah guna” itu jika tahanan telah dikurung tanpa perbicaraan hampir 7 tahun?Gambar poskad diatas, tahanan ISA yang di tuduh sebagai ahli Jemaah Islamiyyah(JI).Mereka semua ditahan sejak 2002.

Tahanan ISA disebelah kiri,telah dibebaskan pada bulan Ogos tahun ini.

Namun malang bagi tahanan yang berada di tengah, iaitu Shamsuddin Sulaiman. Beliau telah bercerai dengan isterinya pada tahun lepas. Anak-anaknya malu hendak mengakui Shamsuddin adalah ayah mereka ,seorang tahanan ISA.Shamsuddin telah hilang pekerjaan sebagai seorang pembantu akauntan di sebuah jabatan kerajaan sejak tahun 2003.Keluarga dan pekerjaan adalah perkara penting dalam kehidupan manusia dan semua itu telah hilang dari hidup Shamsuddin.

Adakah ini yang dikatakan penahanan berhemah? Dimanakah sifat perikemanusiaan Hamid Albar sebagai seorang manusia? Dimanakah simpati beliau terhadap nasib kesemua tahanan itu?Sampai bilakah mereka akan di kurung di Kem Kamunting itu?

Nota: Tahanan ISA disebelah kanan ,yang memakai cermin mata ialah bapa Suhaib.
Saranan Mukhriz "Satu Sistem Pendidikan" Berniat Politik

Parti Keadilan Rakyat (keADILan) membantah keras kenyataan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkenaan "pelaksanaan satu sistem pendidikan" yang cuba mengapi-apikan sentimen perkauman bagi membantu kempennya untuk merebut jawatan Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan parti tersebut.

Di dalam laporan akhbar Sinar Harian yang bertajuk "Melayu boleh pertikai ketuanan ekonomi, wujudkan sekolah satu aliran: Mukhriz" pada 2 Disember 2008 dan laporan Malaysiakini yang bertajuk "Mukhriz: Close Down Vernacular School" pada 1 Disember 2008, Mukhriz mencadangkan agar sekolah-sekolah vernakular di negara ini ditutup sebagai reaksi kepada pemimpin-pemimpin parti komponen BN yang mempersoalkan ketuanan Melayu.

Menyedari Malaysia sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, KeADILan berpendirian bahawa adalah wajar memperkasa sistem pengajian sekolah kebangsaan di samping mempertahan dan meninggikan sistem sekolah Rendah Jenis Kebangsaan.

Hal ini kerana hanya dengan menghormati hak kaum masing-masing untuk mempelajari bahasa ibunda dan menggalakkan perkembangan pelbagai kebudayaan serta kesenian di negara ini, akan dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu.

Maka cadangan Mukhriz berkenaan"Satu Sistem Pendidikan" yang jelas berniat menonjolkan dirinya sebagai "pejuang bangsa Melayu" supaya menang Ketua Pemuda Umno pada Mac tahun depan, bukan sahaja membantutkan perkembangan pendidikan pelbagai aliran, malah turut menjejaskan hubungan sesama kaum.

Sekiranya Mukhriz benar-benar seorang "pejuang bangsa Melayu", beliau seharusnya menentang Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Inggeris (PPMSI) yang menyebabkan kemerosotan mutu pendidikan khususnya di kalangan masyarakat Melayu luar bandar yang miskin, dan bukan menghapuskan aliran pendidikan lain.

Hakikatnya sebagai calon yang bakal memimpin barisan Pemuda Umno, Mukhriz telah gagal mengemukakan pandangan yang lebih terbuka dari segi pendidikan tetapi mengikut jejak lama pemimpin sekarang yang bersifat perkauman, malah lebih ekstrim bagi melanjutkan polisi perkauman Umno-BN.

Akhirnya KeADILan menyeru rakyat agar tidak terpengaruh dengan provokasi Mukhriz yang cuba mengapi-apikan pergaduhan kaum demi kepentingan politik sendiri, dan terus menggesa kerajaan BN kembali kepada sistem pendidikan yang adil kepada semua.(tamat)

NURUL IZZAH ANWAR
Ahli Parlimen Lembah Pantai, WP


Wednesday, December 3, 2008

KONGRES PKR 2008 - Iktibar Uhud

Kemenangan kaum Muslimin di Ghazwah al-Badr pada kali pertama tentera Islam di bawah pimpinan baginda Rasulullah SAW memberikan kekuatan moral kepada golongan Islam yang pada ketika itu berjumlah 313 orang sahaja berbanding dengan jumlah tentera Quraisy yang berjumlah 1,000 orang.

Bilangan pihak Quraisy yang melampaui tentera Muslimin pada nisbah 1:3 menjadikan kemenangan itu lebih manis, lebih dinikmati. Kelengkapan perang yang serba kekurangan bukan halangan bagi tentera Islam untuk mencipta kemenangan. Yang penting keimanan dan ketakwaan yang bertapak kukuh di jiwa pejuang Muslim.

Akhirnya, tentera Muslim menang besar dalam perang itu dengan izin Allah berbekalkan keimanan mantap, strategi peperangan sistematik dan bantuan Ilahi dari langit iaitu gerombolan malaikat untuk membantu tentera Muslimin. Berbeza pula pada Ghazwah Uhud. Jumlah tentera Islam cuma 700 orang berbanding tentera musuh seramai 3,000 orang dan bertemu mereka di bukit Uhud.

Rasulullah mengatur tentera Islam dengan formasi yang rapat 1,000 ela ke hadapan. Kemudian baginda meletakkan barisan sayap kanannya di kaki persimpangan yang curam dan sayap kirinya di kaki bukit yang agak rendah, lebih kurang 40 kaki tinggi dan 500 kaki panjang, dipanggil Ainain. Tentera di kanan dalam posisi yang selamat namun yang di sebelah kiri berkemungkinan diserang dari belakang Ainain; untuk mengelakkan bahaya, Rasulullah meletakkan 50 pemanah, yang dapat memberi amaran sekiranya tentera Quraisy berpusing dan menyerang dari arah belakang.

Pasukan pemanah ini diketuai pula oleh Abdullah bin Jubair. Walaupun strategi mantap, namun faktor disiplin dan kegopohan pemanah melesapkan keutuhan strategi baginda Rasulullah. Para pemanah kelabu mata kerana tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan habuan perang. Akhirnya, tentera Muslim tewas.
Ceritera di atas cukup menggambarkan keadaan kini pada Kongres Nasional Parti KeADILan Rakyat (PKR) 2008 yang akan diadakan esok pada 29 November.

Secerdik mana kita mengatur langkah, sehebat mana perancangan kita, akhirnya yang akan berjaya hanyalah perancangan Allah SWT. Pada Kongres PKR yang lalu di Seremban, Negeri Sembilan, Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang pada ketika itu tidak mahu bertanding sebagai Presiden PKR ditegur dengan menggunakan retorikanya agungnya sendiri 'Jika takut akan risiko usah bicara pasal perjuangan'. Kini retorika keduanya berbunyi lagi, 'Wamakaru Wamakarallah, Wallahu Khairul Maakiriin', Dan kamu merancang dan Allah merancang, Dan rancangan Allah jualah sebaik-baik perancang'.

Lihatlah betapa sayangnya Allah SWT kepada DSAI, tanda-tandaNya jelas dan nyata. Cuma apakah kita mengambil iktibar daripadanya? Adakah kita bersedia tunduk dan akur atas perancangan dan kebijaksanaanNya? Ternyata kita perlu ucapkan InsyaAllah pada setiap perancangan kita.

Tetapi ini bukan akhirnya wahai juak-juak UMNO dan Barisan Nasional! Ini bukannya tamat riwayat PKR. Dengan adanya bimbingan Allah SWT Penguasa sekalian alam, DSAI akan kembali dengan lebih kuat, lebih mantap dan lebih garang. Dengan pertolongan Allah SWT, kembalikan negara ini kepada Rakyatnya yang sengsara!!
Hikayat Khairy Jamaludin

Sila layari laman http://www.marhaendaily.net/v1/mar_a_tag1829_1.html

Hantu Altantuya masih memburu keadilan

By Mohamed Hanipa Maidin

Kerajaan BN banyak melakukan kesilapan dan tindakan bodoh. Namun keputusan tidak merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan Razak Baginda adalah satu kebodohan di tahap atau peringkat yang paling tinggi (stupidity of the highest order).

Dari segi perundangan Pendakwa Raya mempunyai peluang untuk merayu sebanyak dua kali. Pertamanya merayu ke Mahkamah Rayuan dan sekiranya masih kalah di Mahkamah Rayuan ia boleh merayu ke Mahkamah Persekutuan. Mengapa Pendakwa Raya mensia-siakan kedua-dua peluang ini masih menjadi persoalan.

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh pihak kerajaan melalui Peguam Negara, untuk tidak merayu tidak boleh diterima oleh rakyat. Kes pembunuhan Altantuya bukan kes pembunuhan biasa. Ia bukan sahaja melibatkan pembunuhan warga asing malahan cara simati dibunuh suatu yang amat mengerikan dan mengaibkan nama dan reputasi negara. Penggunaan bom C4 menunjukkan terdapat elemen penyembunyian ataupun pemusnahan keterangan.

Cara Altantuya dibunuh menunjukkan wanita Mongolia ini satu elemen yang merbahaya kepada 'dinasti Razak'. Sama ada Azilah atau Sirul yang membunuh Altantuya belum dapat dipastikan secara sah oleh Mahkamah. Namun yang pasti di dalam kes pembunuhan Altantuya, fakta-fakta berikut boleh dikatakan tidak dipertikaikan.

- Altantuya sudah dibunuh;
- Altantuya ada hubungan intim dengan Razak Baginda;
- Altantuya mengganggu Razak dan ada meminta duit dari beliau;
- Razak ada hubungan dengan Najib Tun Razak;
- Razak mendapat manfaat kewangan yang besar dalam urusan pembelian kapal selam yang melibatkan Kementerian Pertahanan dengan Najib Tun Razak;
- Razak ada menghubungi Najib Tun Razak apabila beliau diganggu oleh Altantuya;
- Razak ada berhubung dengan Azilah dan Sirul berhubung gangguan yang beliau terima dari Altantuya;
- Azilah dan Sirul bukan anggota polis biasa tetapi dari Unit Tindakan Khas (UTK).

Fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa kes pembunuhan Altantuya bukan kes bunuh biasa. Jika kisah Altantuya difilemkan peluang untuk cecah 'box office' amat cerah.

Perbicaraan kes pembunuhan Altantuya bukan sahaja melibatkan Razak Baginda; sebaliknya keseluruhan sistem keadilan negara turut dibicarakan. Jika penangkapan dan seterusnya pendakwaan ke atas Razak memberi sedikit harapan untuk dunia melihat satu perbicaraan yang telus akan dilakukan; keputusan Mahkamah Shah Alam membebaskan Razak dan keputusan Pendakwa Raya enggan memfailkan rayuan di atas keputusan Mahkamah Tinggi tersebut membuang harapan yang sedikit itu ke dalam longkang.

Ketiadaan rayuan bermakna Pendakwa Raya seolah-olah mengesahkan bahawa keputusan Hakim Dato' Zaki, seorang hakim yang agak junior, adalah keputusan yang tidak ada cacat cela dan tidak mungkin akan diganggu gugat oleh Mahkamah Rayuan.

Jika ini alasannya (iaitu keputusan Mahkamah Tinggi terlalu kuat dan utuh untuk diubah oleh Mahkamah Rayuan) jawapan ringkas rakyat adalah: "Jangan hendak perbodohkan kami" (don't insult our intelligent).

Sejak bila Pendakwa Raya dengan mudah menerima keputusan seorang Hakim Mahkamah Tinggi tanpa terlebih dahulu menguji keputusan tersebut di Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan?

Jika kes selak kain Abdul Razak Abas @ Abe Jak yang dibebaskan oleh Majistret pun Pendakwa Raya membuat rayuan, takkanlah kes Altantuya tidak dirayu. Tidak logik. Jika Haneef Basri yang dibebaskan di atas pembunuhan Norita juga menyaksikan Pendakwa Raya membuat rayuan bagaimanakah Razak Baginda begitu istimewa sehingga Pendakwa Raya merasakan tidak perlu merayu.

Dalam hal ini rakyat berhak diberikan alasan yang jujur dan telus terhadap keputusan tidak merayu itu. Adakah keputusan Hakim Mahkamah Tinggi terlalu kuat dan hebat sehingga tidak perlu merayu ataupun terdapat desakan yang kuat dan hebat dari elit yang berkuasa ke atas pihak Pendakwa Raya supaya Razak tidak diganggu yang demikian tidak perlu merayu.

Melihat bagaimana kes ini dikendalikan sejak awal, kita tidak perlu mempunyai ijazah untuk membuat kesimpulan faktor kedua yang mendorong Peguam Negara tidak merayu.

Apabila Pendakwa mendakwa Razak Baginda, ia pada hakikatnya mewakili rakyat. Dalam kes serius, sebesar dan sepenting ini, rakyat amat mengharapkan satu gerak kerja pendakwaan kelas pertama. Pendakwaan kelas pertama berkait rapat dengan penyiasatan yang teliti, rapi dan profesional.

Apabila Peguam Negara memutuskan untuk mendakwa Razak, ia sepatutnya sudah bersedia dari semua sudut bagi memastikan semua teori kesnya boleh dipertahankan dari serangan peguambela dan Mahkamah. Ini bermakna sekiranya peguambela dan Mahkamah Tinggi menolak teori kes pendakwa, pihak pendakwa sewajarnya telah bersedia untuk meyakinkan Mahkamah Rayuan bahawa teori kes pendakwa adalah betul dan Mahkamah Tinggi telah tersilap kerana menolak teori kes pendakwa tersebut.

Keputusan tidak merayu menunjukkan pendakwa raya tidak serius mengendalikan kes serius tersebut. Sama ada Kerajaan sedar atau tidak keputusan tidak merayu bukan sahaja memburukkan imej dan integriti sistem keadilan negara ini, malahan ia pasti akan menjejaskan iklim pelaburan negara. Pelaburan mempunyai hubungan rapat dengan isu keselamatan. Jika pelabur mempunyai persepsi bahawa negara ini tidak selamat akibat hancurnya sistem keadilannya, kita harus berterimakasih kepada keputusan dan tindakan Kerajaan mengendalikan kes Altantuya.

Meskipun Peguam Negara memutuskan untuk tidak mahu merayu di atas pembebasan Razak Baginda, rakyat masih berhak membuat satu tuntutan kepada Mahkamah Rayuan untuk membuat semakan (revision) di atas keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.

Saya amat berharap rakyat akan membuat satu petisyen kepada Mahkamah Rayuan supaya melakukan semakan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Untuk Peguam Negara, kami amat malu mempunyai Peguam Negara seperti kamu. Berhentilah jika kamu masih ada harga diri.

SELAMAT DATANG DATO' ZAID IBRAHIM KE PKR

Anwar alu-alu Zaid Ibrahim sertai pembangkang


Dato' Zaid Ibrahim di hari Kongres Nasional Tahunan PKR 2008 bersama-sama Penasihat/ Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalukan-alukan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyertai pakatan pembangkang.

Katanya, terserah kepada Zaid menyertai Pakatan Rakyat dan kehadiran bekas menteri itu amat dialu-alukannya. "Perkara ini dibincangkan dalam pakatan pembangkang dan ia terpulang kepada Zaid. "Kita harap Zaid mengambil ini sebagai satu cabaran dan terjun ke gelanggang serta berkongsi prinsip dan agenda perjuangan bersama-sama kami," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen di sini, hari ini.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang mengulas laporan akhbar mengenai Zaid yang dipecat daripada Umno, berkuat kuasa serta-merta berikutan beberapa tindakannya yang menyalahi Perlembagaan parti, khususnya kerana menghadiri Kongres Nasional PKR, baru-baru ini.

Anwar mendakwa pemecatan Zaid melambangkan sikap paling tidak toleransi kerana tiada salah seseorang itu mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak.

Hamid Albar Tidak Akan Hapuskan ISA

Akta ISA sekarang digunakan dengan penuh berhemah, adil dan tidak disalahguna.ISA hanya digunakan bila dianggap ada keperluan bagi menjamin keselamatan serta ketenteraman awam.Saya menegaskan sekali lagi bahawa akta itu juga tidak digunakan untuk citarasa politik - Hamid Albar

ISA tidak akan dipinda atau dihapus walau ada ugutan

PUTRAJAYA: Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetap tidak akan dipinda atau dihapuskan walaupun terdapat ugutan daripada sesetengah pihak, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar. Beliau berkata akta itu sekarang digunakan dengan penuh berhemah, adil dan tidak disalahguna.

ISA hanya digunakan bila dianggap ada keperluan bagi menjamin keselamatan serta ketenteraman awam, katanya.

“Saya menegaskan sekali lagi bahawa akta itu juga tidak digunakan untuk citarasa politik,” katanya kepada pemberita sebagai mengulas kenyataan presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Datuk M. Kayveas yang akan keluar dari Barisan Nasional (BN) sekiranya kerajaan tidak membuat sebarang pindaan ke atas ISA sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.
Menurut Syed Hamid kini terdapat 48 tahanan ISA berbanding 75 sebelum ini dan tahanan itu boleh dikeluarkan pada bila-bila masa jika mendapati mereka benar-benar sudah pulih dan tidak mengancam keselamatan negara.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan delegasi dari Singapura yang diketuai oleh Menteri Undang-undang negara itu K.Shanmugam dan dalam pertemuan itu isu ISA turut menjadi antara agenda perbincangan. “Keduadua negara tidak kesal mempunyai ISA sebagai undang-undang pencegahan kerana ia dapat mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.

Selain itu, isu berhubung kebebasan dan peranan media serta hak asasi manusia turut dibincangkan kedua-dua pemimpin berkenaan.

Zaid Ibrahim dipecat dari Umno

by Jimadie Shah Othman

Datuk Zaid Ibrahim dipecat dari Umno ekoran tindakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menghadiri perhimpunan parti pembangkang.

Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang berlangsung malam ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pemecatan Zaid itu berkuatkuasa serta merta.

Menjawab soalan pemberita dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut, Abdullah berkata, Zaid juga tidak boleh merayu terhadap pemecatannya itu.

Sabtu lalu, Zaid menghadiri majlis perasmian kongres nasional PKR di Stadium Malawati, Shah Alam.

Zaid juga dilaporkan berkata, beliau datang sebagai tetamu selepas menerima undangan daripada pucuk pimpinan PKR.

Jelas Zaid lagi, kehadirannya adalah untuk mendengar apa yang diperkatakan pucuk pimpinan dan perwakilan PKR mengenai keadaan semasa dalam negara.

Surat tunjuk sebab

Awal bulan lalu, Zaid Ibrahim menerima surat tunjuk sebab dari Umno berkaitan dengan surat terbukanya kepada perdana menteri dan perjumpaannya dengan ahli-ahli Parlimen berhubung desakan memansuhkan ISA.

Parti itu meminta penjelasannya kerana turut sama menyertai majlis anti-ISA anjuran Pakatan Rakyat di Parlimen.

Zaid meletakkan jawatan sebagai menteri kabient kerana membantah tindakan kerajaan menggunakan ISA terhadap ahli Parlimen Teresa Kok, penulis blog Raja Petra Kamarudin dan wartawan Sin Chew Tan Hoon Cheng, September lalu.

Beliau juga turut melepaskan jawatan senator.

Pada 29 September lalu, Zaid menulis sepucuk surat terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menggesa beliau supaya memansuhkan ISA.

Zaid turut menjadi sasaran apabila beliau, dalam ucapannya, telah mempersoalkan status orang Melayu.

Berikutan itu, beberapa pemimpin Umno mendesak parti itu mengambil tindakan terhadap Zaid.

Monday, December 1, 2008

Ini Masa Bekerja, Tiada Masa Berkhayal!

Tahniah kepada sema Perwakilan dan Pmerhati dari Pahang yang menghadiri Kongres Nasional ke-5 Parti Keadilan Rakyat 28-30/11/08.
Kembalilah ke kawasan dan bahagian masing-masing.
Tidak sia-sia kita semua menghadiri Kongres dan tidak sia-sia tempoh 2 hari itu dapat kita mengumpul segala info yang teramat penting untuk kita melangkah kearah perubahan!
Untuk perubahan, mari kita campakkan semua masa berharga kita untuk memperkukuh dan memperkuatkan parti. Letakkan parti menjadi pimpinan rakyat, rakyat perlu disusun untuk menerima perjuangan Harapan Baru.
Selaku Ketua Penerangan PKR Negeri Pahang, saya dan AJK-AJK Penerangan Negeri akan sampai kesetiap bahagian untuk menyaksikan penyusunan yang sistematik bagi parti bergerak secara berkesan dikalangan rakyat.
Ketua-Ketua Penerangan Bahagian bersama-sama dengan AJK Biro Penerangan masing-masing dengan kerjasama Ketua-Ketua Penerangan AMK dan Wanita serta AJK-AJK masing-masing diperingkat Bahagian bersama-sama dengan Ketua-Ketua Penerangan dan AJK-AJK Biro Penerangan di peringkat cawangan di Bahagian masing-masing, dengarkanlah seruan ini:
1. Susun Biro Penerangan menjadi biro yang kukuh dan kuat, lengkapkan AJKnya, ambil tugas
mengenengahkan PKR dikalangan masyarakat,
2. Atur program dalaman -- seperti kurusus dan penubuhan task force (sekurang-kurangnya
50 orang bagi setiap bahagian, organise dari sekarang dan lengkapkan dalam tempoh 1 bulan
3. Adakan pertemuan antara Biro Penerangan peringkat Bahagian dengan Biro Penerangan
peringkat Negeri,
4. Aturkan sekurang-kurang 4-10 ceramah sebulan berbentuk kelompok, 4 ceramah sebulan
dihadiri oleh pemimpin-pemimpin Negeri dan minima 2 ceramah sebulan dihadiri oleh
pemimpin-pemimpin pusat.
JANGAN LUPA MESYUARAT BIRO PENERANGAN NEGERI DI TEMERLOH PADA 11-1-09 MULAI JAM 10.00 PAGI. KETUA PENERANGAN BAHAGIAN, KETUA PENERANGAN AMK BAHAGIAN DAN KETUA PENERANGAN BAHAGIAN SERTA SEMUA AJK MEREKA DIWAJIBKAN HADIR. MESYUARAT INI AMAT PENTING UNTUK MELAKARKAN GERAK KERJA BIRO PENERANGAN PKR PAHANG UNTUK 2009.
(HAJI SUHAIMI SAID)
KETUA PENERANGAN PKR,
NEGERI PAHANG.
1.12.08
TEMERLOH.