PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Wednesday, November 12, 2008

Najib Bacul Desak Pendakwa Rayu kes Anwar dan Raja Petra!

by Reformis Melayu

Apa reaksi bacul yang ditunjukkan Najib di dalam Parlimen sebenar itulah sikap sebenar Najib, bukan setakat takut untuk berdebat dan berhujjah di Parlimen tetapi takut menghadapi Anwar di medan Politik terbuka. Mungkin Najib sudah serik bagaimana teruk kekalahannya di Permatang Pauh di dalam medan politik terbuka walaupun menggunakan sleluruh jentera Kerajaan.

Jumaat lepas dua Mahkamah membuat keputusan yang menggemparkan kem Najib. Pertama pembebasan Raja Petra dan yang kedua Hakim menolak campurtangan Penguam Negara iaitu perkakas Najib dalam tuduhan liwat. Diberitakan Najib mengadakan mensyuarat tergempar membincangkan perkembangan terbaru tersebut. Malam itu Najib dikatakan pucat dan tidak tenteram wajahnya apabila membincangkan dua kes tersebut. Najib yang terdesak untuk menduduki Putrajaya dengan menjadi perdana Menteri mengarahkan kedua kes tersebut dirayu untuk menyelamatkan karier politiknya yang boleh dikatakan hanya selangkah ke Putrajaya.

Walaupin di kaca TV anda melihat wajah tenang dan tidak bersalah, sebenarnya benarlah kata Anwar semalam Najib bakal pemimpin Diktator.lihat sahaja dalam kes liwat Saiful Bukhari, walaupun anda lihat dia seakan tidak terlibat, tetapi jelas bukti bukti yang muncul merujuk dialah perancang konspirasi Jahat. Najib seorang yang takut untuk berhadapan secara terbuka, sehinggakan keluar kata kata Najib yang dia tidak mahu lihat muka Anwar dan masih bebas dikala Pilihanraya ke-13 yang akan diadakan sejurus dia menjadi perdana Menteri. Maknanya dia mahu memastikan tempat Anwar ini dipenjara.

Ini bukan satu cerita fiksyen ini adalah sumber yang kuat merujuk perancangan jahat Najib sudah bermula. dan anda akan dapat lihat bagaimana Polis kembali digunakan bakal pemimpin diktator ini. bukan setakat keawangan Negara dia akan kuasainya seperti harta sendiri tetapi Polis dan sistem Kehakiman. revolusi Rakyat selepas ini akan berhadapan dengan regim polis pimpinan Musa Hassan dan Ismail Omar yang menjadi perkakas Najib.

Ketakutan Najib jelas, perancangan asalnya kes Altantuya akan dipercepatkan untuk menamatkan cerita dan kaitan Najib dalam kes ini, itulah sebabnya Peguam Sirul dan Azilah berani mengatakan Raja Petra dan Balasubramaniam akan dipanggil, dan jadual asalnya sesi pembelaan adalah pada 10 November iaitu semalam. mereka beranggapan Raja Petea yang masih ditahan ISA akan hilang aksesnya kepada bukti kerana pergerakannya dapat dikawal polis 24jam. Malah Menteri Dalam Negeri akan menjadi pelakon utama untuk mengahalang Raja Petra menjadi saksi kerana tidak ada keperluan.

Hari jumaat lepas Mahkamah dan Hakim Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad yang berani, dan akhirnya Najib mendesak agar kes ini ditangguh, akhirnya kes ditangguh ke januari tahun hadapan. sedangkan Mahkamah boleh meneruskan prosiding pembelaan walaupun mereka tidak temui Balasubramaniam tetapi membuat keputusan menangguhkan kes tersebut. Apa yang Najib dan baruanya mahu pastikan Raja Petra akan dipenjarakan kembali. Malah dalam waktu terdekat pendakwa dalam kes Anwar juga akan membuat rayuan terhadap keputusan Hakim Komathy.

Mengapa pendakwa kes Anwar beria-ia mahu kes ini dipindahkan? apakah prosiding kes liwat berbeza mengikut Mahkamah? atau berbeza mengikut mazhab dan akidah Hakim tersebut? kalau Pendakwa cukup bukti apa perlu beria ia mahu pindah Mahkamah tinggi,ini bukan kes bunuh, malah pertuduhan dia atas tuduhan suka sama suka. kenapa tidak teruskan dan percepatkan pendakwaan? apakah ini tandanya benar seperti kata kawan saya Najib mahu pastikan Raja Petra dan Anwar dipenjaraka sehingga dia disahkan menjadi perdana Menteri. Drama politik Malaysia akan kembali hangat bulan ini.

Apakah mahu jaminan Anwar ditarik balik dalam waktu terdekat?.

Dikatakan Najib mahu Anwar berada dipenjara kerana mahu sebahagian Ahli Parlimen Keadilan melompat Parti setelah mereka kehilangan pemimpin Utama dan dia akan selesa menduduki kerusi Perdana Menteri di Putrajaya. apakah ini akan berlaku, andai anwar ditangkap apakah akan muncul satu revolusi baru politik Malaysia. saya rasakan perubahan sudah semakin hampir cuma caranya samada aman atau tidak. Najib kini boleh mengambil resiko untuk turun secara aman atau mewujudkan gelombang reformasi kedua.

Lawan tetap Lawan

"Kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan"

AYUH LAWAN AGENDA JAHAT UMNO!! LAWAN TETAP LAWAN

Bala, Raja Petra bakal jadi saksi, kes Altantuya ditunda Januari

by mstar

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Zaki Md. Yasin menetapkan tarikh perbicaraan baruiaitu mulai 15 Januari depan.Antara saksi yang diperlukan pasukan pembelaan ialah pengendali Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin dan penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang "masih hilang dan misteri" sejak tiga bulan lalu.

Bala, Raja Petra bakal saksi, kes Altantuya ditunda Januari,
SHAH ALAM: Kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dijadual disambung hari ini telah ditunda sehingga Januari depan bagi membolehkan pasukan peguam bela mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat persediaan dan mendapatkan saksi.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Zaki Md. Yasin menetapkan tarikh perbicaraan baruiaitu mulai 15 Januari depan.

Antara saksi yang diperlukan pasukan pembelaan ialah pengendali Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin dan penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang “masih hilang dan misteri” sejak tiga bulan lalu.

Dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, dijadual memberikan keterangan untuk membela diri masing-masing atas tuduhan membunuh Altantuya.

Azilah dijadual mula memberikan keterangan secara bersumpah di kotak saksi di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin. Ia akan disusuli oleh Sirul Azhar.

Peguam Sirul, Kamarul Hisham memberitahu mahkamah bahawa tiada maklum balas diterima daripada peguam-peguam Raja Petra meskipun banyak panggilan dibuat dan mesej dihantar kepada mereka.

Kata beliau, pihaknya mahu memanggil Raja Petra dan Balasubramaniam berhubung akuan berkanun yang ditandatangani kedua-dua mereka dan diposkan menerusi Malaysia Today.

Dalam pada itu, peguam Azilah, Datuk Hazman Ahmad berkata, pihaknya memerlukan lebih banyak masa untuk bersiap sedia memandangkan kes-kes tertunda yang perlu diselesaikan.
Kemudian beliau memberitah pemberita bahawa pihaknya akan memohon pembelaan alibi bagi anak guamannya dan tidak memerlukan Raja Petra ataupun Balasubramaniam sebagai saksi.

Azilah dan Sirul Azhar dituduh membunuh Altantuya di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Azilah dari Unit Selam Tempur mula berkhidmat dalam UTK sejak 8 Januari 2003. Dia juga mempunyai kepakaran dalam body-guarding atau teknik mengawal orang kenamaan penting sama ada secara berjalan kaki mahupun berkenderaan. Dia yang masih bujang diwakili Hazman dan J. Kuldeep Kumar.

Sirul Azhar yang mula berkhidmat dengan UTK sejak 23 Januari 1996 pula bertugas dalam Unit Komunikasi. Dia kemudian bertugas mengiringi orang kenamaan penting di luar negara. Duda anak dua itu yang diwakili tiga peguam bela, Kamarul, Hasnal Redzua Merican dan Ahmad Zaidi Zainal.

Pada 31 Oktober lalu, hakim merintahkan penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda, tertuduh ketiga, dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.

AJK Pemuda dan Wanita Umno Ditangkap Kerana Berkhalwat

by msomelayu

INI ada cerita satu cerita sedap! Cerita ini melengkapkan betapa buruk dan huduhnya parti Umno yang diasaskan oleh Datuk Onn Jaafar itu. Cerita ini datangnya dari Rantau Panjang Kelantan bumi kelahiran saya. Yang membawa cerita ini sahabat saya, yang baru tiba dari kampung beberapa jam lalu.

Menurut sahabat saya itu, cerita ini ada dimuatkan dalam akhbar harian bersaiz tabloid. Tidak pasti apakah ianya terdapat dalam edisi nasional atau hanya disiarkan pada eisi pantai timur saja. Saya tidak membaca akhbar berkenaan jadi tidak tahulah samada ia ada menyiarkan berita berkenaan atau tidak.

Tetapi kata kawan saya itu, edisi pantai timur ada menyiarkannya dan beliau ada membacanya.
Ceritanya bukan seperti apa yang berlaku di Seremban kelmarin, perwakilan bertumbuk dan sampai masuk wad kecemasan. Tetapi cerita ini lain versinya namun ia merupakan cerita yang kerap kedengaran berlaku dalam Umno dari dulu, kini dan mungkin selamanya. Nauzubilahhiminazalik!

Saya kenal dengan watak dalam cerita ini. Dan lokasi kejadian juga saya tahu malah sering melalui lokasi berkenaan kalau sesekali balik kampung menggunakan jalan berkenaan. Malahan sewaktu kawan itu bercerita saya terbayang akan tempat kejadian itu. Memang saya arif benar dengan lokasi itu.

Ceritanya begini; seorang wanita Umno telah ditangkap sedang berkhalwat dengan bekas ahli jawatankuasa Umno bahagian Rantau Panjang. Mereka dicekup ketika (katanya) sedang berasmara di dalam kebun getah. Tak terbayang bagaimana mereka boleh berasmara di tempat itu! Wanita Umno itu masih bersuami dan bekas ahli jawatankuasa Pemuda itu juga ada isteri dan merupakan seorang guru kanan sebuah sekolah di kawasan itu. (Biarlah saya tidak sebut nama kampung… malu orang kampung itu nanti).

Menurut kawan saya itu mereka sudah lama mengadakan hubungan sulit itu dan diintip oleh pasukan Pencegah Maksiat. Ketika pasukan Pencegah Maksiat itu mengepung pasangan itu mereka tidak menyedari dan terus dengan ‘politik’ mereka itu. Selepas pasukan itu memperkenalkan diri baru mereka sedar dan terkejut besar. Katanya si perempuan itu cepat-cepat menarik kain dan mengemaskan pakaiannya, selamba saja.

Kata kawan saya itu, pasangan itu kira berani juga. Kerana apabila pasukan Pencegah Maksiat memperkenalkan diri mereka juga turut memperkenalkan diri mereka. “Saya ahli jawatankuasa Pemuda Umno Rantau Panjang,” kata si lelaki. “Saya ahli wanita Umno Rantau Panjang,” ujar pula di perempuan engan bangga.

Mereka mengharap dan mengira apabila memperkenalkan diri mereka sebagai ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar) alias Umno itu, pihak pencegah tidak akan mengambil apa-apa tindakan dan melepaskan mereka. Namun keahlian itu tidak dipedulikan oleh pasukan Pencegah Maksiat itu. Mereka akhirnya dibawa ke Pejabat Agama dan katanya ditahan sehari semalam dalam lokap.

Pemimpin Umno bahagian Rantau Panjang khabarnya ada menelefon pihak pencegah maksiat supaya melepaskan pasangan berkenaan tetapi tidak memberi apa-apa kesan. Pihak pencegah tetap dengan tugas dan tanggungjawabnya menahan dan mendakwa pasangan itu. Syabas diucapkan kerana menjalankan tugas yang diamanahkan.

Saya mengeluh panjang mendengar cerita itu. Malu rasanya, apa lagi keduanya sudah bersuami dan beristeri dan sudah ada anak. Anak mereka pula dikatakan berkasih dan bercinta antara satu sama lain. Apa lagi si jantan itu seorang guru. Tidak patut melakukan kerja keji begitu. Tetapi apa nak dikata jang itulah manusia yang kadang kala terbabas dan lupa daratan itu. Ada kalanya nafsu menguasi akal!

Bila saya balik kampung nanti tentu cerita ini akan didendangkan lagi dengan irama dan senikata serta dialog yang lebih menarik dan romantik lagi!

Aziz pengerusi baru SPR, ganti Rashid

by Malaysiakini

Ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkuatkuasa mulai 31 Dis ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Abdul Aziz mengikut Fasal (1) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Pelantikan Abdul Aziz, 58, berkuatkuasa mulai 31 Dis ini sehingga beliau genap berusia 66 tahun, selaras dengan Fasal (3) Perkara 114Perlembagaan Persekutuan, kata Mohd Sidek dalam satu kenyataan hari ini. Abdul Aziz dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor pada 24 Jan 1950.

Beliau, yang sebelum bersara wajib pada 24 Jan 2006 berkhidmat sebagai ketua setiausaha KDN, dan dilantik semula memegang jawatan yang sama secara kontrak.

Pelantikan Abdul Aziz sebagai pengerusi SPR adalah bagi menggantikan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang tamat tempoh perkhidmatan kerana mencapai umur 66 tahun pada 30 Dis ini.

Monday, November 10, 2008


Ceramah PKR di Pekan Kuala Krau Tidak dibenar Polis

Ceramah Pakatan Rakyat yang ditaja oleh Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau di Pekan Kuala Krau tidak dibenarkan oleh Polis. Berita permohonan permit itu telah diberitahu kepada saya, selaku Ketua Bahagian PKR Bahgian Kuala Krau jam 3.30 petang tadi. Ceramah tersebut sepatutnya berlangsung esok 11 November 2008 jam 9.00 malam di depan Pejabat PKR Bahagian Kuala Krau iaitu di Jalan Besar Pekan Kuala Krau.
Pihak Polis memberi alasan bahawa kawasan ceramah itu berhampiran dengan masjid. Walaupun saya menyatakan bahawa Ceramah akan hanya bermula selepas jam 9.00 malam, dan Isya' masuk waktu pada 8.04 malam dan apa jua aktiviti masjid sudah tamat sebelum jam 8.30 malam dan ceramah jam 9.00 malam itu tidak akan mengganggu apa jua aktiviti masjid apatah lagi Solat Isya' yang sudah pun selesai jam 8.15 malam.
Polis tetap juga tidak membenarkan walaupun hujah munasabah diberikan. PKR Bahagian Kuala Krau terpaksa mengalihkan cermah tersebut ke Kg Kuala Mai di rumah Sdr Zainal Ali (Abang Aziz) dan saya meminta ahli-ahli PKR supaya dapat berkumpul di pejabat PKR Bahagian Kuala Krau jam 9.00 pagi 11 November 2008 untuk menjalankan edaran risalah ceramah dari rumah ke rumah untuk kawasan-kawasan Pekan Kuala Krau, Taman Seri Desa, Taman Kuala Krau, Taman Mewah, Taman Tg Kubu, Kg Mesjid, Pekan Sari Lama, Kg Seboi (luar), kg Kuala Mai, Kg Gong Halt dan Kg Paya Sok.
Pada 11 November 2008 adalah hari kerja di mana urusan penyebaran kertas ceramah perlu juga disempurnakan walaupun dengan kehadiran petugas-petugas yang kecil. Ini adalah termasuk di dalam istilah "perjuangan" dan ahli-ahli akan menjadi matang dengan sepak-terajang sebegini.
Difahamkan bahawa beberapa hari yang lepas, telah diadakan MAJLIS KARAOKE di kawasan berdekatan masjid, tetapi oleh kerana program itu adalah program anjuran opisUMNO, maka tidak ada "hantu" mana pun yang menghalang program itu. Inilah demokrasi yang diamalkan di Malaysia!

PENJELASAN ISU-ISU SEMASA

EPF/KWSP/Valuecap

i. KWSP ialah wang rakyat. Setiap bulan gaji para pekerja dipotong dan dicarumkan ke KWSP sebagai persediaan di hari tua.

ii. Najib mengumumkan kerajaan akan menyuntik RM5 bilion wang KWSP ke syarikat pengurusan dana Valuecap bagi menyelamatkan kejatuhan saham KLSE.

iii. Tindakan ini:-

a. Mendedahkan wang rakyat kepada risiko laburan yang tinggi. Wang tersebut seharusnya digunakan sebagai jaminan hari tua untuk anak-anak, kesihatan dan rumah.

b.Suntikan RM5 bilion adalah terlalu kecil jika dibandingkan kepada jumlah pasaran di Bursa Malaysia iaitu RM689.5 bilion.

c. Tidak akan memberi “multiplier effect” (tak berkesan).

d. Timbul soalan pembaziran dana awam dan ketidaktelusan dalam proses pelaburan. Siapakah yang akan bertanggungjawab ke atas pinjaman ini jika mengalami kerugian kelak? Siapakah yang akan menanggung kerugian tersebut?

e. Mungkin digunakan untuk menyelamatkan kroni-kroni UMNO dan syarikat GLC yang mengalami kerugian.

iv. Apa yang meragukan di sebalik kelulusan kerajaan untuk meminjamkan wang KWSP sebanyak RM5 billion tersebut kerana Valuecap Sdn Bhd pun berhutang kepada pemegang saham yang sepatutnya dibayar pada bulan Febuari 2009. Adakah pinjaman dari dana pekerja (KWSP) itu bertujuan untuk membayar hutang kepada ketiga-tiga pemegang sahamnya?

v. Perlepasan wang KWSP :-

a. Tahun 1996 - Perwaja RM500 juta

b. Tahun 2001 - Time Dotcom RM1.9 bilion

c. Tahun 2008 - ValueCap RM5 bilion


Kemiskinan

i. Kerajaan perlu sedar dalam laporan pembangunan sumber insan Bangsa-bangsa Bersatu 2007, Malaysia mempunyai jurang pendapatan di antara yang kaya dengan yang miskin paling tinggi di Asia Tenggara dan kedua tertinggi di Asia selepas Papua New Guinea. 10% rakyat terkaya menguasai 38.4% kekayaan Negara manakala 10% rakyat miskin memiliki 1.7% dari kekayaan Negara.

ii. Ini berlaku kerana kerajaan mengagihkan peluang perniagaan dan kontrak kepada kumpulan yang sama yang sudah kaya raya dan meminggirkan peniaga atau usahawan-usahawan lainnya.

iii. Perlu menakrifkan semula golongan rakyat miskin yang sekarang ini terdiri daripada mereka berpendapatan RM690 sebulan dengan tanggungan 5 orang.

iv. Dengan takrifan ini hanya 5.7% tergolong sebagai rakyat miskin. Tetapi, cukupkah RM690 untuk menampung kehidupan sekeluarga?

v. Garis kemiskinan sekarang sepatutnya RM1,500 dengan tanggungan 5 orang. Ini berdasarkan setengah daripada pendapatan purata surirumah sebanyak RM3,000 sebulan. Dengan ini, lebih kurang 38% daripada rakyat negara ini tergolong dalam kemiskinan!



“Bajet Pak Lah” lwn “Bajet Pakatan Rakyat” lwn “Bajet Najib”

i. Dalam Bajet 2009 (dibentangkan oleh PM Abdullah Badawi pada 29 Ogos 2008), pendapatan Petronas dijangka terus menyumbang kepada 40% pendapatan kerajaan secara keseluruhan. Ketika itu, harga petrol dunia mencecah US$125 setong.

ii. Sekarang harga petrol dunia telah jatuh kurang daripada US$65 setong. Kos pengeluaran Petronas dianggarkan US$60 se tan.

iii. Kejatuhan US$1 dalam harga petrol dunia akan mengakibatkan kerajaan mengalami kerugian sebanyak RM600 milion dalam setahun.

iv. Harga minyak sawit juga telah jatuh sebanyak 65%. Pada Mac tahun ini, harga minyak sawit dunia adalah RM4,486 setan, sekarang sudah jatuh kepada RM1,565 setan. Kos pengeluaran dianggarkan RM1,200 - RM1,700 setan.

v. Untuk tahun 2009, Pakatan Rakyat menjangkakan pengurangan dalam pendapatan kerajaan sebanyak 11% kepada lebih kurang RM157 bilion berbanding anggaran BN sebanyak RM176 bilion, yang berpunca daripada kejatuhan harga komoditi dan kemerosotan KDNK akibat kemelesetan global.

vi. Oleh itu Bajet 2009 yang dibentangkan oleh PM jelas tidak berdasarkan realiti terkini iaitu krisis ekonomi, kewangan global dan kejatuhan teruk pasaran komoditi.

vii. Ketika mengemukakan Bajet Pakatan Rakyat pada 23 Oktober 2008, pimpinan Pakatan Rakyat menegaskan bahawa kepincangan Bajet 2009 bukan sahaja pada jangkaan, tetapi juga cara mengatasinya dalam jangkamasa 2008 dan 2009.

viii. Justeru pimpinan Pakatan Rakyat meminta agar kerajaan melakukan peninjauan semula ke atas Bajet 2009 yang dibentangkan pada Ogos lalu bagi mengemukakan bajet baru yang berdasarkan situasai ekonomi semasa.

x. Hakikatnya, Menteri Kewangan baru juga TPM Najib Razak pada 4 Nov telah membentangkan pelan rangsangan dalam Dewan Rakyat tanpa mengemukakan pindaan terhadap Bajet asal ketika menggulung Bajet 2009 yang dibentangkan oleh PM pada Ogos lalu.

xi. Tanpa pindaan terhadap bajet asal serta pelan baru tidak diedarkan lebih awal kepada semua Ahli Parlimen untuk menyelidik dan mengkaji, YDP Dewan membuat keputusan bahawa Pakej Rangsangan Ekonomi dan angka-angka yang dibentangkan, termasuk RM7 ribu juta, oleh Najib ketika menggulung Bajet 2009 yang menyerupai bajet baru, adalah tidak sah dan tidak mengikat Belanjawan 2009. Semuanya tidak relevan, Najib tipu rakyat.

xii. Atas sebab itu, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat ambil keputusan untuk keluar dewan pada 5 Nov sebagai bantahan terhadap:-

a. Tindakan Najib bentangkan Bajet baru tidak ikut Peratusan Mesyuarat kerana tidak kemukakan pindaan terhadap Bajet asal lebih awal; dan

b. Sikap Najib enggan beri laluan kepada Ahli Parlimen untuk celah dan minta penjelasan kerana takut untuk berbahas.


Balasan kepada Pelan Rangsangan Ekonomi oleh Najib

i. Najib meniru saranan Pakatan Rakyat dengan menambah 1.2 billion untuk hasrat ini dengan dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad. Projek ini akhirnya akan diperolehi oleh kroni-kroni jua.

ii. Pakatan Rakyat memperuntukkan tambahan sejumlah RM1 billion untuk pembangunan perumahan, lebih daripada dua kali ganda yang ditawarkan kerajaan dalam belanjawan 2009.

iii. Pakatan Rakyat juga akan menyediakan dana pinjaman mudah untuk pembinaan bertujuan memastikan kontraktor kecil dan sederhana tidak menghadapi masalah aliran tunai yang terhad.

iv. Pakatan Rakyat akan memastikan lebih banyak perumahan kos rendah dan sederhana akan dibina dengan penilaian semula harga siling untuk perumahan kos rendah dengan perhitungan kos material pembinaan semasa.

v. Pemotongan sementara untuk sumbangan pekerja kepada KWSP daripada 11% kepada 9% sebulan untuk tempoh satu tahun bagi meningkatkan pendapatan yang boleh dibelanjakan. Langkah ini akan menyuntik hampir RM2 bilion ke dalam ekonomi untuk perbelanjaan dalam negara. Idea ini juga ditiru bulat-bulat oleh Najib.


Skandal pembelian Eurocopter

i. Pembelian 12 unit Eurocopter Cougar EC725 yang melibatkan kewangan negara berjumlah RM1.604b.

ii. Di Brazil, pembelian 50 unit helikopter “Multi-Mission” ini akan melibatkan jumlah kewangan sebanyak RM4.14b (USD 1.2b) atau RM82.8 juta bagi setiap unit. Sila bandingkan dengan Malaysia yang membeli 12 helikopter jenis ini dengan harga RM1.604b atau RM134 juta bagi setiap unit.

iii. Perbezaan harga yang diperolehi adalah RM51 juta bagi setiap unit.

iv. Kita jelas bahawa pembelian kereta Kancil pun kita kena memeriksa keadaannya. Tetapi, pembelian helicopter yang berjumlah RM1.6 bilion ini tidak pernah diperiksa. Ia langsung tidak masuk akal!

v. Kita khuatir, adakah pembelian Helikopter Nuri sebelum itu tidak diperiksa? Adakah itu punca Nuri membawa begitu banyak kes kemalangan yang mengorbankan askar-askar kita?

vi. Kita juga ingin bertanya, adakah kapal terbang khas Najib tidak diperiksa sebelum membelikannya? Jika ya, adakah ia bermaksud harga nyawa najib adalah lebih tinggi daripada harga askar-askar lain.

vii. Semasa siasatan oleh PAC, Abdullah membatalkan pembelian Eurocopter tersebut selepas 32 hari pembeliannya. Kenapa?


Skandal pembelian Kapal Selam Scorpene

i. Pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM4.5 bilion. Peruntukan ini boleh digunakan untuk membina satu KLCC!

ii. Najib dengan kuasa yang dimilikinya telah melantik syarikat milik Abdul Razak Baginda, sebagai agen menguruskan pembelian kapal selam daripada Perancis dengan komisen berjumlah RM520 juta.

iii. yarikat Perimekar Sdn Bhd didakwa menerima komisen.

iv. Apabila khalayak umum memberi duit kepada pihak penguatkuasa, ia dipanggil sebagai perbuatan rasuah. Apabila skandal pembelian kapal selam melibatkan pemberian sejumlah wang yang besar, ia bergelar komisen.

v. Mantan Ketua Pembangkang Dato’ Seri Dr Wan Azizah meminta menubuhkan suruhanjaya bebas untuk menyiasat pembelian peralatan ketenteraan oleh Kementerian Pertahanan tetapi tidak dipedulikan. Adakah Najib takut disiasat?


Skandal pembelian Sukhoi Russia

i. Pembelian pesawat pejuang Sukhoi bernilai RM3.2 bilion.

ii. Pelantikan syarikat bekas Menteri Penerangan, Dato’ Seri Adib Adam sebagai broker pembelian – seorang lagi Kroni UMNO!

iii. Melibatkan pembayaran komisen berjumlah RM400 juta.



Skandal Projek High-Speed Broadband (HSBB)

i. Pada 16 September 2008 Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi atau High-Speed Broadband yang bernilai RM11.31 bilion secara tergesa-gesa sehari sebelum dilantik secara rasmi sebagai Menteri Kewangan.

ii. Timbalan Perdana Menteri juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kabinet untuk jalur lebar – “conflict of interest” adalah jelas.

iii. Dalam perjanjian dengan Telekom itu, Kerajaan perlu menyuntik RM2.4 bilion untuk tempoh tiga tahun pertama, tetapi anehnya setelah suntikan dana awam disempurnakan, projek itu akhirnya akan menjadi milik mutlak Telekom sepenuhnya.

iv. Sebuah lagi syarikat telekomunikasi (Maxis) berupaya menawarkan sebutharga berjumlah lebih kurang RM7 bilion dengan spesifikasi yang sama; ini bermaksud dengan harga RM4 bilion lebih rendah.


Kes Pembunuhan Altantuya

i. Kes Altantuya merupakan satu-satunya kes besar penuh sensasi yang melibatkan kepimpinan politik Malaysia secara langsung dengan pembunuhan ngeri seorang model.

ii. Altantuya Shaariibuu @ Aminah Abdullah (Bahasa Mongolia: Алтантуяа Шаарьбуу) (1978-2006), seorang rakyat Mongolia, merupakan seorang mangsa bunuh yang mana baki mayatnya telah dihancurkan dengan bahan letupan C4. Altantuya telah dilahirkan pada tahun 1978, anak kepada Shaaribuu Setev, seorang profesor psikologi dan Sh Altantsetseg.

iii. Altantuya tinggal dan dibesarkan di St. Petersburg, Rusia, sehingga berusia 12 tahun dan mendapat pendidikan di Beijing, China. Dia fasih berbahasa Mongolia, bahasa Inggeris, Rusia, Mandarin dan Perancis. Altantuya Shariibuu bekerja sebagai guru siswazah dan penterjemah dan jurubahasa di Ulaan Bataar.

iv. Altantuya Shariibuu juga bekerja dengan beberapa agensi pelancongan dan sebagai model sambilan. Beliau sering ke luar negara selaku model sambilan. Wanita cantik dari Mongolia ini dipercayai diletupkan dengan C4 di Shah Alam, Selangor. Bahan letupan C4 ini sukar diperolehi di Malaysia kecuali oleh pihak tentera dan polis Malaysia sahaja.

v. Siasatan awal mendapati Abdul Razak Baginda, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar terlibat secara aktif. Mereka dari Unit Tindakan Khas Kementerian Pertahanan dan penganalisis keselamatan antarabangsa. Dari sinilah nama Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pertahanan dikait-kaitkan.

vi. Dari awal lagi Najib telah menafikan pelbagai khabar angin yang mengaitkan nama beliau. Apabila kes ini dibawa ke mahkamah, tidak ada lagi sebarang kenyataan penafian kerana akan menjejaskan proses perbicaraan. Setelah sekian lama, kes Altantuya ini berlangsung dan pelbagai khabar angin penglibatan Najib barulah dinafikan secara rasmi pada 1 Mei 2008. Semasa dan sebelum pilihan raya 2008, nama beliau diperkatakan oleh pihak pembangkang dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu hanya ‘mendiamkan’ diri sahaja.

vii. Pada 1 Mei 2008, Najib melalui setiausaha akhbarnya Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad menafikan sekeras-kerasnya beliau terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu. Antara kenyataan dan penafian itu termasuklah kononnya tidak pernah mengenali wanita Mongolia itu dan tidak pernah bertemu dengan mangsa terbabit.

Berikut ialah 8 Persoalan Besar Kes Altantuya:

1. Enggan siasat saksi
Dakwaan seorang saksi kes Altantuya bahawa Altantuya pernah makan bersama dengan Razak Baginda dan individu bernama ‘Najib Razak’ tidak pernah disahkan. Malahan kredibiliti saksi itu juga tidak pernah diteliti oleh pihak penyiasat mahupun pihak mahkamah.

2. Enggan siasat gambar
Kononnya ada sekeping gambar Altantuya dengan Razak Baginda dan ‘Najib Razak’ tidak pernah dibuktikan oleh mana-mana pihak. Ini disebut oleh seorang saksi kes tetapi tidak disiasat oleh pendakwaan. Sewajarnya, sebuah unit siasatan dikerahkan memastikan kewujudan gambar ini benar atau tidak.

3. Enggan panggil saksi
Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mengaku tidak ada kaitan dengan pembunuhan Altantuya. Beliau juga mendakwa tidak pernah menyokong permohonan visa Altantuya untuk datang ke Malaysia. Beliau juga menafikan sengaja menghapuskan rekod Jabatan Imigresen Malaysia berhubung kedatangan Altantuya ke Malaysia. Memandangkan Najib begitu kerap memberi pelbagai kenyataan berkaitan kes ini, sewajarnya najib dipanggil sebagai saksi. Keengganan memanggil Najib memberi keterangan menguatkan persepsi umum bahawa ada perkara hendak disembunyikan dan Najib takut.

4. Saksi ditahan di bawah ISA
Kebanyakan kenyataan-kenyataan Raja Petra Kamaruddin (RPK) berhubung kes ini merupakan ‘hearsay’ yang tidak pernah dibuktikan kesahihannya. Kes pembunuhan Altantuya dikatakan tidak bersangkut-paut dengan pembelian kapal selam yang dibeli oleh kerajaan Malaysia. Kementerian Pertahanan Malaysia memang ada membeli kapal selam tersebut tetapi mengaku tidak pernah melibatkan wanita bernama Altantuya. Sekiranya ini benar, RPK patut diberi peluang membela diri di mahkamah dan bukan ditahan di bawah ISA. Apabila RPK ditahan di bawah ISA, tentulah beliau boleh diseksa dan diberi tekanan sewaktu di dalam ISA.

5. Tindakan pelik Rosmah
Sewajarnya, apabila seseorang itu difitnah, si mangsa akan segera mempertahankan diri dan mendakwa pemfitnah di mahkamah sekiranya berterusan memfitnahnya. Inilah yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Tun Mahathir. Ini berbeza dengan Rosmah di mana beliau enggan mendakwa RPK yang mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya. Sebaliknya, dalam diam-diam, RPK ditahan di bawah ISA. Ini menguatkan persepsi bahawa Rosmah tidak berani mendakwa di mahkamah kerana ada perkara yang hendak disembunyikan.

6. Bala menghilangkan diri
Akuan bersumpah Bala tidak mendapat perhatian mahkamah. Laporan tidak diambil endah tetapi Bala sekeluarga hilang begitu sahaja. Kehilangan Bala sekeluarga telah menjadi sebuah misteri. "Saya diberitahu bahawa isteri Najib menemui Bala di British Isle beberapa hari selepas penyiasat persendirian itu menghilangkan diri dan membayar Bala RM5 juta. Saya diberitahu bahawa Bala dan keluarganya sedang berusaha untuk mendapatkan kewarganegaraan India. Saya benar-benar berharap ini tidak benar dan Rosmah akan membuat kenyataan menafikannya." Begitulah dakwaan blogger.

7. Tiada siasatan pertukaran mesej SMS Najib dengan Peguam
Pertukaran mesej SMS antara Najib dengan seorang peguam kanan, Datuk Muhammad Shafee Abdullah, berhubung pendakwaan terhadap Abdul Razak Baginda dalam kes pembunuhan Altantuya sekitar November 2006 telah didedahkan, namun tiada sebarang siasatan dijalankan. Komunikasi SMS jelas memperlihatkan penyalahgunakan kuasa seorang Timbalan Menteri Perdana dengan mencampurtangan dalam kes pendakwaan terhadap Abdul Razak.

8. Ketua Hakim membebaskan Razak Baginda
Razak Baginda yang merupakan tertuduh ketiga dalam kes pembunuhan Altantuya telah dibebaskan dua hari selepas Bekas Penasihat Undang-undang Umno Zaki Azmi dilantik sebagai Ketua Hakim Negara. Razak Baginda dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat membunuh Altantuya memperlihatkan keputusan mahkamah ke atas kes yang mengaitkan pimpinan tertinggi negara ini adalah tidak adil bagi Altantuya dan keluarganya, malah tidak bebas daripada kuasa politik.

Sunday, November 9, 2008

7 tulisan Raja Petra semasa di Kamunting sentuh parti, personaliti

by mstar AKSI tersendiri Raja Petra Raja Kamaruddin ketika ditemu bual di rumahnya di Sungai Buloh, selepas 24 jam dibebaskan daripada tahanan ISA kelmarin. foto The Star oleh LOW LAY PHON

Pengendali Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin, yang dibebaskan kelmarin daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah menghasilkan tujuh artikel yang menyentuh pelbagai parti dan personaliti negara ini.

Artikel-artikel berkenaan yang menyentuh perkembangan semasa dihasilkan ketika berada dalam tahanan hampir dua bulan dan akan disiarkan menerusi laman webnya dalam waktu terdekat, kata beliau yang turut dikenali dengan gelaran RPK.

“Saya juga berfikir apa yang akan saya buat sekarang… apa yang perlu saya tulis dalam blog saya. “Semasa berada dalam di kem (tahanan) Kamunting, saya sempat menulis enam hingga tujuh artikel dan saya akan menunggu masa yang sesuai untuk menerbitkannya dalam Malaysia Today,” kata beliau ketika ditemui mStar Onlinedi rumahnya di Sungai Buloh petang semalam.

Sambil menjelaskan yang beliau tidak tidur sejak dibebaskan petang kelmarin, Raja Petra berkata, beliau secara terus-menerus menerima kunjungan dan mengunjungi kawan-kawasan dan saudara-mara sejak dibebaskan 3.20 petang.

Raja Petra yang terkenal kerana tulisan-tulisannya yang kritikal dan kontroversi, yang membawa kepada penahanan di bawah ISA dan Akta Hasutan menambah: “Bukan mudah menjadi penulis kontroversi seperti saya. Risikonya tetap ada… mungkin ditahan di bawah ISA tapi mereka tidak akan dapat merasai apa yang saya rasa semasa ditahan di Kamunting.

“Masyarakat suka melihat sedikit pertelingkahan. Saya menentang kerajaan, masyarakat suka melihatnya, cuma yang perlu difikir balik adalah sejauh mana mereka komited untuk turut serta dalam apa yang diperkatakan.”

Beliau yang turut berhadapan dengan tuduhan di bawah Akta Hasutan, kes yang sedang dibicarakan mengakui bahawa tidak ramai yang berani bersuara untuk menegakkan kebenaran.

“Laman web Malaysia Today memprovokasi masyarakat… ada perkara yang menyentuh sensitiviti tertentu, anda akan ditahan… ibarat menjolok sarang tebuan, kadang-kadang kita akan disengat.

“Tapi itu adalah cara untuk mengajak masyarakat agar bersama-sama bersatu untuk membetulkan keadaaan,” katanya. Mengulas lanjut pendirian dan sikapnya dalam tulisan dihasilkan selama ini dan selepas dibebaskan, beliau berkata, “hakikatnya saya menulis untuk mengkritik agar masyarakat mempunyai kesedaran tentang isu-isu sejagat.”

“Saya tidak hanya menghentam kerajaan, saya juga ada mengkritik PAS. Ini termasuklah artikel terbaru yang saya tulis semasa di Kamunting, saya ada tulis tentang Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu dan pemimpin PKR) biarpun dia kawan saya, saya tidak peduli siapa pun anda.

“Saya juga ada mengkritik PAS, orang Melayu, Cina dan India… saya mengkritik semua pihak jika saya rasa apa berlaku itu tidak betul,” katanya lagi. Beliau menarik perhatian bahawa terlalu ramai yang mengkritik kerajaan tapi mereka hanya bercakap tanpa mengambil apa-apa tindakan.

“(Misalnya) bila ditanya siapa yang mereka undi, mereka kata mereka tidak mendaftar sebagai pengundi. Mereka yang mengkritik kerajaan paling banyak adalah mereka yang tidak mengundi pada pilihan raya umum yang lalu,” katanya. Dalam temu bual ini, beliau juga menyentuh pentingnya negara dipimpin oleh barisan kepimpinan muda.

Antara nama-nama disentuh beliau ialah Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin; Exco Pemuda Umno, Datuk Muhkriz Tun Dr. Mahathir dan anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah. “Kita perlu beri peluang yang lebih banyak kepada golongan muda untuk memerintah negara kerana mereka yang akan menjadi pemimpin masa hadapan.

“Saya suka melihat Umno sekarang, pemimpin-pemimpin muda seperti Khairy (Jamaluddin) dan Mukhriz (Mahathir), mereka perlu diberi peluang untuk ke depan. "Pemimpin yang berusia perlu bagi peluang kepada mereka ini. Saya tahu walaupun Khairy tidak suka dengan saya tapi dia menyokong untuk menghapuskan ISA.

“Ini satu perkara yang menjadi titik persamaan kebanyakan perubahan yang dimahukan oleh rakyat. “Saya tidak kisah jika dia tidak suka saya. Saya bukan menyokong dia cuma apa yang perlu dilihat apa yang masyarakat mahukan,” katanya. Kata Raja Petra, beliau melahirkan sokongan kerana mereka merupakan golongan muda yang mempunyai pendidikan tinggi.

“Mereka ini yang akan membawa kita lebih maju ke hadapan. Bukan hanya mereka sahaja, kita ada Puteri Reformasi, Nurul Izzah, Hanna Yeoh (ADUN Subang Jaya) mereka ini boleh jadi pemimpin yang berwibawa dengan pendidikan dan kebolehan yang mereka miliki,” katanya. Khairy, Mukhriz, Nurul dan Hanna merupakan wakil rakyat penggal pertama dengan memenangi kerusi dalam pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu.

Katanya, negara dan rakyat tidak boleh menoleh ke belakang kerana Malaysia bukan lagi berada di era 1969 yang menyaksikan pergolakan perkauman. “Masyarakat hari ini sudah bijak dan berfikiran terbuka,” jelas beliau.

BERITA SUKAN TERKINI !!! PERWAKILAN BERTUMBUK, MESYUARAT UMNO BAHAGIAN SEREMBAN DI TANGGUH - melayau

by tukartiub
SEREMBAN 9 Nov 2008, Persidangan perwakilan UMNO Bahagian Seremban hari ini ditangguhkan selepas tercetusnya pergaduhan di antara perwakilan dalam dewan Kelab Golf Taman Tuanku Ja'afar di sini.

Keputusan tersebut dibuat oleh Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian, Othman Senara selepas perwakilan mula bertumbuk antara satu sama lain, membaling kerusi ke arah barisan jawatankuasa bahagian serta mengeluarkan kata-kata kesat dalam kejadian yang turut disaksikan pengerusi jawatankuasa pemantau UMNO Bahagian Seremban, Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Berikutan kejadian itu, mesyuarat tertangguh selama lebih 30 minit dan difahamkan dua perwakilan mengalami kecederaan.

kah kah kah kah…… kah kah kah kah….. terguling guling…. kah kah kah…. berderai derai….. kah kah kah….terbaha bahak….. kah kah kah…

wakil WORLD BOXING FEDERATION (WBF) dan wakil WORLD BOXING ASSOCIATION (WBA) telah datang ke Seremban untuk melihat dan memberi takrifan apakah ini bantamweight, middleweight atau heavyweight…… kah kah kah…

DON KING promoter Muhammad Ali cley sencara senyap-senyap telah menandatangai perjanjian untuk membawa penumbuk-penumbuk ini ke CEASER PALACE sebelum akhir tahun ini…. kah kah kah….

Kalau dulu Don King membuat Thriller in Manila… kah kah kah… kali ini pertumbukan seremban ini akan di kenali sebagai THRILLER REGU GILEER….. kah kah kah kah…. kah kah kah… kah kah kah

HATI-HATI MENGGUNAKAN PC DI TEMPAT UMUM

Saya mendapat maklumat ini dari laman tranung kita. Rasanya ia amat penting disebarkan supaya kita berhati-hati bila menggunakan PC ditempat umum.
HATI2 KALAU MEMAKAI PC DI TEMPAT UMUM (SEPERTI INTERNET CAFE, DLL...) CEK BELAKANG PC DAN LIHAT APAKAH ALAT INI ADA DI BELAKANG PC, BILA ADA, JGN PAKAI PC ITU!!!!
Alat ini dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu...Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel dan lapangan terbang.

Maka berhati-hatilah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.

Setelah anda selesai masuk ke account bank online, dan meninggalkan PC, sesiapa sahaja dgn mudah boleh membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, segalanya telah tersimpan di dlm Black Device.

Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting.

Semoga informasi ini berguna untuk anda semua.. supaya dapat mencegah terjadinya hal2 yg tdk diinginkan.

Kisah Kebodohan Najib Di Parlimen Yang Cuba Disembunyikan...

by Firdaus (Kopitiam Bang Nan)

Belum apa2 dah bodoh. Ni yang leceh ni. At least pak Lah dah jadi PM baru kita tau dia flip flop... Media Perdana satupun tak cerita pasal Najib di Parlimen ni. Kalau adapun yang muluk2 belaka. Kesian rakyat malaysia na...

Dan DBP perlu memberikan makna baru kepada perkataan "Pandikar". Teman cadangkan perkataan ini sebagai gambaran tepat..."pencacai nombor wahid!" Untuk memberi gambaran sebenar, mari kita baca apa yang Khalid Jaafar ni tulis dalam Malaysiakini....

Najib ditampar 'revolusi' di Parlimen Khalid Jaafar Nov 6, 08 2:43pm. Semalam apabila dunia meraikan kemenangan Barack Obama sebagai presiden baru Amerika Syarikat, rakyat Malaysia juga memperolehi sesuatu untuk mereka rayakan.

Peristiwa itu adalah kemenangan institusi Parlimen apabila pindaan belanjawan bernilai RM7 bilion ditolak. Belum pernah seorang timbalan perdana menteri dan juga menteri kewangan menerima tamparan sebegitu hebat dalam sejarah politik dan parlimen Malaysia.

Malangnya rakyat Malaysia tidak merayakannya kerana majoriti tidak tahu apa yang sebenarnya telah berlaku kerana kegagalan media melaporkan sejarah yang dicipta oleh institusi ulung demokrasi kita.

Majoriti yang mengundi pada 8 Mac lalu merasakan mereka telah melaksanakan tanggungjawab demokrasi mereka dengan mencipta tsunami politik tetapi selepas itu tidak mengikuti apa yang berlaku di Dewan Rakyat dengan teliti dan memantau perilaku wakil-wakil rakyat yang mereka hantar ke Parlimen.

Persepsi umum adalah pembangkang tidak boleh berbuat apa-apa yang berkesan selagai mereka tidak dapat membentuk sebuah kerajaan baru. Tetapi persepsi ini akan berubah dengan insiden yang berlaku semalam. Bagi saya, peristiwa itu suatu revolusi.

Tahniah perlu diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang, ahli parlimen veteran Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) dan Khalid Samad (PAS-Shah Alam).

Tanpa kepetahan mereka berhujah, kefahaman mereka yang mendalam tentang peraturan mesyuarat, dan fanatisme mereka terhadap kedaulatan Parlimen, revolusi semalam tidak dapat dilancarkan.

Namun hujah-hujah yang dikemuka oleh barisan pembangkang semalam tetap akan tinggal sebagai satu peristiwa dalam rentetan drama kekecohan Dewan Rakyat sekiranya yang dipertua dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan timbalannya Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar sendiri tidak mengambil pendirian yang bersejarah. Tanpa ketegasan, dan tentunya keberanian mereka, Parlimen tidak akan menjadi parlimen yang baru semalam.

Dalam revolusi parlimen tersebut Datuk Seri Mohd Najib Razak menerima tamparan yang paling hebat. Ia belum pernah berlaku dalam sejarah politik dan parlimen Malaysia. Menteri kewangan yang masih merayakan kemenangannya sebagai presiden Umno tanpa cabaran memaklumkan pakej rangsangan sebayak RM7 bilion dalam ucapan menggulung perbahasan belanjawan 2009.

Najib menggunakan ucapan penggulungannya itu untuk menyindir "mimpi" Anwar yang tidak kesampaian bagi membentuk kerajaan baru. Singgungan politik yang dibuat oleh timbalan perdana menteri itu bukanlah suatu yang baru.

Menjadi haknya untuk memasukkan unsur politik membelasah pembangkang dalam ucapannya. Tradisi mempolitikkan ucapan belanjawan bermula pada Tun Daim Zainuddin lagi dan sampai puncaknya ketika Anwar menjadi menteri kewangan.

Tetapi ada perbedaan perilaku parlimen Anwar dengan Najib sebagai menteri kewangan. Anwar, setelah membelasah pembangkang dalam ucapan belanjawannya, akan duduk mendengar dengan teliti hujah dan kritikan pembangkang terutamanya ucapan dari ketua pembangkang.

Dan dalam waktu penggulungan dan perbahasan, Anwar memberikan laluan untuk pembangkang mencelah dan menyoal. Tetapi Najib cuma datang ke Dewan Rakyat untuk memberi ucapan dan tidak memberikan laluan sama sekali bagi pembangkang untuk mencelah.

Maka apabila Anwar dalam sidang akhbarnya semalam membelasah timbalan perdana menteri sebagai "tidak memiliki keyakinan diri" kerana enggan berbahas, ia merupakan suatu yang sungguh serius.


Dan tuduhan tersebut akan membayangi Najib, sebagaimana skandal-skandal lain membayanginya, selagi menteri kewangan tersebut tidak merobah perilaku parlimennya.

Mengapakan Najib yang sudah begitu lama menjadi ahli parlimen, sekian tahun menjadi menteri kanan, membuat suatu kesilapan yang begitu besar? Apakah keseronokan beliau mewarisi takhta kepresidenan Umno menyebabkan beliau cuai dalam urusan Dewan Rakyat?


Saya melihat Najib dan pemimpin-pemimpin kanan BN masih lagi dalam situasi penafian selepas tsunami Mac lepas. BN sudah kehilangan majoriti dua pertiga tetapi beliau masih lagi terperangkap dalam bayangan majoriti dua pertiga.

Selama ini menteri-menteri BN hanya melihat Dewan Rakyat sebagai rubber stamp, sekadar satu formaliti untuk meluluskan apa yang telah diputuskan oleh eksekutif. Tidak terbayang bagi mereka cadangan daripada kerajaan, apabila satu cadangan yang begitu penting seperti pindaan belanjawan berjumlah RM7 bilion boleh ditolak oleh parlimen.

Mereka tahu ada pemisahan kuasa antara badan legislatif dengan eksekutif, tetapi pada mereka pemisahan ini hanya pada peringkat teori, tetapi tidak pernah berlaku pada peringkat amalan.

Maka semalam apabila Dewan Rakyat mengumumkan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (iaitu belanjawan) masuk ke peringkat jawatankuasa,wakil-wakil pembangkang seorang demi seorang bangun menanyakan belanjawan yang mana satu hendak dibahaskan.
Belanjawan yang dibentangkan oleh perdana menteri sebagai menteri kewangan pada 29 Ogos lepas atau belanjawan yang telah dipinda oleh timbalannya sebagai menteri kewangan yang baru dengan tambahan sebanyak RM7 bilion?


Peraturan mesyuarat memerlukan cadangan pindaan itu dibentangkan dan sebelum dibentang, ia perlu diedarkan dua hari sebelumnya untuk memberikan masa yang cukup untuk ahli parlimen menelitinya. Najib tidak mengikut prosedur ini, beliau hanya memberi ucapan dan dalam ucapan tersebut mengandungi cadangan pindaan.

Tanpa pindaan itu dibentangkan mengikut peraturan mesyuarat, ia tidak boleh dibahaskan dan tidak boleh diluluskan. Kelihatannya perkara ini hanya bersifat teknikal. Tetapi inilah tuntutan perlembagaan.

Sekiranya prosedur ini tidak ikuti, maka pembangkang boleh membawa isu ini ke mahkamah kerana telah berlaku suatu pelanggaran perlembagaan. Dan yang dipertua dewan dan timbalannya amat sedar perkara itu.

Sekiranya mereka membenarkan cadangan pindaan belanjawan Najib dibawakan kepada peringkat jawatankuasa, ia bermakna mereka yang membenarkan pelanggaran perlembagaan berlaku dalam majlis yang dipengerusikan mereka.

Tetapi media tidak dapat menangkap revolusi yang diciptakan oleh Pandikar Amin. Akhbar Sinar Harian hanya melaporkan bahagian ucapan beliau: "pengumuman pakej rangsangan ekonomi bernilai RM7 billion tidak melanggar peraturan mesyuarat."

Betul, pengumuman itu tidak melanggar peraturan. Tetapi RM7 bilion itu tidak boleh menjadi sebahagian daripada belanjawan 2009. Maka jumlah tersebut tidak boleh dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

Mohd Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Kit Siang bangun untuk meminta penjelasan daripada speaker untuk tidak berlaku salah faham. Dalam penjelasannya, Pandikar Amin tidak mengatakan beliau menolak pindaan belanjawan yang diumumkan oleh Najib.

Beliau hanya menjelaskan dengan berulangkali bahawa belanjawan yang akan dibahaskan pada peringkat jawatankuasa adalah belanjawan yang dibentangkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam rumusannya, Anwar berkata pindaan belanjawaan yang diumumkan oleh timbalan perdana menteri hanyalah satu pandangan, ia tidak mempunyai kekuataan undang-undang.

Khalid Jaafar adalah pengarah eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD) dan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

JIJIKNYA UMNO DENGAN ADANYA 900 ADUAN RASUAH

by Manjanik

MASYAALLAH apa ni UMNO? Sampai lebih 900 aduan rasuah politik. Boleh masuk Malaysian Book of Records ni. Mana pergi BPR? Takkan senyap kot. Ada beza-beza ke rasuah ni? Rasuah politik tak boleh siasat dan ambil tindakan ke? Oooo macam tu rupanya.

Inilah Malaysia negaraku. Rakyat pening dengan sistem pentadbiran negara. Sudah ada rasuah halal dan rasuah haram. Kalau politik wang mungkin itu rasuah halal dan tidak boleh BPR siasat kerana UMNO kata itu kes dalaman. Walaupun melibatkan berjuta ringgit sebagaimana yang Ku Li dakwa hanya UMNO sahaja yang boleh ambil tindakan. BPR tiada kuasa dan tiada hak.

Lainlah kalau orang awam ada merasuah sesen dua, maka itu dianggap rasuah haram. jelasnya, apabila melibatkan pemimpin UMNO dan parti UMNO maka ianya halal.

Apakah rakyat tidak boleh berfikir lagi betapa jijiknya UMNO? Tolong fikirlah sekejap demi masa depan anak cucu kita. Jangan dibudayakan amalan ini sebagai suatu tradisi. Api neraka tidak mengenal siapa - UMNOkah atau orang yang menyokongnyakah?

Selamat bersidang sebelum Allah “persidangkan” kita semua.

ISA - MASIH ADA HAKIM YANG TELUS DAN BERMARUAH

Oleh Wan Fauzdin

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan kuasanya maka seorang daripada hambanya telah dibebaskan dari belenggu kezaliman. Sifat profesional dan bertanggungjawab hakim yang telah membebaskan Raja Petra (RPK) dari tahanan ISA amat membanggakan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan. Kepada RPK, suka diingatkan bahawa pembebasan beliau bukan bermakna negara ini bebas sepenuhnya dari kezaliman. Perjuangan mesti diteruskan sehingga tiada seorang pun rakyat yang terus dizalimi dan teraniaya.

Asas pertuduhan terhadap RPK sebelum ini sememangnya agak serius terutamanya yang melibatkan isu agama. Sokongan PAS khususnya terhadap RPK selama ini bukan kerana atas isu yang ditimbulkan oleh RPK di dalam blognya, tetapi sokongan PAS sama seperti sokongan PKR dan DAP serta rakyat yang lainnya hanyalah kerana RPK telah dihukum dan ditahan tanpa bicara. Inilah asas mengapa Pakatan Rakyat dan rakyat yang lainnya menyokong pembebasan RPK. Masih ramai lagi insan yang menderita akibat akta purba ini, dan menjadi kewajipan semua untuk melihat akta ini akan dikuburkan secepat mungkin. Meskipun terdapat `suara-suara syaitan' yang menyerupai manusia yang masih mengagungkan akta ini, itu adalah musuh kita bersama walaupun seorang daripada mereka adalah lahir dari `ikhsan' kita untuk bersuara di Parlimen. Suara beliau bukan membawa suara rakyat tetapi membawa `suara syaitan', dan kita akan pastikan suara seperti ini tidak lagi berkumandang di Parlimen selepas Pilihanraya Umum Ke 13 nanti.

Saya mengenali dari jauh RPK sebagai seorang aktivis yang tidak minat berpolitik. Beliau bukan tokoh politik dan juga bukan tokoh agama, tetapi beliau adalah aktivis rakyat yang ingin menyuarakan pendapatnya. Memang benar, tidak semua pendapat beliau di dalam blog boleh diterima dan perlu kepada perbahasan lanjut, terutamanya pendapat beliau darihal agama Islam. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kita terutamanya pemimpin di dalam Pakatan Rakyat yang mempunyai pengetahuan tinggi dalam ilmu agama membimbing dan membantu RPK. Isu agama terlalu sensitif untuk diperkatakan apatah lagi bagi mereka yang tidak mendalami ilmu tersebut. Sekiranya kita hanya mempunyai asas agama, adalah lebih baik kita bercerita sekadar yang kita faham sahaja. Kepada RPK, saya suka menasihatkan beliau agar lebih menumpukan kepada isu-isu lain daripada menimbulkan isu-isu agama di dalam blognya. Saya amat mengkagumi beliau terutamanya keberanian beliau mendedahkan beberapa penyelewengan oleh beberapa pemimpin politik.

Pembebasan RPK akan dapat meningkatkan semangat kita untuk terus berjuang membebaskan mangsa-mangsa yang lain. Pembebasan beliau ini juga akan menyerlahkan lagi kepada rakyat betapa beruntungnya mereka kerana memilih Pakatan Rakyat yang tidak pernah jemu untuk memperjuangkan nasib rakyat bawahan. Kini, UMNO/BN telah mula terasa tertekan dengan kehendak rakyat yang inginkan perubahan. Sekiranya mereka gagal untuk berubah, Pakatan Rakyat mungkin telah bersedia menjalankan amanah rakyat ini.

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

Saturday, November 8, 2008

YB Fuziah Salleh (Kuantan): Kembalikan Integriti SPR Malaysia

KEMBALIKAN INTEGRITI SURUHANJAYA PILIRAN RAYA MALAYSIA

Merujuk kepada jawapan bertulis oleh Perdana Menteri dalam Dewan Rakyat semalam (6 Nov), bahawa status 11,842 orang pemilih yang menggunakan kad pengenalan lama masih belum ditentukan statusnya oleh ahli panel SPR kerana kini sedang disemak oleh pihak JPN, penjelasan tersebut sungguh tidak masuk akal memandangkan kita sudah ada satu sistem perisian seperti SPINTRA yang digunakan.

Jawapan di atas diberikan bagi soalan lisan saya dalam Dewan Rakyat semalam ke-32, berkenaan "status dan perkembangan mengenai 11,842 pemilih (tercatat dalam daftar pemilih SPR 2004) yang menggunakan kad pengenalan lama yang belum dapat dikesan sehingga kini".

Sistem rangkaian maklumat SPRINTRA yang diwujudkan oleh SPR sewajarnya memastikan sistem pilihan raya dijalankan dengan telus, adil dan bebas memandangkan belanjawan besar diperuntukan dalam Bajet 2009.

Namun amat mengecewakan kerana SPR yang bertanggungjawab dalam menentukan barisan kepimpinan yang bakal menerajui masa depan Negara ini telah disalahgunakan demi kepentingan sesetengah pihak.

Terdapat bukti kukuh yang didapati di Kuantan menunujukkan bahawa SPR telah melakukan penipuan dengan menggunakan daftar pemilih.

Beberapa kes yang melibatkan pemilih yang berumur melebihi 100 tahun dan yang telah meninggal dunia telah di keluarkan dari daftar pemilih sewaktu pembersihan daftar pemilih hujung tahun 2006 akan tetapi nama pemilih tersebut, telah dimasukkan semula ke dalam daftar pemilih yang diguna pakai dalam PRU12 Mac lalu. Kad pengenalan baru diwujudkan seolah-oleh si mati lahir pada 1985, sedangkan berdasarkan kad pengenalan lama beliau lahir pada 1885.

Apakah peruntukan untuk SPR ini wajar diluluskan sedangkan ia masih belum dapat menjamin ketelusan sistem pilihan raya? Sampai bilakah rakyat Malaysia harus melalui penipuan demi penipuan padahalnya sesetengah pihak tertentu yang mendapat habuannya?

Saya menyeru agar integriti SPR dikembalikan supaya dapat bertindak sebagai badan yang bebas, dan bukan lagi menjadi boneka Barisan Nasional dengan mengorbankan harapan seluruh rakyat Malaysia dalam memacu masa depan Negara.

Friday, November 7, 2008

Hakim Komathy tolak permohonan Pendakwaraya

Hakim Komathy, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menolak permohonan Pihak Pendakwa untuk memindahkan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.

Hakim tersebut menyatakan bahawa Sijil yang ditandatangani oleh Peguam Negara adalah tidak sah, dan Peguam Negara tidak harus terlibat didalam kes ini.

Peguam Negara sedang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah kerana terlibat melindungi fakta kes "Mata Lebam Anwar Ibrahim" dan tidak harus terlibat didalam kes ini.

Keputusan Hakim Komathy adalah selari dengan jaminan Perdana Menteri bahawa Peguam Negara tidak akan terlibat didalam kes ini.

Dengan penolakan itu kes DSAI akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Berita Adil melaporkan bahawa orang ramai sedang berhimpun di hadapan Mahkamah Shah Alam untuk menyambut ketibaan Raja Petra Kamaruddin dari Kem Tahanan Kemnting untuk dibebaskan dari ISA melalui tindakan writ habeas corpus.
Orang ramai juga berhimpun untuk menghalang RPK dari ditahan semula selepas dibebaskan.

Umno Sebuah Universiti Rasuah

by Merah tinta

RASUAH dalam Umno diperkatakan dimana-mana saja. Fenomena ini memburuk dan menghanyirkan parti Melayu itu. Saking kuat dan hebatnya percakapan mengenai rasuah menyebabkan seolah-olah Umno sebuah parti rasuah, bukan parti Melayu lagi. Umno jadi institusi rasuah, bukan lagi bertaraf sekolah atau kolej tetapi sudah sampai ke taraf universiti. Umno sebuah universiti rasuah!

Akar umbi rasuah dalam Umno berlaku pada atau ketika pemilihan pemimpin di semua peringkat. Kerana ingin tempat dan kedudukan ahli Umno sanggup melakukan rasuah, beri dan terima. Rasuah berlaku dari sekecil-kecil perebutan jawatan hinggalah ke peringkat tertinggi.

Bezanya di cawangan nilai rasuah kecil berbanding diperingkat kebangsaan. Di cawangan rasuahnya berupa pemberian material kain atau makanan seperti pelikat, batik jawa, gula, biskut atau membelanja makan mee di restoran atau teh tarik dikedai mamak atau warung wak Jawa.

Ahli mesyuarat tingkat peringkat cawangan akan dirasuahkan dengan cara begitu. Manakala diperingkat bahagian pula nilai meningkat sedikit. Perwakilan akan diberikan wang seratus dua menjelang pemilihan peringkat bahagian. Sebelum itu perwakilan dirasuahkan dengan lawatan sambil belajar, atau melancung (termasuk melacur sekali) ke luar negeri, Phuket, Medan, Bantam atau paling jauh di Jakarta.

Tahap rasuah itu menjadih lebih besar dan grand lagi bila sampai di peringkat nasional, dalam pemilihan pucuk pimpinan parti. Perwakilan bukan lagi diukur setakat seratus dua tetapi ribuan ringgit. Tempat dibawa untuk lawatan bukan lagi di Indonesia atau Thailand, tetapi sampai ke London, Australia dan Makkah. Tidak hairanlah kalau ahli Umno menjadikan musim pemilihan sebagai musim untuk mencari rezeki tersepak serta melancung ke luar negeri atau kawasan.

Pernah seorang perwakilan memperolehi pendapatan sehingga RM50,000 pada satu musim pemilihan peringkat kebangsaan. Bayangkan betapa lumayan dan senangnya perwakilan berkenaan, boleh memiliki Proton baru secara bayaran tunai. Cerita dan pengakuan ini bukan dongengan tetapi realiti dalam parti bernama Umno yang dulu ianya ditubuh dengan menggunakan wang dan titis peluh rakyat marhaen.

Sekali dengar tidak logik bagaimana perwakilan mendapat sebanyak itu! Macam dibuat-buat hendak burukkan parti Melayu itu saja. Formula bagi perwakilan itu mendapat sebanyak itu senang saja dan ini dipraktikkan oleh kebanyakan perwakilan yang celit huruf dan celit komputer.

Misalnya kalau ada pertandingan untuk sesuatu jawatan itu melibatkan lima calon (Naib Presiden misalnya) senang-senang perwakilan berkenan akan memperolehi RM5,000 dari setiap calon. Kalau lima calon jumlahnya RM25,000. Mereka bukan ambil dari satu calon saja tetapi dari semua calon.

Itu untuk Naib Presiden, belum dicampur dengan Majlis Tertinggi Umno. MT ada 25 jawatan, yang bertanding melebihi 50 orang. Bayangkan kalau daripada satu calon mereka memperolehi RM1,000 ini bermakna sudah RM50,000. Jumlah itu tidak termasuk rasuah untuk jawatan-jawatan lain Ketua Pemuda, Ketua Wanita atau Ketua Puteri dan juga pendapatan rasuah di peringkat cawangan dan bahagian!

Jadi pendapatan sebanyak RMN50,000 tadi adalah perkara yang tidak mustahil bahkan satu pendapatn dikira sedarhana bagi seseorang perwakilan yang licit dan tahu mengeksploitasikan keadaan.

Sebab itu bagi ahli Umno mereka suka kalau tiba musim pemilihan. Sudah terlekat dalam kepala (menjadi mind set) mereka musim pemilihan musim mencari rezeki dan pendapatan tambahan. Ahli Umno sudah menjadikan musim pemilihan sebagai masa untuk mereka mengorbankan pemimpin parti. Seolah-olah mereka menyertai Umno hanya untuk mendapatkan manfaat berkenaan.

Seorang bekas ahli Umno dalam sebuah bukunya menyenaraikan harga untuk merebut ketua cawangan ialah antara RM2,000 hingga RM3,000. Nilai ahli jawatankuasa bahagian pula RM5,000 hingga RM10,000. Manakala nilai untuk jadi Ketua Bahagian ialah RM30,000 hingga RMN50,000 ribut. Angka ini adalah dipraktik dan dilalui sendiri oleh bekas ahli Umno berkenaan.

Kalau diperingkat terendah sudah berjumlah ribuan ringgit bayangkan bagaimana kalau di peringkat kebangsaan tentu angkanya menelan jutaan ringgit. Berdasarkan kepada pengalaman itu jadi tidak mustahil perwakilan akan memperolehi sehingga RM50,000.

Pendedahan yang dibuat oleh calon Presiden Umno 2008, Tengku Razaleigh Hamzah yang mana ada bahagian meminta RM1 hingga RM2 juta sebagai jaminan untuk mencalonkannya menunjukkan keadaan rasuah dalam Umno sudah parah. Itu setakat untuk mencalonkan saja belum lagi upah atau rasuah untuk undi.

Permintaan rasuah sudah tidak sembunyi-sembunyi lagi tetapi ia dilakukan secara terus terang. Kerana itulah benar bagaimana kata Rais Yatim, jawatan tertinggi dalam Umno wajar dibuka tender. Sesiapa yang mempunyai banyak wang boleh memiliki jawatan menerusi bidalan. Siapa yang membidal dengan cara tertinggi dialah akan memilik jawatan.

Mengambil kira pendedahan Tengku Razaleigh tadi cubalah kira berapa banyak dibelanjakan oleh Mohd Najib Razak untuk mendapat 143 pencalonan. Berapa banyak digunakan oleh Muhyiddin Yassin. Berapa banyak pula digunakan oleh Mukhriz Mahathir, Khairy Jamaluddin dan Khir Toyo. Yang pastinya pencalonan itu tidak datang percuma melainkan setelah dibeli ataupun dirasuahkan.

Apakah ahli Umno suka-suka dan mencalon Najib dan yang lain-lain itu percuma begitu saja? Mustahil.... mustahil.... dan mustahil... Yang pastinya setiap bahagian yang mencalonkan mereka tentu mendapat imbuhannya atau pun dijanjikan imbuhan. Manakala mereka yang tidak dicalon atau tidak cukup pencalonan bukan tidak merasuah, tetapi nilai rasuah mereka tersangatlah kecil.

Untuk membuang penyakit rasuah dalam Umno ini bukan mudah lagi. Rasuah sudah jadi kenser dalam Umno, tidak ada penawar. Hanya satu cara sahaja bagi memperbaiki Umno ialah dengan memusnahkannya. Umno sudah jadi lembu yang terkena penyakit kuku dan mulut, di mana ia tidak boleh dipulihkan melainkan kena musnahkannya. Bawa ke tepi lubang dan tembak!

Orang Melayu termasuk ahli Umno yang sayangkan Umno kena berusaha memusnahkan Umno. Biarkan parti itu kalah, hilang kuasa untuk sesuatu tempoh. Selepas itu berusahlah membangunkannya dengan titik peluk seperti takala ia wujud di dunia ini. Itu saja cara, cara lain sudah tidak ada. Tanpa pemusnahan cara begitu Umno akan terus hilang dan lenyap dari muka bumi ini. Kehilangan Umno tidak bermakna Melayu akan hilang itu hanya mitos orang-orang yang bebal saja!

Aktiviti Biro Penerangan KeADILan Negeri Pahang

Selaku Ketua Penerangan PKR Negeri Pahang, saya memohon kepada semua PKR Bahagian supaya dapat membekalkan kepada saya semua nama dan alamat Ketua Penerangan PKR Bahagian dan senarai AJK masing-masing.
Sila juga lengkapkan nombor telefon bimbit dan alamat e-mail masing-masing dan panjangkan kepada saya melalui :-
E-mail: lksuhaimi@gmail.com atau
H/p: 0199321260
Program Biro Penerangan Negeri melibatkan bahagian-bahagian sedang disusun untuk 2009 dan bermula dengan mesyuarat JK Biro Penerangan diadakan diawal bulan Januari 2009.

Tuesday, November 4, 2008

Program Seharum -- Cukup Bagus

Program sehari anjuran Seharum di Hotel Seri Malaysia di Temerloh pada 2hb November 2008 benar-benar merangang minda untuk membawa parti kehadapan. Amatlah diyakini bahawa 160 orang pimpinan PKR seluruh Negeri Pahang yang menyertai Kursus sehari itu akan membawa perubahan besar kepada Bahagian masing-masing.
Negeri Pahang adalah subur untuk pertumbuhan politik yang progresif kerana Negeri ini masih dihuni oleh lebih dari 70% mereka yang terlibat dengan pertanian dan sistem ekonomi pertanian yang masih mundur.
Kemiskinan yang melanda Negeri Pahang adalah sebahgian besarnya adalah dari penduduk kampong. Kecuali peneroka-peneroka Felda yang memilikki 10 ekar ladang sawit atau getah dan 1 ekar tanah kampong dikebanyakan petani-petani di Negeri Pahang memilikki kurang dari 3 eakar tanah.
Apabila harga kelapa sawit (BTS) jatuh lebih rendah dari RM350.00 setan metrik dan harga getah beku jatuh di bawah RM2.00 bagi sekilogram, penduduk luar bandar di Negeri Pahang menggelungsur ke pendapatan dibawah paras kemiskinan. Keadaan kesukaran ini juga dirasakan oleh peneroka-peneroka Felda.
Pendapatan mewah dan kehidupan lumayan yang dirasakan oleh peneroka-peneroka Felda menjelang PRU 12 yang lalu dan beberapa bulan selepas PRU itu kini hanya tinggal kenangan dan mereka kembali kepada kehidupan yang asal.
Pekerja-pekerja dan kakitangan pejabat dan kilang tetaplah berhadapan dengan keadaan sukar kerana keadaan inflasi yang amat tinggi sekarang ini. Di dalam keadaan penduduk menghadapi kesukaran adalah keadaan yang amat sesuai untuk menerima pengaruh parti, ini membuktikan bahawa pihak BN sebenarnya tidak ada program ekonomi yang terancang untuk kepentingan golongan tani. BN hanya menyerahkan nasib petani-petani kepada kenaikan harga komoditi yang ditentukan semata-mata oleh turun-naiknya di peringkat global.
Kesukaran yang dihadapi oleh rakyat tidak bererti bahawa dengan sendirinya rakyat akan berduyun-duyun menyokong parti apatah lagi jika mereka masih dikongkong oleh pemikiran yang konserbatif, bahkan kesusahan mereka itu boleh digunakan oleh BN untuk kepentingan mereka.
Apa yang perlu dilakukan oleh parti ialah benar-benar menyusun jentera parti, perbetulkan organisasinya, perkuatkan organisasi dan dengan kekuatan itu gunakan untuk menyusun massa dan pergerakan massa.
Inilah waktunya untuk memperbanyakkan organisasi (cawangan-cawangan) di peringkat bawah (kampong, bandar, pekan, lorong, kawasan perumahan dan sebagainya); inilah masanya untuk memperbanyakkan keahlian.
Program-program seperti lawatan-lawatan kesetiap kampong, libatkan diri dengan kerja-kerja di kampong-kampong seperti gotong royong, kenduri kendara, mengambil peduli tentang manusia yang dilanda kesusahan, anak-anak yatim, ibu tunggal, orang-orang miskin, libatkan diri dengan hal-ehwal kemasyarakatan seperti PIBG, masjid dan sebagainya. Di manakah kita dan apakah kita akan buat jika berlaku banjir, kebakaran, atau ribut yang merosakkan rumah anggota masyarakat?
Dari segi kerja parti pula, apakah yang kita lakukan untuk memperluaskan pengaruh parti, keahlian tidak boleh berkembang tanpa kerja, cawangan tidak boleh ditubuhkan tanpa kerja, program-program parti tidak boleh dilaksanakan tanpa mesyuarat dan kerja. Apakah pengisian "TURUN PADANG" kita?
SEHARUM telah memberikan "guideline" kepada kita dan kita juga telah dibekalkan dengan kertas-kertas kerja untuk panduan; apakah kertas-kertas kerja itu akan tinggal di dalam bentuk dokumen yang akan kita simpan dirumah, sebagai suatu tambahan kepada dokumen-dokumen yang telah kita kumpulkan dari berbagai kursus yang kita telah hadiri?
Kursus SEHARUM itu bagus, mahukah kita menunggu lagi supaya diadakan sekali lagi Kursus yang bagus itu untuk kita dapat mengumpulkan satu set lagi kertas-kertas kerja? Isi kepada kertas-kertas kerja itu mesti kita bawa ke bawah. Adakan kursus untuk setiap kampong/cawangan agar setiap ahli kita mampu mempunyai pemikiran yang progresif, apa yang kita kursuskan adalah teori, iaitu teori progresif dan baik untuk penyusunan parti dan dengannya untuk memperkukuhkan organisasi kita dikalangan masyarakat.
Tetapi jika selepas Kursus yang bagus itu, kita masih bersikap seperti "dulu", maka datangkanlah "seribu kursus" yang bagus, keadaan parti kita tetap tidak berubah, dan janganlah kita tanyakan kenapa kita tidak menang dari satu pilihanraya ke satu pilIhanraya.
Program SEHARUM cukup bagus, tetapi kita yang menghadiri Kursus itu, adakah kita bagus?

Sunday, November 2, 2008

PROGRAM SEHARUM:"Seminar Harapan Baru Untuk Malaysia"

Program Seminar Harapan Baru Untuk Malaysia (SEHARUM) yang berlangsung ketika di Dewan Jelawat, Hotel Sri Malaysia Temerloh begitu meriah dan mendapat sambutan hangat dengan kehadiran kini telah mencecah seramai 160 orang.

Program ini yang diketuai oleh Sdra Mustafa Kamil Ayub Naib Presiden KeADILan Malaysia telah pun menjelajah keseluruh negara semenjak 4 bulan lalu dan diakhiri dengan di Negeri Pahang. Ianya turut dihadiri oleh Sdra Shamsul Iskandar Akin selaku ketua AMK Malaysia. Hampir kesemua pimpinan utama KeADILan Negeri Pahang yang diketuai oleh Sdra Zakaria Abd Hamid Pengerusi Perhubungan KeADILan Negeri Pahang hadir bersama pimpinan-pimpinan KeADILan Bahagian di seluruh Negeri Pahang.

Pembentang-pembentang Kertas Kerja terdiri daripada YB Fuziah Salleh Ahli Parlimen Kuantan merangkap Timbalan Pengarah Pilihanraya KeADILan, YBhg Dato' Fauzi bin Abdul Rahman bekas Timbalan Menteri, Sdra Hj Abas Awang Ketua KeADILan Bahagian Bera, Sdra Mustaffa Kamil Ayob Naib Presiden KeADILan Malaysia selaku Pengerusi SEHARUM, Sdra Shamsul Iskandar Ketua Angkatan Muda KeADILan Malaysia.
Penyelaras SEHARUM di Peringkat Negeri Pahang terdiri daripada Sdra Adnan Mohamed Lazim, Sdra Hj Suhaimi Said dan dibantu petugas-petugas khas.
Setiap Bahagian KeADILan Negeri Pahang diwakili oleh 10 orang perwakilan.
Agenda:-
8.00 - 8.30 pagi --- Pendaftaran
8.30 - 10.30 pagi -- Kertas kerja Pertama
10.30 - 11.00 pagi --- Minuman Pagi
11.00 - 1.00 pagi --- Kertas-Kertas Kerja Kedua
2.00 - 4.00 ptg --- Bengkel Pelan Agenda Tindakan
4.00 - 5.30 ptg --- Pembentangan Rumusan, penyampaian sijil, minum petang,
Bersurai