SIARAN MEDIA PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI PAHANG DARULMAKMUR
*Untuk Edaran Segera
Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang (KEADILAN PAHANG) dan Pakatan Rakyat Pahang mengecam dan menyelar tindakan atau perbuatan para petugas UMNO/BN yang mengepung dan membaling batu serta memukul kereta yang dinaikki oleh Dato Seri Anwar Ibrahim di simpang masuk Jengka 22 malam tadi (3.4.2011).

Sekumpulan penyokong UMNO yang memakai baju dan vest dengan logo BN berjumlah kira-kira 30 orang dengan memegang sepanduk dan bendera BN telah mengepung sambil menjeritkan perkataan lucah kemudiannya membaling batu dan memukul kereta DSAI.
Para petugas UMNO/BN juga telah menabur paku di atas jalan di Jengka 22 khususnya di sekitar tapak ceramah DSAI malam tadi. Kami diberimaklum lebih 50 buah motorsikal mengalami kerosakan tayar akibat paku tersebut dan beberapa buah kereta juga telah mengalami kerosakan yang sama.
Kami mengecam perbuatan biadap dan tidak bertamaddun penyokong UMNO/BN tersebut yang jelas bukan sahaja melanggar tata susila bangsa malah bersalahan dengan Undang-undang.Sementara pilihanraya sewajarnya diraikan sebagai pesta demokrasi namun UMNO/BN kelihatannya tidak menjadi matang dan meletakkan diri di tingkat paling bawah.
Jika UMNO/BN mahu menjadikan PRK Kerdau ini sebagai medan ujikaji dan provokasi terhadap PR vis- a- vis Dato Seri Anwar Ibrahim atau mana-mana pemimpin kanan PR, kami menegaskan tidak akan terperangkap dengan provokasi sebegitu tetapi kami dengan tegas memberikan amaran kepada pemimpin UMNO/BN agar dapat menjaga disiplin para petugas mereka dan tidak melakukan provokasi atau perbuatan biadap serta keterlaluan .
Begitu juga dengan banner yang digantung di merata tempat yang memburuk-burukkan dan berterusan memfitnah DSAI yang kami anggap sebagai buatan biadap dan terdesak UMNO/BN.
Berbalik kepada insiden di Jengka 22 kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana setelah berbincang dengan kami telah mengambil langkah segera menyuraikan para penyokong UMNO/BN yang sedang menunggu rombongan DSAI keluar dari Jengka 22.

Demikian itu sekali lagi kami mengecam perbuatan biadap UMNO/BN yang sangat terdesak serta jelas menunjukkan mereka akan melakukan apa sahaja demi mengekalkan status quo DUN Kerdau ini.Manakala pihak keselamatan dan SPR perlu benar-benar efisien dan professional bagi menangani perkara seperti ini dari berulang dan bagi mengelakkan perkara buruk berlaku.
Bertarikh pada 4hb Mac 2011
Sekian.Terima Kasih.
Bertarikh pada 4hb Mac 2011
Sekian.Terima Kasih.
tt
________________________
AHMAD NIZAM BIN HAMID
TIMBALAN PENGERUSI MAJLIS PIMPINAN KEADILAN PAHANG