PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Friday, December 31, 2010

HAPPY NEW YEAR

Wishing all my friends “Happy New Year”
To all of you from afar and near
May we be blessed by God Almighty
Showering peace and eternal prosperity

May He pardon us all the sin
A new clean life we shall begin
Let it be in “sunshine” or “rain”
In true brotherhood, we’ll meet again

SELAMAT TAHUN BARU

“Selamat Tahun Baru”, terimalah ucapan
Kepada rakan2 ku, yang jauh dan dekat
Agar Allah menganugerah keberkatan
Di hari muka dikurniakan Rahmat

Agar segala dosa-dosa kita diampun
Dunia dan akhirat kehidupan sejahtera
Biar berpanas terik atau berembun
Dalam mahabbah kita kan bersua.

Thursday, December 30, 2010

Pemimpin polular DAP Lim Kit Siang menyifatkan pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri tanpa mendapat persetujuan daripada menteri besar sebagai mencabul semangat dan peruntukan dalam undang-undang tubuh negeri.

teoh beng hock memorial night 160710 kit siangLim (kiri) yang juga ahli parlimen Ipoh Timur berkata, hujah yang mengatakan bahawa persetujuan Tan Sri Khalid Ibrahim tidak diperlukan dalam pelantikan itu adalah dangkal dan tidak dapat diterima.

"Putrajaya tidak patut melibatkan Sultan dalam pelantikan SUK kerana undang-undang tubuh negeri juga tidak menyebut Sultan mesti dimaklumkan dahulu dan perkenan Baginda diperlukan," kata Lim.

"(Amalan) konvensyen dalam undang-undang tubuh seakan membawa maksud, rundingan dengan menteri besar, dan lantikan Sultan untuk jawatan tinggi dibuat untuk mengukuhkan integriti undang-undang tubuh negeri dan bagi menggalas mandat orang ramai yang diberikan kepada Pakatan Rakyat."

NONE Pandangan itu dilihat senada dengan pendirian peguam Derek Fernandez kepada Malaysiakini semalam bahawa menurut amalan konvensyen, menteri besar patut dimaklumkan terlebih dahulu.

Isnin lalu, nama Khusrin diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Mohd Sidek Hassan menggantikan Ramli Mahmud.

Tindakan itu mendapat respons negatif daripada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang telah menyenaraipendek tiga nama - tidak termasuk Khusrin - dan berpendapat 'lantikan' itu tidak muktamad.

Menurut Lim, walaupun undang-undang tubuh Selangor tidak menyebut tentang peranan menteri besar dalam pelantikan SUK, ia juga tidak menyatakan peranan Sultan dalam hal yang sama..dipeti dari malaysiakini

KATAKAN TIDAK PADA ISA SAMAD.

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) akan menggerakkan kempen pungutan tandatangan seluruh warga Felda sebagai membantah pelantika Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi baru Felda.

NONEPresiden ANAK, Mazlan Aliman (kiri) berkata, gerakan mengutip tandatangan itu akan bermulai 1 Januari depan.

Tandatangan tersebut akan diserahkan sendiri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh sebulan.

Mazlan memberitahu demikian dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas pelantikan Isa sebagai pengerusi baru Felda.

"Jika ianya gagal melembutkan pendirian perdana menteri, satu memorandum akan diserah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campurtangan seri paduka," tambahnya.

Di samping itu, katanya, pelbagai bentuk kempen akan dilakukan bagi mempastikan Isa (kanan) tidak akan dinobatkan sebagai pengerusi baru Felda.

"Perdana menteri telah melakukan kesilapan besar atas perlantikan ini. Katakan tidak kepada Isa Samad!" tambahnya.

Menurut Mazlan, beliau telah menerima puluhan SMS dan panggilan telefon membantah perlantikan Isa dan mendesak supaya sesuatu dilakukan.

"Justeru menjaga kepentingan warga Felda, saya mewakili warga Felda mendesak perdana menteri menarik balik perlantikan Tan Sri Isa sebagai pengerusi Felda.

mca karaoke competition 071009 isa samad speechKatanya, ANAK sangat dukacita dengan pengumuman perlantikan Isa (kanan) kerana beliau mempunyai rekod yang buruk, untuk menerajui Felda yang merupakan sebuah GLC terpenting milik Orang Melayu.

Mazlan berkata, Isa pernah disabitkan dengan tuduhan politik wang ketika bertanding jawatan naib presiden Umno pada 2004 yang mendapat liputan meluas mengenainya.

Berikutan itu, katanya, Isa digantung keahliannya dalam Umno selama enam tahun.

"Kenapa tidak dilantik di kalangan mereka, yang sekurang-kurangnya boleh menandingi pencapaian Tan Sri Raja Alias, bekas pengerusi Felda dulu," tambahnya. dari malaysiakini.

Monday, December 27, 2010

UMNO-BN KETANDUSAN PEMINPIN, ISA SAMAD JADI PILIHAN.....

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) berkuatkuasa pada 1 Jan 2011.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini pelantikan itu dibuat berdasarkan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Mohd Isa untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dan efektif.

Mohd Isa menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA. Pelantikan ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2011.


Friday, December 24, 2010

Friends,
MERRY CHRISTMAS AND A HAPPY NEW TEAR.

How about beginning the new year with this story.....

Carrots. Eggs, & Coffee
A carrot, an egg, and a cup of coffee...You will never look at a cup of coffee the same way again.
A young woman went to her mother and told her about her life and how things were so hard for her. She did not know how she was going to make it and wanted to give up, She was tired of fighting and struggling. It seemed as one problem was solved, a new one arose.
Her mother took her to the kitchen. She filled three pots with water and placed each on a high fire. Soon the pots came to boil. In the first she placed carrots, in the second she placed eggs, and in the last she placed ground coffee beans. She let them sit and boil; without saying a word.
In about twenty minutes she turned off the burners. She fished the carrots out and placed them in a bowl. She pulled the eggs out and placed them in a bowl. Then she ladled the coffee out and placed it in a bowl. Turning to her daughter, she asked, ' Tell me what you see.'
'Carrots, eggs, and coffee,' she replied.
Her mother brought her closer and asked her to feel the carrots. She did and noted that they were soft. The mother then asked the daughter to take an egg and break it. After pulling off the shell, she observed the hard boiled egg.
Finally, the mother asked the daughter to sip the coffee. The daughter smiled as she tasted its rich aroma. The daughter then asked,
'What does it mean, mother?'
Her mother explained that each of these objects had faced the same adversity: boiling water. Each reacted differently. The carrot went in strong, hard, and unrelenting. However, after being subjected to the boiling water, it softened and became weak. The egg had been fragile. Its thin outer shell had protected its liquid interior, but after sitting through the boiling water, its inside became hardened. The ground coffee beans were unique, however. After they were in the boiling water, they had changed the water.
'Which are you?' she asked her daughter. 'When adversity knocks on your door, how do you respond? Are you a carrot, an egg or a coffee bean?
Think of this: Which am I? Am I the carrot that seems strong, but with pain and adversity do I wilt and become soft and lose my strength?
Am I the egg that starts with a malleable heart, but changes with the heat? Did I have a fluid spirit, but after a death, a breakup, a financial hardship or some other trial, have I become hardened and stiff? Does my shell look the same, but on the inside am I bitter and tough with a stiff spirit and hardened heart?
Or am I like the coffee bean? The bean actually changes the hot water, the very circumstance that brings the pain. When the water gets hot, it releases the fragrance and flavour. If you are like the bean, when things are at their worst, you get better and change the situation around you. When the hour is the darkest and trials are their greatest do you elevate yourself to another level? How do you handle adversity? Are you a carrot, an egg or a coffee bean?
May you have enough happiness to make you sweet, enough trials to make you strong, enough sorrow to keep you human and enough hope to make you happy.
The happiest of people don't necessarily have the best of everything; they just make the most of everything that comes along their way. The brightest future will always be based on a forgotten past; you can't go forward in life until you let go of your past failures and heartaches.

When you were born, you were crying and everyone around you was smiling.

Live your life so at the end, you're the one who is smiling and everyone around you is crying.
MERRY CHRISTMAS TO ALL CHRISTIANS . . . MAYA WE BE BLESSED....

Wednesday, December 22, 2010

When Malaysia is wrong, let us put it right

This country is ours, wrong or right,
That nobody can deny,
When she is wrong we’ll put her right
When she is right, we’ll keep it tight
Then there will be no sigh…..

Diverse as we are, united we ought to be,
As we swore to live in harmony,
Malaysia indeed is a blessed country,
Together we’ll create a common destiny.

This a blessed country, I'll say it again,
Prosperous, and wealth aplenty,
God gave us sunshine and the rain,
Helps enriching the soil's fertility,

From this earth, minerals are mined,
And "black gold" off the shore,
It's God's gift, "search and you'll find",
Malaysians just can't ask for more.

God endows, and we are still fighting,
That's mere selfishness and greed,
Must learn to live a life of sharing,
Lest, we are just a useless breed.

When evil combines, the good must unite,
Or we will be pushed down the drain,
The country is wrong, let's put it right,
Humpty and Dumpty is together again.

Humbly yours,
Fauzi A. Rahman
Chairman
PKR Pahang

Aktiviti Biro Felda PKR Pusat untuk Disember 2010

25hb Disember 2010 jam 3.00 petang
Bertempat di Felda Jengka 6,
Bandar Jengka, Pahang
Majlis Penyerahan Waran Untuk Bertindak
oleh
300 orang Peneroka Felda
sekitar Kilang Sawit Felda Jengka 3
Hadir untuk Majlis tersebut
Dato Fauzi Abdul Rahman
Haji Suhaimi Said
T.Kumar
Rebin Birham
Man Kadir
Rosli Ahmad
--
26hb Disember 2010 jam 2.00 petang
Majlis Dialog
Peneroka-Peneroka Felda Lui Selatan 2
Hadir
Haji Suhaimi Said
T. Kumar
Rebin Birham
Man Kadir
Rosli Ahmad
---
30hb Disember 2010 jam 3.00 petang
Perjumpaan
Biro Felda PKR Negeri Selangor
di Felda Suharto
Hadir
Shamsul Iskandar, Ketua AMK PKR
Haji Suhaimi Said
T. Kumar
Zabidie Abas
Rebin Birham

Penyerahan Waran Untuk Bertindak

Seramai 300 orang Peneroka Felda sekitar Kilang Sawit Felda Jengka 3 akan berkumpul di Felda Jengka 6, Bandar Jengka untuk menyerahkan borang Waran untuk Bertindak kepada para peguam Parti Keadilan Rakyat pada 25hb Disember 2010 jam 3.00 petang.
Peneroka-peneroka tersebut tidak berpuas hati kerana peratusan perahan KPG yang mereka terima adalah tidak sepadan dengan perahan sebenar.
Walaupun kini telah dinaikkan hingga melebihi 19%, tetapi peratusan itu masih kecil jika dipadankan dengan perahan sebenar.
Mereka juga akan menuntut Felda membayar gantirugi diatas perbezaan peratusan perahan sejak 15 tahun yang lalu.
Perbezaan 4 hingga 5% sejak 15 tahun yang lalu adalah satu jumlah yang besar dari segi pendapatan kepada setiap peneroka. 1% perbezaan itu dinilai dengan harga RM20-RM40 bagi setiap tan, dan jika pengeluaran setiap bulan berjumlah 8 tan, bererti setiap peneroka telah dinafikan pendapatan bulanan sejumlah antara RM160-RM320, dan didalam satu tahun setiap dari mereka kerugian antara RM1,920 - RM3840 selama 15 tahun sejumlah RM28,800 - RM46.080.
Kes Kemahang 3 telah membuktikan bahawa Felda telah didapati menipu peneroka-peneroka dan Mahkamah Persekutuan memerintahkan Felda membayar sejumlah RM11 juta kepada 354 orang peneroka yang terlibat.
Walaupun Peneroka-Peneroka sekitar Jengka 3 ini akan menyerahkan Borang Waran Untuk Bertindak kepada peguam-peguam pada 25hb Disember nanti, mereka juga membuka ruang untuk berunding dengan Felda agar kedua-dua pihak akan berada didalam keadaan menang-menang.
Akan turut sama didalam Majlis penyerahan Waran untuk Bertindak itu adalah Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pahang, Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda PKR Pusat, T. Kumar, Timbalan Setiausaha PKR Pusat, Rebin Birham Ahli Jawatankuasa Biro Felda PKR Pusat dan Man Kadir, Setiausaha Kerja Biro Felda PKR Pahang.

Tuesday, December 21, 2010

Tujuh kejayaan Konvensyen Pakatan Rakyat — Abdul Shukur Harun

December 21, 2010

21 DIS — Setinggi-tinggi tahniah kepada pimpinan dan seluruh warga Pakatan Rakyat kerana berjaya sepenuhnya mengadakan Konvensyen Kedua Pakatan di Pulau Pinang Ahad lalu.

Tahniah khusus kepada Dr. Mujahid Yusof Rawa, Pengarah Sekretariat Konvensyen dan seluruh panitia besar dan kecilnya kerana menyelenggarakan Konvensen tersebut dengan teratur, lancer dan mencapai matlamat serta menarik perhatian umum.

Ada tujuh kejayaan besar konvensyen itu ialah:

Pertama: Mampu mencapai matlamat mengumpul dan memperlihatkan kesepakatan dan kekuatan Pakatan Rakyat walaupun selama dua tahun ini ia ‘diserang’ tidak henti-henti oleh musuh politiknya dari segenap sudut.

Kira-kira 2,000 yang hadir tidak berganjak dari awal hingga akhir menghadiri Konvensyen tersebut — menjadi manifestasi keazaman dan kesungguhan warga Pakatan Rakyat untuk mempertahankan Pakatan.

Kedua, telah berjaya menjawab semua fitnah dan tuduhan musuh politknya dengan jelas dan meyakinkan. Puluhan pengamal media — dalam dan luar negara — menyaksi dan melaporkan jawapan ini.

Ketiga, kejayaan Pameran Kejayaan Pakatan Rakyat yang memerintah beberapa buah negeri. Pameran tersebut member erti dan memeriahkan konvensyen tersebut.

Keempat, keputusan padu — dengan sebulat suara — mengekalkan terus Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang, walaupun beliau digantung selama enam bulan sebagai ahli parlimen. Ini tentu sekali mengecewakan harapan musuh politik Pakatan Rakyat untuk menyisihkan sama sekali Anwar dari arena politik nasional dan antarabangsa.

Keputusan terus mengekalkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika membuat ucapan penggulungan di konvensyen tersebut.

“Kita tetap mahu berketuakan beliau,” kata Datuk Seri Abdul Hadi yang diiringi tepukan gemuruh para perwakilan dan pemimpin Pakatan yang menyertai konvensyen itu.

Anwar bersama dengan Azmin Ali (Gombak), Karpal Singh (Bukit Gelugor) dan R Sivarasa (Subang) telah digantung dari Dewan Rakyat Khamis lalu, tanpa diberi peluang membela diri bersabit isu Apco.

Kelima, pengumuman Karpal Singh yang menegaskan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan akan mempertahankan perlembagaan dengan segala peruntukan yang terkandung di dalamnya.

“Isunya ialah negara Islam dan ia harus diselesaikan secepat mungkin. DAP menerima Islam sebagai agama rasmi negara. Soal bersabit Negara Islam adalah sesuatu yang kami boleh berunding dan saya yakin kita boleh mencapai konsensus,” kata Karpal. Ini kali pertama Karpal membuat pengumuman sedemikian.

Walaupun pengumumkan pemimpin DAP ini kemungkinan tidak akan meredakan tuduhan musuh politik Pakatan, namun pengumuman ini sangat membantu menjelaskan kedudukan isu Islam ini kepada semua pihak.

Kejayaan keenam Konvensyen Pakatan Rakyat itu ialah mengumumkan program 100 hari untuk rakyat melalui reformasi tulen yang boleh dilaksanakan di bawah pentadbiran Pakatan apabila berkuasa.

Program itu adalah resolusi sepuluh perkara yang menggariskan secara terperinci bagaimana Pakatan akan mentadbir negara untuk kebaikan semua rakyat Malaysia jika berkuasa. Pemimpin Pakatan akan menandatangani dokumen tersebut, yang dijangka akan dijadikan manifesto gabungan itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Kejayaan ketujuh konvensyen itu ialah mengesahkan dokumen bertajuk ‘Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia’ yang menggaris banyak isu yang dibangkitkan, seperti krisis, resolusi, program 100 hari, kenyataan bersama, deklarasi dan dasar-dasar Pakatan ketika gabungan mempersiapkan diri untuk menawan Putrajaya.

Dokumen 20 halaman itu yang akan diedarkan secara meluas, akan menerangkan kepada pengundi iaitu rancangan bagaimana gabungan itu akan memerintah negara jika mengambil alih Kerajaan Persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang, yang dijangka diadakan awal tahun depan.

Keseluruhannya ialah mesej konvensyen ini sangat jelas bahawa masa, kekuatan tenaga dan segala yang ada pada Pakatan Rakyat tidak boleh lagi dibazirkan walau seketikapun melainkan berusaha keras dengan bijaksana, menyusun langkah dengan strategi berkesan untuk mendapat mandat dari rakyat bagi ke Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini bukan sebuah ilusi atau khayalan pengembara, tetapi sebuah kenyataan — lebuh raya perjuangan yang panjang dan terbentang luas — yang sangat menjanjikan kemenangan jika Pakatan Rakyat dapat mengekalkan terus kesepaduan dan gerak kerja serta strategi yang bijaksana.

Selepas konvensyen ini, gerak kerja terawal bagi pendukung Pakatan Rakyat sedang menanti di Dun Tenang, Labis, Johor untuk berdepan dengan sebuah pilihan raya kecil di sana.

Tentu saja kesepaduan warga Pakatan Rakyat dan rakyat umum yang menyokongnya akan menumpukan perhatian ke sana, sebuah pilihan raya kecil berskala besar justru Umno BN dijangka akan berhempas pulas untuk mempertahankan Dun tersebut, sementara Pakatan Rakyat pula — yang diwakili PAS — juga akan berusaha keras untuk menawan Tenang.

Kita yakin dengan suntikan semangat baru di konvensyen di Pulau Pinang itu, warga Pakatan Rakyat akan berusaha keras dengan penuh keazaman, mengatur strategi kempen dengan bijaksana.

Warga Pakatan Rakyat tentu saja mampu berdiri gagah di Dun Tenang ini justru ia telah menunjukkan kemampuan menangkis segala serangan politik musuh politik Pakatan.

Wednesday, December 1, 2010

Mesyuarat Biro Orang Asal dan Ceramah di Kg Penderas

MESYUARAT BIRO ORANG ASAL PKR CABANG KUALA KRAU
TEMPAT
RUMAH SDR CHIM
KG PENDERAS, KUALA KRAU
TARIKH DAN MASA
1HB DISEMBER 2010 JAM 4.00 PETANG
CERAMAH PKR ANJURAN BIRO ORANG ASAL CABANG KUALA KRAU
TEMPAT
RUMAH CHIM
KG PENDERAS, KUALA KRAU
TARIKH DAN MASA
1HB DISEMBER 2010 JAM 8.00 MALAM
TENAGA PENCERAMAH
DATO FAUZI ABDUL RAHMAN
FELLICIA LING
HAJI SUHAIMI SAID
RAMLI LUGAN
MAN KADIR
YUSRI AHON
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI