PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Tuesday, November 30, 2010

HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU

Hak Keistimewaan Orang Melayu adalah suatu topik yang banyak dibincangkan, namun tidak merojok kepada peruntukan-peruntukan yang ada didalam Perlembagaan Malaysia. Justeru, perbincangan-perbincangan itu lebih berkisar kepada emosi dan lari dari landasan undang-undang serta menimbulkan kontrobesi yang boleh menggugat perpaduan kaum.
Politikus-politikus Melayu khususnya dari UMNO menjadikan peruntukan-peruntukan yang tidak jelas didalam Perlembagaan Malaysia sebagai satu "ransom" untuk membuat dan mendapatkan sesuatu seperti lesen-lesen, permit-permit dan peluang-peluang.
Orang-orang bukan Melayu pula beranggapan bahawa orang-orang Melayu sudah diberikan keistimewaan yang tidak diperolehi oleh mereka dan menganggap "keistimewaan" ini sebagai diskriminasi terhadap mereka.
Melayu dan bukan Melayu berbalah diatas perkara yang tidak ada, yang jelasnya Melayu atasan bersekongkol dengan bukan Melayu atasan mengaut harta kekayaan Negara untuk kepentingan mereka.
Sebenarnya, apa yang diperuntukkan didalam Perlembagaan Malaysia mengenai "Hak Keistimewaan Orang Melayu" itu adalah peruntukan umum dan tidak berbentuk khusus, dan tidak mutlak.
Mendiang Tun Tan Siew Sin, didalam Majlis Permesyuaratan pada tahun 1956 menyatakan seperti berikut:
"Pertamanya, prinsip berhubung dengan kedudukan istimewa orang-orang Melayu telah pun diperuntukkan didalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Orang-Orang Melayutidak perlu dikehendakii melepaskan apa yang telah mereka ada seperti juga mereka tidak mengharapkan masyarakat lain itu melepaskan hak-hak yang ada pada mereka..."
Kedudukan untuk Orang Melayu yang tidak perlu dilepaskan oleh Orang-Orang Melayu adalah seperti berikut:
1. Tanah Rezab Orang Melayu
Perkara 89 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa jika mana-mana tanah disesuatu negeri yang menjadi tanah rezab orang Melayu sebelum Hari Merdeka mengikut undang-undang yang ada maka tanah itu boleh terus-menerus menjadi rezab orang Melayu......dengan proviso bahawa tanah seluas itu perlu diganti jika tanah rezab Melayu itu digunakan untuk lain-lain tujuan, dan tanah-tanah yang direzabkan ini tidak boleh melebihi tanah-tanah yang diberikan kepada umum.
Tanah untuk Rezab Melayu ini sesungguhnya adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan tanah-tanah yang diberikan kepada umum, sebagai contoh tanah-tanah yang diberikan kepada Guthrie, Sime Darby, Harrison & Crossfield sahaja sudah jauh...jauh lebih besar dari tanah Rezab Melayu.
Di Semenanjung Malaysia, tanah orang-orang Melayu hanyalah ada 37% sahaja berbanding dengan tanah-tanah yang dimiliki oleh orang-orang bukan Melayu/bukan warga Negara sejumlah 63%.
Tanah-tanah Rezab Melayu ini sebahagian besarnya berada di luar bandar dan nilai ekonominya tersangatlah rendah jika dibandingkan dengan tanah-tanah yang dimiliki secara "geran putih" (suatu deskripsi untuk pemilikan bebas).
Jika untuk tujuan mendapatkan modal dari institusi-institusi kewangan, tanah-tanah ini diberikan nilai yang sangat kecil dan tidak semua bank yang boleh menerimanya sebagai kolatoral. Begitu juga jika didirikan bangunan-bangunan diatas tanah-tanah itu, nilai bangunan itu jauh lebih rendah dari tanah-tanah yang lain.
Ini membawa erti bahawa Tanah Rezab Melayu ini hanyalah memberikan pemilikan kepada orang-0rang Melayu namun nilainya amatlah rendah.
Tetapi telah berlaku penyelewengan bahawa Tanah Rezab Melayu ini telah dilepaskan Rezabnya tetapi tidak digantikan oleh pihak Kerajaan dengan keluasan tanah yang sama untuk direzabkan.
2. Perkara 153 - Perbezaan Kuota Mengenai Perkhidmatan, Permit, dsb untuk Orang Melayu
Perkara inilah yang disibukkan oleh pemuka-pemuka Melayu mengatakan bahawa Perlembagaan Malaysia memperuntukkan Hak Keistimewaan Orang-Orang Melayu. Mari kita tengok Artikel 153 ini samada ia memperuntukkan Hak Keistimewan Orang Melayu atau hanya sekadar memberikan sedikit kelebihan didalam perkara-perkara yang diperuntukkan.
Perkara ini menghendakki Yang Di Pertuan Agong menentukan perezaban bagi Orang Melayu mengenai jawatan didalam perkhidmatan awam, mengenai biasiswa, permit-permit perniagaan dan lesen-lesen dan pengrezaban untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi.
Perkara 153 membawa maksud bahawa orang-orang Melayu diberikan perlindungan dengan perezaban berhubung dengan perjawatan didalam perkhidmatan awam (tidak termasuk swasta), biasiswa, bantuan dan lain-lain berkaitan pelajaran dan latihan, dan permit dan lesen tetapi tidak sekali-kali bertujuan mengurangkan hak, kepentingan, kedudukan dan perjawatan kaum-kaum lain.
Perkara 153 ini telah digunakan oleh UMNO/BN untuk meraih sokongan orang Melayu sehingga menjadi bahan ugutan kepada orang Melayu bahawa supaya memberikan sokongan kepada UMNO/BN seolah-olahnya jika orang Melayu itu tidak bersetuju dengan UMNO/BN hak-hak ini lucut dari orang Melayu itu, walhal, peruntukan ini telah disalahgunakan oleh UMNO/BN semata-mata untuk memperkayakan segelintir manusia Melayu; namun disalah tafsirkan oleh orang-orang bukan Melayu kononnya orang Melayu (kesemuanya) dilindungi oleh Artikel 153 ini dan menyebabkan hubungan kaum retak kerana ini.
Sebenarnya, hak keistimewaan Orang Melayu yang dilindungi oleh Perkara 153 ini tidak membawa erti besar kepada golongan terbesar orang Melayu, dan apabila dipergiatkan Dasar Ekonomi Melayu selepas 13 Mei, penyelewengan yang paling besar telah berlaku apabila segelintir manusia Melayu merompak kekayaan Negara atas nama Hak Istimewa Orang Melayu.
Melalui Dasar Ekonomi Melayu segelintir Orang Melayu berjaya menjadi jutawan dan korporat, dan kejayaan mereka itu hanyalah boleh dijadikan lambang kononnya Orang Melayu juga boleh berjaya dan boleh menjadi jutawan, walhal golongan Melayu yang ramai masih berada ditahap yang sukar dibidang ekonomi.
Hak Keistimewaan Orang Melayu telah berjaya menjadikan pemimpin-pemimpin UMNO sebagai golongan kapitalis dan korporat untuk dibanggakan kononnya itulah pencapaian bagi orang-orang Melayu.
Perkara 3 didalam Perlembagaan Malaysia
Perkara ini memperuntukkan kedudukan Ugama Islam sebagai Ugama Persekutuan yang tidak membawa erti bahawa Islam itu menjadi ideologi atau pegangan Negara.
Dengan peruntukan Artikel 3 ini tidak membawa erti bahawa Malaysia menjadi sebuah Negara Islam yang berpandu kepada Quran dan Hadith, tetapi kekal sebagai Negara sekular seperti yang dinyatakan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Hajj seperti berikut:
"Saya suka menjelaskan bahawa Negara ini bukanlah sebuah Negara Islam sebagaimana difahamkan secara umumnya, kita cuma memperuntukkan Islam hendaklah menjadi agama rasmi bagi Negara".
Dan Suruhanjaya Reid pada tahun 1956 menerima memorandum dari Parti Perikatan (UMNO, MCA, MIC) berbuynyi:
"Agama bagi Malaya adalah Islam, kepatuhan kepada prinsip ini tidaklah menjadikan halangan kepada orang-orang bukan Islam bagi menyibar dan mengamalkan Agama mereka dan tidak boleh ditakrifkan bahawa Negara ini sebagai Negara bukan sekular".
Bahawa Negara ini adalah Negara sekular adalah jelas dan tidak perlu diperjelaskan, maka jika UMNO mengatakan bahawa Negara ini adalah Negara Islam dan bukan Negara sekular, UMNO hanya bermaksud memperbodohkan Orang Melayu untuk meraih sokongan politik semata-mata.
Perkara 152 - Kedudukan Bahasa Melayu
Bahasa Kebangsaan adalah Bahasa Melayu (bukan Bahasa Malaysia) adalah diperuntukkan dibawah Perkara 152 Perlembagaan dan tiada sesiapapun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa yang lain. Artikel ini adalah jelas mengenai kedudukan Bahasa Melayu.
Perkara 32, 33, 38 - Kedudukan Raja-Raja Melayu
Kedudukan Raja-Raja Melayu dan Yang Di Pertuan Agong diperuntukkan didalam beberapa Peruntukan termasuk sabitan kuasa-kuasa didalam pelbagai bidang, Perkara 32 memperuntukkan kedudukan Kepala Utama Negara Bergelar Yang di Pertuan Agong, Perkara 33 jawatan Timbalan Yang Di Pertuan Agong, Perkara 38 peruntukan mengenai Majlis Raja-Raja, peruntukan-peruntukan ini dikatakan "entrenched" dan tidak boleh dipersoalkan.
Maka, apakah yang riuh-rendah "keriau" mengenai "Hak Istimewa Orang-Orang Melayu itu" seolah-olah boleh menggugat kestabilan Negara dan perpecahan kaum?
Tiada siapa di Negara ini yang mempersoalkan peruntukan Perlembagaan mengenai kedudukan Orang-Orang Melayu; Parti Keadilan Rakyat bersama sekutunya PAS dan DAP telah menandatangani suatu Memorandum Bersama bahawa parti-parti itu mempertahankan semua peruntukan bersabit kedudukan Orang-Orang Melayu khususnya mempertahankan peruntukan-peruntukan mengenai Bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan Kedudukan Istimewa Orang-Orang Melayu.
Hanya UMNO yang pernah menggugat Peruntukan Perlembagaan mengenai Raja-Raja Melayu apabila parti itu berjaya mengurangkan Kuasa-Kuasa Raja dan menarik balik kekebalan Raja-Raja Melayu didalam episod Pindaan Perlembagaan yang menggoncangkan kesetabilan Negara.
Parti-parti Pembangkang khususnya PAS pada waktu itu mempertahankan kuasa-kuasa Raja dan kekebalan Raja-Raja.
UMNO sudah ada sejarah menggugat Kuasa Raja, adakah parti itu bersedia memberikan jaminan bahawa parti itu akan mempertahankan kuasa-kuasa Raja dimasa-masa yang akan datang?

Pemilihan didalam PKR sudah berakhir

Alhamdulillah, pemilihan didalam PKR sudah berakhir, namun, pelbagai masalah timbul apabila dikatakan berlaku ketidaktelusan, penipuan oleh JPP, dan pengkhianatan.
Ini adalah pemilihan pertama kali dilakukan oleh sebuah parti politik dengan sistem 1anggota 1undi. Sistem ini mengharapkan agar pimpinan peringkat Cabang dan Pusat tidak lagi hanya dipilih oleh segelintir para perwakilan, kerana perwakilan yang menghadiri Perhimpunan diperingkat Kawasan/Bahagian/Pusat tidak mengundi mengikut keputusan mesyuarat agung cawangan-cawangan. Cawangan-cawangan memandatkan wakil-wakil mereka mengundi calon A, tetapi wakil mereka mengundi calon B mengikut kehendaknya sendiri.
Maka dengan sistem 1anggota 1undi, ahli-ahli sendiri boleh mengundi sesiapa yang dia mahu samada diperingkat Cabang atau peringkat Pusat.
Sistem ini juga dapat mengatasi masalah politik wang kerana jika seseorang calon itu menghadiahkan wang kepada Ketua Cabang, wang itu tidak akan sampai kepada ahli-ahli yang begitu ramai, maka politik wang akan menjadi sia-sia hanya untuk keperluan Ketua-Ketua Cabang yang menerima wang itu sahaja, atau kepada beberapa orang JK yang juga menerima faedahnya sedangkan anggota-anggota diperingkat akar umbi tidak akan menerimanya.
Sistem 1anggota 1undi ini mahu mengajar rakyat (anggota-anggota parti) erti demokrasi sebenar, bahawa demokrasi itu adalah milik rakyat dan bukan milik pemimpin-pemimpin.
Dengan sistem 1anggota 1undi ini juga melembutkan pemikiran dan pandangan pemimpin-pemimpin agar mereka turun padang, peringkat awal ini adalah untuk bertemu seramai mungkin anggota-anggota diperingkat akar umbi dan seterusnya dengan pengalaman ini, akan turun padang dengan acapnya menemui rakyat akar umbi.
Ada juga komplen bahawa ada pemimpin-pemimpin tertentu diperingkat Pusat yang amat sukar hadir ke program-program peringkat cabang. Mereka berada dalam "comfort zone" bahawa jika tak turun ke Cabang-Cabang pun, mereka tetap jadi pemimpin asalkan mereka dapat mengujudkan hubungan yang mesra dengan hanya Ketua-Ketua Cabang.
Comfort Zone mereka kali ini sudah tergugat. Jika mereka tidak turun padang dan bertemu dengan peringkat akar umbi, maka jangan diharap lagi mereka akan mendapat undi percuma daripada anggota-anggota akar umbi. Inilah kebaikan 1anggota 1undi.
Mengenai kelemahan bahkan penyelewengan dan pengkhianatan yang dilakukan oleh JPP seperti yang dituduh dengan adanya bukti-bukti, perkara ini tidak boleh terhenti dengan hanya selesainya pemilihan.
Siasatan mesti dijalankan. Ada dua mertabat untuk meneruskan siasatan. Perkara pertama untuk mengenali sesungguhnya kelemahan-kelemahan agar sistem ini dapat diperbaiki menjadi sistem yang boleh dijadikan contoh kepada semua parti politik. Perkara keduanya untuk mengatasi kelemahan jentera yang mengendalikan Pemilihan ini.
Cukup bermasalah bagi hanya dibuka satu pusat pengundian bagi satu kawasan Parlimen yang begitu luas menyebabkan kesukaran untuk anggota-anggota keluar mengundi melainkan pihak pimpinan Pusat menyediakan kos pengangkutan untuk anggota-anggota yang bertebaran itu keluar mengundi.
Contohnya, Cabang Kuala Krau meliputi satu kawasan yang menghampiri 1/2 Negeri Melaka, Pusat Pengundian hanya diadakan di Pekan Kuala Krau. Cabang tidak mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan semua pengundi, dan keupayaan Cabang itu mengeluarkan hampir 200 orang pengundi dari keseluruhan ahlinya sudah boleh dianggap satu kejayaan. Tetapi jika ada bantuan kos pengangkutan, rasanya tak kurang dari 1000 ahli boleh dikeluarkan untuk turun mengundi.
Jumlah kurangnya anggota dapat keluar mengundi hendaklah diambil kira dari segi kemudahan pengangkutan yang terbatas. Berbeza dengan Pilihanraya Umum, yang begitu banyak tempat-tempat mengundi, dan setiap parti politik pula terlibat mengangkut pengundi-pengundi.
Mungkin kelemahan ini dapat diatasi dengan setiap DUN boleh diadakan sekurang-kurangnya 2 pusat mengundi agar lebih ramai anggota-anggota dapat keluar mengundi.
Timbul juga masalah yang boleh merenggangkan hubungan antara calon-calon dengan calon-calon serta kakitangan calon-calon. Untuk mengatasi masalah ini, tempoh pilihanraya itu tidak perlu berpanjangan hingga sebulan, tetapi dipendekkan dengan pengundian peringkat Cabang dan pengundian peringkat Pusat dibuat serentak.
Calon-calon pula tidak perlu mengadakan kempen bersendirian berlebih-lebihan tetapi semua calon dikumpulkan dan diperkenalkan didalam Perjumpaan-perjumpaan yang dianjurkan oleh parti, cukup dengan 2 atau 3 kali perjumpaan disetiap Negeri dan calon-calon itu jika mahu bolehlah mengedarkan profail-profail diri dan tujuan asas dia bertanding.
Kempen yang sebenarnya ialah dalam masa 3 tahun antara satu Pemilihan dengan satu Pemilihan yang baru, dan calon-calon yang mungkin dipilih oleh ahli-ahli akar umbi adalah mereka yang tak ringan tulang dan yang sentiasa turun padang keseluruh Negara. Kalau disoalkan bahawa pemimpin-pemimpin itu tidak mampu untuk turun padang ke seleuruh Negara, jawapannya adalah mudah, iaitu pemimpin-pemimpin itu tidak layak diundi ke pringkat pusat kerana apabila mereka menang mereka tidak berupaya untuk turun padang keseluruh Negara.
Alhamdulillah, PKR telah berjaya meletakkan batu asas untuk demokrasi yang tulen, dan saya merasakan bahawa selepas ini mana-mana parti politik yang masih bertegak diatas sistem perwakilan akan menjadi parti politik yang lemah dan tidak berasaskan roh demokrasi yang luas.

Wednesday, November 24, 2010

Dialog dengan Peneroka-Peneroka di Felda Jengka 6 ditangguhkan

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Dialog diantara Peneroka-Peneroka Felda sekitar rancangan-rancangan yang menghantar buah sawit ke Kilang Felda Jengka 3 di Jengka 6 pada 4hb Disember 2010 jam 3.00 petang terpaksa ditangguhkan kerana pada hari tersebut Sdr Bostamin Bakar, Ketua Cabang Maran dan bermastautin di Jengka 6 melangsungkan kenduri kahwin bagi anaknya pada hari yang sama.
Oleh yang demikian, Majlis Dialog dan Penyerahan Borang Waran To Act oleh Peneroka-Peneroka kepada Peguam-Peguam ditangguhkan kepada tarikh yang akan diberitahu kelak.
Bagaimanapun, Majlis Dialog di Felda Jengka 9 pada 4hb Disember 2010 tersebut jam 3.00 petang akan diteruskan, tidak ada perubahan.
Akan hadir di Majlis tersebut adalah Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pahang, Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda PKR Pusat, Peguam-Peguam Latheefa Koya, T.Kumar dan Penyelidik Biro Hal Ehwal Felda PKR Pusat, Rebin Birham dan Man Kadir, Setiausaha Kerja Biro Felda Negeri Pahang.
Manakala Majlis Dialog di Felda Jengka 11 pada jam 8.30 malam tersebut akan disatukan dengan Majlis yang diadakan di Felda Jengka 9.

Ceramah oleh Dato Fauzi dan Fellicia Ling

CERAMAH POLITIK OLEH DATO FAUZI ABDUL RAHMAN
DAN FELLICIA LING
DI KG PENDERAS, KUALA KRAU
1HB DISEMBER 2010
JAM: 8.00 MALAM
TURUT SERTA
HAJI SUHAIMI SAID
YUSRI AHON
RAMLI LUGAN
PENGERUSI MAJLIS
MAN KADIR
TIMBALAN KETUA PKR CABANG TEMERLOH
PERTUNJUKAN FILEM ARAHAN
SYAFEI DERIS
MENGENAI PERJUANGAN ORANG ASAL
JAM 7.00 MALAM
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI

Tuesday, November 16, 2010

Suasana Ceramah PKR Kuala Krau

Sdr Daud Busu, Ketua PKR
Ranting Paya Mendoi merangkap Timbalan Pengerusi Biro Orang Asal
PKR Cabang Kuala Krau
Didalam ucapannya beliau mengajak anak buahnya penduduk Kg Mendoi supaya mengambil sikap berani memperjuangkan hak mereka. Beliau juga meminta penduduk Kg Mendoi tidak terpesona dengan kemudahan asas yang diberikan untuk kampong itu kerana kemudahan asas di Kg Mendoi adalah jauh lebih mundur dari kampong-kampong sekitar Kuala Krau dengan jalan yang rosak yang bertahun tidak diperbaikki, dan kemudahan asas adalah tanggungjawab Kerajaan yang memerintah, mana-mana Kerajaan sekali pun.
Sdr Jahidin Husin, Timbalan Ketua Ranting PKR Kg Paya Mendoi, menceritakan perbedaan layanan yang diterima oleh Orang Asal semasa mereka berada didalam UMNO dengan semasa mereka berada didalam PKR. Didalam UMNO mereka hanya diperalatkan untuk mengundi calon Barisan Nasional, mereka tidak diberikan kesedaran dan keinsafan mengenai penderitaan kaum mereka, mereka hanya dijanjikan dengan pelbagai janji yang langsung tidak ditunaikan. UMNO hanya membawa hayalan tetapi PKR berjuang untuk perkara yang penting didalam hidup Orang Asal seperti hak keatas Tanah.

Sdr Wahab (ditengah-tengah) dari perkampongan Orang Asal Sg Mai, hujung disebelah kanan adalah Man Kadir dan di tengah-tengah antara Man Kadir dan Wahab adalah Sdr Bakar, Ketua PKR Ranting Kg Seboi.
Sdr Jahidin merenung jauh mengenangkan nasib Orang Asal dan generasi mereka akan datang.
Wanita-wanita Orang Asal Kg Paya Mendoi juga turun beramai-ramai meraikan Majlis Ceramah itu.
Dari kiri, Sdr Charli, Setiausaha PKR Ranting Paya Mendoi, Suhaimi Said, Ketua PKR Cabang Kuala Krau, Sdr Wahab, Timbalan Ketua PKR Ranting Sg Mai, Sdr Halus, AJK PKR Ranting Kg Paya Mendoi (beliau adalah orang pertama menyertai PKR lebih kurang setahun setengah yang lampau), Sdr Bakar, Ketua PKR Ranting Kg Paya Seboi.
Selepas ceramah hidangan nasi goreng, masing-masing mengambil bahagian masing-masing, 200 bungkus nasi goreng disediakan.
Sdr Mat Labu dari Ranting Kg Paya Mengkuang, PKR Cabang Temerloh, juga turut hadir.
Ahli keluarga Sdr Jahidin Husin
Yusri Ahon, Timbalan Pengerusi Biro Orang Asal Negeri Pahang merangkap Ketua PKR Ranting Sg Mai, beliau membandingkan kemudahan-kemudahan yang diperolehi oleh Orang Asal dengan kaum-kaum lain. Dari segi pengumuman Kerajaan untuk tatapan umum memang sedap didengar. Tetapi beliau menyatakan tentang pahit maung yang dirasainya kerana beliau mempunyai dua orang anak di Universiti dan seorang anak di Kolej Pengajian Tinggi. Tidak ada bantuan yang dijanjikan diberikan dan beliau amat terasa dengan tanggungan yang sangat berat. Namun beliau tetap berjuang untuk Orang Asal kerana inilah perjuangan yang mulia untuk dijayakan.
Ucapan Man Kadir, Setiausaha Kerja PKR Biro Felda Pahang meninggalkan kesan yang mendalam, satu ucapan yang paling hebat menuju kearah perjuangan Orang Asal mengenai kedudukan hak milik tanah Orang Asal yang dipermain-mainkan oleh UMNO/BN, roh TEK HEK MARUAH HEK (kata Orang Jahut), Hak Tanah Kitak, Nyawak Kitak (kata Orang Temuan) menjadi roh ucapan Man Kadir yang memukaukan dan akhirnya beramai-ramai melaungkan REFORMASI sebanyak tiga kali.
Saya mendapati Ceramah ini sangat berjaya kerana orang-orang kuat UMNO di kampong itu, termasuk Ketua UMNO Cawangan dan anak-anaknya turut hadir dan memberikan galakan kepada PKR, "Kami berserta dengan perjuangan PKR," kata kata Sdr Sambut, Ketua Cawangan UMNO kampong itu.
Sdr Ramli Lugan, Naib Ketua PKR Cabang Kuala Krau merangkap Pengerusi Biro Orang Asal PKR Cabang Kuala Krau (paling kiri) bergambar bersama-sama Sdr Jahidin Husin, Sdr Kin Kasim, Ketua PKR Ranting Kg Penderas, dan Sdr Yusri Ahon. Didalam ucapan Sdr Kin Kasim, beliau menceritakan bahawa selama 4 tahun beliau berada didalam UMNO, tidak ada pun perjuangan UMNO menuju kearah memperkasakan Orang Asal keatas tanah mereka. Yang ada ialah orang-orang kaya UMNO mencari kuli dari kalangan Orang Asal untuk membersihkan kebun mereka dengan upay yang tidak setimpal. Orang-orang Asal yang miskin terpaksa juga bekerja untuk Orang-Orang UMNO itu kerana kami mahukan sedikit wang untuk persekolahan anak-anak dan kehidupan. Berkat usaha kami berjaya juga memberikan pendidikan kepada anak-anak kami, dan beliau bersyukur kerana anaknya sendiri mendapat 4A untuk UPSR, dan beliau menyatakan bahawa anak-anak Orang Asal bukanlah bodoh jika mereka diberikan kemudahan yang wajar.
Ramli Lugan menutup tirai ceramah itu dengan menyatakan bahawa UMNO itu adalah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Dan beliau berasa hairan kenapa Orang Asal mahu menyertai UMNO kerana parti itu bukan parti untuk Orang Asal dan perjuangan UMNO pun tidak jelas dengan perjuangan untuk Orang Asal, tidak ada didalam Perlembagaan UMNO untuk memperjuangkan Orang Asal, tidak seperti Perlembagaan PKR didalam Perkara 15 dengan jelas memperuntukkan perjuangan untuk membela Orang Asal. Beliau menyeru Orang Asal bersatu dibawah panji-panji Parti Keadilan Rakyat.























Monday, November 15, 2010

144 orang peneroka Felda Sebertak ambil keputusan saman Felda

Sdr Haji Mohd Nor Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak

Diantara 144 orang peneroka yang hadir
Peneroka yang hadir
Peneroka yang hadir

==
"20 tahun Felda memberikan perahan KPG 17-18% sahaja, Felda sudah curi antara 5 hingga 6% setiap bulan sejak 20 tahun yang lampau, ertinya setiap bulan peneroka-peneroka telah ditipu sebanyak RM200.00 setiap bulan, maka cubalah kita kalikan dengan 12 bulan dan kalikan dengan 20 tahun, itulah jumlah Felda telah menipu kita", kata Haji Mohd Nor Zakaria semasa mempengerusikan perjumpaan peneroka-peneroka Felda Sebertak pada 14hb Nov. 2010.
Seramai 144 orang peneroka Felda Sebertak telah menghadiri perjumpaan yang mendengar penerangan daripada Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda PKR Pusat.
Peneroka-peneroka tersebut bersetuju mengambil tindakan saman terhadap Felda berhubung dengan perahan KPG dan juga dana tanam semula sebanyak RM17,000.00 yang masih belum dikembalikan oleh Felda kepada peneroka-peneroka.
Sdr Man Kadir, Setiausaha Kerja Biro Felda Negeri Pahang, merangkap Timbalan Ketua PKR Cabang Temerloh turut hadir dan berucap didalam Majlis itu.


Sunday, November 14, 2010

Peneroka Jengka 13 Serah Borang Waran Untuk Bertindak

Kehadiran peneroka-peneroka Felda Jengka 13 di Majlis Penyerahan Boran Warant Untuk Bertindak untuk mengemukakan saman terhadap Felda mengenai KPG

Latheefa Koya, Peguamcara yang mengendalikan sama sedang memberikan penerangan


Peneroka-peneroka yang hadir



Peneroka-peneroka yang hadir



Peneroka-peneroka yang hadir

Latrheefa Koya memberi penerangan


Peneroka-peneroka yang hadir

Peneroka-peneroka yang hadir


Latheefa Koya (sedang berucap), CheguBard dan Lawyer T.Kumar

Sdr Hassan, Pengerusi Majlis dan Latheefa

Latheefa sedang berbual dgn Khalia (Lia), Setiausaha PKR Cabang Kuala Krau

CheguBard sedang berucap


CheguBard

Rosli Ahmad, Timbalan Ketua PKR Cabang Jerantut merangkap Naib Pengerusi Biro Felda Zon Tengah PKR Pahang


T.Kumar sedang berucap

Sdr Mat Zain, membelakang kamera, Penyelaras JK Bertindak Peneroka-Peneroka Felda sekitar Kilang Felda Jengka 8.


==


Seramai 105 orang peneroka-peneroka Felda Jengka 13 menyerahkan Borang Waran untuk Bertindak kepada Peguam Latheefa Koya untuk memulakan saman terhadap Felda mengenai perahan KPG yang tidak adil yang berlarutan lebih dari 10 tahun.
Seramai hampir 100 orang lagi akan turut menyerahkan borang selepas ini didalam perjumpaan yang akan diadakan di Felda Jengka 9 pada 4hb Disember 2010. Sementara itu hampir 200 orang peneroka Felda Jengka 9 akan turut menyerahkan Borang Waran Untuk Bertindak pada 4hb Disember nanti.
Sementara itu seramai lebih kurang 1000 orang peneroka-peneroka Felda dari sekitar kilang Felda Jengka 3 akan menyerahkan Borang untuk Bertindak pada 4hb Disember dan diikuti oleh Peneroka-Peneroka Felda Jengka 11, 8 dan 10.
Peneroka-peneroka tersebut mengajak Felda supaya mengadakan rundingan agar perahan KPG mereka dinaikkan hingga 22% dan membayar pampasan gantirugi sejak 10 hingga 15 tahun yang lampau. Terserahlah kepada Felda samada bersetuju untuk berunding atau sebaliknya.
Didalam ucapan Latheefa Koya, beliau menerangkan bahawa peneroka-peneroka Felda hanya membayar RM50.00 sahaja untuk turut serta didalam tuntutan ini dan menyifatkan pembohongan oleh Felda mengatakan bahawa peneroka-peneroka membayar RM5000.00 seorang kepada Peguam sebagai suatu penipuan untuk menakut-nakutkan peneroka.
Bagaimana pun, pihak Peguam akan mengambil tindakan saman malu terhadap Felda kerana telah menaburkan fitnah kononnya peguam-peguam tersebut mengenakan RM5000.00 sebagai yuran guaman.































































Friday, November 12, 2010

Ceramah di Kg Paya Mendoi, Kuala Krau

CERAMAH UMUM
Tempat
KG PAYA MENDOI, KUALA KRAU
Tarikh
15hb November 2010
Masa
7.30 malam
Pertunjukan
Filem
Arahan Sdr Syafie Deris
AJK Biro Orang Asal Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau
Penceramah
Haji Suhaimi Said
Bob Manolan
Yusri Ahon
Jahidin
Ramli Lugan
Man Kadir
Datanglah Beramai-ramai

1000 peneroka di Gugusan Bera bersedia saman Felda

Tuan Haji Zakaria daripada Felda Sebertak memberitahu bahawa lebihkurang 1000 peneroka Felda dari Gugusan Bera sudah bersedia untuk memfailkan saman terhadap Felda berhubung isu perahan KPG.
Mereka akan melantik Peguam Wan Rohimi, iaitu Peguam yang sama yang telah berjaya menyaman Felda berhubung isu perahan KPG di Kemahang 3, Kelantan.
Sehingga kini Kilang Felda berkenaan, khususnya untuk Felda Sebertak, hanya memberikan perahan 19% sahaja suatu gred yang terlalu rendah dan tidak munasabah.
Tuan Haji Zakaria yang juga Ketua MTD PAS menyatakan bahawa pada 14hb November 2010 (Ahad) jam 5.00 petang akan diadakan program Ceramah/Dialog diantara peneroka-peneroka Felda Sebertak dengan Pengerusi Biro Felda PKR Pusat, Haji Suhaimi Said dan Dialog tersebut akan dipengerusikan oleh Sdr Man Kadir, Setiausaha Kerja Biro Felda PKR Pahang.
Seramai 126 orang yang terlibat untuk menuntut pengembalian wang tanam semula dan 142 orang yang terlibat dengan isu perahan dari Felda Sebertak akan mengambil bahagian.
Sdr Mazlan Aliman, Pengerusi ANAK, berkemungkinan juga akan dapat menghadirkan diri.
Sementara itu Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi PKR Negeri Pahang akan menghadiri Majlis Ceramah/Dialog di Felda Jengka 13 pada 13hb November 2010 jam 3.00 petang. Akan turut didalam rombongan Dato Fauzi adalah Peguam Latheefa Koya, Peguam T. Kumar, Haji Suhaimi Said, Rosli Ahmad, Timbalan Ketua PKR Cbg Jerantut dan Man Kadir.

Wednesday, November 10, 2010

Bala kemalangan jalanraya, 2 kakinya patah

Sdr Balakrishnan a/l Pachiappan dari Sg Tekal Estate, Kuala Krau, Pahang patah kedua-dua kakinya akibat kemalangan jalanraya pada Hari Kedua Deepavaly di Bandar Kuala Krau.
Beliau adalah AJK Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau dan mempelopori kaum India Kuala Krau menyertai PKR lebihkurang 2 tahun yang lalu.
Sebelum menyertai PKR, Bala adalah Setiausaha Parti Gerakan Kuala krau, beliau dan lebihkurang 30 orang anggota GERAKAN dan MIC telah menyertai PKR sebelum Pilihanraya 2008.
Sdr Bala adalah seorang pekerja estet di Ladang Sg Mai, bergaji hari dikira RM45.00 sehari x 25 atau 26 hari sebulan. Dengan kecederaan yang menimpanya ini pihak Estet akan terus membayar gajinya dikira 25/26 hari sebulan diatas kadar RM45.00 sehari untuk bulan pertama, dan pada bulan kedua dan ketiga beliau akan menerima gaji diatas kadar RM22.50 x 25/26 hari, dan dibulan ke-empat dan seterusnya beliau tidak lagi diberikan sebarang gaji.
Kecederaan yang berlaku kepada Bala akan mengambil masa yang panjang untuk pulih apatah lagi kerja yang dilakukannya adalah kerja boroh kasar diladang, dan kecederaan ini tidak memungkinkan beliau dapat melakukan lagi kerjanya, dan ini membawa makna beliau tidak akan mempunyai pendapatan.
Beliau menanggung seorang isteri dan seorang anak yang sedang bersekolah.
Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau melancarkan Dana untuk membantu Sdr Bala dan keluarganya dan setakat ini ada pihak sudah menjanjikan sebuah kerusi roda untuknya, dan siang tadi semasa lawatan Anggota-Anggota Jawatankuasa PKR Cbg Kuala Krau ke Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh kami telah menghulurkan derma peribadi kepada beliau disamping derma yang dipanjangkan oleh Sdr Zakaria Hamid.
YB Elizabeth Wong dan Sdri Felicia Ling telah menjanjikan bantuan kewangan dan esuk kami akan melawat Sdr Bala lagi di Hospital untuk menyerahkan pula bantuan derma dari Felicia Ling.
Kepada para dermawan khususnya anggota-anggota PKR yang berhajat menghulurkan derma bolehlah masukkan kedalam akaun MBB saya Suhaimi bin Said no akaun 006052309973.

Tuesday, November 9, 2010

Dialog di Felda Jengka 13 pada 13hb Nov 2010

Peneroka-peneroka Felda yang menghantar buah sawit mereka ke Kilang Sawit Felda Jengka 8 akan berkumpul di Felda Jengka 13 pada 13hb November 2010 jam 3.00 petang bagi menyerahkan borang-borang Waran Untuk Bertindak bagi melantik Peguam-Peguam untuk membela mereka berhubung isu KPG yang diberikan peratusan yang jauh lebih rendah dari sewajarnya oleh Kilang Sawit Felda Jengka 8.
Beberapa orang Peguam yang akan diketuai oleh Latheefa Koya dan T. Kumar akan mengetuai barisan peguam yang akan bertindak untuk peneroka-peneroka tersebut.
Selain daripada peguam-peguam tersebut perjumpaan itu akan juga dihadiri oleh Dato Fauzi Abdul Rahman, selaku Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Pahang, Abdul Kadir Manap atau lebih dikenali Man Kadir, selaku SUK Biro Felda PKR Pahang dan Haji Suhaimi Said, bekas Pengerusi Biro Felda PKR Pahang.
Peneroka-peneroka yang terlibat termasuklah dari Felda Jengka 9, Jengka 8, Jengka 13 dan Jengka 24.