PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Monday, May 31, 2010

Ulama UMNO Bakar Kapal

Saya bukan orang politik. Bukan aktivis mana-mana parti. Saya seorang rakyat yang memerhati perkembangan pemikiran Islam dalam negara ini. Artikel ini akan menyebut istilah ulama UMNO atau ulama pro-UMNO. Walaupun istilah ini umum, namun saya mengecualikan mereka yang ikhlas dan tidak bersikap seperti yang disebutkan nanti.

Saya tidak faham mengapakah Umno kebelakangan ini suka berkeras mengambil pandangan-pandangan agama yang bersifat perkauman dan amat konservatif.

Dulu mereka lebelkan PAS demikian. Namun hari ini apabila PAS mula membuka ufuknya, melihat Islam dalam kerangka yang lebih luas, Umno pula yang cuba kembali ke zaman ortodoks tersebut.

Ya, memang masih ada dalam PAS sendiri kelompok yang ‘ala ulama Umno’ hari ini, yang juga mengurung diri dengan pandangan-pandangan yang agak konservatif dan menolak keluasan ijtihad.

Namun suara pembaharuan dan keterbukaan jelas kedengaran dalam PAS. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lagi bersendirian dengan pandangan-pandangan pembaharuannya.

Pelik, sebagai pemerintah mengapa Umno menerima pandangan-pandangan yang sempit itu. Padahal pandangan-pandangan itu hanyalah tafsiran ‘kurang luas’ golongan konservatif agama, atau satu ijtihad yang boleh untuk dilihat atau dibandingkan dengan ijtihad yang lain.

Apakah kerana Umno merasakan bahawa mereka hanya mampu bernafas dalam iklim yang kurang ‘oksigen keluasan ijtihad’ atau hanya gas perkauman dan fahaman ’sempit’ agama sahaja yang mampu menghidupkan Umno.

Atau, apakah ulama-ulama pro-Umno hanya mampu bernafas selagi parti itu dikurangkan oksigen keluasan berfikir? Atau, apakah Umno melihat rupa paras Islam dalamnya hanya mampu dilihat jika ia bersifat keras dan sokongan Melayu pun akan datang kepadanya dengan membakar isu-isu tersebut?

Dimanakah keserasian wajah 1 Malaysia Perdana Menteri dengan pendekatan Islam Umno hari ini?

Sebagai pemerintah bagi sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama, oksigen keluasan ijtihad diperlukan oleh Umno. Mengapakah Umno menerima pendapat-pendapat yang menajamkan salah faham terhadap Islam di negara ini.

Dulu Umno menolak pihak yang membangkitkan tuduhan 300 ribu orang Melayu murtad serta menuduh individu dan institusi itu dan ini sebagai pusat Kristian.

Hari ini pendapat pihak seperti tersebut diterima pakai. Bahkan beliau dijadikan perlambangan ulama pro-Umno. Atau memang Umno kini berminat dengan perdekatan yang sifatkan media antarabangsa sebagai ‘ala-ala Taliban’?

Segala tudingan Umno dahulu kepada PAS sebagai pembawa Islam sempit dan jumud, hari ini PAS hampir dapat membebaskan diri dan imejnya seumpama itu sedangkan sebaliknya Umno pula yang memakai seragam kejumudan dan kesempitan tersebut.

Peguam bukan Islam

Lihat, isu peguam bukan Islam di Mahkamah Syariah. Media-media Umno membesar-besarkan isu ini seakan ia akan memusnah orang Islam.

Diambil pendapat pihak yang menyatakan bahawa itu akan mengelirukan umat Islam dan mengancam Islam. Saya ditanya oleh Utusan Malaysia, namun apabila saya beri pendapat yang berbeza, ia tidak disiarkan.

Isu itu boleh memberikan gambaran salah kepada bukan Islam, dan juga generasi baru Muslim mengenai Islam.

Bagaimanakah mungkin, universiti rasmi kerajaan UIAM memberikan sijil yang sah dalam bidang tersebut kepada peguam berkenaan, tetapi kerajaan yang sama menyatakan ia tidak boleh digunapakai?

Apakah ini secocok dengan keadilan Islam?

Kedua, bayangkan dalam sebuah negara Islam sepenuhnya yang hanya bertunjangkan Mahkamah Ssyariah, tiba-tiba kita beritahu bukan Islam tidak boleh menjadi peguam!

Apakah dalam negara yang berbilang agama ini, mereka akan pandang tinggi tentang konsep keadilan di mahkamah yang bersifat Islam seperti itu?

Peguam ialah pembela. Sesiapa sahaja boleh membela tertuduh di mahkamah Islam. Yahudi pernah menang kes menentang Saidina ‘Ali dalam pertikaian baju besi.

Pada zaman Nabi SAW dan al-Khulafa al-Rasyidin, tiada sistem guaman secara rasmi. Seseorang boleh menuntut keadilan dengan hujah-hujahnya di hadapan hakim. Untuk membela atau berhujah, sesiapa pun boleh berhujah.

Penentunya, sistem kehakiman itu sendiri, bukan peguam. Di zaman kini lebih jelas. Undang-undang telah dienakmenkan. Ia bertulis dan setiap pihak terikat dengan undang-undang bertulis itu.

Sesiapa sahaja yang berhujah, sama ada Islam atau bukan Islam, mereka terikat dengan hal tersebut. Hakim akan menentukannya secara adil. Keadilan sebenar dapat diperolehi jika hakim adil.

Setiap pihak berhak membela diri, dan berhak meminta sesiapa sahaja yang mampu membelanya. Keadilan itu buta warna kulit dan jenis agama.

Islam yang seperti itulah patut digambarkan jika kita ingin menuju kepada Islamisasi negara yang sebenar. Jika ada beberapa peruntukan undang-undang yang kurang sesuai dalam masyarakat yang rencam ini maka ia perlu diubah.

Cara Umno mengendalikan isu tersebut, mengelirukan bukan Islam!

Jika tidak mahu benarkan, mengapa dia diizinkan melalui pengajian dan menghabiskan masa untuk itu, kemudian dimaklumkan ’sijil awak tidak laku’.

Ulama pro-Umno bising. Menariknya, apabila ada orang yang ditahan tanpa diberikan hak perbicaraan, mereka diam! Tidakkah ini mengelirukan Islam dan bukan Islam?

Jika ini tidak diubah, Islam di negara ini terus menjadi defensive, takut pada bayang-bayang sendiri dan gagal memahamkan bukan Islam tentang keindahan Islam.

Lebih 50 tahun Umno memerintah, generasi baru bukan Islam bertambah prejudis dengan Islam yang dibawa oleh Umno. Golongan muda Islam juga demikian.

Agama dijadikan senjata permusuhan, bukan lagi rahmat yang menimbulkan kedamaian dan keyakinan rakyat kepada keindahan Islam.

Jika tanpa pendakwah-pendakwah dan tokoh-tokoh yang ikhlas menjelaskan tentang hakikat Islam sebenar, tentu bukan Islam bertambah prejudis kepada Islam.

Generasi Islam yang terpelajar juga akan mula mempersoalkan Islam seperti ini.

Isu kalimah Allah

Isu kalimah Allah juga demikian. Ulama pro-Umno, termasuk ‘ala Umno‘ yang berada dalam PAS membakar rakyat awam dengan isu ini.

Sehingga ada ulama pro-Umno yang cuba mengkafirkan orang lain dalam isu nama Allah tersebut. Tidak cukup dengan 300 ribu yang dimurtadkan dulu, ditambah pula ahli politik yang cuba dijadikan murtad baru.

Semuanya kerana tafsiran yang sempit. Padahal, isu itu boleh diselesaikan dengan adil dan saksama. Diraikan hak agama lain dan dibuat beberapa peraturan untuk ketenteraman awam. Saya sendiri telah menggaris panduan dalam media. Bukan Islam ramai yang setuju.

Namun, ada yang cuba bermain sentimen rakyat yang kurang faham.

Media Umno pula hanya menerang pendapat sebelah pihak. Namun sekarang apabila melihat kekalahan di Sibu yang membabitkan penduduk Kristian, Umno mula gelisah. Apakah Umno akan meminta fatwa baru dari ‘mufti’ yang setia berkhidmat itu?

Isu masuk masjid

Isu bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam masjid juga dipopularkan oleh media Umno. Padahal larangan bukan Islam masuk masjid hanya salah satu pendapat dalam kalangan ulama.

Ulama hadis ramai berpendapat sebaliknya. Ini disebabkan hadis-hadis menunjukkan bukan Islam pada zaman Nabi SAW masuk ke dalam masjid dan mempelajari Islam.

Jsuteru, di zaman kini yang banyak salahfaham terhadap Islam, mereka lebih patut dibenarkan masuk.

Cumanya, letakkan beberapa peraturan atas asas siyasah syar’iyyah (islamic administration). Namun, jika apabila dikemukakan pendapat bahawa bukan Islam boleh masuk ke masjid, bangkitlah ulama-ulama pro-Umno dengan fatwa-fatwa ketat dan seakan hendak berjihad mempertahankannya.

Malang sekali, apabila timbul isu judi bolasepak, tidak pula mereka berani lantang dan tegas. Tidakkah ini mengelirukan? Apa tidaknya, apabila bukan Islam hendak masuk masjid dihalang, tapi apabila diberikan keizinan berjudi didiamkan!

Isu Sebat

Isu sebat tiba-tiba muncul. Dulu Umno sensitif dengan hudud. Dalam persekitaran yang ada, saya juga fikir PAS tidak perlu menegaskan isu hudud. PAS sejak dulu patut angkat isu keadilan seperti mereka lakukan sekarang.

Keadilan itulah objektif. Hudud adalah mekanisma yang boleh diselaraskan apabila keadaan wajar.

Hukum yang baik untuk tempat yang sesuai. Sama seperti wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Jika wanita yang baik dikahwinkan dengan lelaki yang jahat, kepincangan akan berlaku.

Demikianlah hudud. Saya telah beri pandangan dalam masalah ini.

Tapi kini, tidak semena-mena tanpa mukadimah yang jelas agar rakyat faham, Umno mencanangkan isu sebat Kartika dan tiga wanita di Wilayah Persekutuan.

Menurut laporan media, mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kata sesiapa hina hukum sebat murtad kerana ia hukum Allah. Namun, apabila Sultan Pahang batalkan hukuman, beliau berkata itu hak Sultan.

Saya telah beri pandangan dalam kes ini, boleh rujuk laman web saya. Keajaiban ulama dalam media Umno!

Perarakan Maulid

Apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat kata perarakan maulid bukan galakan agama, media Umno dan ulama pro-Umno membuat ulasan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diserang. Walaupun saya ketika itu menulis dalam Mingguan Malaysia, saya memberikan pandangan yang berbeza.

Artikel saya ‘Melayu dan Mamak Penang’ boleh dirujuk. Media Umno jadikan seakan isu itu benteng Melayu-Islam di Malaysia.

Di Kelantan, lebai entah dari mana datangnya, pun menulis di Mingguan Malaysia kononnya Nik Aziz - Wahabi disebabkan isu-isu seperti ini.

Bisinglah mereka. Malangnya, media dan ulama pro-Umno tidak pula bising keruntuhan moral muda-muda Melayu-Islam saban tahun disebabkan perhimpunan pesta sambutan tahun baru yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin politik!

Inilah ulama yang pro-Umno sekarang. Apakah mereka ini dapat menarik perhatian generasi baharu Islam dan bukan Islam kepada Islam?

Barah

Banyak lagi isu lain jika hendak disebutkan yang membabitkan ulama dalam Umno.

Saya bukan anti-Umno tetapi inilah realitinya. Saya ramai sahabat dalam Umno. Kepimpinan Umno bermula dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga ke lapisan bawah, ramai yang baik dengan saya. Tapi ini realiti. Kritikan saya untuk semua. Kali ini khas untuk Umno.

1 Malaysia yang dicanangkan oleh Najib akan tenggelam dibakar oleh pemikiran sempit dan berkepentingan oleh sesetengah ulama Umno ini.

Malang sekali, di kala rakyat Malaysia mula bersikap terbuka, memahami Islam dari kerangkanya yang luas, menelaah ijtihad yang berbagai dan bersedia untuk berhujah secara matang, Umno memilih fatwa atau pandangan yang kian sempit dan berkepentingan.

Dunia sudah terbuka disebabkan media baru, Umno cuba kembali ke zaman selepas kemerdekaan.

PAS yang dahulunya dilihat kolot, mula dipenuhi dengan tokoh-tokoh politik Islam yang kian matang dan mampu mengadaptasi Islam dalam lakarannya yang luas. Pada masa yang sama Umno sedang kerumuni oleh sesetengah mereka yang ‘narrow-minded’ dan melihat Islam dalam kerangka perkauman.

Bolehkah 1 Malaysia tajaan Perdana Menteri berjaya jika ini terus berlaku. Generasi muda Islam dan bukan Islam telah jauh ke hadapan meninggalkan kesempitan ini. Islam dalam kerangkanya yang lebih universal akan mengambil tempat.

Ulama Umno sebenarnya sedang membakar kapal sendiri dan menenggelamkannya. Perdana Menteri, patut menilai semula agenda 1 Malaysia!

* Tersiar dalam Malaysiakini pada 28 Mei 2010.

Thursday, May 20, 2010

IBRAHIM ALI BLEW 200 to 300 MILLION THAT THE GOVT GAVE HIM & BLAMES PR and the Chinese FOR BEING POOR

Date: Monday, April 12, 2010, 4:44 PM
By: Wan Hamidi


Umno, the Malay Chamber of Commerce, Perkasa, Ibrahim Ali, and whatnot are shouting, ranting, raving, screaming and hollering about ‘nasib Melayu’ or the plight of the Malays, in particular the Malays of Penang.
I don’t know what Ibrahim Ali was doing back in the mid-1970s but judging from the age of many of those others in the crowd I think many of them tak sunat lagi back in the mid-1970s. Tak sunat lagi means you are so young that you are not circumcised yet and your little dick still has its foreskin.
Yes, back in the mid-1970s -- 35 years or so ago when I was still in my 20s and not even 30 yet -- I was already fighting to improve the lot of the Malays. And 35 years ago those shouting, ranting, raving, screaming and hollering today were either too damn young or were not even born yet.
We realised even back then that if something were not done the Malays would be left out. We realised that unless something were done now, 35 years ago, the Malays would be left behind. So we sat down with various Malay leaders and those who walk in the corridors of power -- the Prime Minister included -- to plan and chart the future of the Malays. And we did this for more than twenty years from the mid-1970s to the mid-1990s before I decided it was a lost cause and that I had better move on to other things.

The problem we faced was as what the then Minister of Trade and Industry Rafidah Aziz said: Melayu mampu daya maju tapi tak mampu daya tahan. This came from the Minister herself and means the Malays can be viable but can’t be sustainable. Malays can achieve success but can’t sustain the success.
The Minister then revealed details and lamented about all the wealth the government gave the Malays in the form of land, concessions, permits, ‘pink slips’ on new stock exchange listings, and whatnot, which, if the Malays had kept, would mean the Malays would have far exceeded the 30% target of the New Economic Policy.
But the Malays did not keep this wealth. The Malays sold it. The land, concessions, permits, ‘pink slips’ on new stock exchange listings, and whatnot, were all sold. So the Malay holding reduced and ended up in the hand of the non-Malays. This was what troubled the government, the Malay leaders, those who walk in the corridors of power, and us in the Malay Chamber of Commerce.
So they now lament about how left behind the Malays in Penang are. They should chart the progression of the Malays in Penang from 224 years ago until today and analyse at what point it went up and went down again. Were the Malays driven out? Were the Malays pushed out? Or did the Malays sell out? And why and how did the Malays sell out?
There is such a thing called the law of supply and demand. There is such a thing called market forces. There is such a thing called willing buyer, willing seller. When there is a demand there will be a seller. And since there was a demand for land in Penang then for sure the landowners would sell. It is all about making a profit.
So Penang developed. It became known as the Pearl of the Orient. So the capitalists moved in, as capitalists always do anywhere in the world where there is money to be made. And the Malays saw the route to easy and quick cash available to them. So they sold their land for a lot of money and moved on to another place where the land was cheaper. Now they could have their cake and could eat it too. They sold their small piece of land in Penang for a lot of money and bought an even bigger piece of land, say in Kedah, for a small amount of money and still had a lot of money left to go to Mekah, send their kids to university, and whatnot.
Today, many of those old folks and landowners of the 1960s and 1970s are dead. They are no longer alive. Their land in Penang had been sold off long before they died. And their children and grandchildren no longer own land in Penang . This is because the old folks had sold it off when they were still young or before they were born.
Today, the Malays are angry because the land in Penang is owned mainly by the non-Malays. But this is so not because the non-Malays stole the land but because the Malays sold it for a lot of money. It is what any property owner would do when the property they bought for RM100 two world wars ago can now fetch RM500,000 on the open market. Only a fool would turn down RM500,000 in profit.
The more the Malays scream about being left behind in Penang the more the Malays would look stupid and would be revealing their weaknesses. Back in the 1970s the government already sighed and lamented that come the year 2000, the Malays would still be left with nothing.
We can help the Malays, the government said. We can do, what you want us to do. But if the Malays just sell off whatever we give them, then come 2000 the Malays would still end up with nothing. And then the Malays would turn round and blame the government. The Malays would say the government does not care about them. They will never admit that the government did so much for the Malays but the Malays chose quick cash instead of sustaining and maintaining for the long term what the government gave them.

Say what you like about Rafidah Aziz and those many of the 1970s and 1980s era. They did try and they tried very hard. I should know because I was part of it. But we all knew that it was a futile effort. We can try to help the Malays to get rich. But they will not stay rich. They will sell all for quick cash and then will become poor again. And then they will blame the government because they are poor.
This was anticipated 35 years ago back in the 1970s. And the government told us this would happen. But we still tried. And now it is proven that the government was right, 35 years ago.
Today, Pakatan Rakyat is ruling Penang . But Penang was founded 224 years ago back in 1786.
Tomorrow, Pakatan Rakyat would have ruled Penang for exactly two years. For 222 years before that it was not Pakatan Rakyat that was ruling Penang . But Pakatan Rakyat is being blamed for 224 years of Penang history.
Yes, Perkasa, the new ‘Malay rights’ movement headed by Ibrahim Ali. Ask Ibrahim Ali how much the government gave him since the 1980s. In the 1970s when I was already fighting for the Malays he was still a student. Ask Ibrahim Ali to total up everything the government gave him the last 30 years or so. That figure should come to at least RM200 million-RM300 million.
How much does Ibrahim Ali still have left? Can he even find RM1 million in his bank account? Where did all that hundreds of millions go? Yes, ask Ibrahim Ali to ask himself all these questions. Then he will understand what happened to the Malays. What happened to the Malays is exactly what happened to him. He sold off everything and spent all the money just like those other Malays. And now he blames the Chinese because he is broke.

Denganihsan razak patikan60
MCOBA
__._,_.___

Monday, May 17, 2010

Sibu the "Sifu"

Sixteenth of May a date to remember
In Sarawak a history was created
The people awaken, tis the signal
In her fortress BN was defeated

It is historical, this month of May
A tragedy in nineteen sixty nine
Never should it be repeated, we pray
And that's your wish and mine.

The youths had a grand celebration
And the teachers day too did follow
Whilst Pakatan was in jubilation
Barisan Nasional plunged in sorrow.

It was the bye-election in Sibu
The spirit that we shall nurture
Little Sibu became the "SIFU"
Giving hope to Malaysia's future.

The BN team had almost everything
Whilst PR had only grit and guts
Government machinery in full swing
Till the end from an early start.

Undoubtedly they had tons of money
Main-stream media was far from fair
Happily flashing carrots and honey
But Sibu made them to despair

My tribute to the work-horses in DAP
Not forgetting PAS and PKR too
It is in this spirit, it shall be
Facing BN in the "battle of Waterloo".

The people of Sibu, we salute thee
Glad to say you really made our day
You taught us that little word "dignity"
Towards victory, you've led us the way.

Monday, May 10, 2010

Anwar: Saiful sahkan Najib terlibat

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau bersyukur ekoran Saiful Bukhari Azlan mengaku bertemu Datuk Seri Najib sebelum membuat laporan polis.

“Hari ini saya bersyukur kerana kita dapat sahkan penglibatan Najib yang diakui Saiful bertemu beliau empat hari sebelum laporan polis dibuat,” katanya di luar mahkamah hari ini.

Dalam Perbicaraan kes liwat ll Anwar hari ini Saiful berkata dia berjumpa Perdana Menteri pada 24 Jun 2008 di kediaman Najib di Jalan Duta untuk mengadu masalahnya.

Saiful juga memberitahu dia kemudiannya berjumpa ASP Rodhwan di Hotel Mulia pada malam 24 Jun.

“Pegawai kanan polis panggil di satu hotel terkemuka untuk adakan perbincangan sebelum laporan dibuat.

“Itu yang Karpal tekankan penglibatan dan konspirasi melibatkan Najib,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, turut melahirkan rasa tidak puas hati ekoran kegagalan pihak pendakwa yang begitu takut untuk menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela.

“Pertama kali dalam sejarah kes jenayah, nama saksi tidak diberikan, sampai sekarang pendakwa gagal mengemukakan nama saksi.

“Ini seperti mana yang kita sebut satu kelainan. Bila masuk kes Anwar memang ada kelainan,” katanya lagi.

Ketika prosiding bermula pagi tadi, peguam bela utama, Karpal Singh, memohon mendapatkan senarai nama saksi daripada pihak pendakwaan tetapi ini tidak dibenarkan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Selepas Karpal menyoal Saiful selama 45 minit, beliau membuat satu lagi permohonan iaitu bagi mendapatkan semua keterangan bertulis daripada polis.

Hakim menangguhkan perbicaraan jam 12.30 tengahari tadi dan akan disambung jam 9 pagi esok.

Penangguhan itu dipohon Karpal Singh untuk membuat penghujahan penuh bagi mendapatkan kenyataan beramaran Saiful.


Artikel di petik dari: Harakahdaily

Di copy oleh: suarahatisalmie (Kak Mie)

b/p: Zaidi Ahmad - Pengarah Sekretriat PKR Pahang


Panas: Saiful Bakal Di Makan Sumpah Laknat Jika Beliau Terus Berbohong Di Dalam Mahkamah Esok

Saiful Bukhari Azlan (foto) si "mangsa liwat" Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini seolah-olah dimakan dek "sumpah laknat" yang dilakukannya sehari menjelang Hari Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dulu. Beliau seolah-olah menjadi panik ketika berada di mahkamah, tambahan pula apabila diasak bertalu-talu oleh peguambela handalan Anwar iaitu Karpal Singh. Bermula dengan cerita sensasi kononnya dia tidak mandi junub selepas diliwat Anwar dan sanggup tidak solat kononnya berada dalam keadaan darurat. Kini rupanya banyak lagi kenyataan beliau yang telah memerangkap dirinya. Antaranya Saiful mengaku telah bertemu dengan PM Najib Razak pada 24 Jun 2008 iaitu beberapa hari sebelum beliau membuat pengakuan dirinya diliwat Anwar. Persoalannya sekarang, apakah yang dibuat oleh Saiful hingga Najib sanggup menerima kehadiran beliau secara peribadi. Sebelum ini Najib ada mengakui Saiful berjumpanya untuk memohon biasiswa. Apakah benar itu yang dipohon oleh Saiful?. Jika benar, biasiswa apa yang dipohon oleh Saiful sebenarnya, apakah JPA, MARA, FELDA, PETRONAS atau sebagainya?. Maknanya Saiful perlu kemukakan bukti yang dia memang memohon biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya. Soalnya sekarang, bila masa pula dan ke IPT mana pula Saiful melanjutkan pelajarannya itu?. Perkara inilah yang amat meragukan kita.

Apa yang lebih menarik dalam prosiding hari ini, Dr.Osman Pusrawi (foto) ada mendedahkan bahawa Saiful tergamak memasukkan benda keras berupa objek seperti plastik ke dalam duburnya, bagi membuktikan kononnya beliau diliwat. Dalam hal ini Saiful yang tersentak dengan kenyataan itu, tiba-tiba menempelak hal ini dengan mengatakan Dr.Osman berbohong. Soalnya sekarang, jika Dr.Osman berbohong kenapa laporannya begitu lengkap dan terperinci semasa memeriksa Saiful. Apakah kita boleh menerima kenyataan mulut Saiful daripada laporan yang lengkap seperti itu. Makanya, siapakah yang berbohong dalam hal ini. Saiful juga mengesahkan telah bertemu dengan pegawai polis yang bernama Rodwan Yusoff sebelum membuat laporan polis dia diliwat. Rodwan kini baru sahaja dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Melaka yang baru. Saiful mengatakan Dr.Osman Pusrawi berbohong, sebaliknya menjawab "No Komen" bila diajukan persoalan tentang tiada bukti kemasukan atau luka tanda diliwat seperti dalam laporan perubatan oleh tiga doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sementara itu diakhir prosiding hari ini, Peguambela Anwar Karpal Singh mahu kemukakan "kenyataan beramaran" Saiful kepada pihak polis kerana amat jelas Saiful Bukhari cuba berbohong dalam mahkamah. Hakim Zabidin Mohd Diah kemudiannya membenarkan permohonan tersebut dan akhirnya mahkamah terpaksa ditangguh hingga ke pagi esok.

[Apapun, sama-sama kita nantikan prosiding seterusnya kes liwat II ini esok. Apakah Saiful berani untuk berhadapan dengan Karpal Singh lagi, sedangkan beliau telah bersumpah untuk tidak berbohong di dalam mahkamah. Jika inilah keadaan perbicaraan yang sedang kita saksikan maka adalah lebih elok Saiful didakwa atas kesalahan menghina mahkamah. Kenyataan yang berbelit-belit dan gagal mengawal keadaan dengan baik jelas membuktikan bahawa beliau sememangnya telah dipaksa untuk melakukan demikian. Amatlah malang sama sekali jika perbicaraan diteruskan kerana ia akan menambahkan lagi aib kepada anak muda itu. Bahkan sudah pasti lebih banyak nama pemimpin akan dikaitkan dengan kes itu nanti. Maka akhirnya sumpah laknat Saiful memakan dirinya sendiri setelah lebih setahun beliau menunggu hari kebenarannya yang dijanjikan untuknya. Semoga keadilan dapat ditegakkan dalam kes kontroversi ini!].

Artikel di petik dari : http://pahangdaily.blogspot.com

Di copy oleh: suarahatisalmie (Kak Mie)
b/p: Zaidi Ahmad - Pengarah Sekretriat PKR Pahang



Siapa tak kenal Vincent Tan Towkey judi 1Malaysia? Majoriti dari kita mengetahui hubungan yang erat antara Towkey judi ini dengan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO.

Dengar cerita dana untuk membayar ADUN-ADUN dan juga MP-MP Pakatan Rakyat yang melompat disediakan oleh Towkey Judi ini juga..

Ada yang dibayar RM25 Juta, ada yang dibayar RM5 Juta dan ada yang dikatakan hanya dibayar RM100K saja dan ada juga yang meminta bayaran sehingga RM32 Juta..

Dan dengar cerita juga.. dana untuk menggerakkan Jentera UMNO/BN dalam PRK - PRK yang lepas juga datangnya dari beliau juga..

Jadi setelah begitu banyak pelaburan yang dibuat beliau takkan masih tiada pulangannya..

Sebagai pulangannya UMNO/BN perlu menghalalkan judi Piala Dunia walaupun judi diharamkan oleh Ugama Islam yang menjadi anutan ahli-ahli UMNO..

Begitulah bila sudah termakan budi.. maruah Ugama dan Bangsa disepak ketepi..


Bekas mufti: Jangan halalkan pertaruhan kejohanan Piala Dunia

May 10, 2010

KUALA LUMPUR, 10 Mei — Bekas mufti Perlis Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (gambar) menggesa kerajaan mengkaji balik langkah mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung bulan depan.

Sehubungan itu kata Asri, beliau juga mahu rakyat pelbagai kaum dan agama agar membantah usaha tersebut.

Sambil menekankan peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing dengan penjenayah, Asri memberitahu, cadangan tersebut hanya mengubah ‘taukeh’ yang tidak berlesen kepada yang berlesen.

“Apakah nanti mungkin kita akan wujudkan tempat ‘hisap candu berlesen’ untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya di tempat yang tidak berlesen?

“Jangan fikir lesen dan cukai keuntungan sahaja, kerajaan hendaklah berfikir kesan yang akan menimpa rakyat nanti.

“Maka, saya sekali lagi membantah cadangan ini dan meminta semua rakyat Malaysia yang waras dan mempunyai nilai-nilai agama dan moral membantah cadangan ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Asri berpendapat bahawa judi sama ada ‘dilesenkan’ atau tidak keburukannya sentiasa dominan dan akan menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut dan ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa.

“Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyarakat.

“Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat Malaysia bukan masyarakat judi.

“Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup untuk mendakwa ‘judi adalah budaya kami’, atau ‘kebanggaan hidup kami’,” katanya.

Khamis lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Kata beliau, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

“Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

“Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan memandangkan kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir,” katanya.


Artikel dipetik dari Blog:
http://darisungaiderhaka.blogspot.com

Di copy oleh: suarahatisalmie (Kak Mie)
b/p: Zaidi Ahmad - Pengarah Sekretriat PKR Pahang

PRK Sibu: Kempen Rumah Ke Rumah Kampung Hilir...

4:30 petang, Misi Kempen Rumah ke Rumah dimulakan... pimpinan ke 3-3 parti ikut serta mengiringi Calon PRK Sibu Pakatan Rakyat ke Kampung Hilir untuk berkempen dari rumah ke rumah.
Sessi berkenal-kenalan dengan calon Pakatan Rakyat dimulakan di sebuah rumah kaler merah... ni mesti penyokong Mencester Yunaited... keh keh keh keh keh... Mencester Yunaited mana bertanding dekat Sibu weh...
Baru je keluar dari lorong rumah penyokong Mencester Yunaited tadi tiba-tiba - POOOOOONNN...!!! calon kena hon... "kejap-kejap...!!!"... drebar van tu jerit... alamak... saspen... rupa-rupanya drebar van tu nak salam dengan calon Pakatan Rakyat... ingat aperda...
Akak ni cakap - "sape yang berjuang untuk keadilan rakyat, akak 1 rumah akan sokong tak kira la dia tu agama apa atau bangsa apa... janji berjuang untuk keadilan..." sah dah dapat 4-5 undi 16hb. Mei ni...
Pergh... ramai betul tolong kempen... YB Khalid Samad pun turun padang jugak beb...
Adik dah daftar sebagai pengundi yang sah ke belum..?
Rumah kaler hijau... kompom geng Pakatan Rakyat...
Uncle tolong undi Pakatan Rakyat untuk perubahan ya...!!!
Tak dapat geran tanah lagi..?
Awek baju itam dekat pintu tu dari mula aku sampai, sampai la aku nak belah, tak bekelip mata dok tenung aku... nak mintak no telipon, mak dia ada, YB ada, segan la pulak... aku ingat esok aku nak gi kempen sorang-sorang la dekat rumah dia... "Vote 4 Topeng Perak..!" jamin bahagia sampai akhirat..! hahaha... hahaha... hahaha... jangan dengki geng... eh... best pulak slogan aku tu kan..?
Pakcik memang dari dulu undi pembangkang...
Pakcik sokong Mancester Yunaited jugak ke...??? tak lah... pakcik baru balik dari Thailand nih... jumpa Thaksin... hahaha... lawak pakcik neh...
Ni... ni... apa ni...??? kameraman ambik gambar YB la... pehal pulak dok posing neh..? eish...
Adik besar esok jangan lupa undi Pakatan Rakyat tau..! ha..? Gaban..? ape-ape la adik...
Tadi kena tahan dekat drebar van, ni kena tahan dekat abang motor pulak... macam boleh menang je nih...
Abang nak undi sape nanti..? - "Roket..!"... bagus-bagus...
EVEREDY PASti !... hehehe... kompom...
Akak jangan lupa kak... bangun awal 16hb. Mei ni... Undi Pakatan Rakyat...
Ha... ini orang saya kenal... ini bakal YB Sibu... saya mesti sokong..!
Sessi gelak-gelak...
Sempoi betul la rumah-rumah dekat sini...
Undi Pakatan Rakyat demi masa depan anak-anak kita..!
Awal-awal pakcik ni dah pesan dekat calon Pakatan Rakyat - saya mau bila YB dah menang nanti YB kena rajin datang rumah saya macam hari ni, kalau tidak PRU nanti saya tak undi YB dah... saya tak nak YB jadi macam YB yang dulu..! ha... amaran keras tu..!
Generasi akan datang... yang ni yang kita nak kena jaga dari sekarang ni... jangan sampai esok-esok budak-budak ni maki-hamun kita sebab silap buat pilihan... cukup la 50 tahun lebih dok kena pedajal dekat anak buah setan...
Ada maksud tersirat...
Belasah la... kali ni rumah orang BN pun kita redah... pedulik hape...
Aik..? sempat lagi..?
"Tanah tu dari luar bawak kedalam semua gomen setan nak ambik, kami duduk puluh-puluh tahun geran haram tak dapat, janji tiap-tiap tahun nak selesai tapi sampai YB dulu dah jadi tanah pun geran tanah tak dapat-dapat lagi... rege punya mahal dia nak bayar ganti rugi tak sampai RM50 hengget..! dia ingat kami bodo ke..?"...
Kena tahan lagi... kali ni kereta lak tahan... tak boleh tahan macam ni...
Meh meh ikut saya... laki saya ada dekat kereta tuh... meh meh...
Malam ni sokong Chelsea tau..!
...???
Ni otai dekat sini, korang jangan main gila... kang tak pasal-pasal kena tikam dengan gobek sirih..!
Open House ke..?
Jalan masuk ni BN janji nak turap lebih kurang dengan tar tak pun nak tambak dengan pasir tapi dah 2 kali Pilihanraya Umum, jangan kata tar atau pasir, selut pun dia tak hantar..! binawe betul... kali ni pakcik pangkah Pakatan Rakyat pulak... kasi ajar sama itu ejen Zionis jahanam...
Tuan rumah ni sokong 2-2... masa kami ada dekat bawah dia jerit "Hidup Pakatan Rakyat", bila polis lalu je... dan dan tu jugak dia jerit "Hidup BN...!!!"... pergh... politik memang gila...
Saya akan undi Pakatan Rakyat..!
Pakcik-pakcik dan makcik-makcik semua jangan undi BN tau... BN jahat...


Artikel & Gambar di petik dari Blog: http://perisik-rakyat.com

Di copy oleh : suarhatisalmie (Kak Mie)
b/p: Zaidi Ahmad - Pengarah Sekretriat PKR Pahang

SEKITAR GAMBAR KENANGAN SATU HARI SEBELUM PENAMAAN CALON PRK PARLIMEN SIBU, SARAWAK.