PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Sunday, April 26, 2009

Mesyuarat Pertama Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal akan diadakan 2 minggu lagi

Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang telah menamatkan Seminarnya pada 25hb April 2009 di Temerloh dengan berjayanya.
Seminar itu memutuskan untuk membahagikan Negeri Pahang kepada 3 zon, iaitu Pahang Barat, Pahang Tengah dan Pahang Timur, dengan setiap zon (Biro Hal Ehwal Felda) dilantik seorang Timbalan Pengerusi dan 3 orang Naib Pengerusi, seorang Setiausaha dan seorang Penolong Setiausaha dan AJK seperlunya dan untuk Biro Hal Ehwal Orang Asal pula dilantik seorang Timbalan Pengerusi dan 3 orang Naib Pengerusi, seorang Setiausaha dan AJK seperlunya.
Kedua-dua Biro ini akan bergerak secara berganding, dan perlantikan jawatan-jawatan yang dirumuskan itu akan dibuat sebelum tempoh dua minggu, dan Mesyuarat Pertama Biro ini akan diadakan di Pejabat Baru Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang di Kuantan dalam tempoh 2 minggu dari sekarang.
Semua zon-zon dikehendakki membuat perlantikan masing-masing sebelum tempoh 2 minggu ini.
Haji Suhaimi Said,
Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal.

Friday, April 24, 2009

SELAMAT BERSIDANG KEPADA BIRO HAL EHWAL FELDA DAN ORANG ASAL

Tempat -- Dewan, Sekolah Al-Mukmin Belakang Supermarket Cowboy Temerloh

Tarikh -- 25hb April 2009

Jam -- Pendaftaran Bermula jam 9.00 pagi

Perasmian -- Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Perhubungan PKR Pahang

Kertas Kerja 1 -- Mazlan Aliman dari ANAK

Kertas Kerja 2 -- Yusri Ahon, Aktivis Orang Asli

Kehadiran -- Terbuka kepada wakil-wakil dari Bahagian-Bahagian PKR Negeri Pahang

Thursday, April 23, 2009

SIDANG MEDIA PADA 23.4.2009



Hari ini berlangsung Sidang Media ringkas di pejabat saya yang turut di hadiri oleh Tuan Haji Suhaimi Said,Ketua Bahagian Keadilan Kuala Krau dan Sdr.Yahya,Setiausaha Bahagian Temerloh.


Maudhuk Sidang Media ialah berkenaan isu penghakiman RM63 juta yang kena dibayar oleh Kerajaan Pahang sepertimana perintah Mahkamah dan yang lebih penting ialah kenyataan tidak bertanggungjawab serta jahat yang dibuat oleh Dato Seri Adnan Yaakob,Menteri Besar Pahang.


Kenyataan jahat tersebut disiarkan oleh akhbar Sinar Edisi Pahang pada hari Rabu,22.4.2009 yang menyangkuti intergriti dan maruah Institusi Kehakiman khususnya YA Dato Halim bin Aman,Hakim Mahkamah Tinggi Malaya yang membicarakan dan seterusnya memberikan penghakiman.


Menginsafi bahawa kenyataan sebegini terjumlah kepada penghinaan kepada mahkamah (contempt of court),maka Keadilan Pahang memanggil Sidang Media pada hari ini.Kenyataan penuh adalah sebagaimana dibawah:


SIARAN MEDIA


Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) merujuk kepada kenyataan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato’ Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang Darul Makmur sebagaimana tersiar di muka surat N15, Akhbar Sinar Harian Edisi Pahang bertarikh 22.04.2009.


Menteri Besar Pahang di dalam kenyataan beliau antara lain telah menyebut:-


“(D)alam proses pihak Plaintif (Seruan Gemilang) memfailkantindakan terhadap Kerajaan Negeri, didapati selepas beberapaketika ada berlaku penipuan, peniruan , pembohongansaksi dan pihak hakim sendiri”.


Kenyataan beliau tersebut secara jelas telah menghina, memperlekehkan dan mempertikaikan kredibiliti Yang Arif Hakim Dato’ Halim bin Aman yang membicara dan membuat Penghakiman kes ini.


Keadilan Pahang memandang berat kenyataan tidak bertanggungjawab Menteri Besar Pahang tersebut yang seharusnya tidak terkeluar dari mulut seorang pemimpin utama Negeri Pahang.Keadilan Pahang turut melihat bahawa kenyataan tidak bertanggungjawab tersebut terjumlah kepada Penghinaan terhadap Mahkamah (contempt of Court) di pihak Dato’ Seri Adnan Yaakob di mana jika dibiarkan akan membuatkan Institusi Kehakiman dipersendakan dan hilang kredibiliti.


Atas dasar ini, Keadilan Pahang menuntut Dato’ Seri Adnan Yaakob dikenakan tindakan komital kerana menghina Mahkamah dan selanjutnya menarikbalik kenyataan beliau serta memohon maaf kepada Yang Arif Hakim Dato’ Halim bin Aman tanpa berbelah bagi.


Keadilan Pahang turut melihat kenyataan Menteri Besar tersebut sebagai strategi untuk mengalihkan perhatian dan menimbulkan tekanan kepada Mahkamah.


Di samping itu, Keadilan Pahang menuntut dan menggesa Pihak Berkuasa untuk mengambil tindakan undang- undang terhadap UMNO Pahang di atas kegagalan UMNO melunaskan premium berjumlah RM4.8 juta yang berkaitan dengan konsesi balak di Mukim Bebar sebagaimana berkait dengan kes Tetuan Seruan Gemilang tersebut.


Demikian itu, Keadilan Pahang dengan ini sekali lagi mengulangi kenyataan tidak bertanggungjawab Yang Berhormat Menteri Besar Pahang tersebut tidak boleh dipandang remeh dan menuntut tindakan undang- undang dikenakan kerana menghina Mahkamah dan menuntut Menteri Besar Pahang meletakkan jawatan dengan segera.


Bertarikh pada 23 haribulan, April, 2009.

Wednesday, April 22, 2009

Nota Dari Kuala Semantan:Makna Penghakiman RM63 Juta

Ramai kawan-kawan bertanyakan kepada saya tentang keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan yang membenarkan permohonan mandamus Syarikat Seruan Gemilang Makmur (SGM) bagi compell/memaksa kerajaan Pahang membayar amaun penghakiman beserta faedah dan kos.

Saya menyatakan pendirian saya bahawa dari suatu sudut saya tidak gembira dengan keputusan tersebut.Rasional saya amaun penghakiman RM63 juta itu yang kena dibayar datangnya dari duit rakyat juga,taxpayer money.Ertinya secara langsung rakyat Pahang yang kena menanggung pembayaran tersebut melalui cukai dan hasil mahsul Pahang;bukannya Adnan Yaakob atau BN secara peribadi.

Ramai kawan-kawan yang tidak puashati dengan penjelasan saya itu.Kepada saya memang benar kerajaan Pahang bertanggungan dan perlu membayar tetapi wang tersebut adalah wang rakyat.Hakikat ini tidak boleh diketepikan dalam kita memahami erti penghakiman tersebut.Apa perlu sorak sorai berhubung penghakiman tersebut sedangkan wang yang akan dibayar adalah milik rakyat Pahang juga sedangkan pelaku utama didalam masalah ini,UMNO dan pemimpin tentunya tersenyum lebar sebab mereka tidak kerugian apa-apa.

Manakala dari sudut lain,keputusan kes SGM ini menjelaskan betapa ada yang tidak beres didalam pengurusan hasil mahsul negeri khususnya industri pembalakkan.Kes ini bermula apabila konsesi balak yang dianugerahkan kepada UMNO dalam tahun 1998 seluas 10000.00 ekar.UMNO kemudiannya telah memeterai perjanjian dengan SGM dalam tahun 2000 yang memberikan hak exclusive kepada SGM mengeluarkan kayu-kayu balak diatas tanaah tersebut dengan balasan sejumlah RM50000.00 sahaja sedangkan nilaian kayu dipercayai berjuta ringgit.

Menarik untuk disentuh,konsensi balak tersebut diberikan kepada UMNO di era pentadbiran Khalil Yaacob dengan premium tanah sejumlah RM4.8 juta dikenakan;difahamkan sehingga ke hari ini UMNO Pahang masih belum menjelaskan premium tersebut walaupun kerja-kerja telah dijalankan diatas tanah tersebut!Khabarnya sehingga ke hari ini tiada sebarang tindakan undang-undang diambil oleh PTG atau Pihak Berkuasa terhadap UMNO Pahang.

Betapa jika rakyat biasa,orang kampung atau buruh kasar atau mereka yang berpendapatan rendah gagal melunaskan cukai tanah atau cukai pintu,pihak berkuasa akan menjadi begitu efisyen samada menyita harta berkenaan atau mengheret rakyat kecil ke Mahkamah untuk dikenakan hukuman.Seolah-olah keberanian untuk bertindak hanyalah terhadap rakyat kecil sedang UMNO/BN atau pemimpin memiliki immuniti.

Kelihatannya didalam sistem politik yang saya panggil politik mual ini,rakyat juga yang menjadi mangsa dan sentiasa tertindas sedangkan UMNO dan pemimpinnya bermaharajalela menjarah harta khazanah negara sesuka hati mereka tanpa ada rasa takut atau pertimbangan moral atau rasa pertanggungjawaban kepada rakyat.

Manakala penguatkuasa undang-undang kehilangan taring untuk bertindak terhadap UMNO seolah-olah perampokan harta dan khazanah negeri adalah suatu perkara yang biasa dan dihalalkan.Asalkan pelakunya UMNO,maka tidak perlu pening kepala untuk bertindak kerana UMNO punya kuasa mahabesar untuk memfaraidkan harta negeri.Pokok persoalan negeri akan muflis atau rakyat akan kerugian atau hasilmahsul negeri hanya berlegar seputar pemimpin UMNO/BN tidak menjadi keutamaan.

Maka keadilan didalam menguatkuasakan undang-undang dan keadilan didalam mengurus serta mengagihkan kekayaan negara bukanlah pertimbangan nombor wahid bagi mereka asalkan kekayaan tersebut dapat dipunggah memenuhi kantong mereka peribadi.Memualkan!

Kita juga mempertikaikan bagaimana konsesi balak ini diluluskan kepada UMNO.Apakah ianya dilakukan melalui proses yang betul dan punya keabsahan undang-undang?Isu utama disini ialah apakah mereka yang berwenang meluluskan konsesi tersebut punya kepentingan,sebagai contoh,selaku ketua UMNO Pahang atau pengerusi BN negeri kerana permohonan tersebut bersangkut paut dengan kepentingan UMNO.Bagaimana pula dengan ketelusan yakni apakah benar-benar telus atau didominasi oleh watak tertentu dari kalangan pemimpin UMNO sendiri?
Pada hemat saya,keputusan mahkamah tersebut wajar dilihat dari ruang lingkup diluar dari hakikat Kerajaan Pahang diperintahkan membayar wang RM63 juta tersebut.Perkara pokok ialah bagaimana salahguna kuasa yang dilakukan dengan sewenang-wenangnya oleh UMNO merampok dan menjarah harta khazanah milik rakyat tanpa segan silu dan dalam konteks penghakiman tersebut,rakyat juga yang akan dibebankan kerana tentunya wang rakyat juga yang akan digunakan bagi melunaskan tuntutan tersebut.UMNO merampok harta rakyat dan rakyat juga yang kena dipertanggungjawabkan diatas kebejatan UMNO tersebut.

Dalam hal ini,pemimpin UMNO Pahang,samada Menteri Besar,Adnan Yaakob sehinggalah keseluruhan Exco negeri perlu mengambil pertanggungjawaban diatas kegagalan mereka mempertahankan kepentingan rakyat dengan cara yang paling terhormat,letak jawatan secara sukarela.Selain dari Adnan Yaakob dan Exco,jangan lupa Khalil Yaacob,Yang Di Pertua Negeri Melaka perlu mengambil langkah yang sama dengan meletakkan jawatan tersebut secara gentleman.Jika tidak mungkin Majlis Raja-Raja Melayu boleh bertindak untuk melucutkan jawatan beliau.

Nota kaki:Saya merupakan salah seorang peguam Seri Gemilang Makmur bersama-sama sahabat saya Richard Bong didalam kes tuntutan SGM terhadap Badan PerhubunganUMNO Pahang & Ors.Kes tersebut ditangguhkan tanpa tarikh (adjourn sine dine) oleh Mahkamah Tinggi Kuantan.

Perasmian PKR Cawangan Felda Lepar Utara

Sebuah lagi cawangan Parti Keadilan Rakyat didalam Rancangan Felda akan dirasmikan pada 7hb Mei 2009 jam 9.00 malam.
Seramai 73 orang peneroka Felda Lepar Utara yang kebanyakannya dari UMNO telah mengisi borang ahli, dan lebih seratus orang ahli-ahli baru akan menyertai cawangan tersebut.
Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Pahang akan merasmikan cawangan tersebut. Demikian diterangkan oleh Tuan Haji Zahari, Pemangku Ketua Parti Keadilan Rakyat Bahagian Paya Besar.
Ahli Jawatankuasa Biro Hal Ehwal Felda dan khususnya yang mewakili Bahagian Timur Negeri Pahang dijemput menghadiri Majlis tersebut.