PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Wednesday, December 31, 2008

HIMPUNAN INTIFADAH MEMBANTAH KEZALIMAN REJIM ZIONIS KEATAS RAKYAT PALESTIN

HIMPUNAN INTIFADHAH MEMBANTAH KEZALIMAN REGIM ZIONIS KEATAS RAKYAT PALESTIN
JUMAAT 2HB JANUARI 2009
SELEPAS SOLAT JUMAAT
MASJID ABU BAKAR TEMERLOH
ANJURAN
PAKATAN RAKYAT DAN GABUNGAN NGO-NGO MEMBANTAH KEZALIMAN ZIONIS

Tuesday, December 30, 2008

Rombakan Pimpinan KeADILan Negeri
By Anwar Ibrahim

Pimpinan negeri silih berganti. Semua negeri menyaksikan perubahan barisan pimpinan setiap dua atau tiga tahun sekali. Dalam struktur pimpinan parti, pimpinan negeri lebih bersifat penyelaras. Tokoh berpengalaman akan dipindahkan ke Biro Pusat atau bertindak sebagai penasihat. Pimpinan baru berpeluang mendapat pendedahan, memperkenalkan pendakatan baru atau menarik minat kelompok baru.
Kegiatan parti masih tertumpu di peringkat Bahagian dan Pusat dengan barisan pimpinan yang dipilih secara langsung olih anggota parti.


Kita tidak bermaksud meremehkan kritikan dan dengan nada sama tidak sekali-kali melekehkan pengurbanan dan sumbangan rakan-rakan pimpinan yang berjasa di peringkat negeri atau Pusat. Perhatikan bekas Setiausah Agung, Datuk Kamarul Bahrin, kini mengetuai Negeri Sembilan; YB Johari Abdul bekas Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah dan kini merupakan ahli MPT; Dr. Mansor Othman dulunya Pengerusi Perhubungan Negeri Pulau Pinang; saudara Nik Mahmud (Kelantan); Abdul Rahman Yusuf dan Muhd M. Amin (kedua-duanya pernah memimpin Terengganu). Malah Selangor pernah dipimpin oleh Azmin Ali, saudara Abdul Rahim dan Dato’ Dr. Zainal.

Ternyata sebahagian teguran yang diluahkan samada secara terbuka atau yang ditujukan kepada saya atau Azizah selaku Presiden telah mengalihkan fakta, samada isu rundingan dengan sebahagian pimpinan negeri, biro politik atau MPT. Umpamanya ada yang menelah bahawa Pengerusi Perhubungan Negeri Perak, saudara Ismail dipecat, walhal beliau kekal sebagai Pengarah Pilihanraya Negeri. Saudara Zakaria Abd Hamid (Pahang) pula diserap ka Jawatankuasa Pilihanraya Pusat.

Usaha pimpinan Johor dihargai namun prestasi dari sudut keanggotaan, program dan pilihanraya perlu ditingkatkan. Dr. Zaleha Mustaffa merupakan satu-satunya tokoh wanita yang diamanahkan untuk memimpin di peringkat negeri. Tugas pimpinan lainnya, lama dan baru perlu digembleng untuk merangkul dan memantapkan kekuatan dengan pengawasan rapi olih Timbalan Presiden, Dr. Syed Husin Ali.

Demikianlah harapan kita bersama bagi semua negeri. Janganlah diandaikan tugas penyelaras negeri sebagai sesuatu yang tetap dan tidak harus dirombak.
Secara peribadi saya tidak cenderung untuk menyelaras kegiatan di Sabah dan Sarawak. Malah Wilayah Persekutuan juga mendesak agar saya membantu. Saya kira dengan kedudukan Tan Sri Khalid selaku Menteri Besar Selangor, beliau lebih berupaya melonjakkan kekuatan gelanggang utama parti lebih-lebih lagi dengan jaminan dan dukungan penuh olih bekas pengerusi, saudara Azmin dan YB Tian Chua. Tambahan pula tokoh kanan parti seperti YB Azmin bersama YB Sivarasa dan YB William Leong membantu beliau di Selangor.

Kesediaan saya membantu gerakan di Sabah dan Sarawak telah dijelaskan dalam kenyataan sabelum ini olih Dato’ Salehuddin Hashim (Setiausaha Agung parti). Namun ia tidak dapat meleraikan kegusaran sebahagian yang mengungkit soal suku kaum atau faham kabilah. Saya hargai jaminan mantap dari Jeffry Kitingan (Naib Presiden parti) dan bekas Pengerusi Perhubungan Negeri Sabah, saudara Ansari Abdullah.

Gelanggang parti di Sarawak kini terbuka luas dengan penyertaan ramai anggota dan pimpinan Melayu, Cina, Iban, Bidayuh, Melanau, Kedayan, Orang Ulu, Penan dan lain-lain. Maka penggemblengan tenaga tokoh lama saperti Datin Hafsah, Wan Zainal di samping YB Dominic Ng, YB Gabriel Adit, Sdr. Baru Bian, Sdr. Nicholas Bawin, Harrison Ngiau, Abang Zul dan lain-lain perlu didukung.

Cabaran berat, harapan melangit tinggi. Pimpinan dinilai dari sudut iltizam, istiqamah dan semangat tuntas. Ketaatan dan kepatuhan tetap pada perjuangan - samada tatkala didera, dirampas hak, beralih jawatan dan kedudukan. Kekuatan sabenar adalah di bahagian yang kita pimpin - diukur dari segi keanggotaan dan program.

Semuga Allah memberikan kekuatan.


TAKZIAH DI ATAS PEMERGIAN USTAZ JAMAHIR (MANTAN PESURUHJAYA PAS PAHANG)

Innalillah...PKR Pahang telah menerima perkabaran sedih dengan berita kematian Ustaz Jamahir (Mantan Pesuruhjaya PAS Pahang). Allayarham telah menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 12.35 malam tadi dan telah selamat dikebumikan pagi tadi. Dato' Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi PKR Pahang turut hadir menziarah dan menunaikan solat jenazah bersama-sama para jemaah. Untuk pengetahuan semua, Ustaz Jamahir merupakan calon PAS pertama yang bertanding pada tahun 1959 bagi kerusi Parlimen Kuantan.
Dato' Fauzi Abdul Rahman selaku Pengerusi Perhubungan Negeri serta seluruh Jawatankuasa Perhubungan Negeri dan ahli PKR Pahang mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham dan didoakan semoga roh arwah dicucuri rahmat. Al-Fatihah...

Monday, December 29, 2008

PKR Pahang hantar petugas ke Kuala Trengganu

YB Sdr Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota merangkap Timbalan Pengerusi PKR Pahang dibantu oleh Sdr Zaidi, Setiausaha PKR Pahang dan Haji Suhaimi Said, Ketua Penerangan PKR Pahang telah dipertanggungjawabkan untuk memimpin petugas-petugas PKR Pahang untuk membantu kemenangan calon PAS didalam Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu.
Petugas-petugas yang telah ditetapkan oleh Bahagian masing-masing akan melapur diri di Rumah Pahang didalam kawasan DUN Ladang pada 5hb Januari 2009.
Petugas-petugas akan ditempatkan di dua buah rumah didalam DUN Ladang dan mereka akan bertugas sepenuh masa dari 5hb Januari 2009 (di Hari Penamaan Calon) hingga ke Hari Pembuangan Undi.
Hanya petugas-petugas dari Bahagian-Bahagian sahaja yang dibenarkan menghuni di kedua-dua rumah yang disewa itu.
Ahli-Ahli PKR yang lain yang datang semata-mata untuk "menjenguk" , "menenguk" , "memantau" "melihat" atau datang sebagai "tourists" (dalam erti kata "bukan petugas sepenuh masa") hendaklah mendapatkan kemudahan sendiri untuk kediaman.
PKR Pahang ingin memikul tanggungjawab untuk kemenangan calon PAS dan petugas-petugas kami akan melapur diri kepada pimpinan PAS setempat untuk tugas-tugas yang kami boleh lakukan.
Kemenangan PAS di Kuala Trengganu adalah kemenangan Pakatan Rakyat.

Friday, December 26, 2008

NOTIS MESYURAT AGUNG PENUBUHAN PKR BAHAGIAN CAMERON HIGHLANDS PADA 11 JANUARI 2009
TAKZIAH DI ATAS PEMERGIAN KETUA PKR CAWANGAN TAMAN SAUJANA MENTAKAB, DUN LANCHANG.

by Tajuddin Ramli

24 Disember 2008. MENTAKAB. Saya bersama Sdr Nizam baru pulang dari menziarahi kematian seorang ketua cawangan Taman Saujana Mentakab (Dun Lancang) berikutan kemalangan lori yang baru dihidupkannya Jam 5-30 pagi tadi. Beliau turun dari lori itu tetapi lori bergerak sendiri.

Semasa cuba mengejar ke arah tempat pemandu lori, bahunya terlanggar pada tiang eletrik di sisi jalan lalu terjatuh dan tergilis tayar tengah dan belakang lori. Beliau N Tamilmani @ Appoo A/L Nadarajan 41 tahun meninggalkan seorang balu dan 5 orang anak.

Upacara pembakaran mayat mendiang akan dilaksanakan jam11-30 pagi hingga jam 2-00petang esok di Jirat Hindu Ladang Edensor Mentakab.

PKR Bhgn Temerloh mengucapkan Takziah kepada keluarga mendiang dan memberi sedikit sumbangan tabung Khairat kematian.

Wednesday, December 24, 2008

PKR Kuala Krau Sokong Perlantikan Datuk Fauzi dan Sdr Zakaria

Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau memberikan sokongan penuh kepada perlantikan yang telah dibuat oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat terhadap Datuk Fauzi bin Abdul Rahman selaku Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang dan terhadap Sdr Zakaria Hamid yang dilantik sebagai Setiausaha Pengarah Pilihanraya PKR Pusat.
Kedua-dua jawatan ini adalah penting untuk perkembangan dan kebaikan parti. Perlantikan Sdr Zakaria menduduki jawatan yang begitu penting diperingkat pusat adalah satu penghormatan kepada PKR Negeri Pahang.
Sdr Zakaria tetap juga berfungsi sebagai pimpinan PKR Negeri Pahang diatas kapasitinya sebagai Ahli Jawatankuasa Perhubungan PKR Negeri Pahang dan Ketua PKR Bahagian Kuala Lipis, dan sumbangan beliau diatas kapasitinya sebagai Setiausaha Jawatankuasa Pilihanraya PKR Pusat akan mendatangkan menfaat kepada gerakan parti di Negeri Pahang.
Disamping itu PKR Bahagian Kuala Krau mengalu-alukan Pengerusi Perhubungan PKR Pahang yang baru, Datuk Fauzi bin Abd. Rahman, dan kami akan memberikan kerjasama yang rapat untuk kebaikan PKR Pahang.
Kami menyanjung tinggi sokongan yang telah dibuat oleh Ketua PKR Bahagian Temerloh terhadap perlantikan Datuk Fauzi Abd Rahman dan menolak sebarang sindiran terhadap beliau bahawa sokongan beliau mempunyai tujuan tersirat.
Kami mempunyai penuh keyakinan bahawa Datuk Fauzi boleh membawa perubahan menghadapi cabaran berhadapan dengan PRU-13.

Monday, December 22, 2008

Husam VS Khairy… Keberanian Khairy Patut Dipuji
by MSO

Sebenarnya Khairy tidak mampu langsung untuk menyaingi kehebatan Husam dalam Suasana terbuka semalam,Mungkin khairy ingat macam dalam TV kot.Banyak isu-isu yang cuba dibangkitkan oleh Khairy akhirnya memakan khairy balik.Sampai ke satu tahap Khairy hanya tersengih-sengih dengan jawapan balas dari Husam.Sudahlah acap kali di boo oleh penonton ditambah pula yang sebelah kanannya turut sama menghentamnya.Khairy bukannya lawan untuk digandingkan secara terbuka bersama Husam dalam suasan bebas seperti semalam.Cuma yang kita kagumnya adalah keberanian Khairy datang ke lubuk Pas Dan berdepan pula dengan bukan lawannya.

Penilaian Umum Saya

Saya sempat merakam detik-detik awal , pertengahan dan penghujung forum atau perdebatan antara Saudara Khairy dan Dato Husam Musa semalam.Dan sempat juga merakam detik-detik yang dianggap agak cemas kalau kita menonton sebuah filem… Tapi sayangnya masalah line TM Streamyx yang amat mendukacitakan menyebabkan sehingga sekarang masih lagi belum berjaya untuk di uploadkan videonya yang hampir 1 jam itu.

Walau apapun pengunjung boleh melihat sendiri videonya di youtube atau mana-mana blog nanti yang pada anggapan saya boleh dianggap sebagai peristiwa yang amat penting dalam sejarah berforum secara terbuka dan bebas di Malaysia sepanjang saya mengikutinya semenjak di bangkul sekolah lagi.Amat rugi TV3 atau mana-mana stesen TV tidak menyiarkan secara langsung Majlis Forum Wacana Perdana semalam.Majlis Forum sebeginilah sebenarnya yang rakyat inginkan dan perlu didedahkan kepada rakyat supaya rakyat dapat menilai sendiri kebenarannya diantara kedua belah pihak.Terbuka,bebas dan ruang masa yang mencukupi.Penonton bebas untuk bertanyakan apa sahaja persoalan kepada ahli panel tanpa diganggu oleh pengerusi forum.Bilangan soalan tidak dihadkan sampai seorang tu kalau tak silap saya sampai empat soalan.

Forum sebegini patut diadakan lagi sekerap yang mungkin dan di tempat yang lebih luas lagi seperti di Stadium.Memandangkan keadaan yang bersesak-sesak semalam dengan kehadiran yang terlalu ramai sehingga penonton di luar dewan lebih ramai daripada penonton di dalam dewan.Apapun perincian tentang isi perbincangan dalam forum semalam bolehlah pengunjung2 menjenguk mana- mana blog yang mengulasnya.Sudah tentu…Saya rasa hari ini atau malam ini postingnya akan muncul di Blog pilihan ramai MSO.. Harap semua dapat membacanya.

Berkaitan…

Ringkasan debat Husam Musa-Khairy

Husam kata berlaku transformasi politik yang hebat pada PRU-12.

Khairy plak jawab sebenarnya rakayt hanya memberi undi protes kepada pakatan rakyat. Undi kepada pakatan rakyat hanyalah untuk mengajar UMNO. Khairy menegaskan rakyat akan mengundi BN semula pada PRU akan datang…

Prof Aziz plak jawab sebenarnya tidak ada istilah undi protes. Rakyat undi dengan kerelaan hati untuk mengundi pakatan rakyat. Prof juga bertanya kenapa bila orang x undi kita kita akan cakap tu sebagai protes?

Debat semakin rancak dengan isu Negara Islam dan beberapa isu yang berbangkit di dalam kerajaan negeri selangor dan Perak.

Ade beberapa kritikan hebat kepada suruhanjaya yang baru ditubuh kerajaan BN iaitu suruhanjaya yang berkaitan rasuah dan juga perlantikan hakim.

Kata khairi ini adalah kejayaan UMNO melakukan transformasi dalam kes ini bagi mewujudkan keadilan.

Husam dan Prof membidas ini hanya satu gimik politik kerana tidak berpijak di bumi yang nyata. Dalam isu perlantikan hakim PM masih mmpunyai kuasa besar dalam menentukannya. Prof Aziz selaku orang yang pakar dalam undang2 begitu hebat mengkritik suruhanjaya baru yang dibentuk ini dakwanya ini satu lagi suruhanjaya ditubuhkan oleh BN. Azam itu ada tetapi pelaksanaan bakal pincang dengan mengambil contoh kegagalan SUHAKAM dalam membawa suara2 yang teraniaya. Sudah beberapa kali SUHAKAM menyediakan laporan untuk dibawa ke parlimen tp PM buat pekak bodoh jer..kata Prof Aziz..

Keadaan semakin panas. Sorak menyorak berlaku antara penyokong PAS dan juga penyokong UMNO. Tetapi disiplin penyokong PAS dapat mengawal keadaan walaupun penyokong PAS adalah majority di dalam Dewan Balai Islam Lundang.

Isu perlantikan MB Perak cuba dimainkan khairy. Husam menjelaskan beliau terlibat secara langsung dalam perlantikan MB Perak dan kata Husam lagi DAP memberikan sepenuh komitmen dalam perlantikan Saudara Nizar sebagai MB Perak. Jadi tidak ada isu pertelegahan dalam isu perlantikan MB perak. Husam mengigatkan Khairy supaya jangan cuba menjadi lidah utusan.

Isu UITM juga timbul apabila seorang penyokong UMNO bangun bertanyakan soalan kepada Husam. Belum sempat Husam ingin menjawab soalan itu dijawab oleh Prof Aziz bahawa itu adalah perkara kecil dan sudah basi. Sepatutunya soalan itu tidak ditanya lagi. Jawapan itu disambut dengan sorakan sokongan oleh penyokong2 PAS. Tambah Prof Dr Aziz lagi TPM Najib sendiri akan menghapuskan DEB. Kenapa UMNO tidak bising bila Najib nak hapuskan DEB? Hujah ini terus mendiamkan penyokong UMNO ibarat mulut mereka disumbat batu.

Husam juga menyentuh isu IJN yang cuba diswastakan oleh BN. Ini mengambarkan betapa BN tidak memikirkan kesannya kepada rakyat.menifestasi keuntungan menyebabkan mereka cetek untuk berfikir. Tiba2 kerajaan menangguhkan penyerahan ekuiti IJN kerana perlaksanaanya belum dibuat kajian. Tengok betapa BN tidak mengkaji secara mendalam isu kepentingan rakyat. Segala keputusan dibuat secara ad-hoc ataupun secara tergesa2. bila mendapat tentangan hebat barulah kerajaan nak kaji balik.

Khairy juga ditanyakan soalan bertalu-talu oleh Presiden kelab penyokong PAS dalam sesi soal jawab. Aku x ingat ape dah nama pak cik kita tu. Sorg berketurunan cina. Beliau mengenali konsep ketuhanan melebihi pemahaman khairy terhadap Islam. Bezanya beliau bukan Islam dan khairy adalah seorang Islam. Kalau pakcik tu masuk Islam mesti die lebih hebat daripada khairy.

Khairy juga mengambil peluang untuk menyerang Ahli Parlimen Machang iaitu Saifuddin Nasution yang mana beliau juga hadir sebagai penonton dalam Wacana tersebut. Isu peralihan kuasa 16 sept cuba dimainkan khairy setelah diuji bertalu dengan hujah2 Husam dan juga Prof Dr Aziz Bari..aku fahami betul2 ape yang cuba dijawab oleh Husam tp susah untuk aku menulis disini dibimbangi tersalah faham. Nnt korang boleh dapatkan CD wacana ini kat mane2 kedai ceramah.

Banyak lagi isu yang dibangkitkan oleh khairy tetapi berjaya dipatahkan oleh Husam dan juga prof Aziz. Khairy banyak disorak dan di boo oleh penonton kerana hujahnya begitu dangkal dan penuh dengan ilusi dan sedap mulut bercakap jer….

Khairy cuba mnejerat Husam dengan isu muzakarah. Itu adalah jerat bodoh yang mengundang kemarahan penonton. Ini membuktikan rakyat sendiri menolak muzakarah antara PAS dan juga UMNO.

Majlis itu tamat lebih kuran jam 11.45..

http://pemudabesut.blogspot.com/2008/12/ringkasan-debat-husam-musa-khairy.html

Khairy Jamaluddin akui pemimpin PAS matang berpolitik

KOTA BHARU, 21 Dis - Kemunculan Khairy Jamaludin pada Wacana Perdana anjuran kerajaan Kelantan di sini malam tadi, seakan-akan melengkapkan cabarannya untuk menghampiri jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno pada Mac depan.

Mungkin pertama kali dalam sejarah apabila seorang pemimpin muda Umno berani tampil ke pentas PAS (kerajaan negeri) yang disendatkan dengan ribuan penyokong.

Malah Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno itu menyifatkan ia sebagai satu transformasi baru apabila beliau dijemput kerajaan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir pada satu wacana politik.

“Ini menggambarkan sikap keterbukaan kerajaan Tok Guru Nik Aziz. Keterbukaan ini sesuatu yang cukup matang dan ia boleh digambarkan inilah transformasi baru politik di negara ini.

“Sememangnya saya mengakui tsunami politik melanda negara pada Mac lalu. Rakyat sekarang dilihat mempunyai kecederongan untuk mempunyai dwiparti di negara ini,” katanya pada wacana tersebut.

Program itu dianjur Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan. Dua layar besar terpaksa disediakan pihak penganjur di luar dewan memandangkan Dewan Besar Balai Islam penuh sesak dengan kehadiran orang ramai.

Kedatangan Khairy turut disambut dengan laungan takbir orang ramai. Malah ramai penyokong Khairy memenuhi bahagian depan dewan, yang lengkap berpakaian baju putih.

Suasana agak panas berlaku pada pusingan kedua sehingga keadaan kurang terkawal apabila panelis Dato’ Husam Musa dan Khairy masing-masing mahu menegakkan hujah dalam masa yang serentak.

Namun, moderator dari UKM, Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berjaya mengawal keadaan. Seorang lagi ahli panelis iaitu pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Dr Agus yang juga pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM ada ketikanya kelihatan terpaksa tunduk kepada kehendak panelis terutamanya ketika pusingan kedua.

Sikap terbuka dipamerkan malam tadi, tidak seperti ketika mengendalikan program Hujah di TV9 dengan memberi ruang kepada mana-mana panelis mencelah ketika ahli panel lain sedang berhujah. Ramai berpandangan situasi itu tidak sepatut dibiarkan.

Keadaan itu digunakan sepenuhnya Husam dan Khairy sehingga meninggalkan Dr Aziz yang cuba mempamerkan sikap berkecuali dalam wacana tersebut, sebagai ahli akademik.

Ketika pusingan ketiga, penonton mengambil kesempatan untuk menghangatkan lagi wacana apabila dibuka ruang untuk bertanyakan soalan. Ramai tampil menggunakan kesempatan terbabit.

Hanya seorang Pemuda Umno dari Bachok yang merebut peluang tersebut dengan mengajukan soalan kepada Husam mengenai cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkan seperti cuba menggadai ketuanan Melayu.

Hadir sama pada wacana itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud; Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan wakil-wakil rakyat.

http://www.husammusa.com/index.php?option=com_content&view=article&id=209:khairy-jamaluddin-akui-pemimpin-pas-matang-berpolitik-&catid=52:kelantan&Itemid=72

Sunday, December 21, 2008




Melayu masih nak berpolitik dengan Matematik dan Sains
by umnonomore

TIMBALAN Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong (kanan), mempengerusikan Mesyuarat Terbuka Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dan Bahasa Inggeris di PICC, Putra Jaya, semalam. Hadir sama Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom.

Apa bodoh sangat dengan Melayu? cadangan belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris adalah punca kenapa Melayu semakin mundur dan peratus pelajar melari kan diri dari kelas lebih ramai. Bangsa Cina dah tolak awal awal. Diorang setuju kalau B. Inggeris di gunakan di sekolah kebangsaan sedangkan, diorang tak nak guna kan B. Inggeris di sekolah kebangsaan Cina … kenapa?

Perubahan kaedah pembelajaran ini telah di bincang di kalangan bangsa Cina di Malaysia. Mereka dah nampak impak kemudian nanti. Tapi bangsa Melayu masih buta dan masih nak berpolitik. Hasilnya … pelajar di Kedah, Terengganu, Kelantan, sebahagian besar anak anak Melayu tidak faham tentang pembelajaran ini. Pelajar di bebankan dengan dua jenis matapelajaran di dalam satu mata pelajaran. Terma terma perlu di pelajari selain lidah dah berkerak cakap bahasa melayu sejak kecil.

Sekolah Kebangsaan Cina bermatian matian nak pertahankan bahasa ibunda dalam pembelajaran. Kenapa kerajaan tak cakap banyak? Kenapa menteri kita takut pada Bangsa Cina? Kerana diorang pegang ekonomi? Kalau takut kenapa tak lacurkan kan sahaja bontot mereka kepada bangsa ni?

Dan akhirnya nanti .. anak Melayu kecundang. Realitinya mereka kecundang. Terima kaseh kerana politik negara telah mengakibat kan mereka turut terpalit sama.

Ramai yang keras mahu B. Inggeri di gunakan, Tapi pendapat itu lebih kepada kepentingan diri sendiri. Orang moden la katakan. Kat umah I … you… I. … you.

Keputusan menggunakan B. Inggeri membeli peluang kaum lain lebih berjaya dari Melayu. Sebelum buat keputusan, ingat orang orang kampung kita dulu. Cina pentingkan bangsanya, Melayu sombong dengan kepandaiannya. Tapi tak kemana bro. Cakap bahasa Ingggeris .. kononnya maju. Tapi otak buntu.

Cerita pasal benda ni aje tak habis habis dari dulu sampai sekarang. Dah tak der kerja lain ke?Nak politik … politik la. Jangan nyusahkan kanak kanak.

Belum selesai masalah ni … datang pulak masalah baru …

belajar Sejarah. Ni belum beban sekolah pagi petang, kebangsaan dan sekolah agama, tuisyen dan macam macam lagi. Terkangkang la anak korang. Sapa yang tak dapat catch up … gagal. Padan muka Melayu.

Friday, December 19, 2008

Berbanding BN, Pakatan Rakyat cemerlang di 5 negeri
by Mohd Syamil Azhar Fri

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu yakin lima negeri yang diperintah Pakatan Rakyat akan membuktikan prestasi yang lebih baik selepas menunjukkan kecemerlangannya selama sembilan bulan bermula pilihan raya 8 Mac lalu.

Katanya, selepas sembilan bulan berlangsung, bloger-bloger, ahli-ahli akademik dan golongan intelek mengakui pemerintahan bagi lima negeri Pakatan Rakyat paling baik berbanding negeri-negeri yang diperintah Barisan Nasional.


Malah, katanya diakui pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan jauh lebih baik berbanding semasa dikuasai Barisan Nasional (BN) dulu.

"Bila kita dapat perintah lima negeri, walaupun kita buat sekadar yang termampu, tetapi prestasinya jauh lebih baik dengan apa yang dilakukan BN sebelum ini.


"Ini diakui para bloger, ahli-ahli akademik dan golongan intelek," katanya ketika berceramah di Padang Majlis Daerah Lenggong di sini baru-baru ini.

Turut menyampaikan ceramah di depan lebih 2,000 pendengar itu ialah Wakil kerajaan negeri Perak yang juga Exco Dewan Pemuda PAS (DPP) negeri, Mohd Tee Wai Tiang Abdullah dan Ketua DPP Perak, Ustaz Mohd Nor Azli Musa.

Hadir sama Yang diPertua PAS Kawasan Lenggong yang juga Penyelia Dewan Undangan Negeri (DUN) Kenering, Ustaz Shukri Ahmad, Penyelia DUN Kota Tampan, Haji Hamzah Mat Zain dan pimpinan DAP Lenggong.

Mohamad berkata, walaupun pelbagai pembaharuan bertepatan dengan konsep 'Negeri Berkebajikan' dilaksanakan oleh kerajaan lima negeri berkenaan, masih banyak perubahan yang perlu dilakukan.

Katanya, rakyat sentiasa menunggu pembaharuan-pembaharuan seterusnya yang akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat dan semua itu perlu dilaksanakan oleh semua peringkat pimpinan lima negeri terbabit.

Menyentuh mengenai keadaan kucar-kacir dalam BN serta pemilihan kepimpinan dalam Umno sekarang ini, beliau mengingatkan pimpinan Pakatan Rakyat, khususnya PAS di seluruh negara supaya tidak bergantung kepada kelemahan orang lain.

Sebaliknya, beliau bimbang sekiranya Umno yang menjadi tonggak kepada BN, yang sekali lagi menggunakan isu perkauman sebagai taktik mengatasi kelemahannya akan pulih semula selepas ini.

"Saya takut mereka akan pulih semula, oleh itu isu perkauman yang mereka mainkan sekarang ini jangan sampai sekali lagi memerangkap kita," katanya yang turut menjadi mangsa Operasi Lalang akibat mainan isu perkauman oleh Umno dan komponen BN lain pada 1987 lalu.

Mohamad berkata, sebaliknya Pakatan Rakyat dan PAS khususnya perlu mainkan isu yang akan terus menjadi relevan pada masa akan datang, iaitu isu rasuah, pembaziran, penyalahgunaan kuasa dan hak asasi manusia.

Isu ISA, katanya adalah antara isu yang semakin hangat diperkatakan termasuk oleh beberapa komponen BN sendiri, malah masyarakat Cina paling marah dengan akta zalim itu.

Beliau seterusnya menyeru rakyat menyertai perhimpunan paling aman yang akan diadakan pada Mac tahun depan dalam usaha mendesak kerajaan BN menghapuskan terus ISA.


NOTA UCAPAN DSAI MENGENAI SURUHANJAYA PERLANTIKAN HAKIM


RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN 2008

LATAR HUJAH

Badan Kehakiman merupakan salah satu daripada tiga cabang utama dalam pemerintahan yang berteraskan sistem demokrasi berparlimen yang seharusnya bebas daripada pengaruh dan campurtangan Eksekutif.

Selain dilindungi kebebasannya, badan kehakiman harus berwibawa serta tidak tergugat dari segi keyakinan rakyat terhadap kebebasan dan kewibawaannya.

Jika kebebasan badan kehakiman dicabuli, kewibawaannya dipertikaikan dan keyakinan rakyat terhadapnya terjejas, maka sistem keadilan kita menjadi pincang dan kedaulatan undang-undang [rule of law] menjadi ranap merudum, justeru rakyat jelata terdedah kepada penindasan, kezaliman dan salahguna kuasa pemerintah tanpa pembelaan menurut hukum dan nilai-nilai keadilan.

Peri pentingnya peranan badan kehakiman yang bebas dan berwibawa sememangnya menjadi keperluan dan tuntutan sejagat, lebih-lebih lagi dalam soal menegakkan keadilan bagi yang dhaif dan lemah dalam menghadapi salahguna kuasa dan keangkuhan pihak yang berkuasa. Sehubungan dengan itu, izinkan saya memetik pendirian yang dinukilkan dalam satu kes di India iaitu C Ravichandan Iyer v Justice AM Bhattacharje & Ors [1995], dimana Mahkamah Agong India [Indian Supreme Court] menyatakan:

[Quote]:

“The judiciary stands between the citizens and the State as a bulwark against executive excesses and misuse of powers by the executive. It is, therefore, absolutely essential that the judiciary must be free from executive pressure or influence which has been secured by making elaborate provisions in the Constitution with details. The independence of judiciary is not limited only to the independence from the executive pressure or influence; it is a wider concept which takes within its sweep independence from any other pressure and prejudices. It has many dimensions, viz., fearlessness of other power centres, economic or political, and freedom from prejudices acquired and nourished by the class to which the judges belong…”

Kebebasan badan kehakiman dalam negara Malaysia telah sekian lama dicabul oleh pihak Eksekutif khas sewaktu era Tun Dr Mahathir Mohamad melalui tragedi peristiwa hitam pemecatan Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara dan beberapa orang Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan yang lain pada tahun 1988.

Semenjak itu, badan kehakiman kian parah dengan pelbagai dakwaan terhadap kebebasan dan kewibawaannya termasuk amalan rasuah. Dalam hal ini, ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, saya pernah membentangkan kes Insas Berhad & Anor v Ayer Molek Rubber Company Bhd & Ors [1995] di dalam mesyuarat Kabinet untuk perbincangan mengenai implikasi penghakimannya.

Kepincangan badan kehakiman berkemuncak dengan pendedahan rakaman video klip Dato’ V.K Lingam yang memaparkan bagaimana badan kehakiman nyata terdedah kepada pengaruh dan campurtangan langsung orang-orang yang berkepentingan dan berpengaruh untuk menentukan pelantikan hakim-hakim.

Satu Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan pada 12 Disember 2007 berikutan dengan keresahan awam [public outcry] mengenai intipati perbualan telefon Dato’ V.K Lingam dengan Tun Ahmad Fairuz bin Dato’ Sheikh Abdul Halim yang membabitkan beberapa orang kenamaan lain yang terlibat dalam mempergaruhi pelantikan hakim-hakim.

Dalam hubungan ini, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini mengenai rumusan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Siasatan tersebut sepertimana yang terkandung dalam Report of the Commission Of Enquiry On The Video Clip Recording Of Images Of A Person Purported To Be An Advocate and Solicitor Speaking On The Telephone On Matters Regarding The Appointment Of Judges, Volume 1, Part 2, Executive Summary, muka 37 & 38,

[Quote]:

“Having considered all the materials before us, that is, the testimonies of 21 witnesses, 116 exhibits and 17 statutory declarations including the submissions, we are pleased to summarise our Findings on the five Terms of Reference herein below as follows:

1. To enquire and ascertain the authenticity of the video clip.

The Commissioners find that the video clip, Ex.C7 is authentic.

2. To enquire and identity the speaker, the person he was speaking to in the video clip and the persons mentioned in the conversation;

The Commissioners find:

a) that the person speaking on the phone is Dato’ V.K Lingam;
b) that the person to whom he was speaking on the phone is Tun Ahmad Fairuz bin Dato’ Sheikh Abdul Halim;
c) that the Chinese man he was seen conversing with, after the phone conversation had ended, is Mr. Loh Mui Fah; and
d) that the other persons mentioned in the conversation will be identified in the body of the Report.

3. To enquire and ascertain the truth or otherwise of the content of the conversation in the video clip;

The Commissioners find the content of the conversation on the video clip is true in substance and in material particulars.

4. To determine whether any act of misbehaviour has been committed by person or persons identified or mentioned in the video clip;

The Commissioners find sufficient evidence of misbehaviour on the part of certain individuals or personalities identified or mentioned in the video clip. In this connection, we refer to the body of the Report.

5. To recommend any appropriate course of action to be taken against the person or persons identified or mentioned in the video clip, should such person or persons be found to have committed any misbehaviour.

The Commissioners find sufficient cause to invoke the Sedition Act 1948, the Legal Profession Act 1976, the Official Secrets Act 1972 and the Penal Code against various individuals mentioned in the video clip which we have elaborated in the Report. We do not discount the possibility of other laws being contravened. We leave it to the Attorney General Malaysia and the Malaysian Bar Council to take the appropriate actions against personalities implicated. Additionally, we are proposing to the Government for the necessary reforms including the establishment of a Judicial Appointments Commission.”

Tidak dapat dinafikan bahawa penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman adalah sebahagian daripada cadangan-cadangan yang terkandung dalam rumusan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Siasatan Video Klip Dato’ V.K Lingam.

Namun, apa jadi dengan cadangan-cadangan lain yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Siasatan?

Adakah tindakan diambil untuk mendakwa mereka yang terbabit? Atau mereka dilepaskan begitu sahaja?

Saya minta kerajaan menyatakan dengan jelas samada ia mempunyai komitmen dan ketegasan untuk bertindak terhadap mereka yang terbabit dalam salahlaku mempergaruhi perlantikan hakim-hakim sepertimana yang diperakui dalam laporan Suruhanjaya Siasatan. Perkara ini amat serius kerana perbuatan mereka ini yang menjadikan badan kehakiman negara sebagai momokan dan penghinaan bukan sahaja di dalam negeri malahan di peringkat antarabangsa.

KRITIKAN TERHADAP RANG UNDANG-UNDANG

Rang undang-undang yang sebegini penting dibentangkan bagi bacaan kali pertama dalam Dewan ini pada hari Rabu lepas, 10 Disember 2008 atau enam bulan selepas Suruhanjaya Siasatan Video Klip V.K Lingam dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 9 Mei 2008.

Ia dibuka untuk perbahasan pada hari ini, yakni satu tempoh masa yang terlalu singkat bagi menelitinya di samping itu kita juga perlu membahaskan rang undang-undang yang lain.

Sebelum ini pada 15 Mei 2008, mantan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Zaid Ibrahim telah mengemukakan deraf cadangan bertulis mengenai penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman kepada pelbagai pihak termasuk pihak pembangkang melalui Ketua Pembangkang ketika itu Datin Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail bagi mendapatkan maklum balas.

Deraf yang dikemukakan oleh mantan Menteri Dato’ Zaid Ibrahim dengan jelas menyatakan bahawa cadangan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman berpaksi kepada komitmen Kerajaan kepada sistem kehakiman yang bebas daripada campur tangan kuasa Eksekutif mahupun mana-mana pihak yang lain yang mungkin mempengaruhi proses pelantikan kehakiman.

Perakuan yang dipertegaskan oleh beliau menyebut bahawa proses yang diamalkan sekarang tidak memperuntukkan cara yang telus yang mengambil kira pandangan pihak yang berkaitan (stakeholders) bagi tujuan mengenal pasti dan memilih calon yang layak dan sesuai untuk dilantik sebagai hakim.

Sistem yang diamalkan sekarang, menurut beliau lagi, mungkin memberi ruang kepada umum untuk mendakwa bahawa sistem ini kurang telus dan kurang akauntabiliti pada pihak yang terlibat…Akibatnya sistem yang diamalkan sekarang berkemungkinan terbuka untuk disalahgunakan.

Dalam deraf tersebut, mantan Menteri menyebut bahawa cadangan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman akan mempunyai implikasi perundangan seperti berikut:

a) pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan;
b) peruntukan undang-undang bagi penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman; dan
c) apa-apa pindaan berbangkit jika ada, terhadap undang-undang lain.

Ketua Pembangkang ketika itu telah mengemukakan secara rasmi maklum balas kepada Kerajaan mengenai beberapa pendirian prinsip mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

Pendirian prinsip yang dikemukakan oleh pihak pembangkang ketika itu menggariskan keperluan untuk menjadikan Pernyataan Beijing (Beijing Statement) mengenai Prinsip-Prinsip Kebebasan Kehakiman bagi rantau LAWASIA sebagai sumber rujukan.

Kita juga mengesyorkan rujukan kepada Prinsip-Prinsip Komanwel (Latimer House) untuk memastikan pengukuhan doktrin pengasingan kuasa antara Eksekutif, Badan Kehakiman dan Badan Legislatif serta keperluan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan perlu dipinda untuk memaktubkan kembali bahagian berkenaan Perkara 121(1) kepada bentuknya yang asal dimana kuasa kehakiman dikurniakan tanpa sebarang sekatan di mahkamah-mahkamah tertinggi.

Peruntukan yang tertera dalam Perkara 121(1) sekarang yang memperuntukkan bahawa mahkamah-mahkamah tertinggi mempunyai bidang kuasa yang tertakluk di bawah undang-undang persekutuan adalah tidak bersesuaian dan bertentangan dengan prinsip asas doktrin pengasingan kuasa.

Pengasingan kuasa ini harus jelas tidak menjejaskan kebebasan dan kewibawaan badan kehakiman daripada dipengaruhi dan tunduk kepada tekanan Eksekutif.
Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 yang dikemukakan dalam Dewan yang mulia ini ternyata masih belum berupaya melepaskan dirinya daripada pengaruh dan campur tangan Eksekutif.

Sejauhmanakah ianya tidak terdedah kepada campur tangan Eksekutif khasnya Perdana Menteri?

Mengamati peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam rang undang-undang ini, kuasa yang begitu luas lagi mutlak akan diperuntukkan kepada Perdana Menteri dalam banyak perkara.

Sehubungan ini, saya sependapat dengan kebimbangan dan keperihatinan mengenai rang undang-undang ini seperti yang dizahirkan oleh Dato’ Param Cumaraswamy [Former UN Special Rapporteur on the Independence of Judges and Lawyers].
Dalam kenyataan media bertarikh 11 Disember 2008, Dato’ Param merumuskan:

[Quote]:

“The long awaited legislation for a Judicial Appointments Commission is a disappointment. While it provides for a mechanism for selection and recommendation for appointments to the superior judiciary namely, the High Court, Court of Appeal and the Federal Court including their respective heads and provides for criteria for such appointments all of which may appear giving a resemblance of transparency, yet it could lead to executive interference into the independence of the judiciary.

Provisions for the Prime Minister of the day to defend the independence of the judiciary and power conferred on him to appoint and remove any or all the non-judicial members (eminent persons) of the Commission at any time without giving any reasons in essence means that the independence of the judiciary would be dependent on the personality of the Prime Minister in power, in effect the executive arm of the government.

Without amending article 121 of the Constitution to restore the doctrine of separation of powers and conferring the judicial power on the courts, judicial independence cannot be secured by merely conferring on the chief executive of the government to uphold judicial independence.

This provision in clause 2 of the Bill read together with the power of the Prime Minister to remove the eminent persons in the Commission at any time without giving reasons pursuant to clause 9(1) virtually gives legitimacy for executive dominance over the judicial arm of the government.”

Meskipun dalam amalan sistem demokrasi Westminster, Perdana Menteri mempunyai prerogatif dalam pelbagai pelantikan termasuk hakim-hakim, namun ianya tidak seharusnya begitu mutlak dan terlalu dominan sehingga mesti diakur oleh sesiapa jua, hatta Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sekalipun.

Saya ingin mengingatkan Dewan yang mulia ini bahawa melalui perbicaraan kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v Public Prosecutor [2000], mahkamah telah menjelaskan bahawa “the actual appointing authority is the Prime Minister.” Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melainkan akur dengan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri. Mahkamah menyatakan:

[Quote]:

“The Yang di-Pertuan Agong must act upon the advice of the Prime Minister. The advice envisaged by Article 40(1A) is the direct advice given by the recommender and not advice obtained after consultation.
So in the context of Article 122B(1) of the Constitution, where the Prime Minister has advised that a person be appointed a judge and if the Conference of Rulers does not agree or withholds its views or delays the giving of its advice with or without reasons, legally the Prime Minister can insist that the appointment be proceeded with.”

PENDIRIAN TERHADAP RANG UNDANG-UNDANG

Peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 ini masih kabur untuk mencegah dan menghalang campur tangan Eksekutif khasnya Perdana Menteri terhadap kebebasan badan kehakiman.

Apa yang terserlah sebenarnya daripada rang undang-undang ini ialah satu percubaan memperalatkan Dewan yang mulia ini untuk memberi legitimasi kepada campur tangan dan dominasi Perdana Menteri terhadap badan kehakiman dan pentadbiran keadilan negara ini. Rang undang-undang ini hanya menginstitusikan cengkaman Eksekutif terhadap badan kehakiman. Campur tangan dan dominasi ini harus ditentang.

Rang undang-undang ini rapuh kerana tiada pindaan dilakukan ke atas Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan untuk memperkukuhkan doktrin pengasingan kuasa dan mengembalikan kebebasan dan kewibawaan badan kehakiman negara.

Tanpa pindaan Perlembagaan untuk memperkukuhkan kebebasan, kewibawaan dan martabat badan kehakiman negara, rang undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman ini tidak mempunyai pengertian yang mampu menjamin kebebasan dan kewibawaan badan kehakiman.

Ini adalah kerana tidak terdapat apa-apa jaminan yang ianya tidak akan terdedah kepada pencabulan dan campur tangan Eksekutif selama mana kuasa Perdana Menteri masih membayangi urusan pelantikan hakim-hakim.

Saya ingin mempertegaskan bahawa selagi pindaan Perlembagaan Persekutuan tidak dilakukan untuk memperkukuhkan doktrin pengasingan kuasa di antara Eksekutif, Kehakiman dan Badan Legislatif serta mengembalikan kebebasan dan mengangkat martabat badan kehakiman negara, maka Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 ini ternyata pincang dan tidak dapat dipertahankan samasekali.


Thursday, December 18, 2008

Ke mana Najib larikan RM5 bilion?
by Hishamuddin Rais


Hari ini telah dipastikan bahawa sistem ekonomi kapitalis neoliberal telah berakhir. Krisis ekonomi yang melanda sistem kapitalis neoliberal ini sedang nazak. Secara bengong, hanya Najib Razak sahaja yang cuba menafikannya dan berkata Malaysia “terselamat.”

Dasar Ekonomi Bengong (DEB) ini akan membawa mudarat yang amat sangat kepada orang ramai. Justeru, mari kita memahami dasar ekonomi Najib ini.

Dua hari sebelum meninggalkan Kementerian Pertahanan, Najib telah menandatangani perjanjian membeli Eurocopter. Helikopter ini berharga RM2 bilion. Brazil telah membeli helikopter yang sama dengan harga 1 bilion ringgit. Apakah Malaysia ditipu 1 bilion ringgit?

Jawabnya - tidak. Harga helikopter ini sama. Tidak berubah-ubah. Tukang buat dan tukang jual ini tidak menipu. Kita rakyat Malaysia yang kena tipu oleh Najib. Harga ini telah ‘dinaikkan’. Yang membayar nanti kita semua kerana yang membeli helikopter ini kerajaan. Kerajaan itu orang ramai. Orang ramai itu kita semua.

Cara “menipu” ini samalah seperti cara Najib membeli jet pejuang Sukhoi (Rusia) dan kapal selam Scorpene (Perancis). Yang berbeza kali ini hanyalah tidak ada perterjemah cun dari Mongolia. Juga kali ini bukan syarikat perunding Razak Baginda yang menjalankan urus jual-beli.

Berita masih belum jelas syarikat kroni mana pula yang mendapat komisen 1 bilion ringgit membeli Eurocopter ini.

Dari mana agaknya duit-duit ini akan datang? Apakah duit ini juga datang dari punca yang sama? Dalam suasana gawat ini banyak persoalan timbul kenapa beli helikopter?

Pertanyaan ini terjawab pantas. Belum pun satu bulan menjadi menteri kewangan, Najib telah “melarikan 5 bilion ringgit” duit KWSP. Duit ini ialah duit simpanan kaum buruh dan kaum pekerja. Duit KWSP adalah duit simpanan yang wajib disimpan oleh semua pekerja. Majikan juga diwajibkan menyumbang dalam dana KWSP. Duit KWSP ini untuk kegunaan di hari tua – sebagai pencen atau untuk diambil membuat rumah, pergi naik haji dan sebagainya.

Menurut DEB Najib, duit 5 bilion ringgit ini akan disalurkan kepada syarikat ValueCap Sdn Bhd. Penyaluran duit KWSP ini bertujuan menaikkan harga nilai saham syarikat-syarikat yang dianggap “jatuh nilai”.

Persoalan timbul - nilai saham ini rendah kerana orang ramai tidak yakin terhadap syarikat-syarikat ini. Memasukkan duit ke dalam syarikat ini tidak akan membawa apa-apa keuntungan. Untuk sementara waktu, kemungkinan nilai saham syarikat ini akan naik tetapi akhirnya akan jatuh terlingkup juga.

Apabila saham ini mendapat suntikan 5 bilion ringgit, maka nilai sahamnya naik. Apabila nilainya naik, maka makin ramai tuan empunya saham akan menjualkan saham mereka kerana ekonomi sedang gawat. Apabila saham banyak terjual, maka nilai saham ini akan jatuh kembali.

Hanya orang bengong sahaja yang tidak faham bagaimana spekulasi bergerak pantas di bursa saham Kuala Lumpur. Lima bilion ringgit ini akan dicekup oleh pemodal besar terutama dari luar negara. Dalam masa yang singkat 5 bilion ringgit ini pasti akan hangus. Lima bilion ringgit ini adalah duit kita semua yang diperjudikan di Bursa Malaysia oleh Najib.

Lihat pula ekonomi kita. Harga bahan bakar petroleum telah jatuh. Ketika artikel ini ditulis, harga setong minyak mentah USD62. Untuk mengeluarkan minyak dari perut laut, Petronas memerlukan USD60. Ertinya, dalam satu tong kita hanya untung USD2. Jika harga minyak jatuh lagi maka tidak berbaloi Petronas mengeluarkan minyak.

Lihat pula harga kelapa sawit (CPO). Harganya juga jatuh. Pada ketika ini harga setan minyak sawit kurang lebih RM1,500. Perbelanjaan mendapat setan minyak sawit dianggarkan antara RM1,200 ke RM1,700. Dalam masa yang tidak lama kos pengeluaran – baja, buruh, pengangkutan – lebih tinggi daripada pendapatan.

Justeru, kerana menyedari semua ini Pakatan Rakyat meminta agar Belanjawan 2009 disemak kembali. Belanjawan yang dibentangkan di Parlimen sekarang berdasarkan harga minyak yang melebihi USD100 setong dan harga sawit hampir RM3,000 setan.

Pendapatan negara yang dijadikan asas Belanjawan 2009 bergantung kepada hasil petroleum dan minyak sawit. Jika harga dua bahan eksport utama negara kita jatuh, ertinya pendapatan negara jatuh. Justeru Belanjawan 2009 wajib dikaji semula.

Najib yang menjalankan DEB (Dasar Ekonomi Bengong) telah menolak permintaan Pakatan Rakyat di Parlimen. Apa yang dilakukan oleh Najib ialah “melarikan duit KWSP.”

Selama lebih 30 tahun sistem ekonomi kapitalis neoliberal diperkenalkan oleh Amerika Syarikat. Kapitalis neoliberal bermakna “apa yang boleh jual akan dijual, apa yang boleh beli dibeli”. Sistem ini mengetepikan peranan daulah. Kerajaan tidak dibenarkan memiliki hospital, sekolah dan universiti, janakuasa elektrik, sistem pengangkutan, air atau menyediakan subsidi untuk orang ramai. Menurut falsafah neoliberal, jika kerajaan campur tangan, maka sistem ekonomi akan cacat.

Justeru gerombolan United Malays National Organistion telah turut mengamalkan sistem kapitalis neoliberal. Hasilnya – lembaga elektrik dijual pada kroni, lembaga agihan air dijual pada kroni, jalan raya dijual pada kroni, hospital dijual pada kroni. Siapa kroni ini ? Mereka anak-beranak dan kaum keluarga gerombolan United Malays National Organisation.

Untuk menipu rakyat, maka gerombolan United Malays National Organisation mengatakan bahawa ini adalah Dasar Ekonomi Baru untuk menolong orang Melayu. Apabila ada kritikan muncul, maka gerombolan ini akan berselindung bawah Perlembagaan Persekutuan dan hak keistimewaan Melayu. Jika kritikan datang daripada bukan Melayu, maka mereka akan mengatakan bahawa bukan Melayu tidak ada hak untuk membincangkan hak keistimewaan Melayu. Gerombolan ini akan mengancam mereka dengan tindakan undang-undang.

Tingkah laku dan perangai gerombolan United Malays National Organisation ini samalah seperti satu gerombolan perompak – selepas melakukan rompakan, mereka berselindung di masjid, kuil atau gereja. Beginilah taktik yang telah dilakukan oleh gerombolan United Malays National Organisation berulang-ulang kali.

DEB Najib ini akan membawa mudarat yang maha besar kepada kita semua – Melayu dan bukan Melayu. Ekonomi kapitalis tidak pernah kenal kamu beragama apa, kamu berbangsa apa atau kamu bersembahyang di mana. Apabila ekonomi kuncup, yang terpukul tenat ialah kelas bawahan – kaum pekerja, kaum buruh, kaum tani dan nelayan dipukul hebat. Ramai warga hilang pekerjaan dan mata pencarian.

Kita wajib menerima hakikat bahawa Malaysia turut sama mengamalkan sistem ekonomi kapitalis neoliberal. Sistem ini berpusat di Amerika Syarikat. Apabila ekonomi Amerika Syarikat menguncup, maka semua ekonomi kapitalis neoliberal dalam dunia ini juga akan turut menguncup.

Justeru Pakatan Rakyat tidak ada pilihan melainkan wajib mengambil alih kerajaan secepat mungkin untuk menyelamatkan negara daripada bencana kemelesatan ekonomi. DEB Najib wajib digantikan secepat mungkin. Malah Najib sendiri wajib dihumbankan dalam tong sampah sejarah.

Langkah awal ialah konsep kembali ke bumi. Pertanian wajib dijadikan tulang belakang ekonomi Malaysia. Pertanian ini bukan hanya menanam sawit atau getah sahaja tetapi rakyat wajib dibantu untuk menghasilkan tanaman makanan. Jika ekonomi meleset, orang ramai masih ada makanan. Makanan untuk diekspot bukan tujuan utama kerana pasaran makanan dunia juga sedang menguncup. Jika kita dapat mengekspot makanan, maka anggaplah ini sebagai bonus.

Kembali ke bumi bertujuan membeli masa agar kita dapat menyusun kembali struktur ekonomi kita yang selama 30 tahun ini telah diporak-perandakan oleh dasar kapitalis neoliberal.

Tidak dapat tidak penstrukturan baru ekonomi yang akan dibawa oleh Pakatan Rakyat tidak akan berpandukan keuntungan maksimum atau dasa “apa boleh jual, jual; apa boleh beli, beli”. Struktur ekonomi baru wajib memperlihatkan peranan daulah yang lebih kuat. Wajib diwujudkan garis pemisah untuk mengasingkan pengaruh kaum pemodal dari politik negara.

Kuasa kaum pemodal menentukan dasar ekonomi negara berlandaskan neoliberal. Dasar ini sedang terbogel dan terbukti gagal. Dasar kapitalis neoliberal ini wajib ditinggalkan. Rakyat dunia memerlukan satu struktur baru yang berasaskan kekutaan kaum pekerja, buruh dan tani.

Dr Syed Husin Ali akan merasmikan Penubuhan PKR Bahagian Kuala Krau

Berita terkini yang sangat menggembirakan ialah persetujuan dari Dr Syed Husin Ali, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat untuk merasmikan Penubuhan Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau.
Mesyuarat Penubuhan PKR Bahagian akan diadakan pada 26hb Disember 2008 jam 4.00 petang di Rumah Sdr Saarin Yaman, Kg Paya Luas, Kuala Krau.
Ceramah Umum akan diadakan ditempat yang sama pada 26hb Disember 2008 jam 8.30 malam. Penceramah-penceramah yang akan berucap selain dari Dr Syed Husin Ali adalah YB Teresa Kok, Ustaz Kamal Ashaari dan Sdr Chegu Bard.
PKR Bahagian Kuala Krau mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat seluruh Pahang untuk hadir.

Wednesday, December 17, 2008

Gambar Bush Kena Baling Dengan Kasut Di Iraq

In this image from APTN video, a man, centre throws a shoe at US President George W. Bush, background left, during a news conference with Iraq Prime Minister Nouri al-Maliki, Sunday, Dec. 14, 2008, in Baghdad, Iraq. On an Iraq trip shrouded in secrecy and marred by dissent, President George W. Bush on Sunday hailed progress in the war that defines his presidency and got a size-10 reminder of his unpopularity when a man hurled two shoes at him during a news conference. (AP Photo)


An Iraqi man throws a shoe at President George W. Bush during a new conference with Iraq Prime Minister Nouri al-Maliki on Sunday, Dec. 14, 2008, in Baghdad. A man threw two shoes at Bush, one after another, during the news conference. Bush ducked both throws, and neither man was hit. (AP Photo/Evan)



In this image from APTN video, US President George W. Bush, left, ducks as a man throws a shoe at him, during a news conference with Iraq Prime Minister Nouri al-Maliki, Sunday, Dec. 14, 2008, in Baghdad, Iraq. On an Iraq trip shrouded in secrecy and marred by dissent, President George W. Bush on Sunday hailed progress in the war that defines his presidency and got a size-10 reminder of his unpopularity when a man hurled two shoes at him during a news conference. (AP Photo)



In this image from APTN video, an man throws a shoe at President George W. Bush during a news conference with Iraq Prime Minister Nouri al-Maliki on Sunday, Dec. 14, 2008, in Baghdad. The man threw two shoes at Bush, one after another. Bush ducked both throws, and neither man was hit. (AP Photo/APTN)



US President George W. Bush(2ndL), surrounded by security personnel, smiles after an Iraqi man threw his shoes at Bush during a joint press conference with Iraq's Prime Minister Nuri al-Maliki at Maliki's private office during an unannounced visit to Baghdad, Iraq, on December 14, 2008. The trip marks Bush's fourth visit to the country during his presidency. AFP PHOTO / Saul LOEB (Photo credit should read SAUL LOEB/AFP/Getty Images)



U.S. President George W. Bush reacts to calm down after a shoe was thrown at him by an Iraqi reporter during a joint press conference with Iraqi Prime Minister Nuri al-Maliki (unseen) in Baghdad December 14, 2008. President George W. Bush made an unannounced farewell visit to Baghdad today, just weeks before he leaves his office to President-elect Barack Obama. AFP PHOTO/ Thaier al-Sudani -POOL (Photo credit should read THAIER AL-SUDANI/AFP/Getty Images)


Lawatan akhir Bush ke Iraq disambut balingan kasut

BAGHDAD: Kunjungan Presiden George W. Bush semalam sepatutnya menjadi lawatan terakhir ke Iraq sebelum meninggalkan White House bulan depan.

Beliau tidak menerima “cenderamata penghargaan” daripada rakyat Iraq, sebaliknya menerima balingan kasut ketika mengadakan sidang media bersama Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki.

Seorang wartawan Iraq melemparkan dua kasut terhadap Bush tetapi tidak menepati sasaran kerana beliau sempat mengelak balingan.

Kasut itu kemudian mengenai dinding belakang.

Nouri bagaimanapun cuba menyelamatkan Bush walapun balingan itu tidak mengena.

“Ini ciuman perpisahan untuk anda, anda anjing!” jerit wartawan berkenaan dalam bahasa Arab.

Dia kemudian dikenali sebagai Muntadar al-Zeidi iaitu koresponden bagi saluran televisyen Iraq, Al-Baghdadia yang berpangkalan di Kaherah, Mesir.

Kemudian Bush bergurau: “Ia (kasut) bersaiz 10.”

Kunjungan itu diadakan 37 hari sebelum Bush meninggalkan White House.

Bush akan digantikan Barack Obama pada 20 Januari ini.

Bush menggerakkan tindakan ketenteraan ke atas Iraq pada 2003 dalam usaha menggulingkan Saddam Hussein.

Ketika Saddam digulingkan, pentadbiran Bush disanjung tinggi.

“Perang belum berakhir lagi,” kata Bush sambil menambah, perang itu akan mencapai kemenangan kelak.

Selepas itu Bush berlepas ke Afghanistan yang turut diserang Amerika Syarikat atas nama peperangan ke atas pengganas pada tahun 2001.

http://www1.mstar.com.my


HAMBA ZIONIS KENA BALING KASUT?

Hari ni syok betul baca kisah Presiden Bush kena baling kasut di Iraq. Padan muka si penipu ni. Dia ingat umat Islam semuanya pengecut. Dia ingat dia boleh terus kotak-katikkan kita buat selama-lamanya.

Dalam gitu-gitu, saya pun macam blogger Husin Lempoyang. Saya senyum bila baca kisah Bush kena baling kasut. Sambil-sambil senyum, saya tanya diri sendiri - macam mana agaknya kalau Khairy Jamaluddin atau Abdullah Badawi yang kena baling dengan selipar atau telor busuk?

Soalan ni membuak-buak keluar kerana orang kata, Bush, Khairy dan Abdullah ada persamaan mereka. Kalau Bush kaki kelentong, ikut kata orang, yang saya sebut namanya di sini pun agak sama. Kalau Bush alat zionis, yang kat sini pun didakwa sebagai teman zionis.

Ini yang bikin saya bagai nak gila memikirkannya. Macam mana kita ada manusia yang kononnya jadi sahabat zionis? Rupa-rupanya, Singapura tu pangkalan zionis paling utama di Asia Tenggara. Kalau gitu, habislah kita.

Tapi, mintak-mintak sangkaan ni salah dan fitnah semata-mata. Mana mungkin Abdullah cucu ulamak jadi sahabat zionis? Abdullah jadi sahabat Singapura memang betul.

Sebab tu dia buka Wilayah Iskandar. Sebab tu dia batalkan Jambatan Bengkok. Sebab tu dia tunda perbincangan seluruh isu tertunggak dengan Singapura. Sebab tu kes Pulau Batu Putih pun dikatakannya sebagai win-win situation.

Tapi, kalau kita ambik kira Singapura tu sahabat zionis, salah ke kalau kita kata Abdullah bersahabat dengan sahabat zionis di Asia Tenggara? Ini yang buat saya bengang tak sudah.

Apa kita nak kata pasal kisah macam ni? Lantaklah, itu dia punya hal? Tak boleh. Zionis ni zalim, kejam dan tamak. Semua dia nak conquer. Semua dia nak sapu. Semua dia nak kuasai.

Kalau sesiapa menghalang, dia akan ugut. Tak dapat ugut, dia guna cara halus. Dia akan usaha kuasai kita menggunakan kelemahan kita. Kalau kita kaki betina, dia akan guna betina lemahkan kita. Kalau kita kaki joli, dia akan tabor wang berkodi-kodi biar kita joli katak.

Bila kita dah syok, bila kita dah leka, dia pun tarik tali untuk jerat leher kita. Kalau kita tak mau terjerat, kenalah kita menari ikut rentak zionis. Akhirnya, kita pun jadi puppet dan zionis jadi dalangnya.

Tindakan-tindakan macam ni yang bikin orang lemah. Bila kita serius tentang strategi zionis, orang kata kita ni mabuk dengan teori konspirasi. Bila kita cakap lantang sangat, ada je pihak akan takut-takutkan kita. Bila kita diam menikus, dia pun panjat kepala kita.

Sebab tu saya syok sangat baca berita Bush kena baling kasut. Sebab tu saya tanya diri sendiri, macam mana agaknya kalau Khairy atau Abdullah yang kena begitu?
Sebab tu, kita semua mesti waspada pasal zionis ni. Kita tak mau ada pemimpin kita jadi puppet zionis atau puppet sahabat karib zionis. Kita kena cari jalan supaya sapa-sapa saja sahabat zionis atau sahabat kepada sahabat zionis di negara ini tidak akan berkuasa di Malaysia.

Tuesday, December 16, 2008

Ceramah 26hb Disember 2008 di Kg Paya Luas diteruskan

Mesyuarat JK Tergempar PKR Kuala Krau pada malam ini memutuskan supaya Ceramah yang akan diadakan pada 26hb Disember 2008 di Kg Paya Luas, Kuala Krau akan diteruskan seperti jadual.
Penceramah-peneramah yang akan hadir adalah Sdr Chegu Bard, Ahli MPT PKR, YB Teresa Kok (DAP) dan Ustaz Kamal Ashaari (PAS).
Pada tarikh yang sama dan ditempat yang sama jam 4.00 petang pula akan berlangsung Mesyuarat Agung Penubuhan PKR Bahagian Kuala Krau dirasmikan oleh Sdr Zakaria Hamid, Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Pahang.
Untuk persediaan mesyuarat agung dan ceramah tersebut akan diadakan Mesyuarat Kerja pada 21hb Disember 2008 di Kg Paya Luas dan gotong royong bagi membersihkan kawasan pada 25hb Disember 2008.

Penderas sudah bersedia menerima Parti Keadilan Rakyat

Terasa amat terkilan jika saya tidak menemui Sdr Jahidin di Kg Mendoi yang dimarahi oleh Ketua UMNO Cawangan kampong itu kerana keluar dari UMNO dan menertai keahlian Parti Keadilan Rakyat.



Maka jam 4.00 petang tadi saya pergi ke rumah Jahidin, sedang molek, dia berada di rumah. Dan berceritalah dia akan kejadian dia dan Jamil dimarah oleh Ketua Cawangan UMNO kampong Mendoi.
Saya memberi penerangan kepada beliau bahawa setiap ahli masyarakat dewasa boleh memilih parti politik yang dia suka dan tidak ada paksaan untuk menyertai mana-mana parti politik. Saya ambil contoh bahawa Tun Dr Mahathir Mohamed adalah pengasas UMNO Baru dan menjadi Presiden UMNO untuk kesekian lama, tetapi beliau pun akhirnya keluar dari UMNO. Itu adalah pilihan dia, tak ada sesiapa yang boleh paksa dia kekal didalam UMNO.
Begitulah dengan setiap rakyat Malaysia, bebas bagi dirinya untuk menertai mana-mana parti politik dan bebas baginya untuk meninggalkan UMNO apabila dia sudah tidak lagi yakin bahawa UMNO itu serasi dengan naluri perjuangannya.
Syukurlah, Jahidin faham, dan dia mengatakan dia akan terus kekal dengan keahlian Parti Keadilan Rakyat.
Kemudian dia membantu saya turut mengedarkan risalah kepada penduduk kampong Mendoi. Selesai di Mendoi, saya ditemani pula lagi oleh kumpulan AMK Kg Paya Luas seramai 5 orang diketuai oleh Sdr Hafez Harun. Kami terus ke Penderas dan mengedarkan risalah kesetiap buah rumah di Penderas membawa ke Kg Pasu.
Kami sempat menemui Sdr Kin Kassim dan Sdr Ahmad Dagu. Kin menyatakan bahawa ahli-ahli di Kg Penderas akan memasang bendera PKR dari pintu gerbang memasukki kampong Penderas membawalah ke rumah Ahmad Dagu tempat perasmian PKR Cawangan Penderas jam 4.00 petang esuk (17.12.08). Cawangan tersebut akan dirasmikan oleh Sdr Chegu Bard dengan Sdr Ram Ponnusamy turut berucap.
Kin Kassim berkata bahawa Penderas yang selama ini menjadi kubu UMNO di perkampongan Orang Asli di kawasan DUN Jenderak sudah bersedia menerima Parti Keadilan Rakyat. Dengan runtuhnya kubu UMNO itu menandakan bahawa kesemua perkampongan Orang Asli di kawasan ini boleh menerima Parti Keadilan Rakyat.
Malam ini kami mengadakan Mesyuarat JK Tergempar PKR Kuala Krau kerana DS Presiden tidak dapat merasmikan penubuhan PKR Bahagian Kuala Krau kerana pada 26hb Disember itu beliau berada di luar Negara. Sdr Chegu Bard, YB Teresa Kok dan Ustaz Kamil Shaari telah pun mengesahkan bahawa mereka akan hadir didalam Ceramah Perdana pada 26hb Disember 2008, dan mesyuarat tergempar tersebut adalah untuk memutuskan samada penubuhan PKR Bahagian Kuala Krau perlu dirasmikan oleh mana-mana Ahli MPT yang hadir di Ceramah Perdana tersebut.
Bagaimanapun, Pengerusi Perhubungan PKR Pahang, Sdr Zakaria Hamid telah sudi hadir di Mesyuarat Agung Penubuhan tersebut dan seterusnya merasmikan mesyuarat tersebut.

BERITA TERKINI

Yang Berbahagia Datuk Seri Wan Azizah binti Datuk Wan Ismail telah mengesahkan bahawa beliau tidak dapat menghadiri Majlis Perasmian Penubuhan Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Krau pada 26hb Disember 2008.

PKR Bahagian Kuala Krau akan mengadakan mesyuarat tergempar pada malam ini untuk membuat keputusan samada Majlis Perasmian itu akan diteruskan dengan dirasmikan oleh Ahli Pimpinan yang lain atau ditangguhkan.

Sila maklum.
Siaran Media dari Pejabat Ketua Pembangkang: Usul Tubuh SPRM Masih Mempunyai Kelemahan

by Siaran Media Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim
Kuala Lumpur, 15 Disember 2008

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik usaha untuk memerangi rasuah. Walaubagaimanpun beliau menegaskan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih mempunyai kelemahan ketara kerana masih terikat dengan kuasa eksekutif terutamanya Perdana Menteri.
"Pakatan Rakyat akan sokong usul yang dibawa oleh Perdana Menteri itu dengan syarat pindaan memberikan Suruhanjaya lebih kebebasan termasuk kuasa pendakwaan," demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.


Datuk Seri Anwar menekankan bahawa menurut seksyen 5(1) dan seksyen 5(3), perlantikan Ketua Suruhanjaya dan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah yang berasaskan seksyen 13(2)(a), masih di atas nasihat Perdana Menteri. Peruntukan ini membuktikan Suruhanjaya yang dimaksudkan masih belum bebas sepenuhnya dan dikhuatiri ianya terdedah kepada sebarang manipulasi eksekutif.

Berucap di Dewan Rakyat sebentar tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengingatkan Dewan Yang Mulia akan kes-kes rasuah terdahulu, berprofail tinggi dan membabitkan orang-orang ternama. Namun apa yang dikesali ialah tiadanya tindakan tegas dari pihak yang berkuasa. Kita masih menunggu sebarang tindakan tegas diambil bagi kes-kes melibatkan wang Perwaja dan MAS.

Ketua Pembangkang juga menyarankan bagi memastikan Suruhanjaya tersebut bebas, ahli-ahlinya mestilah dilantik oleh Jawatankuasa Khas Parlimen agar calon yang paling layak sahaja dilantik, bukan sahaja dari segi teknikal tetapi juga bersih dari tuduhan dan celaan.

-- For more information, kindly visit KeADILan trilingual website: Malay: http://www.keadilanrakyat.org/, http://www.suarakeadilan.com/, English: http://en.keadilanrakyat.org/ , & Chinese: http://zh.keadilanrakyat.org/; Advisor Anwar Ibrahim's blog: http://www.anwaribrahimblog.com/ ; Info Chief, Tian Chua's blog: http://www.tianchua.net/; if you find them worth reading, do help us promote them to your friends.

Sebutlah "Orang Asli" jangan kata hanya Bumiputra

2 hari lepas saya bertemu dengan Sdr Yusri Ohon, Ketua PKR Cawangan Sg Mai didalam Bahagian Jerantut meminta saya berpesan-pesan kepada pimpinan PKR supaya menyebut kaum Orang Asli apabila menyatakan nama-nama kaum seperti Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Murut, Orang Ulu, Bidayuh dan sebagainya.
Kenapa tidak sebut juga nama kaum Orang Asli dan beliau menyatakan bahawa beliau berasa tersinggung apabila Orang Asli hanya dikumpulkan didalam kategori "lain-lain kaum".
"Kami adalah orang Asal yang terbiar di Negara ini. Kamilah orang yang paling miskin dan tertindas di Negara ini. Kami tak punya apa-apa. Kami tidak ada tanah, kami tidak ada ladang, kami tidak ada sumber pendapatan tetapi, kaum kamilah yang mempunyai pengangguran yang paling besar, pendapatan kaum kami sangat kecil, kami dibiarkan dari segi kesihatan, kami terbiar dari segi pendidikan, dan kamilah sebenarnya simbol perjuangan rakyat tertindas, tetapi kenapa kaum kami tak nak disebut langsung didalam ucapan-ucapan pemimpin?"
"Adakah PKR nanti akan mempunyai dasar yang sama dengan UMNO yang hanya pandai memperkudakan kaum kami, Orang Asli?" tanya Yusri.
"Saya menyokong perjuangan PKR, dan saya membawa penduduk kampong saya menyertai PKR dan disamping itu saya pergi kesemua kampong-kampong berdekatan supaya menubuhkan cawangan-cawangan PKR, dan saya anggap PKRlah penyelamat kepada kaum kami, Orang Asli. Jadi janganlah tinggalkan kami, sebutlah nama kaum kami didalam ucapan-ucapan, dan jangan longgokkan kami dengan kategori "lain-lain kaum", " Kata Yusri.
"Boleh tak Tuan Haji peringatkan pimpinan PKR supaya memberi sedikit penghormatan kepada kaum kami? tanya Yusri.
Ya, memang benar. Saya sendiri udah banyak mendengar ucapan-ucapan pemimpin-pemimpin PKR, memang tak disebut pun kaum Orang Asal atau Orang Asli ini, yang disebut adalah kaum-kaum Bumiputra di Sabah dan Sarawak, hafaz sungguh pemimpin-pemimpin dengan nama-nama kaum disana, tapi tak teringat dengan kaum Orang Asli di Semenanjung.
Adalah diharapkan dengan penulisan melalui blog PKR Pahang ini, pemimpin-pemimpin diperingatkan!

Monday, December 15, 2008

P 36 Kuala Terengganu -Kekalahan BN Penting Untuk Sedarkan Najib

Adalah penting kepada ahli UMNO dan ahli parti komponen Barisan Nasional mempastikan Barisan Nasional kalah teruk di P 36 Kuala Terengganu.
Jika Barisan Nasional menang, Abdullah Ahmad Badawi bersara, dan Mohd Najib Abdul Razak mengganti, maka dikhuatiri Mohd Najib Abdul Razak akan meneruskan tradisi kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi, dan mungkin pengganti ini adalah lebih teruk lagi.


Perhatikan, apa yang BERNAMA laporkan sehubungan kalah menang di P 36 Kuala Terengganu kepada Mohd Najib Abdul Razak:

Kemenangan BN Di Kuala Terengganu Penting Untuk Bukti Kebangkitan Parti, Kata Najib

KUALA TERENGGANU, 13 Dis (Bernama) — Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Jan depan amat penting sebagai bukti untuk menunjukkan kebangkitan parti itu selepas kekalahan BN dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Ogos lepas.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kemenangan di Kuala Terengganu kelak sebagai sesuatu yang amat penting untuk masa depan Umno.

Sambungan di sini:
http://www.bernama.com/

Jika UMNO kembali unggul, dengan perubahan Mohd Najib Abdul Razak sebagai pemimpin, dan memimpin perubahan parti, gabungan, Rakyat, dan Negara, maka ahli UMNO sendiri dan ahli komponen Barisan Nasional perlulah memenangkan calon PAS yang jugak Pakatan Rakyat.

Sebagai contoh, sekiranya kerajaan Barisan Nasional ikhlas membela Rakyat Malaysia, termasuklah di Terengganu dan khususnya di Kuala Terengganu, maka gambar berikut ini berlaku sekitar Mac 2008, bukan Sabtu lalu.

Jika pilihanraya kecil P 36 Kuala Terengganu ini tidak terjadi, adakah wang tersebut diberikan Sabtu lalu? Ataukah di suatu Sabtu 2080 atau 2100 mithalnya?

Dikhuatiri setelah menang di P 36 Kuala Terengganu, bilakah lagi para pemimpin ini akan menjejaki kaki di Terengganu waima di Kuala Terengganu lagi. Berapa banyak lagi hak royalti yang bakal ditangguhkan?

Dijangkakan nikmat ke Kuala Terengganu dan Terengganu berterusan, bila ahli UMNO dan ahli parti komponen Barisan Nasional memilih calon PAS yang juga Pakatan Rakyat.

Ingatlah kekalahan Barisan Nasional P 36 Kuala Terengganu adalah kemenangan ahli UMNO, Barisan Nasional, dan Rakyat Malaysia untuk jangka panjang

Perasmian PKR Cawangan Kg Penderas

PERASMIAN PKR CAWANGAN
KG PENDERAS, KUALA KRAU
PADA 17HB DISEMBER 2008 JAM 4.00 PETANG
DI RUMAH AHMAD BIN DAGU, KG PENDERAS
DIRASMIKAN OLEH SDR CHEGU BARD, AHLI MAJLIS PIMINAN TERTINGGI PKR
TURUT HADIR SDR RAM PONNUSAMY, TIMBALAN PENGERUSI PKR N. PAHANG
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI
(pkr bahagian kuala krau sedang mengumpulkan pakaian terpakai/bundle untuk edaran ke perkampongan orang asli di DUN Jenderak, sila hantarkan sumbangan tuan/puan kepada Hj Suhaimi Said, F.128 Tkt 1, Jln Tengku Ismail, 28000 Temerloh, h.p: 0199321260)

Sunday, December 14, 2008

Kempen Keahlian Baru untuk PKR Kuala Krau

PKR Bahagian Kuala Krau khususnya di DUN Jenderak akan menjalankan kempen secara besar-besaran bagi menarik keahlian baru dikalangan pengundi-pengundi.
Sehingga kini dihampir seluruh perkampongan didalam DUN Jenderak sudah tertubuh cawangan-cawangan baru yang ditubuhkan oleh ahli-ahli UMNO, Gerakan dan MIC, dan PKR Kuala Krau mengambil pendekatan iaitu dengan cara seorang ahli membawa masuk seorang ahli baru setiap 2 minggu sekali dan jumlah sasaran keahlian baru adalah 2500 orang menjelang bulan Jun 2009.
Sasaran PKR dikalangan masyarakat Orang Asli pula ialah 1000 orang ahli baru dan dengan penubuhan cawangan-cawangan baru di Kg Penderas, Kg Galung, Kg Mendoi dan Kg Seboi, sasaran ini akan menjadi kenyataan menjelang Jun 2009.
Adalah diingatkan bahawa kekalahan calon PKR untuk DUN Jenderak didalam PRU ke-12 hanyalah 1300 undi sahaja.
PKR Cawangan Kg Penderas yang akan dirasmikan penubuhannya oleh Ahli Majlis Tertinggi PKR, Sdr Chegu Bard pada 17hb Disember 2008 sudah pun mengumpulkan keahlian baru seramai 40 orang dipimpin oleh Sdr Kin Kassim, bekas ahli UMNO Cawangan Penderas; manakala PKR Cawangan Kg Paya Luas yang ditubuhkan pada 5hb Disember lalu sudah mencatatkan keahlian menghampiri 60 orang kebanyakannya dari kalangan ahli-ahli UMNO yang sudah hilang keyakinan kepada dasar dan pimpinan UMNO.

Friday, December 12, 2008

SAMBUTAN HARI RAYA KORBAN & CERAMAH PERDANA PAKATAN RAKYAT DI DUN JELAI PADA 13 DISEMBER 2008

Sambutan Hari Raya Korban dan Ceramah Perdana Pakatan Rakyat di DUN Jelai pada 13 Disember 2008 Jam 7.00 mlm bertempat di Markas PAS FELDA Sg Koyan 1.

Di antara aturcara pada hari yang berkenaan adalah Majlis Kesyukuran dengan Jamuan Hari Raya Korban seterusnya diikuti dengan ceramah.


Penceramah Jemputan Utama adalah:

1. YBhg Dato' Fauzi Abdul Rahman iaitu Bekas Timbalan Menteri/ Bekas Ahli Parlimen Kuantan
2. Sdra Shamsul Iskandar Mohd Akin iaitu Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
3. Ustaz Ahmad Junaidi Ishak iaitu Bendahari Pemuda PAS Negeri Pahang

Tuan/puan adalah dijemput hadir dan kehadiran semua akan memberi sinar baru kepada ruang perubahan DUN JELAI dan amnya PARLIMEN CAMERON HIGHLANDS.


FORAM "HARAPAN BARU" PKR BAHAGIAN CAMERON HIGHLANDS

Foram "HARAPAN BARU' untuk semua penduduk di DUN Tanah Rata, Parlimen Cameron Highlands akan di adakan pada 20 Disember 2008 jam 8.00 malam di Dewan Orang Ramai Kg Raja.

Foram yang sama telah diadakan di sini 5 bulan yang lalu dan mendapat sambutan ramai dari kaum India & Cina tempatan. Foram Terbuka kali 2 ini adalah di atas permintaan ramai oleh penduduk tempatan yang mahukan pemimpin tertinggi PKR Pusat hadir.

Ini adalah foram bersiri menjelajah seluruh DUN Tanah Rata yang telah bergerak lebih dari 5 bulan yang lalu di beberapa tempat seperti di Ringlet, Tanah Rata dan Kg Raja. PKR Bahagian Cameron Highlands bercadang akan memperluaskan foram terbuka bersiri ini ke Kuala Terla dan perkampungan orang asli bagi tujuan untuk memberi penerangan isu politik dan ekonomi semasa di Malaysia kepada penduduk secara langsung.

Di antara pemimpin tertinggi PKR Pusat yang hadir di Foram Terbuka PKR DUN Tanah Rata adalah:
1. YB Tian Chua - Ahli Parlimen Batu selaku Ketua Penerangan PKR Pusat
2. YB Chan Ming Kai - ADUN Simpang Pulai selaku Exco AMK Pusat
3. Sdra Tan Wei Wun - Exco AMK Pusat selaku Ketua AMK Ipoh Timur
4. Sdri Felicia Ling - Bekas Exco MCA Pusat

Penyertaan adalah terbuka kepada semua dan kehadiran oleh penduduk di persekitaran DUN Tanah Rata sangat dialu-alukan.
PERASMIAN PEJABAT OPERASI PKR CAWANGAN KG RAJA, BAHAGIAN CAMERON HIGHLANDS PKR Cawangan Kg Raja, Bahagian Cameron Highlands membuka Pejabat Operasi pada 20 Disember 2008 yang bertempat di:-

No. 8, Tingkat 1, Jalan Corina 1,
390101 Kg Raja,
Cameron Highlands.
Tel: 014 338563

PKR Cawangan Kg Raja telah dirasmikan pembukaannya oleh Ketua Bahagian PKR Cameron Highlands pada April 2008 yang lalu dan Perasmian Pejabat Operasinya akan dilakukan oleh YB Tian Chua selaku Naib Ketua Penerangan PKR Pusat merangkap Ahli Parlimen Batu pada pukul 5.00 ptg 20 Disember 2008.

Dengan adanya Pejabat Operasi PKR Cawangan Kg Raja, segala aktiviti parti di peringkat akar umbi akan menjadi lebih rancak dan berkesan dan seterusnya dapat memberi khidmat yang lebih cekap kepada masyarakat setempat.

Penduduk setempat adalah dialu-alukan datang untuk Majlis ini.

PKR Cawangan Kg Penderas, Kuala Krau

Satu lagi cawangan PKR di perkampongan Orang Asli di Kuala Krau akan ditubuhkan dan akan dirasmikan olehSdr Chegu Bard, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat pada 17hb Disember 2008 jam 4.00 petang di Rumah Sdr Ahmad bin Dagu.
Sdr Chegu Bard akan diiringi oleh Sdr Ram Ponnusamy, Timbalan Pengerusi PKR Negeri Pahang.
Kg Penderas adalah nadi kerja bagi kampong-kampong Orang Asli di Dun Jenderak. Hanya disana sahajalah terdapat Sekolah Kebangsaan dan klinik dan di kampong inilah dijadikan contoh oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk merujukkan kononnya masyarakat Orang Asli sudah mendapat kemudahan modern.
Dari segi keadilan sosial dan pembangunan penduduk, Kg Penderas tidak banyk bezanya dengan kampong-kampong Orang Asli di sekitar DUN Jenderak ini. Pengangguran adalah tinggi dikalangan penduduk khususnya dikalangan anak-anak muda, pendapatan penduduk yang hanya bergantung kepada pengeluaran barang hutan dan bercucuk tanam secara tradisional adalah kecil dan taraf kehidupan mereka adalah rendah.
Pembangunan yang kononnya untuk menaikkan taraf kehidupan Orang Asli ini hanyalah "Indah Kabar dari Rupa" dan segala peruntukan Kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Orang Asli lebih bertumpu kepada hiasan luaran dan tidak sampai kepada penduduk.
Mereka masih kelaparan tanah dan tuntutan mereka untuk mendapatkan geran tanah bagi tanah-tanah kediaman dan pertanian masih tidak dilayan oleh Kerajaan Barisan Nasional.
Penduduk Kg Penderas telah membuka lembaran baru untuk memperjuangkan nasib mereka. Biasanya, apabila tertubuh sebuah cawangan parti pembangkang di perkampongan Orang Asli, akan diikuti dengan sedikit sebanyak perkembangan pembangunan.
Apa yang telah berlaku disini sejak PKR menjejakkan kakinya sudah banyak mendapat perubahan seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik untuk lampu jalan, bekalan elektrik kerumah-rumah dan lebih banyak rumah-rumah bertaraf PPRT didirikan. Akhir sekali kini Tok-Tok Batin telah ditambah elaun bulanan mereka.
Dengan penubuhan cawangan baru di Kg Penderas ini nanti akan menyaksikan pelbagai perubahan dan Orang Asli tidak akan kerugian apa-apa jika mereka menyertai Parti Keadilan Rakyat.
PKR Bahagian Kuala Krau menjemput Orang Ramai dan pendokong-pendokong Pakatan Rakyat di seluruh Pahang menghadiri Majlis Perasmian PKR Cawangan Kg Penderas pada 17.12.08, jam 4.00 petang di Rumah Sdr Ahmad bin Dagu, Kg Penderas, Kuala Krau.
Syabas Khairy Jamaluddin

BY MSO

Perbahasan mengenai Auku memang dijangka hangat. Akta ini sama hebat dan sama popular dengan akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kalau ISA dianggap musuh kepada rakyat Malaysia yang rindukan kebebasan, Auku pula dianggap rantai besi kepada mahasiswa dan kakitangan akademik. Sudah berdekad akta ini dibahas dan diperkatakan. Sudah beribu protes dan demonstrasi dilakukan untuk menghapuskan akta ini.

Sudah berbelas menteri dan timbalan menteri Pendidikan atau Pelajaran bertukar ganti, namun ia tidak memberi apa-apa hasil. (Terima kasihlah kepada Menteri Pengajian Tinggi, Mohd Khalid Nordin kerana peka dan berani membuat pindaan). Kerajaan tetap mempertahankan akta ini sebagai relevan atas maslahat kebaikan seperti mana ISA. Bagaimana pun mereka yang terhalang dan terkena merasakan ia zalim dan tidak adil.

Menganggap akta berkenaan mengongkong, memandul, memondan dan berbagai me... lagi terhadap mahasiswa dan tenaga akademik. Antara beberapa ahli Parlimen yang membahaskan pindaan Auku ini ialah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin. Ada sesuatu yang menarik dan menyerlahkan realiti sebenarnya tentang politik dan perjuangan Khairy di sini.

Ternyata menantu PM ini lain daripada ahli BN yang lain dan mempunyai pandangan politik yang bebas dan bersikap gentleman. Beliau benar-benar rasional, berani dan sedia bertanggunjawab. Tidak salah kalau Murai katakan, inilah watak, peribadi, bakat dan minda (cara berfikir) yang diperlukan oleh Pemuda Umno untuk memimpin sayap kanan parti itu.

Betapa tidak, tadi Khairy memberi pandangan yang akademi dan berbahas secara profesional berhubung dunia pendidikan. Khairy mempunyai pandangan jauh dan tidak terikat dengan tradisi dan pemikiran sesetengah pemimpin partinya yang kolot dan primitif. Beliau juga mempunyai maklumat terhadap apa yang beliau ingin perkatakan.

Dan paling mengejutkan Murai ialah apabila beliau menyatakan persetujuannya kalau mahasiswa dibebaskan dari ikatan Auku itu. Dalam erti kata lain beliau mahu mahasiswa berkecimpungan dalam politik dan berikan ruang sepenuhnya untuk mahasiswa terlibat dalam politik. Mahasiswa katanya tidak perlu disekat dengan akta itu. Realiti hari ini bahawa politik berlaku dalam kampus walaupun ada Auku. Katanya kerajaan tidak perlu takut kepada penglibatan mahasiswa dalam politik. Hadapilah secara profesional dan secara terbuka.

Alasannya mahasiswa sudah matang dan dapat berfikir dan menilai baik buruk dan tidak wajar ianya disekat. Beliau sendiri sanggup turun padang bagi menghadapi fenomena itu. BN tidak perlu bimbang katanya. Jarang ahli BN yang berfikir dan bersikap terbuka macam Khairy. Pendebat lain dari BN masing-masing beselidung disebalik bayangan ketakutan yang dangkal dalam mempertahankan akta berkenaan agar ianya dikekalkan dengan pindaan yang dianggap lebih ketat itu.

Kebanyakan mereka juga berdebat untuk menjaga kedudukan dan periuk nasi yang berlagak sokong membawa rebah. Syabas Murai ucapkan kepada Khairy atas keterbukaan dan rasional beliau dalam melihat isu yang membelit mahasiswa itu. Seharusnya wakil rakyat BN yang sudah tua, 'mamba' dan kehabisan idea patut belajar dan berkursus pencambahan minda dengan menantu PM ini.

Melihat kehabatan itu maka wajarlah kalau Mahathir takut dan bimbang kepada Khairy kerana penampilannya boleh menenggelamkan kehadiran anaknya Mukhriz Mahathir. Sekali lagi syabas untuk Khairy.