PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Thursday, June 24, 2010

3 Hari Turun Padang, Kempen Rumah Ke rumah dan Tampal Poster

Sejak 22hb Jun 2010, task force Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau turun padang sehingga hari ini, 24hb Jun 2010. Kami harungi semua kampong didalam DUN Jenderak, sebahagian DUN Jengka dan sebahagian DUN Kerdau. Dan kami juga pergi ke kawasan sempadan iaitu di DUN Damak didalam kawasan Parlimen Jerantut.
Kerja sebegini memanglah meletihkan, bukan senang untuk pergi rumah ke rumah didalam satu-satu kawasan DUN, apatah lagi DUN Jenderak, Kuala Krau adalah DUN yang sangat luas. Penduduknya tidak begitu ramai, dan rumah-rumah adalah jauh diantara satu dengan yang lainnya.
Tetapi nilai kerja sebegini adalah besar. Didalam gerak kerja itu, kami dapat bertemu orang-orang yang menyokong perjuangan PR dan juga yang tidak menyokong.
Tidak menjadi apa-apa masalah apabila sampai di rumah mereka yang menyokong. Disana kami diajak minum dan sebagainya. Tetapi timbul juga masalah apabila kami sampai di rumah orang-orang yang menentang PR. Namun, kami mengambil sikap yang sangat toleran dan sabar.
Didalam pada itu, golongan terbesar dari kalangan orang-orang UMNO mengambil sikap terbuka terhadap kami. Ada diantara mereka yang mengatakan bahawa usaha yang kami lakukan itu akan ada ganjarannya. Bahkan ada orang-orang UMNO yang menyatakan bahawa mereka tidak terikat dengan parti mereka semasa mengundi nanti. Ada yang mengeluh kerana pendapatan mereka tidak bertambah tetapi harga barang dari hari ke hari melambung tinggi.
Didalam kerja-kerja kami dari rumah ke rumah itu pula, kami mendapat rakan-rakan baru, khususnya dari kalangan anak-anak muda, sesetengahnya yang belum menyertai mana-mana parti politik walaupun ibu bapa mereka terdiri daripada orang-orang UMNO.
Ada juga kalangan penduduk yang menawarkan kepada kami untuk mengadakan ceramah politik di rumah-rumah mereka, dan nama-nama mereka kami ambil dan Insya Allah, kami akan adakan ceramah-ceramah di rumah-rumah yang ditawarkan kepada kami.
Tetapi bukan semua cerita yang baik berlaku semasa kami menjalankan tugas itu. Dari keseluruhan DUN Jenderak, kami bertemu dengan 2 insiden (2 insiden dari seluruh kawasan DUN Jenderak!).
Satu, berlaku di Kg Paya Sok, Kuala Krau. Seorang penduduk meminta petugas kami menurunkan poster yang ditampal tidak jauh dari rumahnya. Saya berada ditempat yang agak jauh juga dari situ waktu itu. Dan petugas kami menurunkan poster itu. Jika itu terjadi kepada saya, Insya Allah, saya tidak turunkan kerana tidak ada sebab perlu diturunkan. Poster itu tidak ditampal di rumahnya atau kawasan halaman rumahnya tetapi disebatang pokok ditepi jalan raya.
Orang itu dikatakan agak marah. Tetapi bila dia ternampak saya langsung dia berkata: "Oh, Haji Suhaimi rupanya, aah, lantaklah."bererti tak perlu turunkan poster. Rumah orang seperti itu memanglah kami tidak ziarahi, Insya Allah, di lain kali, kami akan ziarahi juga.
Satu kejadian lagi berlaku semasa kami turun ke Kg Paya Luas, disana, ada seorang yang nak tengok poster dan edaran yang kami bawa, dan sahabat saya Sdr Srinivasan menunjukkan poster itu. Orang itu ambil dan dia terus koyakkan dihadapan Srinivasan.
Daripada ribuan penduduk yang kami dapat jumpa, itulah 2 insiden negatif. Maka, berbaloilah gerak kerja kami turun padang, pergi rumah ke rumah, dan mengedar edaran serta menampal poster.

Wednesday, June 23, 2010

Dato Fauzi di Padang Perkasa

Dato Fauzi Abd Rahman, berceramah di Kg Padang Perkasa, Lanchang
Sdr Hashim Abdullah, Setiausaha Penerangan PAS Pahang turut berucap
Haji Suhaimi Said, Pengerusi Task Force KEADILAN Pahang Zon Tengah



Tuesday, June 22, 2010

Ceramah Keadilan lwn Fifa

Adalah diakui bahawa mengadakan ceramah dimusim perlawanan Bolasepak Piala Dunia (FIFA) adalah satu cabaran yang amat terasa. Ceramah Parti Keadilan Rakyat yang diadakan di Kg Padang Perkasa, Lanchang malam tadi (21hb Jun 2010) hanya dihadiri oleh lebih kurang 100 orang sahaja.
Usahkan orang lain, anggota-anggota Parti Keadilan Rakyat dan anggota-anggota PAS juga tidak hadir. Sesetengah dari mereka dari awal lagi memberitahu bahawa Perlawanan Bolasepak Piala Dunia bermula pada jam yang sama dengan ceramah, dan mereka tidak mahu ketinggalan.
Kepada saya kehadiran lebih 100 orang itu sudah cukup baik apabila mengambil kira "kegilaan" pertandingan Bolasepak Piala Dunia itu. Pertandingan bolasepak ini tidak ada sempadan politik, orang UMNO, orang PAS dan orang Parti Keadilan Rakyat semuanya suka kepada bola dan jawapan mereka adalah sama dan senada bahawa "bukan setiap hari atau setiap minggu atau setiap bulan" berlangsung Piala Dunia.
Selepas Piala Dunia ini, Pakatan Rakyat akan menganjurkan sekali lagi Ceramah di tempat yang sama untuk memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat hadir menghadirinya.

Monday, June 21, 2010

PROGRAM PARTI KEADILAN RAKYAT ZON TENGAH

MAJLIS MINUM PETANG
Tarikh: 25hb Jun 2010 (Jumaat) jam 5.00 petang
Tempat: Rumah Arwah Tok Mandur, Matau, Bandar Jengka
Kehadiran: YB Amiruddin Shari, Hassan Karim (bekas Presiden PRM)
CERAMAH UMUM
Tarikh 25hb Jun 2010 (Jumaat) jam 9.00 malam
Tempat: Kg Kuala Mai, Kuala Krau
Penceramah: YB Amiruddin Shari, YB Leong Ngah Ngah, Hassan Karim, Hassanuddin Salim (PAS) dan Haji Suhaimi Said
CERAMAH UMUM
Tarikh: 2hb Julai 2010 (Jumaat) jam 9.00 malam
Tempat: Bilik Gerakan Parti Keadilan Rakyat, Kuala Krau
Penceramah:
YB Teresa Kok (DAP) YB Fuziah Salleh (KEADILAN) YB Chang Lih Kang (KEADILAN)
Srikandi Siti Aishah Ismail dan Haji Suhaimi Said
SEMBANG PAGI BERSAMA SITI AISHAH ISMAIL, KETUA SRIKANDI KEADILAN PUSAT BERSAMA KEANGGOTAAN WANITA DAN SRIKANDI
Tarikh: 3hb Julai 2010 jam 10.30 pagi
Tempat: Rumah Haji Suhaimi Said, Kg Batu 4, Jalan Maran, Temerloh, Pahang
CERAMAH UMUM
Tarikh: 3hb Julai 2010 (Sabtu) jam 4.30 petang
Tempat: Kg Paya Mengkuang, Sanggang
Penceramah: Srikandi Siti Aishah dan kumpulannya, Rebin Birham, Ramli Lugan dan Haji Suhaimi Said
CERAMAH UMUM
Tarikh: 3hb Julai 2010 (Sabtu) jam 9.00 malam
Tempat: Rumah Haji Suhaimi Said, Kg Batu 4, Jalan Maran, Temerloh
Penceramah:
Dato Fauzi Abdul Rahman, YB N Gobalakrishnan, Srikandi Siti Aishah, YB Leong Ngah Ngah, Roslan Zainal Al Ahmadi (PAS) Ahmad Nizam Abd Hamid
MAKAN TENGAH HARI BERSAMA SRIKANDI PUSAT
Tarikh: 4hb Julai 2010 (Ahad) jam 12.30 tengah hari
Tempat: Markas KEADILAN Felda Jengka22
CERAMAH UMUM
Tarikh: 4hb Julai 2010 (Ahad) jam 4.30 petang
Tempat: Markas KEADILAN Kg Pian, Kuala Krau
Penceramah:
Srikandi Siti Aishah dan kumpulan Srikandi KEADILAN PUSAT, Ramli Lugan, dan Haji Suhaimi Said
CERAMAH UMUM
Tarikh: 4hb Julai 2010 (Ahad) jam 9.00 malam
Tempat: Kg Rumpun Makmur, Kuala Krau
Penceramah:
Srikandi Siti Aishah dan kumpulan Srikandi Pusat, Dato Fauzi Abdul Rahman, Hassanuddin Salim (PAS) Haji Suhaimi Said

Ceramah di Kg Padang Perkasa, Lanchang

CERAMAH DI KG PADANG PERKASA LANCHANG, TEMERLOH
PENCERAMAH
DATO FAUZI ABDUL RAHMAN
Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang
HASSANUDDIN SALIM
Ketua Penerangan Parti PAS Pahang
HAJI SUHAIMI SAID
Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang
ABD KADIR BIN ABD MANAP
Setiausaha Kerja Biro Felda KEADILAN Pahang dan
Timbalan Penyelaras KEADILAN DUN Lanchang
TARIKH: 21HB JUN 2010 (ISNIN)
JAM : 9.00 MALAM
Persoalan: Padang Perkasa ini dimana? Ia adalah di Rumah Ustaz Mokhtar, Padang Perkasa, Kg Mempateh, Lanchang, Pahang.

Wednesday, June 16, 2010

PROGRAM SERIKANDI DI KUALA KRAU DAN TEMERLOH

7 orang rombongan Srikandi KEADILAN Pusat dibawah pimpinan Ketuanya yang baru Siti Aisyah binti Shaikh Ismail akan melawat beberapa buah Cabang Parti Keadilan Rakyat di Negeri Pahang khususnya di Zon Tengah KEADILAN Pahang.
Walaupun lawatan ini tertumpu kepada Zon Tengah, semua cabang-cabang KEADILAN Pahang termasuk Wanita dan AMK digalakkan untuk menghadiri program-program yang akan dianjurkan.
Pada 2hb Julai rombongan ini akan berada di Kuala Krau, disebelah petangnya diperkampongan Orang Asal dan di Felda Jengka 22 dan pada jam 9.00 malam akan berceramah bersama-sama dengan YB Teresa Kok, YB Fuziah Salleh dan YB Chang Lih Kang di Bilik Gerakan Parti Keadilan Rakyat, Kuala Krau.
Pada 3hb Julai akan diadakan Majlis Makan Tengah Hari di Felda Jenderak Utara dirumah AJK Biro Felda Cabang Kuala Krau iaitu rumah Ahmad Bila dan pada jam 4.00 petang melawat Kg Paya Mendoi dan disebelah malamnya berceramah di Kg Rumpun Makmur.
Pada 4hb Julai akan diadakan Majlis Makan Tengah Hari di Rest House Temerloh bermula jam 11.00 pagi. Rakan-rakan anggota dari Cabang-Cabang seluruh Pahang dijemput hadir dan setiap kepala dikenakan RM10.00. Cabang digalakkan membawa anggota-anggota Srikandi dari cabang masing-masing, dan kounter keanggotaan Srikandi akan dibuka semasa Majlis makan tengah hari tersebut.
Jam 4.00 petang lawatan akan dibuat ke Kg Paya Mengkuang, Temerloh, dan ceramah akan diadakan di Lanchang pada jam 9.00 malam.
Semoga gerakan Srikandi KEADILAN Pahang dapat disemarakkan.

Saturday, June 12, 2010

YB Zuraidah di Kuala Krau

YB Zuraidah Kamaruddin, Ketua Wanita Parti Keadilan Pusat, akan menjadi tetamu Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau pada 12hb dan 13hb Jun 2010.
Pada jam 4.00 petang ini, 12.6.10, beliau akan melawat Kg Penderas, sebuah perkampongan Orang Asal di Kuala Krau ditemani Felicia Ling, Ketua KEADILAN Cabang Cheras bersama-sama Ginie Lim dan Fione.
Disana akan dilangsungkan pertandingan anyaman anjuran Felicia Ling untuk kaum wanita perkampongan Orang Asal Kuala Krau.
Pada jam 9.00 malam, YB Zuraidah akan berucap didalam Majlis Ceramah di Bilik Gerakan Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau bersama-sama dengan Dato Fauzi Abdul Rahman, Felicia Ling dan Sdr Sarawanan Perumal, AJK AMK KEADILAN Pusat.
Pada 13hb Jun 2010 pula, jam 1.00 tengah hari, YB Zuraidah akan melawat Felda Jenderak Utara dan akan melawat pula Kg Beredut jam 4.00 petang dan Kg Rekoh jam 5.30 petang.
Pada jam 9.00 malam pula Ketua Wanita KEADILAN itu akan berceramah di Felda Jengka 22 bersama-sama Dato Fauzi Abdul Rahman, YB Leong Ngah Ngah dan Haji Suhaimi Said.
Orang ramai dijemput hadir disemua program ini.