PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Friday, July 31, 2009

KETUA CABANG PKR PAYA BESAR HADIRI PROGRAM TOMOI ANAK MUDA DI TANAH RANCANGAN FELDA LEPAR HILIR 3(KUANTAN)







Ketua Cabang PKR Paya Besar Haji Zahari Mamat(berkain pelikat),bersama Sdr Zulkifli(tengah),Setiausaha Cabang PKR Paya Besar,
Turut serta Sdr Kamarul Hatta,Timbalan Ketua AMK Pahang,hadir pada program anak muda di tanah rancangan felda lepar hilir 3.




Diantara jemputan yang hadir pada program tomoi ini.











Ketua Cabang Paya Besar Haji Zahari Mamat,berkata"Aktiviti seperti ini amat bagus di adakan,kerana selain boleh memenuhi masa lapang anak-anak muda,ini juga salah satu dari seni mempertahankan diri, juga baik untuk kesihatan.Syaabas kepada ranting felda lepar hilir 3,kerana berjaya mengadakan aktiviti seumpama ini,dan diharapkan banyak lagi program yang berfaedah kepada anak muda ditanah rancangan felda di adakan."

Thursday, July 30, 2009

Sekitar Ceramah Dato' Fauzi Di Kemasik (Kemaman)










Dato' Fauzi sedang menyampaikan ceramah.

Ceramah Anwar di Felda Tersang 3, Raub ditangguhkan

CERAMAH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DI FELDA TERSANG 3 RAUB PADA 20HB OGOS 2009 DITANGGUHKAN

Wednesday, July 29, 2009

Penting! Panduan bagi peserta perhimpunan aman Mansuhkan ISA
Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas Himpunan Bersih dan PPSMI. Uniknya pada hari yang sama akan ada satu lagi himpunan lain yang Menyokong ISA.

Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

Perkara yang perlu anda bawa/sediakan
1.Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.

2.Duit-maksimum RM 100 sahaja.

3.Memakai pakaian yang sopan-Baju berwarna Hitam/Merah-
sebaiknya ada logo MANSUHKAN ISA

4.Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.

5.Aksesori kempen-Button, riben, topi, kopiah arm band, bendera kecil,banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Mansuhkan ISA boleh digunakan.

6.Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.

7.Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.

8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.

9.Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.

10.Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis N100 Respirator, N95 Respirator dan Surgical facemask untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.

11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.

12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.

13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.

14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_ elumalai@ yahoo.com Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya untuk rekod dan disiarkan.

Perkara yang tidak dibenarkan
1.Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.

2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.

3.Jangan memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan.

4.Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal untuk memudahkan pergerakkan.

5.Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.

6.Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan kempen mansuhkan ISA

7.Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.

8.Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan Kempen Mansuhkan ISA tidak dibenarkan.

9.Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.

10. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.

11. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.

12. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.

13. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.

14. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan
1.Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.

2.Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.

3.Pastikan anda telah menunaikan 'hajat' sebelum memasuki perhimpunan.

4.Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.

5.Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.

6.Maklumkan mereka tujuan anda keluar.

7.Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.

8.Jangan lupa charge bateri handphone dan kamera.
9.Pastikan anda berniat kerana Allah (bagi yang muslim) sebelum keluar rumah.

10. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan; Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara.

11. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.

12. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.

13. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian) .

14. Jangan memakai baju Mansuhkan ISA sebelum perhimpunan bermula.

Semasa perhimpunan dan perarakan
1.Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara) dan tunggu arahan dari Field Commander yang dilantik.

2.Ikutilah arahan dari Unit Amal atau Field Commander sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada Field Commander.

3.Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan Field Commander.

4.Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.

5.Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.

6.Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.

7.Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.

8.Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.

9.Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.

10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.

11. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.

12. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.

13. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.

14. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.

15. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.

16. Rakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_ elumalai@ yahoo.com Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya untuk rekod dan disiarkan.
17. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

Selepas perhimpunan
1.Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.

2.Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila datang ke Pejabat Agung PAS untuk membuat laporan dengan Unit Amal bertugas.

3.Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat di Pejabat Agung PAS atau ke Balai Polis berkaitan untuk bebaskan mereka.

4.Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.

5.Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.

6.Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha GMI-enalini_ elumalai@ yahoo.com.

Apa anda perlu buat jika kumpulan Pro-ISA buat Provokasi
1.Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan Field Commander Unit Amal.

2.Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.

3.Jangan hampiri mereka.

4.Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.

5.Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.

6.Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan
1.Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.

2.Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.

3.Duduk jika pimpinan arahkan.

4.Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.

5.Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.

6.Ambil gambar mereka jika sempat.
7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

Apa yang anda perlu buat jika ditahan
1.Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.

2.Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.

3.Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).

4.Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.

5.Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab "Masih tengah cari kerja" atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

6.Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

7.Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.

8.Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab "saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja". Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.

9.Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.

10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.

11. Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

Apa yang anda perlu buat selepas dibebaskan
1.Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.

2.Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.

3.Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.

4.Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.

5.Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.

6.Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.

7.Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.

8.Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.

9.Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.

10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.

11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

Perhatian!
1.Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.

2.Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.

3.Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.

4.Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini

Secara keseluruhannya, kita berdoa semoga Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak Kerajaan dan memberikan laluan untuk Agong mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan negara kita.

Ingat, Himpunan Bersih dan PPSMI berjaya menyedarkan Kerajaan kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk memansuhkan ISA.

Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada Field Commander atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

重要!废除内安法令集会参与者的手册
续干净与公平选举联盟(净选盟,BERSIH)大集会和废除英文教数理(PPSMI)大集会,8月1日(2pm)的废除内安法令大集会将会是另一个创造历史的事迹。奇怪的是同一天也有一个支持内安法令集会。
我们预测当天将会有各族、各意识形态、各宗教和信仰的人集聚在一起以提出他们的看法,特别是呼吁政府废除内安法令。
因此为了让该集会更顺利,我们发出指南希望可以帮助您和我们主办当局确保该集会顺利及和平进行。
您必须携带或准备的事项:
1. 身份证、驾驶执照和一张ATM卡而已。
2. 最多携带100令吉。
3. 穿着礼貌大体,衣服红色/黑色-最好有废除内安法令的标志(logo)。
4. 所有参与者必须穿鞋子。
5. 宣传品-拥有废除内安法令的标志和口号的按钮、丝带、帽子、kopiah、 手带、小旗、布条和大字报 被允许。
6. 国旗或州旗。
7. 矿泉水、一点轻便食物或糖果。
8. 一点盐-重要和用来吃少许(不是涂在脸上)以恢复体力,尤其是在警察发射水或炮催泪弹(又称催泪瓦斯)时。
9. 湿手巾用来盖眼睛和鼻子以避免催泪弹气体。
10. 鼓励穿戴N100口罩( N100 Respirator)、 N95口罩(N95 Respirator)和外科口罩(Surgical facemask)以避免传染A(H1N1)和吸入过多的催泪弹气体。
11. 如果您患有哮喘或过敏症,请自行携带吸入器(inhaler)或药物。
12. 请携带小型垃圾袋以避免乱丢垃圾。
13. 请携带纸(mini note pad)笔 以抄下警察的名字和身份证号码或任何可疑事情。
14. 别忘记携带相机、录影机或可录影手机以记录下集会情况-照片或录影短片可在集会后电邮给废除内安法令联盟秘书的电邮enalini_ elumalai@ yahoo.com。该电子邮拥有防垃圾邮件程序,您需要启用Javascript(Javascript enabled) 来观看记录和寄出。
不被允许的事项:
1. 学生请勿携带学生证(kad matrik pelajar);政府和私人机构的员工请勿携带工作证。
2. 不要带太多的钱或信用卡以避免在集会时或被扣留时遭扒手、跌掉或遗失。
3. 不要穿暴露和不雅观的衣服。
4. 不要穿拖鞋、高跟鞋或凉鞋以让行动方便。
5. 不要穿裙,鼓励穿长裤。
6. 不要穿戴与废除内安法令无关的装饰品或配件。
7. 不要携带任何政党或团体的布条、大字报、旗子。
8. 任何无关废除内安法令运动的口号被禁止。
9. 不要携带任何尖锐物品,除了原子笔。
10. 不要携带可以爆炸或易燃的物品,如火柴、汽油弹(molotov cocktail)和炮竹。
11. 集会时不允许抽烟,因为这将影响他人。
12. 不要携带任何武器,如木柴、铁物、铁链、枪械及任何危险物品。
13. 携带孩子出席集会的父母不被允许携带貌似短枪、长枪或刀的玩具。
14. 不要携带十岁以下的孩童,以免出现不必要的麻烦。
集会前必须做的事项:
1. 维修交通工具和检查需要携带的物品。
2. 不要在集会前吃和喝太多东西。
3. 确保您在集会前已经menunai 'hajat'。
4. 回教徒方面, 请履行solat taubat和hajat,盼上苍保佑该集会,非回教徒则按照各自仪式祷告。
5. 确保您已经锁好屋子,或者向没出席集会的家人或邻居交代重要事情。
6. 告诉他们您出去的目的。
7. 告诉他们与您在一起的朋友的电话号码,如果您的电话当时无法接通。
8. 别忘了为手机和相机充电。
9. 确保您在出门前要有意念(berniat)因为上苍(回教徒方面)。
10. 确保您知道集会的集合地点;Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara。
11. 确保您提早出门以避免塞车或买轻快铁/火车票时排长龙。
12. 集体出席,避免单独前往集会。
13.当您在前往吉隆坡市区的路程上遭到阻碍,您可以找地方停泊车子,然后步行到Sogo, Masjid Jamek, 或 Masjid Negara (不要直接单独前往国家皇宫) 。
14. 在集会开始前,不要先穿废除内安法令衣服。
在集会和游行进行时:
1. 集合在规定地点(Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara)和等待被选为指挥官(也称战地指挥官Field Commander)的命令 。
2. 整个活动期间须跟从指挥官(Field Commander)或志工团(Unit Amal)的指令。在没有照会指挥官下,不要理会其他指示。
3. 不要离开集会地点,除了得到指挥官的指示。
4. 一旦发现可疑事物须向志工团报告。
5. 集会和游行期间不要推挤。
6. 在集会进行时,不要侮辱、骂粗话或作出不雅举动。
7. 和平及融洽的进行该集会。
8. 确保您给予交通工具优先使用公路以及不随意走在公路上。
9. 确保您给予出席集会的老人、残障人士和孩童优先,帮助和保护他们。
10. 请告诉您的朋友,如果您因急事或要上厕所而要离开集会,以避免其他麻烦。
11. 确保您坐着如果领袖在演讲。
12. 确保您没谈天如果领袖在演讲,因为众人的声音可以掩盖音响的声音。
13. 如果需要请跟着领袖的口号。
14. 游行时请拿着您的国旗或州旗。
15. 集会期间不要随地乱丢垃圾。把垃圾放进您携带的塑胶袋。
16. 别忘记携带相机、录影机或可录影手机以记录下集会情况-照片或录影短片可在集会后电邮给废除内安法令联盟秘书的电邮enalini_ elumalai@ yahoo.com。该电子邮拥有防垃圾邮件程序,您需要启用Javascript(Javascript enabled) 来观看记录和寄出。
17. 如果可以,请录下警察的相貌或重要事情如暴力或有警察挑畔。
集会结束后:
1. 确保您慢慢及和平的离开如果散会的指令被发出。
2. 当集会结束后,确保您的朋友或亲戚和您的孩子和您在一起。如果没有,请即刻前往回教党总部向志工团报告。
3. 如果有朋友或亲人被捕,请不要直接回家。请到回教党总部询问详情或前往有关警局要求释放他们。
4. 不要在集会场地留下任何垃圾。确保所有垃圾被丢去垃圾桶或带回家丢。
5. 给予安全部队(pasukan Keselamatan)道谢如果他们让集会顺利进行。
6. 切勿忘记将集会的照片和新闻传达给没有出席集会的朋友知道。所有资料可以电邮给我们的秘书enalini_ elumalai@ yahoo.com
如果支持内安法令集会者挑畔,您须做什么?
1. 不需理会他们,保持安静和继续跟从志工队指挥官的命令。
2. 不需回应他们的挑畔,不要向他们丢任何东西,不需给予他们任何讯息。当着他们在当天并不存在。
3. 不要靠近他们。
4. 如果他们突然攻击,抵抗,不要殴打但是将他们交给警方。
5. 不要忘了向警察报警,如果您被他们致伤或骚扰。
6. 如果需要,录下他们的相貌。
如果警察挑畔和驱散逮捕,您可以做什么?
1. 不要跑或离开集会,除非得到领袖的命令,如果您先离开,您会更容易被逮捕。
2. 如果警方要逮捕或发射水炮,不要单独,确保您手牵手和站密。
3. 坐着如果领袖给命令。
4. 如果催泪瓦斯被释放,请稍微弄湿手巾/面巾,然后盖在脸上。如果中黄色水炮,请用水清洗脸部和吃下少许盐。
5. 如果警察挑畔,不要反击或还嘴...只需要保持安静。
6. 如果来得及,请拍下他们的照片。
7. 如果您被暴力对待,请记得报警。
如果被捕,您可以做什么?
1. 不要和警察多说话。保持冷静和安静。
2. 询问逮捕您的警察名字和号码(nombor polis),以及问他,您被逮捕的原因(sebab anda ditahan)和条文(seksyen berapa yang digunakan) 。
3. 您只需要给名字、身份证号码和身份证上面的地址(berikan ikut alamat dalam IC sahaja).,如果被问到。
4. 如果他们问起工作,简单回答即可,不用给详细资料。
5. 如果您是学生,当他们问起您是否在读书( masih belajar atau tidak),您只需回答"Masih tengah cari kerja" 或者给其他合适的答案。避免承认你是学生。让他们自己查如果他们需要更多的资料。不要回答不需要的问题。
6. 如果您是政府员工,他们问起您的工作地方,您只需要回答”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”。让他们自己去调查如果他们需要资料。不要回答不需要的问题。
7. 在还未录取口供前,告诉他们你要见律师。律师会在外面等您如果您被逮捕。
8. 如果可以,不用告诉他们太多,您只需回答"saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja"。切记!您所在警察局回答的问题可以被作为呈堂证据。您有权不给警方任何详情,除了在法庭。
9. 当被扣留时,无需理会警察的挑畔或者心软如果面对警察的温和。
10. 确保您记得所有发生的事情,包括逮捕和向您调查的警官。
11. 无需太过担心,警局外会有人担保您和为您辩护。
被释放后,您可做什么?
1. 确保所有您的东西被警方归还。
2. 如果您有受伤,请到医院做健康检查。
3. 报警如果您在集会时或扣留时被粗暴对待。
4. 如果被警察虐待,告诉和拍摄下给律师和媒体。
5. 在回到家后,别忘了记录下您所记得的,以方便您在日后上法庭时。
6. 确保您记得您的担保人和涉及的律师,并拿下他们的联络号码。
7. 把所有您有的集会资料和照片交给律师以方便辩护
8. 被释放和回到战友的身边后,不要忘了solat sunnat syukur。
9. 经历被逮捕的经验后,不要从抗争奋斗中退出来,因为那只会使到你士气低落和觉得孤单。
10. 继续与朋友们一起奋斗。
11. 当您被逮捕过,您将会觉得您比以前更厉害和勇敢,因为不是每个人能够有机会经历您所经历的被逮捕。
请注意!
1. 我们主办当局不会为任何犯法或与集会无关的违法行为负责。
2. 我们主办当局不会为任何集团或个人的挑畔或暴力行为负责。
3. 我们主办当局不会为疏忽或命令以外所造成的手上负责。
4. 我们主办当局不会为与集会命令无关的打架或极端行为而遭到的逮捕负责。
总而言之,我们祷告盼该集会可以在毫无问题或逮捕下顺利进行。
我们希望大家的努力和出席可以给到政府醒觉和给予最高元首行使权去修正我国的法律制度弱点。
记得,因为人民的奋斗,净选盟和废除英化数理集会已经成功唤醒政府。因此,现在是时候大家一起为废除内安法令奋斗!
确保您跟着以上所给予的指示。任何问题,您可以询问当天在集会执行工作的指挥官或志工团。
记得,该事件将是您一生人一次的机会,以及它将会永远成为我们每一代子子孙孙相传的历史。不要放弃成为这个历史的一部分

Monday, July 27, 2009

Ceramah Anwar di Felda Tersang 3, Raub Pada 20hb Ogos 2009

Sila ambil perhatian bahawa Ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Felda Tersang 3 adalah pada 20hb Ogos 2009 jam 9.00 malam dan bukan pada 15hb Ogos 2009. Terima kasih.

Saturday, July 25, 2009

JANGAN LUPA


SERUAN KEPADA SEMUA AHLI,AKTIVIS,REFORMIS,WARGA,RAKYAT MALAYSIA YANG PATRIOTIKS!
AYUH,SAMA-SAMA KITA MEMPERJUANGKAN HAK,MARUAH DAN HARKAT SEBAGAI ANAK NEGARA MERDEKA UNTUK BERSAMA-SAMA UNJUK RASA MENENTANG DAN MENUNTUT AKTA/UNDANG-UNDANG ZALIM-ISA-DIMANSUHKAN.
JANGAN LUPA,TUNAIKAN HAK KITA DEMI TANAHAIR TERCINTA!

Friday, July 24, 2009

PKR Pahang Disana Sini

1. 25.7.09 jam 8.30 mlm - Rapat Anggota di Kg Gong Halt, Kuala Krau
2. 26.7.09 jam 12.00 tengah hari - Jamuan Makan Tengah Hari di Rumah Sdr Mat Zin,Jengka 9
3. 26.7.09 jam 2.00 petang - Majlis Dialog bersama Peneroka-Peneroka Jengka 9
4. 26.7.09 jam 8.30 malam - Rapat Anggota di Felda Jenderak Utara, Kuala Krau
5. 7.8.09 jam 8.30 malam - Rapat Anggota di Felda Kota Gelanggi 2, Majlis Dialong
dengan wakil-wakil Rancangan Felda gugusan Kota Gelanggi
bersama Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Suhaimi Said
6. 8.8.09 jam 4.00 petang - Rapat Anggota di Kg Rekoh, Kuala Krau
7. 9.8.09 jam 4.00 petang - Rapat Anggota di Kg Paya Pelong, Kuala Krau
8. 9.8.09 jam 8.30 malam - Ceramah bersama Chegu Bard dan YB Manickavasagam, Kuala
Krau
9. 15.8.09 jam 8.30 malam - Ceramah Umum bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Felda
Tersang 3 juga Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Shamsul Iskandar

Wednesday, July 22, 2009

Gong Halt dan Felda Jenderak Utara

Saya mengambil kesempatan untuk pergi ke Kg Gong Halt dan Felda Jenderak Utara semalam .(21.7.09).

Jam 5.00 petang saya sampai di rumah Asri Yusof, Ketua PKR Ranting Kg Gong Halt. Dia baru saja balik dari keja ladang.
Kami berbincang sekejap dan membuat persetujuan untuk mengadakan mesyuarat anggota-anggota parti Ranting Gong Halt pada 25hb Julai 2009 jam 8.30 malam di rumah beliau.
Kemudian saya berlepas ke Felda Jenderak Utara untuk bertemu dengan Ketua PKR Ranting Felda Jenderak Utara, tetapi beliau beliau berada di Kuantan.
Saya pergi ke rumah Aliayasak Idris, rumah Pengerusi Tetap PKR Cabang Kuala Krau di Felda Jenderak Utara.
Persetujuan juga telah diambil untuk mengadakan perjumpaan anggota-anggota PKR Ranting Felda Jenderak Utara pada 26hb Julai 2009 jam 9.00 malam di Rumah Aliayasak.
Di Kuala Krau ini memang saya mengambil berat tentang pergerakan di ranting-ranting. Setiap Ranting kena bermesyuarat sebulan sekali samada mesyuarat Jawatankuasa atau mesyuarat anggota-anggota.
Melalui mesyuaratlah apa juga tindakan nak dibuat boleh diputuskan dan melalui mesyuarat jugalah dapat dipastikan samada tindakan yang perlu dibuat itu telah dilaksanakan.
Pada 8hb Julai 2009 akan diadakan mesyuarat anggota Ranting Rekoh manakala 9hb Julai 2009 pula mesyuarat anggota Ranting Kg Paya Pelong dan mesyuarat ini akan dihadiri sama oleh Sdr Chegu Bard, Anggota MPP PKR Pusat, yang selepas itu akan berceramah di Felda Jenderak Selatan.
Pada 26hb Julai 2009 jam 2.00 petang suatu perjumpaan dikalangan peneroka-peneroka Felda Jengka 9 anjuran Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Cawangan Jengka 9. Perjumpaan itu turut dihadiri oleh wakil-wakil peneroka dari Rancangan-Rancangan Felda yang berdekatan dari Daerah Maran, Jerantut dan Temerloh.
AL-FATEHAH
MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMBACA ALFATEHAH DIATAS PEMERGIAN MOHD AZMIN BIN ATAN YANG TELAH MENDAHULUI KITA MOGA-MOGA ROHNYA DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA ORANG YANG SOLEH.
Allahyarham adalah anak kepada Sdr Atan bin Mohd Roslan, Ketua PKR Ranting Felda Lepar Utara. Kepimpinan PKR Pahang akan menziarahi Sdr Atan dan mana-mana anggota PKR yang mempunyai kelapangan masa bolehlah menyertai rombongan ini dan sila hubungi Haji Suhaimi Said 0199321260 untuk penetapan tarikh dan masa.

Tuesday, July 21, 2009

Ceramah di Keratong 3?

Saya menerima sms dari Sdr Rabidin untuk saya hadir ke ceramah PR di Keratong 3 pada 22hb Julai 2009 dua hari yang lepas.
Jadual asal saya ialah pada 22hb Julai itu saya berada di Ipoh dan hanya kembali ke Temerloh pada 23hb Julai 2009.
Tetapi kes di Mahkamah Tinggi di Ipoh itu telah ditangguhkan dan saya sudah berada di Temerloh, dan semalam saya terima lagi sms dari Sdr Rabidin untuk saya berceramah di Keratong 3.
Saya sms kembali kepada Sdr Rabidin menyatakan saya free pada 22 Julai itu dan pinta beliau confirmkan tarikh itu. Tetapi hingga ke petang ini tidak ada confirmation, maka saya telah pun menetapkan satu jadual yang lain di Kuala Krau.
Dan saya tidaklah dapat menghadiri ceramah pada 22hb Julai itu di Keratong 3. Terima kasih.

Tahniah Kepada Datuk Chua Jui Meng

Semalam saya kesempatan menalipon Datuk Chua Jui Meng, mengucapkan tahniah kepadanya kerana menyertai keangotaan Parti Keadilan Rakyat.
Saya mengucapkan tahniah kepadanya dan mengingatkan kembali nostalgia bersama semasa kami sama-sama menuntut di London dahulu.
Pada waktu kami mempunyai agenda perjuangan bersama bagi memperkukuhkan persatuan pelajar yang sama-sama kami sertai iaitu Malaysia and Singapore Students' Law Society. Beliau adalah Presiden kepada Persatuan itu manakala saya adalah Setiausahanya.
Persatuan itu beroperasi di Malaysia Hall dialamat 46 Bryanston Square, tetapi akhirnya Persatuan itu terpaksa beroperasi di luar Malaysia Hall kerana kami pelajar undang-undang tidak bersetuju dipecahkan Persatuan kami menjadi dua entiti iaitu satu untuk Malaysia dan satu lagi untuk Singapura.
Pergabungan persatuan pelajar diantara Malaysia dan Singapura pada masa itu telah terjalin rapat.
Kami mempunyai MASS Forum iaitu Malaysia and Singapore Students' Forum, ada LUMSS iaitu London Union of Malaysian and Singapre Students, kami juga ada Persatuan Pelajar Malaysia dan Singapore di United Kingdom dan Eire.
Boleh dikatakan lebih dari 70% pelajar-pelajar dari Malaysia dan Singapura memilih jalan untuk bergabung diantara kedua-dua negara itu.
Tetapi apabila persatuan-persatuan pelajar itu diarahkan untuk berpisah, maka kami memilih untuk kekal bersama dan oleh kerana itu kedua-dua kerajaan iaitu Malaysia dan Singapura menolak kami dan kami terpaksalah menjalankan aktiviti-aktiviti kami dari luar Malaysia Hall dan dari luar Pusat Pelajar Singapura. Kami bergerak di universiti-universiti.
Pergerakan dari luar pusat pentadbiran pelajar Malaysia dan Singapura tidak menghalang kami dari terus bergerak aktif kerana di Britain tidak ada akta menghalang pelajar-pelajar (tidak ada AUKU seperti di Malaysia), bahkan memudahkan pergrakan pelajar kerana di universiti-universitilah tempat pelajar-pelajar berkumpul.
Pergerakan pelajar kami itu tidak mengambil pendekatan politik tetapi gerakan pelajar yang sihat demi untuk pelajar-pelajar Malaysia dan Singapura tanpa mengira pandangan politik.
Datuk Chua Jui Meng kembali ke Tanah Air dan menyertai MCA manakala saya kembali ke Tanah Air dan bertugas sebagai Magistrate dan kemudiannya Pegawai Undang-Undang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Rakan-rakan kami yang aktif didalam gerakan pelajar pada waktu itu kembali ke Tanah Air dengan bergiat didalam kerjaya masing-masing. Wong Weng Kwai menjadi peguam, Gurdial Singh mula-mula menjadi peguam tetapi akhirnya menjadi Pensyarah di Universiti, Chua Jui Leng menjadi peguam, Dr Amir Dastan kembali menjadi seorang pensyarah universiti tetapi kemudiannya menjadi kontraktor dibidang pembekalan perubatan.
Dari segi politik kami berbeza-beza pendapat tetapi kesemua kami yakin dengan perjuangan hak asasi manusia samada diantara kami itu berada dipihak kerajaan atau di pihak pembangkang.
Maka apabila Datuk Chua Jui Meng menyertai Parti Keadilan Rakyat, saya adalah diantara yang paling awal mengucapkan terima kasih dan tahniah kepadanya. Nostalgia kami semasa di London akhirnya menggabungkan kami semula kedalam satu perjuangan membela nasib rakyat untuk kebajikan, keadilan dan demokrasi melalui Parti Keadilan Rakyat. Tahniah Datuk.

Sunday, July 19, 2009

500 Orang Asli Hadiri Ceramah PKR di Kg Penderas, Kuala Krau

"Apa yang diperlukan oleh Orang Asli telah pun ditunaikan oleh Barisan Nasional," kata YB Datuk Mohamed Jaafar, ADUN Jenderak, Kuala Krau
Kuala Krau 17.07.09: Datuk Fauzi Abdul Rahman menegaskan bahawa jika Pakatan Rakyat memerintah Negeri Pahang, seorang Ahli Exco akan dilantik dari kalangan pimpinan Orang Asli yang terpilih sebagai ADUN, dan jika sekiranya tidak ada ADUN dari kalangan Orang Asli, seorang Pegawai bertaraf EXCO akan dilantik dari kalangan pimpinan Orang Asli Negeri Pahang dengan tugas-tugas khas bagi menjaga kepentingan, kemajuan dan pembangunan Orang Asli Negeri Pahang. Ucapan Datuk Fauzi di Majlis Ceramah PKR Kuala Krau diperkampongan Orang Asli Kg Penderas tersebut mendapat tepukan gemuruh dari para hadirin.

Sdr Kin Kasim, Ketua PKR Ranting Kg Penderas, menghadiahkan cenderamata kepada Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Pahang

Sdr Roman Achai, AJK Biro Hal Ehwal Orang Asal PKR Pahang menyerahkan Memorandum Tuntutan Tanah Orang Asal. Memorandum yang sama telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Pahang tetapi tidak ada sesuatu pun telah dilakukan oleh Kerajaan Pahang bahkan tanah Orang Asli diceroboh oleh Agensi Kerajaan dan towkay-towkay puak kroni UMNO/BN

Apakah yang dikatakan oleh Datuk Fauzi menyebabkan Felicia Ling tersenyum dan bertepuk tangan?

Felicia Ling sampai awal ke Kuala Krau, sempat merakamkan gambar foto bersama Wanita PKR Kuala Krau yang sedang menyediakan makanan untuk dibawa ke Kg Penderas.
Felicia Ling menempelak Kerajaan Barisan Nasional kerana gagal membawa kemajuan kepada penduduk Orang Asli di Negara ini walaupun Negara telah Merdeka lebih dari 50 tahun. "Orang Asli masih hidup dalam keadaan mundur dan miskin walaupun mereka itu merupakan penduduk asal Negara ini, mendiami bumi ini beratus ribu tahun mendahului kaum-kaum lain", tegas Felicia Ling.

Sebahagian dari kehadiran di Majlis Ceramah tersebut
Sebahagian lagi dari kehadiran di Majlis Ceramah PKR di Kg Penderas

Sdr Datuk Fauzi menerima Memorandum dari Sdr Roman Achai, disebelah kanannya Felicia Ling
Suhaimi Said bersama Kin Kasim

Suhaimi Said sedang berucap di Majlis Ceramah tersebut.
Suhaimi Said, Pengerusi PKR Cabang Kuala Krau merangkap Pengerusi Biro Hal Ehwal Orang Asal PKR Pahang didalam ucapan aluannya bahawa sejak PKR bergerak di kawasan DUN Jenderak lebih setahun yang lalu, keanggotaan PKR di kawasan itu dikalangan Orang Asli sudah bertambah melebihi 500 orang dengan kejayaan penubuhan 8 buah Ranting Orang Asli di kawasan tersebut. Beliau menekankan bahawa jika Pakatan Rakyat memerintah Negeri Pahang, perkara utama yang dilakukan terhadap Orang Asli ialah meluluskan tanah kampong dan kebun Orang Asli untuk dikeluarkan Suratan Hakmilik secara individu.

500 Orang Asli hadir di Majlis Ceramah PKR Kg Penderas, suatu kehadiran yang luar biasa dan tidak pernah berlaku sebelum ini

------------------------------------






Friday, July 17, 2009

CERAMAH UMUM

KEMBALIKAN NEGARA HUKUM DAN HAK RAKYAT

PENCERAMAH : UST. NASRUDDIN TANTAWI
(KETUA DEWAN PEMUDA PAS)

YB FUZIAH SALLEH
(AHLI PARLIMEN KUANTAN)

YB LEONG NGAH NGAH
(ADUN TRIANG)

YB ZULKIFLI NORDIN
(AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BARU)

SDR. AHMAD NIZAM HAMID
(PENASIHAT UNDANG-UNDANG PKR PAHANG)

TARIKH : 17. JULAI 2009
HARI : JUMAAT
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT : DATARAN RAKYAT
PEJABAT PERHUBUNGAN NEGERI
PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR)
(BERHADAPAN POLIKLINIK BESERAH)

ANJURAN BERSAMA PAKATAN RAKYAT PAHANG

Thursday, July 16, 2009

Ketua AMK PKR Di Keratong 3




Sdr Shamsul,Ketua AMK Pusat,Sdr Rizal,Ketua AMK Pahang dan Sdr Zul Fikar,SU AMK Pusat bersama Pengerusi Negeri PKR Pahang Dato' Fauzi Abd Rahman semasa di rompin baru-baru ini



Pengerusi Negeri PKR Pahang Dato' Fauzi Abdul Rahman, menerima borang keahlian baru dari kaum orang asli Rompin baru-baru ini.

Saudara Shamsul bertanya sesuatu kepada Ketua AMK Cabang Rompin.

Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan Carrom oleh Ketua AMK PKR.



Lawatan Datuk Fauzi ke PKR Kuala Krau































LAWATAN DATUK FAUZI ABDUL RAHMAN KE PKR KUALA KRAU PADA 11HB JULAI 2009 SEMPENA MESYUARAT BERSAMA PKR CABANG KUALA KRAU DAN JK WANITA DAN AMK CABANG KUALA KRAU.