PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

PEJABAT MAJLIS PIMPINAN NEGERI PAHANG DM

Monday, June 30, 2008

Mesej Dari Pengerusi Perhubungan PKR Pahang

Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Pahang, Sdr. Zakaria Abdul Hamid telah meminta semua ahli dan penyokong PKR dan Pakatan Rakyat(PR) negeri Pahang supaya bertenang di dalam menghadapi ujian terbaru di mana Ketua umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim sekali lagi telah di fitnah terlibat di dalam kes liwat.

Di dalam SMS yang dikirim kepada ahli-ahli PKR, Sdr. Zakaria menyatakan, tuduhan tersebut adalah ulangan kepada kes yang sama berlaku pada Sep-1998 dan telah dibuktikan melalui proses mahkamah bahawa tuduhan tersebut adalah tidak berasas sama sekali. Ia hanyalah bertujuan untuk menjatuhkan karier politik DSAI.

Saudara Zakaria juga menyeru semua ahli PKR khususnya di negeri Pahang supaya bersatu padu di dalam menghadapi ujian ini

Wednesday, June 25, 2008

PKR Kuala Lipis : Sekitar Majlis Pecah Tanah Pembinaan Rumah Ahli PKR

Rentetan dari tulisan sebelum ini mengenai pembinaan rumah seorang ahli PKR di Kg. Kemahang Hilir, Benta, Kuala Lipis. Pihak pimpinan PKR Negeri dan bahagian telah melancarkan projek berkenaan yang dimulai dengan majlis pecah tanah di tapak pembinaan pada 22-Jun-2008 yang lepas. Sdr. Zakaria selaku Pengerusi perhubungan negeri, Puan. Nancy, Bendahari Negeri, pimpinan PKR bahagian serta jentera Angkatan Muda (AMK) bahagian telah turut hadir. Sdr. Zaini, Ketua Cawangan PKR Kg. Kemahang Hilir dalam ucapan aluannya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat untuk menjayakan projek kemasyarakatan ini.



Majlis tersebut turut dihadiri oleh ahli-ahli tempatan Pakatan Rakyat dari Parti PAS.Majlis turut diisi dengan acara penyerahan borang keahlian baru PKR dari cawangan Kemahang Hilir.


Penubuhan PKR Cawangan Penjom Kuala Lipis


Pada 22-Jun-2008, PKR telah berjaya menubuhkan cawangan baru di Penjom, Kuala Lipis. Lebih dari 30 orang ahli baru telah berjaya didaftarkan atas usaha Sdr. Basaruddin dan rakan-rakan di bahagian Kuala Lipis.
Borang keahlian telah diserahkan kepada Sdr. Zakaria selaku Ketua Bahagian K.Lipis merangkap Pengerusi Perhubungan Negeri Pahang.Turut sama memeriahkan majlis ialah Sdr. Idris, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian Sdr. Nawi,Sdr. Sabri, Setiausaha Bahagian dan EXCO AMK Pahang, Sdr. Wan Khairul
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.


Tuesday, June 24, 2008

Perasmian PKR Cawangan Kg Pasu, Kuala Krau oleh Bob Manolan

PKR Cawangan Kg Pasu akan dirasmikan penubuhannya oleh Bob Manolan, aktivis Orang Asli, yang juga Ketua AMK Bahagian Bera pada 28hb Jun 2008 di Rumah Basri Hok, Kg Pasu, Kuala Krau.
Disamping pemilihan Jawatankuasa Cawangan, perjumpaan itu akan turut memilih Jawatankuasa Wanita dan AMK Cawangan.
Sdr Bob akan ditemani Sdr Kumar a/l Thuraisingam, seorang peguam dan EXCO AMK Pusat.
Ahli-ahli PKR di bahagian Kuala Krau dijemput beramai-ramai meraikan perasmian cawangan baru tersebut.

Majlis Pecah Tanah Membina Rumah Ahli PKR

PKR bahagian Kuala Lipis dibawah pimpinan Sdr. Zakaria Abdul Hamid yang juga Pengerusi Perhubungan Negeri dengan sokongan AMK bahagian Lipis dan PKR Cawangan Kg. Kemahang Hilir telah membuat keputusan untuk menaja projek pembinaan rumah salah seorang ahli PKR cawangan Kemahang Hilir iaitu Puan Zaiton dan suaminya Sdr. Lazim yang mana rumah mereka sering dilanda banjir kilat setiap kali hujan lebat.
Masalah ini telah kerap kali diajukan kepada YB DUN Benta malangnya tidak mendapat sebarang maklumbalas dari pihak beliau.Ini berkemungkinan besar disebabkan mangsa terbabit memberi sokongan kepada pihak PKR.
Projek pembinaan ini akan dilaksanakan dengan kaedah gotong royong dan juga dari bantuan tukang-tukang rumah secara sukarela.Pembinaan ini dijangka siap pada bulan September-2008

Thursday, June 19, 2008

Kelahiran blog PKR Pahang

Sukacita dimaklumkan bahawa Parti Keadilan Rakyat Pahang telah berjaya membangunkan blognya pada 18-Jun-2008.Tujuan blog tersebut diwujudkan adalah untuk menjadi medium bagi PKR negeri menyampaikan maklumat kepada pengunjung laman web
Setiap PKR bahagian yang hendak menghantar kiriman bolehlah berbuat demikian dan hantarkan kepada pkrpahang@yahoo.com